Anda di halaman 1dari 13

AIL2030 POLITICS AND TRADE IN

SOUTHEAST ASIA UNTIL 19TH CENTURY

NAMA: NURAIN SYAFIQA BINTI MOHD


ggggggggISKANDAR

MATRIC NUMBER: U2105087

Soalan 4: Bincangkan kepentingan rempah dan


jjjjjjjjjjjjjjjjjkain India dalam perdagangan di Asia
kkkkkkkkkTenggara sehingga abad ke-18 M.

TUTORIAL : RABU, 3-4 PETANG


PENGENALAN

Asia Tenggara adalah wilayah geografi yang terletak di kawasan selatan Cina, Jepang, dan

Korea, dan di sebelah kawasan barat Australia. Wilayah ini terdiri dari beberapa negara

kepulauan di Samudera Pasifik, termasuk Indonesia, Filipina, Malaysia, Brunei, Singapura,

dan Timor Leste. Sehingga abad 18, wilayah ini juga termasuk beberapa negara lain seperti

Siam, Vietnam, Laos, Kamboja, dan Myanmar. Wilayah ini merupakan negara bagi beberapa

kerajaan-kerajaan kecil seperti Aceh, Johor iaitu Riau, dan Melaka, serta Kesultanan Sulu di

Filipina. Sejak zaman dahulu, negara- negara di Asia Tenggara telah terlibat dalam

perdagangan termasuklah perdagangan maritim dengan negara- negara dari kawasan benua

lain seperti Eropah, Asia dan lain- lain. Perdagangan membawa maksud proses interaksi

antara individu atau sesebuah kelompok dari masyarakat tertentu antara satu sama lain dalam

mendapatkan sesebuah komoditi yang diperlukannya1. Perdagangan di Asia Tenggara telah

berlangsung sejak zaman dahulu dan masih berkembang hingga ke abad 18. Melaka, Acheh

dan Johor iaitu Riau antara pusat perdagangan yang penting dan selalu dikunjungi oleh semua

para pedagang dari serata dunia. Hal ini terjadi kerana kawasan- kawasan ini terletak di

kawasan strategik iaitu di kawasan tengah jalur perdagangan laut yang menghubungkan

antara benua Asia dan benua Eropah. Selain itu, pada abad 18, aktiviti perdagangan yang

berlaku di Asia Tenggara juga dipengaruhi oleh kedatangan kuasa kuasa Barat seperti

Portugis, Belanda dan Inggeris. Kuasa- kuasa besar ini telah datang ke Asia Tenggara

bertujuan untuk memonopoli perdagangan yang berlangsung di Asia Tenggara. Tekstil India

dan rempah dari Kepulauan Indonesia antara komoditi penting yang membuatkan semua

kuasa- kuasa besar Barat berlumba- lumba untuk mendapatkannya. Hal ini dapat dilihat

apabila Belanda telah memonopoli perdagangan rampah ratus di kawasan Indonesia.

Perdagangan rempah ratus antara salah satu kegiatan ekonomi yang telah terjadi sejak dahulu.

1
Mansyur, Syahruddin. "Jejak Tata Niaga Rempah-Rempah dalam jaringan Perdagangan Masa
Kolonial di Maluku." Kapata Arkeologi (2011): 20-39.hlmn 21
Rempah ratus seperti kayu manis, bunga cengkih, lada hitam, buah pala dan bunga lawang

antara komoditi yang sangat mempengaruhi perdagangan yang terjadi di Asia Tenggara. Hal

ini kerana rempah ratus merupakan tanaman yang sangat sesuai ditanam dan hidup subur di

kawasan Asia Tenggara seperti Kepulauan Maluku iaitu di Ambon dan Banda serta terdapat

juga di Sumatera Barat. Pada ketika itu, semua kuasa besar dari Barat cuba untuk menguasai

perdagangan rempah ratus ekoran dari permintaan dan keperluan terhadap rempah ratus

