Anda di halaman 1dari 1

skrip pidato "AKHLAK MULIA KELUARGA BAHAGIA"

Bismillahirrahmanirrahim,
Terima kasih kepada Tuan Pimpinan Majlis, kombinasi panel kehakiman pejuang neraca
keadilan seterusnya hadirin dan hadirat sekalian.Assalammualaikum wbt, berdirinya saya di
sini tidak lain dan tidak bukan kerana ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk,
akhlak mulia keluarga bahagia.

Sidang dewan yang dihormati,


lontaran idea saya yang pertama, berteraskan sabda Rasulullah " Sesungguhnya aku
diutuskan demi menyempurnakan akhlak yang mulia".Justru akhlak yang mulia sentiasa
menghiasi kehidupan Rasulullah maka kita sebagai umatnya haruslah mencontohi sifat
Rasulullah agar hidup keluarga kita bahagia di dunia dan akhirat.

Hadirin yang saya muliakan,


Betapa besarnya peranan ibu bapa yang menjadi nakhoda melayari bahtera sebuah
keluarga.Ibu bapa perlu memberi pendidikan agama yang secukupnya. Wahai ibu dan
bapa,luangkan masa untuk mendengar masalah anak anak.Jangan jadi ayah keluar pintu
hadapan,ibu keluar pintu belakang,anak anak jadi lintang pukang.Kalau begitu jadinya porak
porandalah sebuah keluarga.

Hadirin sekalian,
Peranan institusi keluarga perlu dipulihkan kerana keluarga yang kucar kacir akan
melahirkan anak anak yang mudah terlibat dengan gejala yang negatif.Jika institusi keluarga
lemah,dengan sendirinya sesuatu bangsa tidak akan teguh.

Akhir kata, marilah kita sama sama bertaut tenaga, menggembleng usaha, memupuk akhlak
mulia dalam kalangan generasi pewaris bangsa bagi mewujudkan keluarga
bahagia.Sekian,Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai