Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LIMBANAK, PENAMPANG

KATEGORI INOVASI DAN KREATIVITI ALAM SEKITAR

KERTAS KERJA

PROGRAM SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR (SERASI) 2010 KATEGORI INOVASI DAN KREATIVITI ALAM SEKITAR

1.0 PENGENALAN Projek ini merupakan projek sempena Program Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI), Kategori Inovasi dan Kreativiti Alam Sekitar. Memandangkan SMK Limbanak terletak di kawasan tanah tinggi dan di kawasan pedalaman Daerah Penampang, kawasan ini sentiasa menerima jumlah hujan yang kerap dan lebih banyak. Di samping itu juga terdapat segelintir pelajar yang suka membuang sampah di merata-rata tempat. Hal ini menyebabkan kawasan parit selalu tersumbat dengan sampah sarap. Selepas melihat keadaan ini, tercetuslah idea untuk membina Projek Parit Tamak yang dikendalikan oleh lima orang pelajar dari kelas 4 Gemilang di bawah bimbingan guru penasihat, Cik Fiona Maria Majani. 2.0 MATLAMAT Program ini diharapkan dapat mengatasi masalah parit tersumbat dengan longgokan sampah sarap. Seterusnya, diharapkan projek ini akan menyedarkan warga sekolah tentang pentingnya menjaga kebersihan persekitaran dan secara tidak langsung dapat membantu pihak sekolah mengatasi masalah sampah yang dibuang di merata-rata tempat. 3.0 OBJEKTIF Objektif-objektif Projek Parit Tamak (The Greedy Drain Project) adalah seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Mengelakkan longkang-longkang tersumbat dan menyebabkan banjir berlaku. Memudahkan pengurusan pembuangan sampah. Memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar dalam kalangan warga sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Untuk menggalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang mementingkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Mengiktiraf usaha berterusan pihak sekolah dalam program pendidikan alam sekitar.

4.0

KUMPULAN SASARAN Sasaran projek ini adalah untuk : (i) (ii) (iii) Warga SMK Limbanak Masyarakat setempat Jabatan Saliran dan Peparitan

5.0

JADUAL PELAKSANAAN BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 BULAN AKTIVITI Menjana idea tentang projek yang hendak dijalankan / pembentangan kertas kerja Perancangan projek Pemasangan, pengujian dan pengubahsuaian Mengumpul maklumat dan data Mengenalpasti masalah-masalah yang timbul Pengubahsuian (jika perlu) Dokumentasi (Laporan) Persembahan 5 6 7

* Projek ini mengambil masa tiga bulan (dari Mei hingga Julai) untuk disiapkan. 6.0 TEMPAT 1. Lokasi I 2. Lokasi II 3. Lokasi III Parit berhampiran surau Parit berhampiran padang Parit berhampiran tempat letak kereta

7.0

PELAKSANA BIL. NAMA PENUH 1 Angie Lawrence No. I/C 940704-12KELAS 4 Gemilang

2 3 4 5

Elsa Maria Julius Joiwin Isabella Malakun Mario Joseph

6542 940115-125306 940422-125242 940127-12-

4 Gemilang 4 Gemilang 4 Gemilang 4 Gemilang

5231 Wintore Bacgust Isidore Lajawah 940702-125247

8.0

ANGGARAN PERBELANJAAN BAHAN/ LEKAPAN & LENGKAPAN Besi Cutting Disc (BOSCH) Grinding Disc Lit Green Oxide (Cat) Paint Brush Masonry Drill Bit Stainless steel Drill Bit Wall Plug Wire Wire Mesh Wire Mesh KOS UKURAN KUANTITI SEUNIT (RM) 40 1 batang 40.00 4 4 unit 3.50 4 1 unit 3.00 1 tin 15.00 1.5 1 unit 1.50 5/16 1 unit 8.00 5/16 1 unit 12.00 1/4 12 unit 0.30 400 gram 1.00 1 x 2 x 4 1 meter 13.00 0.5 x 0.5 x 3 4 meter 8.00 JUMLAH SEUNIT PARIT JUMLAH TIGA (3) UNIT PARIT JUMLAH (RM) 40.00 14.00 3.00 15.00 1.50 8.00 12.00 3.60 4.00 13.00 32.00 146.10 438.30

BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

9.0

PENUTUP Dengan adanya pelaksanaan projek ini, diharapkan dapat mencapai sasaran dalam

meningkatkan kualiti kebersihan persekitaran sekolah khususnya saliran dan peparitan di sekolah ini.

Disediakan oleh,

______________________________ (ISABELLA MALAKUN) Setiausaha Projek Parit Tamak (PPT).

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

______________________________ (PUAN JUDITH DONSIA) Ketua Bidang Matematik dan Sains.

__________________________________ (PUAN RAFIDAH KARAMAN) Pengetua SMK Limbanak, Penampang.

Anda mungkin juga menyukai