Anda di halaman 1dari 10

ANALISIS ARTIKEL

ANALISIS ARTIKEL : BERKUMPULAN

KORELASI PERGAULAN DENGAN FAKTOR KANAK-


KANAK LAMBAT BERTUTUR

NURULHUDA BINTI SOSIOLOGI


M20221000945 0194451515
MOHAMAD NOR PENDIDIKAN

NURULHUDA / KHARSYIAH/FAIRUZ

DR. IZAZOL BINTI IDRIS

1
ANALISIS ARTIKEL

KORELASI PERGAULAN DENGAN FAKTOR KANAK-KANAK LAMBAT


BERTUTUR

(FAKTOR LAMBAT BERCAKAP DAN HUBUNGANNYA DENGAN


PERGAULAN KANAK-KANAK)

OLEH :

NURULHUDA BINTI MOHAMAD NOR (2022000945)

KHARSYIAH BINTI ABDUL RAHMAN (2022000935)

FAIRUZ

KELAS: SOSIOLOGI PENDIDIKAN

Pengenalan

Komunikasi dan interaksi memainkan peranan yang sangat penting dalam


suatu hubungan sosial antara manusia. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
perkataan ‘lambat’ ialah lewat daripada waktu yang ditentukan, mengambil masa
yang lama. Manakala perkataan ‘bercakap’ dengan kata asal cakap bermaksud bicara
atau tutur. Definisi lambat bercakap sendiri membawa maksud lewat atau mengambil
masa yang lama untuk berbicara.

Untuk pengetahuan pembaca, masalah lambat bercakap di kalangan kanak-


kanak semakin meruncing pada masa kini. Ini berdasarkan pemerhatian penulis secara
rawak semasa menjalani tugas sebagai pendidik dan pembacaan beberapa artikel dan
berita di mana semakin ramai kanak-kanak yang mula masuk ke alam persekolahan
seawal 4 tahun masih tidak mampu berbicara dengan baik seperti rakan-rakan sebaya.

2
ANALISIS ARTIKEL

Beberapa kajian dan dapatan melalui artikel-artikel telah dikenalpasti berkenaan


permasalahan ini.

Ringkasan artikel

Dalam artikel pertama yang bertajuk Gajet Antara Punca Anak Lambat
Bercakap, Ini Solusinya oleh Farah Eliani (2021) menyatakan beberapa dapatan
kajian antarabangsa mengenalpasti prevalen kanak-kanak mempunyai masalah
kelewatan bahasa mencecah 2.53 peratus bagi kumpulan usia 1 hingga 12 tahun di
India, 3.3 peratus individu yang berumur 3 - 17 tahun di Amerika Syarikat dan lebih
10 peratus remaja berusia 18 tahun dan ke bawah di United Kingdom. Menurut Yong
Ennie, Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan), GENIUS Kurnia, Kementerian
Pendidikan Malaysia berkata masalah pertuturan kanak-kanak adalah merujuk kepada
kejelasan percakapan. Sementara masalah bahasa pula mempunyai kaitan dengan
kefahaman dan penggunaan kosa kata dalam komunikasi harian si kecil. Kedua-dua
elemen terbabit (pertuturan dan bahasa) terjadi disebabkan oleh beberapa faktor
signifikan. Antara punca lewat bercakap adalah gangguan pertuturan dan bahasa
seperti kecelaruan dalam menggunakan bahasa baku atau bahasa bayi, masalah
pendengaran, gangguan spektrum autisme, gangguan neurologi dan genetik.

Beberapa cadangan cara penyelesaian telah diutarakan seperti memerhati


gerak tangan anak. Sebagai contoh jika anak menunjukkan sesuatu mainan, cuba
tanya beliau hendak yang mana merah atau biru. Selain itu penjaga atau ibu bapa
boleh menggunakan kosa kata yang sebenar iaitu tidak pelatkan bicara dengan anak
seperti perkataan mamam yang sering digunakan oleh orang dewasa untuk
menggantikan perkataan sebenar iaitu makan. Sering bercerita dan bertanya dengan
kanak-kanak juga boleh memancing mereka untuk bersembang tanpa ragu dan
membalas dan memberi perhatian terhadap setiap kata-kata atau pertanyaan anak.
Akhir sekali kanak-kanak perlu dikurangkan pendedahan dan penggunaan gajet yang
berlebihan sehingga tiada pergaulan dan interaksi dengan orang sekeliling.

Artikel kedua bertajuk Anak Lewat Bercakap? Bila Perlu Risau? oleh Nur
Arzuar Bin Abdul Rahim (2022) - Jabatan Perubatan Klinikal, Institut Perubatan Dan
Pergigian Termaju (PPT) menyatakan kanak-kanak yang berusia 1 tahun sepatutnya

3
ANALISIS ARTIKEL

mempunyai sekurang-kurangnya 1 patah perkataan yang mempunyai makna sebagai


contoh ‘nak’ atau ‘tak nak’. Isu kes lambat bercakap pada masa kini lebih banyak
berbanding 10 tahun dahulu. Beberapa faktor lewat perkembangan pertuturan yang
dikenalpasti ialah kanak-kanak lebih byk tumpuan bersama television atau gajet,
kurang stimulasi pertuturan dalam kalangan kanak-kanak kerana lebih banyak masa di
rumah terutama baru saja melalui fasa pandemik Covid19 yang mengganggu sistem
persekolahan. Faktor lain seperti kelahiran pramatang dan sebahagian yang lain
terdapat kes seperti mengalami kecederaan otak ketika kelahiran juga menyumbang
kepada perkembangan percakapan kanak-kanak. Selain itu mereka yang pernah
mengalami masalah kuning ketika bayi dengan kadar yang tinggi juga menjadi punca
masalah ini. Antara faktor persekitaran pula yang sering terjadi ialah ibu bapa
mengajuk bahasa bayi ketika bertutur dengan mereka seperti perkataan mamam utk
makan dan tidak kurang juga mentertawakan anak-anak mereka jika bercakap pelat .
Ini menyebabkan mereka akan malu untuk bercakap lagi.

Pada kebiasaannya, perlakuan kanak2 lewat bercakap dapat dilihat antaranya


menjerit untuk mendapatkan perhatian, lebih sensitif dan mudah terasa dan lebih degil
atau keras kepala berbanding kanak-kanak sebaya lain. Dalam hal ini Ibu Bapa perlu
bersabar melayani mereka, mengenalpasti lebih awal tanda-tanda contohnya
pergaulan ketika berkumpul beramai-ramai. Mereka juga perlu mendapatkan nasihat
doktor jika tanda-tanda lewat bercakap masih tidak seperti rakan sebayanya. Selain itu
mereka hendaklah menegur dengan membetulkan perkataan yang salah sebutan
supaya tidak pelat. Kanak-kanak dengan perkembangan normal masih boleh
menunjukkan body langguage semasa berinteraksi seperti mimik muka kerana
percakapan dan perbualan boleh menjadi verbal atau non verbal. Manakala kanak-
kanak yang tidak normal tidak mempunya eye contact ketika bercakap, tidak
mengendahkan ibu bapa atau orang lain yang bercakap dengannya serta hanya boleh
bercakap menggunakan huruf vokal seperti ohh atau uhh.

Sehubungan itu masalah lewat bercakap boleh diatasi dengan melakukan


terapi dan rawatan. Beberapa peringkat terapi akan dilakukan iaitu pertama
mengenalpasti pendengaran anak normal. Kemudian pemeriksaan secara fizikal
rongga mulut dilakukan untuk melihat lidah mereka panjang atau pendek juga
pergerakan lidah normal atau tidak, dan memastikan tiada masalah AD iaitu attention

4
ANALISIS ARTIKEL

defisit atau hyperactif mahupun autisme supaya mereka boleh fokus ketika terapi
dilakukan. Beberapa tip diberi untuk ibu bapa iaitu elakkan bercakap ketika television
dipasang dengan kuat, perlahankan suara television supaya anak lebih fokus
mendengar percakapan, pastikan ada eye contact ketika bersembang. Selain itu, ajar
anak bahasa isyarat mudah spt angguk dan luangkan masa lebih banyak dengan anak.

Manakala artikel yang ketiga menghuraikan tentang perkara yang perlu


dilakukan untuk merangsang perkembangan komunikasi anak-anak melalui tajuk
Aktiviti Sokongan Bagi Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi Kanak-Kanak yang
ditulis oleh Zainiah Mohamed Isa1* , Mazlina Che Mustapha2 , Iylia Dayana
Shamsudin3 , Juppri Bacotang4 , Grace Annammal Gnana Piragasam. Zainiah et al.
(2018b) menunjukkan kanak-kanak berumur dua, tiga, dan empat tahun di taman
asuhan kanak-kanak (taska) belum menguasai bahasa dan komunikasi dengan baik.

Artikel ini menekankan pendidik perlu merangsang komunikasi antara murid


supaya mereka lebih berkeyakinan dalam bercakap dan bertutur. Artikel ini
menyentuh tentang pendapat Gest et al., 2006 iaitu pendidik lebih cenderung
memberikan pelbagai arahan kepada murid di dalam kelas. Apabila membincangkan
kandungan pelajaran, guru selalunya mengemukakan soalan yang tertutup, dan
memberikan respon dengan hanya menggunakan satu atau dua perkataan terhadap
soalan atau idea yang dikemukakan oleh kanak-kanak. Pendidik atau guru kurang
menyediakan ruang untuk murid berkomunikasi secara terbuka dan bebas malah lebih
tertutup menerima pendapat serta lebih tertumpu pada silibus. Artikel ini juga
menghuraikan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini
iaitu dengan cara bermain, interaksi perbualan, menyanyi dan bahasa berima,
membaca buku serta bercakap di khalayak. Mereka memerlukan model bahasa untuk
menyerap, memproses malah menggunakan kosa kata dalam pertuturan mereka
(Blamey & Beauchat, 2016).

Bermain adalah salah satu perkara wajib yang perlu ada dalam kehidupan
kanak-kanak. Salah satu permainan yang perlu diterapkan main peranan atau sosial
drama kerana ia menggalakkan perkembangan bahasa serta mampu mengelakkan
masalah komunikasi kanak-kanak. Permainan ini wujud berdasarkan sesuatu tema
tertentu dan menggunakan ayat yang lebih kompleks (Weisberg et al., 2013). Melalui
bahasa berima dan puisi pula, kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran

5
ANALISIS ARTIKEL

manipulasi bunyi dalam pertuturan yang merupakan kemahiran fonemik selain


menggunakan gerakan badan dan tangan. Ini menjadikan kanak-kanak atau murid-
murid dapat menumpukan kepada bunyi di awal dan akhir perkataan. Kemahiran ini
amat penting sebelum mereka menguasai kemahiran fonik.

Aktiviti pembacaan buku membuatkan kanak-kanak mampu memahami


seterusnya menceritakan serta membuat ringkasan dan maklumbalas berkenaan cerita
yang dibaca. Dalam aktiviti lain seperti bercakap di khalayak ramai, antara yang
sesuai dijalankan terhadap kanak-kanak ialah aktiviti “Show and Tell”. Aktiviti ini
melibatkan bahan istimewa yang dibawa oleh kanakkanak dan membentangkan bahan
tersebut kepada rakan-rakan (Blamey & Beauchat, 2016). Dalam aktiviti ini kanak-
kanak membawa objek untuk dipersembahkan kemudian menerangkan kepada
khalayak dengan dibimbing oleh guru.

Perbincangan

Berdasarkan ketiga-tiga artikel yang telah diringkaskan di atas, dapat dilihat


bahawa masalah lambat bercakap di kalangan kanak-kanak sudah menjadi satu isu
yang sedang dihadapi oleh masyarakat dunia yang mana ianya perlu diberi perhatian
serius. Mari kita lihat apakah penyebab dan punca masalah ini semakin berleluasa.

Tanda-tanda

Sebagai permulaan kita lihat dahulu antara tanda-tanda kanak-kanak


menghadapi masalah lambat bercakap ialah tidak menyebut perkataan ketika meminta
sesuatu. Mereka lebih cenderung menunjukkan sahaja tanpa tahu menyebut nama
barang yang dipinta. Kedua, tidak mahu bertentang mata ketika berbicara. Ini
biasanya berlaku jika kanak-kanak mengalami masalah autisme. Ibu bapa perlu
sensitif dan peka dengan keadaan anak seperti ini. Yang ketiga pula, suka
menunjukkan keras kepala dan degil yang melebihi kanak-kanak lain. Seterunya,
kanak-kanak ini kerap menjerit untuk meminta atau meluahkan emosi. Ini kerana
mereka tidak tahu untuk menyatakan dan berbincang dalam bentuk perbualan dan
percakapan. Dan yang terakhir kanak-kanak begini suka menyendiri dan tidak mahu
bergaul kerana kurang keyakinan diri bertemu kawan-kawan lain.