sangat tinggi dan sentiasa meningkat. Menjelang abad ke 16 sehingga abad ke 18 merupakan

satu jangka waktu kedatangan kuasa Eropah ke Asia Tenggara dalam misi mereka untuk

menguasai kawasan di Asia Tenggara bagi menguasai perdagangan rempah ratus. Pada ketika

itu, rempah ratus didatangkan ke Eropah melalui Timur Tengah iaitu Baghdad dan laluan laut

dari Kepulauan Moluccas yang menjadi kawasan utama rempah ratus. Manakala kain kapas

yang diperdagangkan di Asia Tenggara pula kebanyakannya dibawa khas dari India. Kain

India telah menjadi komoditi yang penting dalam perdagangan dengan Asia Barat dan

Mediterranean melalui Laut Arab serta dengan tanah besar dan pulau Asia Tenggara melalui

Teluk Benggala2. Kain kapas penting dalam perdagangan di Asia Tenggara kerana ia menjadi

medium pertukaran untuk mendapatkan rempah ratus. Kain kapas berasal dari wilayah seperti

Gujerat, Koromandel dan Bengal yang terletak di India. Pelabuhan di Gujerat dan

Koromandel antara pelabuhan yang penting dalam membekalkan kain kapas dari India ke

Asia Tenggara. Pada mulanya para pedagang yang datang dari Tanah Arab antara pedagang

yang menguasai kawasan perdagangan di Asia Tenggara. Mereka juga memperoleh hasil

keuntungan yang berlipat ganda hasil dari perdagangan rempah ratus dan kain. Hal ini

kerana, para pedagang dari Arab menjual dengan harga yang tinggi rempah ratus dan kain

kepada negara Barat. Oleh disebabkan itu, para pedagang Barat seperti pedagang Eropah

mula mencari jalan untuk menguasai perdagangan di Asia Tenggara supaya mereka

2
Prakash, Om. "Indian Textiles in the Indian Ocean Trade in the Early Modern Period." The Spinning
World: A Global History of Cotton Textiles, 1200–1850 (2009).hlmn 2
mendapatkan bekalan rempah ratus dan kain dengan harga yang murah. Kedatangan para

pedagang dari Eropah seperti British, Belanda, Sepanyol dan Portugis ke Asia Tenggara bagi

menguasai perdagangan rempah telah menyebabkan berlakunya persaingan di antara kuasa-

kuasa Eropah tersebut bagi menguasai perdagangan rempah.

PERBINCANGAN

REMPAH RATUS

Rempah- ratus adalah sejenis rempah yang terdiri dari tumbuhan yang kebanyakannya

berasal dari Asia Tenggara yang mempunyai kesan yang kuat dalam dunia perdagangan.

Rempah ratus seperti bunga cengkih, dan buah pala antara yang mendapat permintaan tinggi

dalam kalangan pedagang Arab, Parsi dan India manakala lada hitam pula mendapat

permintaan tinggi dalam kalangan pedagang dari China3. Rempah ini memiliki aroma yang

khas serta kuat dan mempunyai keistimewaan rasa yang tersendiri dan membuatkannya

popular diantara komoditi lain yang diperdagangkan di Asia Tenggara. Rempah ratus telah

lama digunakan di seluruh dunia sebagai bahan- bahan tambahan untuk dalam masakan untuk

bertujuan sebagai penambah perasa dan aroma dalam masakan. Selain itu, rempah juga

berfungsi dalam bidang perubatan khususnya dalam bidang perubatan tradisional kerana

banyak yang berpendapat bahawa rempah ratus mempunyai khasiat yang baik serta manfaat

dan mampu mengubati sesuatu penyakit. Sehingga abad ke-18, rempah ratus telah mulai

diperdagangkan secara meluas di Eropah, terutama di Inggris, Prancis, dan Belanda. Rempah

ini menjadi sangat popular di dalam kalangan golongan kaya dan elit yang menggunakannya

dalam masakan serta dalam perubatan. Bagi golongan orang bangsawan rempah ratus

dijadikan sebagai symbol status untuk kekayaan mereka dan rempah ratus juga digunakan

3
Hussin, Nordin. "Geografi dan perdagangan: Kepentingan Selat Melaka kepada perdagangan dunia,
Asia dan dunia Melayu 1700-1800." Akademika 73 (2008): 3-26.hlmn 14
ketika majlis diraja dan upacara perkahwinan. Pada saat yang sama, rempah ini juga mulai

digunakan dalam industri wangian, karena aroma yang khas dan tahan lama.

Buah pala antara tanaman asal dari kepulauan Moluccas, Ternate, Ambon, Banda dan Barat

Papua. Buah pala juga dikenali sebagai “jai phal” dalam Sanskrit. Buah pala dijual dalam

bentuk buah atau bunganya dikeringkan. Sejak abad ke 5, buah pala telah disebut dalam teks

Hindu iaitu Susruta Samhita. Pada abad yang ke 6, buah pala telah dikenali di negara Eropah

melalui jalur jaringan perdagangan yang menghubungkan antara Mediterranean dan

Pelabuhan yang terdapat di Laut Merah. Selepas perjanjian Portugis dengan Sulan Ternate

pada tahun 1521, Pentadbiran Portugis telah menghantar utusannya ke Moluccas untuk

mendapatkan bekalan buah pala dan menjadikan mereka sebagai orang Eropah pertama yang

menjadi pembekal buah pala di Eropah. Orang Portugis memainkan peranan penting dalam

penanaman pala secara komersial dan meluaskan kawasan penanaman mereka di hampir

semua pulau di Maluku dan Banda. Pihak Portugis telah menguasai dan memonopoli

perdagangan buah pala selama, hampir satu tahun sebelum Belanda khususnya VOC telah

mengambil alih perdagangan buah pala pada awal abad ke 17. Menurut doktor yang berasal

dari Belanda telah mengatakan yang buah pala mempunyai manfaat yang sangat banyak

dalam memberi khasiat kepada tubuh badan manusia. Antaranya dapat membuang angin dari

dalam badan, menajamkan fikiran, serta banyak lagi. Khasiat- khasiat ini banyak ditulis

dalam “Linschoten’s Itinerario” yang menyebabkan ramai pedagang dan orang Eropah ingin

mendapatkan buah pala.

Antara rempah ratus lain yang menjadi rebutan para pedagang di Asia Tenggara bunga

cengkih. Bunga cengkih atau nama lain “Eugina Aromatica” berasal kepulauan Moluccas.

Khasiat bunga cengkih ini turut juga ditulis Hindu teks dalam Sushruta Samhita. Bunga

cengkih telah diguna di China sejak abad ke 3 iaitu pada Dinasti Han. Pedagang Rom juga

telah membawa bunga cengkih untuk didagangkan di Pelabuhan Alexandria yang terletak di
Mesir. Manakala bunga cengkih yang didagangkan di Eropah dikenali sejak abad ke 8 dan

telah dibawa dari Laut Merah dan pelabuhan di India. Ketika Portugis menguasai

perdagangan bunga cengkih, mereka telah memulakan penanaman bunga cengkih secara

komersial4 di Ambon dan Uliasser. Pada zaman pertengahan Eropah bunga cengkih sangat

banyak digunakan dalam persediaan makanan bagi orang bangsawan. Antara manfaat dan

khasiat yang dapat diperolehi dari bunga cengkih ialah tonik untuk kegunaan ibu selepas

bersalin, mecegah berlakunya kekejangan serta dapat menghilangkan bau mulut.

