Anda di halaman 1dari 3

PENERANGAN :

Tooling material adalah penting untuk dikenalpasti supaya material yang dipilih menepati
spesifikasi dan bersesuaian dengan tugas yang akan dilakukan oleh material tersebut.

Sebagai tool designer adalah perlu dan penting untuk memilih material (bahan) untuk
bermacam-macam jenis produk yang akan dihasilkan seperti cutting tools, punches, dies,
special machines dan sebagainya. Seseorang tool designer mesti mempunyai pengetahuan
kerja (working knowledge) berkenaan dengan material yang dipilih dan faham tentang sifat-
sifat kimia dan mekanikal logam tersebut.
Aspek-aspek seperti material cost, pembentukan (fabrication), cara pengeluaran
(manufacturing method) dan juga fungsi produk adalah perlu diambil kira dalam pemilihan
tooling material. Tooling material dibahagi kepada Ferrous tooling material, non ferrous
tooling material dan non metalic tooling material. Sebelum ini, keluli (metal) adalah tooling
material yang utama. Walaupun kosnya tidak tinggi tetapi masa yang yang diperlukan untuk
menghasilkan perkakasan (tooling) adalah tinggi dan susah.
Oleh yang demikian beberapa jenis plastik telah ditemui mempunyai ciri-ciri sebagai
tooling material yang mana beberapa kelemahan logam sebagai tooling material telah dapat
diatasi. Kebanyakan tooling material dari jenis plastik ini banyak digunakan dalam industri
penerbangan (air craft).

BAHAN KEJURUTERAAN

LOGAM BUKAN LOGAM

FERROUS NON FERROUS ASLI TIRUAN

Beberapa contoh tooling material adalah seperti di bawah.:


Ferrous tooling material - Tool steel, High speed steel, Mild steel, Cast iron dan
sebagainya.
Non ferrous tooling material - cast non ferrous alloys, zinc base alloys, bismuth alloys,
magnesium.
Non metallic tooling material - Rubber, Masonite, Densified wood, Plactics,Oxide cutting
tool, Diamond.
Bahan Logam
Bahan logam pula dibahagi kepada 2 iaitu :-

1) Logam ferus

Logam ferus ialah logam yang mengandungi unsur besi dan karbon. Ia merupakan
pengalir elektrik yang baik dan bertindakbalas dengan magnet. Contoh logam ferus ialah
seperti iron, cast iron,wrough iron, high carbon steel, medium carbon steel, aloy steel dan
sebagainya.

Iron adalah merupakan besi tulen serta lembut dan tidak sesuai digunakan dalam
industri. Jadi sejumlah kecil non ferus metal dicampurkan untuk menguatkan iron dan
menghasilkan steel dan sebagainya. Beberapa bahan /element lain lagi seperti mangganese
dan chromium akan menambahkan lagi sifat-sifat steel seperti ketahanan dari karat dan
menambahkan kekuatan. Steel adalah logam yang paling penting yang diketahui oleh
manusia dan dalam bidang kejuruteraan dan perindustrian, sebahagian besar logam yang
digunakan adalah steel.

2) Logam bukan ferus

Logam bukan ferus adalah logam yang tidak mengandungi unsur besi dan karbon
dan tidak bertindakbalas dengan magnet serta tidak berkarat walaupun terdedah kepada
udara lembab. Terdapat bermacam-macam jenis logam bukan ferus di mana ianya
dikelaskan kepada beberapa kumpulan seperti dalam gambarajah 2. Sebahagian besar
daripada non ferrous metal yang disenaraikan adalah tidak digunakan dengan meluas di
institusi-institusi latihan kerana faktor harganya yang sangat mahal. Logam bukan ferus
dikelaskan seperti dalam jadual 2.
NON FERROUS METAL
BASE METAL ALLOYS PRECIOUS METAL
Sterling silver Copper Brass
Gold Lead Bronze
Platinum Tin Nickel
Nickel Pewter
Aluminium Gar-alloy
Zink

Jadual 2
PENGHASILAN LOGAM
Tooling material dihasilkan melalui berbagai-bagai kaedah. Kaedah yang utama ialah
kaedah relau di mana berbagai-bagai jenis relau digunakan untuk menghasilkan tooling
material seperti :-

1) Relau Mangkuk Pijar


Relau mangkuk pijar digunakan untuk menghasilkan keluli berkarbon tinggi dan juga keluli
aloi. Bahan mentah yang digunakan ialah besi jongkong dan skrap keluli. Keluli yang
dihasilkan melalui kaedah ini lebih kuat dan bermutu tinggi dan harganya agak mahal.

2) Relau dedah
Kelebihan relau jenis ini dalam menghasilkan keluli ialah kandungan karbonnya dapat
dikawal dengan tepat samada dengan menambah atau mengurangkannya semasa proses
berjalan.

3) Relau elektrik
Relau elektrik adalah merupakan kaedah yang lebih moden dalam menghasilkan keluli.
Kelebihan relau ini ialah suhu dan bahan campuran dapat dikawal dengan lebih tepat dan ia
juga bebas dari asap dan kekotoran.

Anda mungkin juga menyukai