Anda di halaman 1dari 4

PERANCANGAN OPERASI

PANITIA BAHASA MELAYU

NAMA PROJEK Bengkel Teknik Menjawab Kertas Penulisan Bagi Murid Tahun 6
OBJEKTIF Meningkatkan kemahiran murid dalam teknik menjawab kertas penulisan.
KUMPULAN SASARAN 1. Murid Tahun 6

GURU TERLIBAT 1. Ketua Panitia


2. Guru-guru Bahasa Melayu
PROSES KERJA 1. Murid menghadiri bengkel teknik menjawab bersama guru BM.
2. Murid mendengar apa yang disampaikan oleh penceramah.
3. Murid diberi teknik menjawab bahagian demi bahagian.
4. Murid diberi ujian untuk mengetahui kefahaman mereka.
5. Guru BM memberi penjelasan yang lanjut dan pengukuhan selepas bengkel.
6. Latihan diberi dari semasa ke semasa.

KEKANGAN 1. Murid tidak faham apa yang penceramah sampaikan.


2. Murid tidak dapat memberi tumpuan mereka dalam jangka masa yang panjang.
3. Murid tidak dapat menulis semasa ujian kerana kekurangan kosa kata yang telah dikuasai.

PEMANTAUAN Pemantauan akan dilakukan oleh GB, GPK 1 dan Pengerusi Panitia.
PENILAIAN Penilaian akan dibuat dari semasa ke semasa bagi mengenalpasti keberkesanan program.
PENAMBAHBAIKAN Berdasarkan hasil penilaian, penambahbaikan dan pemudahcaraan akan dilakukan bagi
meningkatkan keberkesanan program.
PERANCANGAN OPERASI
PANITIA BAHASA MELAYU

NAMA PROJEK Program 3P (Pengayaan, Pengukuhan dan Pemulihan) dalam Kertas Pemahaman
OBJEKTIF Meningkatkan kemahiran murid dalam menjawab kertas pemahaman.
KUMPULAN SASARAN 1. Murid Tahun 1 - 6

GURU TERLIBAT 1. Ketua Panitia


2. Guru-guru Bahasa Melayu
PROSES KERJA 1. Ketua panitia memberikan taklimat tentang program kepada guru-guru Bahasa Melayu.
2. Guru-guru Bahasa Melayu menjalankan program ini dari semasa ke semasa.
3. Sekiranya murid tersebut telah menguasai kemahiran yang diajar, latihan yang lebih (pengayaan
dan pengukuhan) akan diberi kepada murid tersebut. Latihan yang diberi perlu bersesuaian
dengan tahap murid.
4. Sekiranya murid tersebut masih tidak menguasai kemahiran yang diajar walaupun telah
memberi bimbingan, aktiviti pemulihan akan diberi kepada murid tersebut. Aktiviti pemulihan
menggunakan kemahiran yang paling asas sahaja supaya murid dapat menguasai konsep
dahulu.
5. Contohnya, murid diberi latihan membina ayat tunggal sekiranya mereka tidak dapat membina
ayat majmuk.

KEKANGAN 1. Kosa kata murid sangat kurang dan mengakibatkan mereka tidak dapat membina ayat walaupun
mempunyai idea.
2. Murid tidak dapat memahami kehendak soalan.
3. Ingatan murid terhadap kemahiran dan ilmu yang telah dikuasai pendek sahaja.

PEMANTAUAN Pemantauan akan dilakukan oleh GB, GPK 1 dan Pengerusi Panitia.
PENILAIAN Penilaian akan dibuat dari semasa ke semasa bagi mengenalpasti keberkesanan program.
PENAMBAHBAIKAN Berdasarkan hasil penilaian, penambahbaikan dan pemudahcaraan akan dilakukan bagi meningkatkan
keberkesanan program.
PERANCANGAN OPERASI
PANITIA BAHASA MELAYU

NAMA PROJEK Program Menyalin Karangan


OBJEKTIF Meningkatkan penguasaan murid dalam penulisan dan meluaskan kosa kata.
KUMPULAN SASARAN 1. Murid Tahun 2 - 6

GURU TERLIBAT 1. Ketua Panitia


2. Guru-guru Bahasa Melayu
PROSES KERJA 1. Ketua panitia memberikan taklimat tentang program kepada guru-guru Bahasa Melayu.
2. Guru-guru Bahasa Melayu mencari karangan yang bersesuaian kepada murid untuk menyalin
dalam buku khas (buku menyalin karangan).
3. Murid akan membaca karangan di hadapan guru.
4. Guru membincangkan karangan dengan murid supaya mereka memahami karangan tersebut.
5. Guru perlu memastikan setiap karangan mempunyai kosa kata di bawah karangan yang disalin
itu.
6. Guru boleh menyuruh murid membaca karangan yang dahulu pada waktu petang agar
mengukuhkan ingatan mereka.
KEKANGAN 1. Bilangan karangan yang disalin dalam seminggu terhad.
2. Guru tidak mempunyai masa untuk perbincangan dengan murid.

PEMANTAUAN Pemantauan akan dilakukan oleh GB, GPK 1 dan Pengerusi Panitia.
PENILAIAN Penilaian akan dibuat dari semasa ke semasa bagi mengenalpasti keberkesanan program.
PENAMBAHBAIKAN Berdasarkan hasil penilaian, penambahbaikan dan pemudahcaraan akan dilakukan bagi meningkatkan
keberkesanan program.
PERANCANGAN OPERASI
PANITIA BAHASA MELAYU

NAMA PROJEK Kelas Malam


OBJEKTIF Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam penulisan dan pemahaman Bahasa Melayu.
KUMPULAN SASARAN 1. Murid Tahun 3 - 6
GURU TERLIBAT 1. Ketua Panitia
2. Guru-guru Bahasa Melayu
PROSES KERJA 1. Ketua panitia menjelaskan keperluan menjalankan kelas malam kepada guru-guru Bahasa
Melayu.
2. Guru mengulang kaji kemahiran dan ilmu yang murid tidak dapat kuasai.
3. Sekiranya murid telah kuasai, ulang kaji masih perlu diberi dari semasa ke semasa supaya
murid tidak mudah lupa.
KEKANGAN 1. Ibu bapa murid kurang mengizinkan murid datang ke sekolah pada waktu malam kerana
persekitaran sepanjang perjalanan ke sekolah agak gelap.
2. Tumpuan murid pada waktu malam agak lemah kerana kepenatan.

PEMANTAUAN Pemantauan akan dilakukan oleh GB, GPK 1 dan Pengerusi Panitia.
PENILAIAN Penilaian akan dibuat dari semasa ke semasa bagi mengenalpasti keberkesanan program.
PENAMBAHBAIKAN Berdasarkan hasil penilaian, penambahbaikan dan pemudahcaraan akan dilakukan bagi meningkatkan
keberkesanan program.

Anda mungkin juga menyukai