Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK SK SUNGAI DENDANG 2022/2023

MATA PELAJARAN JAWI


PROGRAM TAMRIN
SASARAN TAHUN 1-6

A. LATAR BELAKANG
1. Program TAMRIN bertujuan meningkatkan penguasaan murid dalam menulis jawi
serta mengeja perkataan dengan betul.
2. Program ini diadakan pada setiap hari Jumaat
3. Program ini bermula 4 hb April – 6 hb Mei 2022
4. Terdapat 40 patah perkataan yang perlu murid selesaikan dengan berjumpa mana-
mana guru untuk memberi perkataan dan murid perlu menulis semula dalam ejaan
Jawi.

B. DAPATAN PROGRAM
1. Komunikasi pelajar –guru
i. Murid bertemu dengan guru pada waktu rehat dam masa pulang
ii. Murid Tahap I kurang berjumpa guru berbanding Tahap 2
iii. Murid yang aktif di dalam kelas adalah murid yang kerap berjumpa guru.
2. Pemeriksaan Buku TAMRIN
i. Hasil pemeriksaan didapati murid Tahap I kurang melibatkan diri berbanding murid
Tahap 2
ii. Murid Tahap 2 kebanyakannya menguasai ejaan Jawi berbanding Tahap 1

3. Impak Program
i. Murid yang aktif akan terus ke hadapan, manakala murid sederhana akan dapat
meningkatkan latihan dari masa ke semasa.
ii. Program ini sangat membantu penguasaan ejaan Jawi murid dan perlu
diperbanyakkan latihan pada masa akan datang.

C. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
i. Guru mata pelajaran Jawi juga harus menggunakan waktu relief kelas sebagai
waktu latihan ejaan Jawi dan bina ayat seperti yang telah dilakukan pada sebelum
ini.
ii. Murid Tahap 1 perlu dibekalkan beberapa perkataan untuk dijawikan sebagai kerja
rumah 2 minggu sekali.

Anda mungkin juga menyukai