Manakala, rempah ratus iaitu lada hitam atau dalam kata nama lain iaitu “Piper Nigrum” turut

menjadi rebutan komoditi yang terdapat di Asia Tenggara oleh para pedang. Sejak abad yang

ke 4 lada hitam antara komoditi penting yang dijual di Eropah. Perdagangan lada hitam

berada di tangan pedagang India dan Arab. Menurut Chau Ju Kua, lada hitam dijual di China

sejak abad 1200 yang dibawa oleh pedagang dari India. Manakala, di Eropah, pedagang dari

Itali telah membawa masuk bekalan lada hitam untuk didagangkan ke Eropah melalui

pelabuhan Laut Merah. Manakala khasiat yang dapat diperolehi melalui pengambilan lada

hitam dalam pemakanan atau dalam perubatan ialah dapat dijadikan sebaai perasa dalam

makanan dan dalam perubatan berfungsi sebagai ubat yang dpat mengeluarkan angin dan

kahak dalam badan dan ini antara salah satu sebab mengapa lada hitam dianggap sebagai

ubatan yang terbaik dalam merawat batuk dan asma.

KEPENTINGAN REMPAH RATUS DALAM PERDAGANGAN DI ASIA

TENGGARA

4
Penanaman secara komersial adalah penanaman yang dilakukan dengan tujuan untuk menghasilkan
keuntungan. Penanaman ini biasanya dilakukan secara massal atau skala besar dan dikelola secara
professional.
Disebabkan permintaan rempah ratus sentiasa meningkat banyak kuasa besar dari Barat cuba

untuk menguasai perdagangan rempah ratus di Asia Tenggara, antaranya ialah VOC. VOC

atau dalam nama lain iaitu “Dutch East India Company” telah berjaya menguasai

perdagangan rempah ratus di Moluccas5 tetapi mereka masih merasa yang ia tidak mencukupi

kerana mereka ingin menjadi satu-satunya yang dapat menguasai perdagangan rempah ratus

di Moluccas tanpa ada kuasa lain seperti Portugis. Hal ini telah menyebabkan VOC telah

memindahkan pusat kegiatan ke Jayakarta yang sekarang dikenali sebagai Batavia. Kawasan

Batavia dipilih oleh VOC sebagai kawasan pusat kegiatan baru kerana kawaan geografinya

yang strategik yang terletak di jalur perdagangan Asia. Kehadiran VOC telah menyebabkan

persaingan antara Portugis kerana pada ketika itu Portugis mempunyai syarikat perdagangan

di sana juga. Tetapi dengan kelicikan VOC mereka dapat meguasai Batavia serta hampir

semua wilayah kawasan Indonesia. Setelah berjaya menguasai Moluccas, VOC mula

menguasai satu demi satu kawasan Kepulauan Rempah antaranya ialah Makian dan Bachan.

Setelah VOC mula menguasai Kepulauan Rempah, VOC telah menguatkuasakan kawalan ke

atas kadar pengeluaran buah pala dan bunga cengkih bagi mengelakkan penurunan harga

yang disebabkan penawaran yang berlebihan. Selain itu mereka juga mengenakan pelayaran

Honggi6 dalam usaha bagi memastikan mereka sentiasa mendapat keuntungan. Selain itu,

VOC turut mencuba untuk menguasai Melaka yang pada ketika terkenal dengan lada hitam

tetapi mereka menemui kegagalan. Oleh disebabkan VOC gagal menguasai perdagangan lada

hitam mereka telah mengarah orang Jawa untuk menanam lada hitam. Antara sebab VOC

tetap ingin menghasilkan lada hitam walaupun permintaan lada hitam dari Eropah pada 1720,

menurun kerana permintaan lada hitam dari China pada ketika itu masih tinggi. Jadi mereka

5
Pulau Moluccas atau lebih dikenali sebagai ‘Pulau Rempah Ratus”
6
Pelayaran Hongi atau Hongitochten adalah pelayaran yang dilakukan oleh VOC dengan
menggunakan senjata lengkap untuk mengawasi jalannya monopoli perdagangan. Apabila ditemukan
pelanggaran, biasanya para pelanggar akan dikenai hukuman yang disebut ekstirpasi. Hukuman ini
berupa pembinasaan tanaman rempah-rempah, sementara petani yang melanggar peraturan monopoli
akan disiksa atau dibunuh.
ingin menjadi pembekal lada hitam ke China yang bagi mereka dapat memberi keuntungan

yang tinggi. Oleh disebabkan permintaan rempah- rempah ratus ini makin meningkat ke

hampir seluruh dunia ia telah menyebabkan munculnya beberapa laluan perdagangan. Antara

laluan perdagangan yang muncul akibat dari perdagangan rempah ratus ialah laluan

perdagangan dari Kepulauan Moluccas ke Melaka yang menjadi pelabuhan yang dikunjungi

oleh pedagang dari serata dunia dan ke India iaitu Sri Lanka dan Kerala. Dari situ pedagang

akan membawa rempah ratus ke kawasan negara Eropah. Selain itu, “Silk Road” 7 juga telah

wujud ekoran dari permintaan rempah ratus antara Eropah dan kawasan Asia Tenggara8.

KAIN INDIA

Umum mengetahui yang kain tekstil antara komoditi penting yang telah menjadi barangan

dagangan di Asia Tenggara yang mendapat permintaan tinggi oleh para pedagang dari

seluruh dunia dan membuka laluan perdagangan jarak jauh di Asia Tenggara. Antara kain

tekstil yang didagangkan di Asia Tenggara sehingga abad ke 18 ialah kain tekstil India dan

kain tekstil Cina. Walaupun Asia Tenggara juga pengeluar kain seperti kain Batik dari Jawa

dan Aceh tetapi kain tekstil dari India tetap mendapat permintaan yang tinggi. Kain tekstil

dari India adalah salah satu kain yang menjadi rebutan ramai pedagang dari seluruh dunia dan

mempengaruhi sektor perdagangan di Asia Tenggara. Kain tekstil India telah menonjol dalam

perdagangan dengan Asia Barat dan Mediterranean melalui Laut Arab manakala di Asia

Tenggara pula kain tekstil India terkenal melalui Teluk Benggala. Pada abad ke 5 serpihan

kapas iaitu tekstil bercorak terawal yang berasal dari India telah ditemui di Berenike iaitu

pelabuhan yang terletak di sebelah Mesir di pantai Barat Laut Merah 9. Kain tekstil India ini

terkenal di Asia Tenggara ekoran dari daya tahan, corak semtri yang sama dengan Asia

Tenggara serta selera warna yang sama. Antara kawasan di India yang menjadi pengeluar
7
“Silk Road” merupakan rangkaian laluan perdagangan yang menghubungkan China dengan Timur Tengah dan
Eropah.
8
https://www.history.com/topics/ancient-middle-east/silk-road diakses Januari 10, 2023
9
Ibid, hlmn 2
kain kapas ialah Pantai Gujerat, Koromandel dan Bengal. Kain- kain tekstil India dipasarkan

dalam empat bentuk utama iaitu dalam bentuk keping yang kebiasaannya dicelup dalam

warna biru, dalam bentuk bercorak biasa iaitu warna putih atau berwarna, dalam bentuk

bercetak dan akhir sekali dalam bentuk produk siap.

KEPENTINGAN KAIN INDIA DALAM PERDAGANGAN DI ASIA TENGGARA

Antara kepentingan kain India dalam perdagangan di Asia Tenggara ialah permintaan

terhadap kain tekstil India yang meningkat dan sentiasa tinggi. Antara kain tekstil yang

terkenal dari India ialah kain kapas. India telah menjadi pusat pembuatan kapas sejak

sebelum 1800 tahun lagi dan terdapat lebih 150 jenis kain yang telah dieksport ke Asia

