Anda di halaman 1dari 2

PEMBELAJARAN KENDIRI>PEMBACAAN BUKU

Buku 1
Tip MENANGANI
BULI DI SEKOLAH
Penulis:
Azizi Yahaya
Sharin Hashim
Yusof Boon
Zurhana Muhamad

Ketahui peranan guru, kaunselor dan ibu bapa dalam mengurangkan dan mencegah
perlakuan buli.

Setiap pelajar mungkin diugut, digertak, diusik dan disakiti oleh pelajar lain di sekolah. Guru,
ibu bapa, kaunselor dan individu-individu yang berada dekat dengan pelajar perlu
memainkan peranan bagi mencegah perlakuan buli ini.

Buku ini membimbing pembaca memahami tingkah laku buli dan mengenali gejala buli di
sekolah. Selain itu, ibu bapa juga dapat mempelajari:
 Gejala-gejala anak yang menjadi mangsa buli.
 Cara menjadikan anak ‘kalis’ pada perlakuan buli.
 Apa yang perlu dilakukan apabila anak menjadi pembuli.

Pelbagai langkah pencegahan buli dan program intervensi dicadangkan di dalam biku ini. Ia
turut membawa pembaca mengenali gengterisme dan membincangkan langkah
pencegahannnya.

Buku 2
Bimbingan & Kaunseling Kanak-Kanak
Penulis: MOK SOON SANG

Buku ini ditulis sebagai buku rujukan untuk para pendidik amnya, pelajar-pelajar yang
sedang mengikuti kursus Ilmu Pendidikan di Istitut Pendidikan Guru(IPG) dan Istitut
Pengajian Tinggi Awam(IPTA), serta pegawai-pegawai perkhidmatan pelajaran yang akan
menduduki peperiksaan PTK khasnya.

Buku 3
ISU-ISU KAUNSELING DAN PERKEMBANGAN KERJAYA
Penulis: ROHANY NASIR
Buku ini memberi tumpuan terhadap dua isu utama dalam proses perkembangan kerjaya di
tahap persekolahan, kesedaran kerjaya dan kematangan kerjaya. Bab 3 menerangkan
tentang masalah tekanan kerja yang biasa dialami oleh mereka yang telah bekerja. Kesemua
isu dan masalah dilihat dari segi definisi, kajian yang sehubungan, alat-alat pengukuran serta
implikasi terhadap pendekatan kaunseling dan bimbingan kerjaya.
Perkembangan kerjaya kaum wanita dibicarakan dalam Bab 4, di mana diandaikan
perkembangan kerjaya yang dilalui oleh wanita adalah berbeza daripada perkembangan
kerjaya kaum lelaki.

MANUAL INTERVENSI
TERAPI RASIONAL EMOTIF TINGKAH LAKU
Penulis:
Amalia Madihie
Sidek Mohd Noah
Maznah Baba
Wan Marzuki Wan Jaafar
Intervensi Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku adalah sebuah manual intervensi kaunseling
yang berlandaskan pendekatan Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku. Setiap intervensi ini
dibina berdasarkan nilai dan budaya Malaysia. Pembinaan intervensi ini melalui proses
pembinaan dan penyelidikan modul yang standard. Nilai kesahan dan kebolehpercayaan
bagi intervensi ini sangat tinggi. Walau bagaimanapun, kaunselor atau fasilitator yang
terhasrat untuk mengaplikasikan Intervensi Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku ini perlu
mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pendekatan REBT. Bahasa yang akan
digunakan bersama dengan klien ketika mengimplementasi intervensi ini perlulah mengikut
tahap pemahaman klien tersebut. Satu lagi keunikan terapi ini adalah kaunselor boleh
mengaplikasikannya dengan klien minor sehingga dewasa.

Terapi Perhubungan Ibu Bapa-Anak:


Modul Terapi Filial 7 Sesi

Anda mungkin juga menyukai