Tenggara. Kain tekstil India didatangkan dengan corak yang berbeza bagi fungsi dan keadaan

yang berbeza kerana hasil dan mutu kain tersebut yang dinilai cantik dengan corak yang

berwarna warni dapat digunakan dalam majlis tertentu atau bagi golongan masyarakat yang

tertentu. Antara kain tekstil India yang terkenal di Asia Tenggara ialah kain muslin. Kain

muslin ini berasal dari Deccan dan Bengal. Ia mempunyai jenis, kualiti dan harga yang

berbeza. Kain muslin dari Deccan dan kain Calico antara kain tekstil India yang mendapat

permintaan tinggi di Asia Tenggara. Kain tekstil India yang mempunyai banyak pilihan

dengan terbahagi kepada pelbagai mutu dan harga yang berbeza. Antara jenis kain kapas dari

India ialah tapis dan goulongs. Kain kapas “tapis” ialah kain kapas jenis kasar yang

kebanyakannya golongan bawahan seperti petani banyak menggunakan kain kapas dari jenis

ini. Manakala kain kapas “goulongs” ialah kain kapas lembut, bercorak yang ditenun dengna

benang emas dan kain ini kebanyakannya golongan bangsawan yang mengkehendakinya 10.

Selain dari kain kapas, sutera India yang dihasilkan di Gujerat juga menjadi rebutan oleh

golongan bangsawan dan mendapat permintaan yang tinggi di China serta Jepun. Hal ini

10
Prakash, Om. "The Dutch and the Indian Ocean textile trade." The Spinning World: A Global History
of Cotton Textiles, 1200–1850 (2009): 145-60., hlmn 149
menjadi sebab mengapa kain tekstil India menjadi salah satu faktor penting dalam

perdagangan di Asia Tenggara.

Kain tekstil India telah menjadi medium pertukaran untuk barang dagangan di Asia Tenggara

dengan pedagang dari luar negara. Hal ini dikatakan kerana pedagang Barat yang datang ke

Asia Tenggara mengalami kesukaran dalam melakukan urusan jual beli kerana sekatan yang

dikenakan ke atas mereka iaitu sekatan untuk membawa emas atau wang tunai dalah kuantiti

yang banyak. Hal ini menyebabkan pedaganga Barat mula mencari jalan penyelesaian iaitu

dengan menggunakan kain India sebagai salah satu cara alternatif dalam urusan jual beli

rempah ratus yang diperlukan oleh mereka. Selain itu, jika dilihat pada tujuan asal

kedatangan pedagang Barat ke Asia Tenggara ialah sebenarnya mereka datang untuk bekalan

rempah ratus yang akan dibawa balik ke negara mereka bukannya berdagang dengan

pedagang China dan India. Tetapi disebabkan mereka tiada kuasa beli serta sekatan yang

dikenakan ke atas mereka, mereka pun terpaksa membeli kain tekstil India untuk meneruskan

jual beli rempah ratus mereka di Asia Tenggara. Oleh disebabkan itu, para pedagang Barat

mula membeli tekstil India yang dibawa oleh pedagang India ke Asia Tenggara di Aceh,

Banten, Johor-Riau dan lain lain untuk ditukar dengan rempah ratus. Kuasa- kuasa besar

seperti Portugis, VOC (Dutch East India Company) dan EIC (East India Company) mula

bertindak untuk menakluki pelabuhan India bagi memastikan mereka mendapat bekalan kain

tekstil India dalam memastikan aktiviti perdagangan khususnya perdagangan rempah ratus di

Asia Tenggara berjalan dengan lancar. Selain itu, VOC juga menggunakan kain tekstil India

sebagai alat bayaran gaji untuk pegawai mereka.

Akhir sekali, kepentingan kain tekstil India dalam perdagangan di Asia Tenggara sehingga

abad 18 ialah membentuk perdagangan Inter-Asia iaitu antara negara Eropah dan Asia.

Komoditi kain tekstil India telah menjadi salah satu sebab terwujudnya perdagangan inter

Asia. Menurut Coen yang merupakan pegawai Belanda pada ketika itu, mengatakan jika
dikira keuntungan yang dapat diperolehi melalui perdagangan Inter-Asia, VOC dapat

menanggung pembiayaan VOC pada ketika itu. Dengan keadaan Asia yang pada ketika itu

tidak berdaya saing dari segi ekonomi menyebabkan ia menjadi pelengkap antara Eropah dan

Asia yang bergantung antara satu sama lain 11. Pada abad ke 17, perdagangan Inter-Asia

dimonopoli Belanda kerana pada waktu itu, mereka telah menguasai perdagangan tekstil

kain India serta perdagangan rempah ratus di Asia Tenggara. Hal ini menunjukkan yang kain

tekstil yang datang dari India antara salah satu faktor yang menyumbang kepada wujudnya

perdagangan Inter-Asia yang dapat memberi keuntungan kepada semua pihak yang terlibat

dalam perdagangan ini.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kemajuan dalam perdagangan di Asia Tenggara sangat bergantung kepada

perdagangan rempah ratus dan kain tekstil dari India. Walaupun terdapat komoditi lain

seperti beras, emas dan lain-lain dan bukan sahaja kain India dan rempah ratus sahaja yang

diperdagangkan di Asia Tenggara tetapi komoditi inilah antara yang penyumbang terbesar
11
S.P.Sen, “The Role of Indian Textiles in Southest Asia in Seventeenth Century”, hlmn 95.
dalam perdagangan di Asia Tenggara. Bagi kain India, ia bukan sahaja menjadi penyumbang

kepada perdagangan di Asia Tenggara malahan ia juga menjadi pengukur aras kedudukan

India sebagai pengeluar kain yang diperlukan oleh hampir seluruh dunia. Selain itu, akibat

dari harga rempah ratus yang tinggi di Eropah, menyebabkan komoditi rempah ratus serta

kain tekstil India membuka kepada kemasukan pedagang luar seperti Portugis untuk datang

ke Asia Tenggara dan merancakkan lagi aktiviti perdagangan di sana. Walaupun begitu,

akibat dari upaya kuasa Barat yang ingin membolot dan memonopoli perdagangan rempah

ratus dan kain India telah mencetuskan persaingan antara kuasa Barat yang lain. Tetapi pada

abad ke 18, permintaan rempah ratus dan lada hitam mula menurun dalam pasaran dunia

akibat dari gula,kopi dan tin yang mula mendapat tempat dalam pasaran perdagangan global,

di samping dengan kemerosotan dalam pasaran rempah di Eropah disebabkan oleh

ketidakstabilan politik di Eropah dan kesan penyeludupan rempah yang  berlaku di

Kepulauan Rempah.

BIBLIOGRAFI

BUKU

1. Prakash, Om. "The Dutch and the Indian Ocean textile trade." The Spinning World: A

Global History of Cotton Textiles, 1200–1850 (2009): 145-60.


JOURNAL

1. Hussin, Nordin. "Geografi dan perdagangan: Kepentingan Selat Melaka kepada

perdagangan dunia, Asia dan dunia Melayu 1700-1800." Akademika 73 (2008): 3-26.

2. Mansyur, Syahruddin. "Jejak Tata Niaga Rempah-Rempah dalam jaringan

Perdagangan Masa Kolonial di Maluku." Kapata Arkeologi (2011): 20-39.

3. Prakash, Om. "Indian Textiles in the Indian Ocean Trade in the Early Modern

Period." The Spinning World: A Global History of Cotton Textiles, 1200–1850 (2009).

4. Sen, S. P. "The role of Indian textiles in Southeast Asian trade in the seventeenth

century." Journal of Southeast Asian History 3, no. 2 (1962): 92-110.

KONTEN WEBSITE

1. “Road Silk”, diakses Januari 10, 2023, https://www.history.com/topics/ancient-


middle-east/silk-road

Anda mungkin juga menyukai