6
ANALISIS ARTIKEL

Faktor

Seperti yang telah dijelaskan di artikel-artikel di atas, antara faktor yang


menyumbang kepada masalah kelewatan percakapan kanak-kanak yang tidak selari
dengan peningkatan umur mereka ialah cara percakapan ibu bapa atau penjaga kanak-
kanak yang terlalu menjurus ke arah percakapan seperti bayi atau dengan ertikata lain
cakap secara pelat. Mungkin pada dasarnya percakapan tersebut dianggap sebagai
interaksi bermanja namun ia mengundang risiko anak keliru dengan bahasa yang
sebenar. Sebagai contoh perkataan cantik yang dibahasakan dengan ‘tantik’, kencing
dengan perkataan ‘tencing’ dan banyak lagi. Jika ianya menjadi kebiasaan,
percakapan ini akan digunapakai oleh kanak-kanak ini ketika mereka bergaul dengan
rakan yang lain atau adik beradik mereka sendiri. Perkara ini akan berlarutan dan
boleh menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang lain seperti ketawa mendengar
gaya bahasa anak ini dan tidak kurang mengejek mereka. Pada dasarnya mungkin
ianya sekadar gurauan namun ia boleh menyebabkan merasa rendah diri dan ragu
dengan penggunaan bahasa yang sedang dituturkan. Hal ini boleh menyebabkan
kanak-kanak ini malu dan merasa rendah diri untuk bercakap.

Sungguhpun demikian, faktor yang boleh dikatakan paling dominan ialah


kurang galakan, perhatian dan bimbingan dari orang dewasa, guru dan ibu bapa dalam
membimbing, menggalak dan memberi ruang untuk kanak-kanak bercakap, berbual
mahupun berkomunikasi. Disebabkan itu, kanak-kanak merasa tidak penting untuk
mereka mencipta bualan dengan orang lain, atau mereka tidak mempunyai kosa kata
yang banyak untuk menyatakan pendapat, kemahuan dan penceritaan.

Selain itu, faktor penyumbang adalah terdapat beberapa masalah dari segi
pendengaran yang mana ia akan membuatkan kanak-kanak salah mendengar patah
ucapan dan perkataan, menyalahertikan arahan mahupun penerangan dan juga tidak
fokus atau tidak mengendahkan mana-mana komunikasi yang dihala ke arah mereka.
Pergerakan lidah yang tidak normal juga menyebabkan cara percakapan mereka
menjadi tidak jelas dan tidak betul. Selain itu perlu diperhatikan faktor lain seperti
faktor genetik, autisme, attention defisit mahupun hiperaktif juga merupakan antara
penyebab mereka tidak boleh bercakap seperti kanak-kanak lain.

7
ANALISIS ARTIKEL

Peredaran masa membuatkan kanak-kanak berubah mengikut masa juga.


Dalam perkembangan teknologi dan komunikasi, pelbagai alatan dan penciptaan yang
menggantikan komunikasi secara terus dapat dilihat mampu membantu dan
memudahkan dalam perkara-perkara tertentu seperti penghantaran surat yang kini
digunakan dengan email sahaja, perbincangan tergempar dapat digantikan dengan
perbincangan dalam talian dan sebagainya. Kanak-kanak turut sama menerima
perubahan ini di mana penciptaan gajet-gajet yang mampu menarik perhatian setiap
golongan membuatkan mereka leka dan kurang bergaul apatah lagi berkomunikasi
dengan orang lain. Ini membentuk kanak-kanak menjadi lebih pasif dan tidak pandai
berkawan dengan orang lain. Hal ini menjadikan komunikasi mereka tidak berkesan
jika dibiarkan berlarutan.

Penyelesaian

Beberapa kajian dan dapatan mengenai permasalahan ini menemui cara untuk
menangani masalah ini. Yang pertama ialah sokongan dan dorongan oleh ibu bapa
dan orang sekeliling. Zainiah et al.(2020) seperti yang tercatat dalam artikel ketiga
telah membangunkan sebuah panduan kepada ibu bapa untuk menyokong
perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Ini menunjukkan peranan utama
adalah ibu bapa yang mana mereka perlu menumpukan perhatian terhadap
pertanyaan, penceritaan dan pergaulan anak-anak mereka. Penggunaan bahasa yang
betul dan tidak pelat amat penting kerana ia juga membina kosa kata yang banyak
untuk kanak-kanak. Sekiranya terdapat kesilapan pada penggunaan kosa kata, atau
kesilapan menyebut perkataan, hendak dibetulkan tanpa menggunakan nada sindiran
atau mentertawakan mereka. Ini bertujuan membina keyakinan diri dan mereka tahu
mana yang betul dan sebaliknya menggunakan perkataan tertentu.

Cara yang kedua ialah membawa mereka melakukan pemeriksaan dengan


doktor seperti pemeriksaan pendengaran dan atau masalah lain seperti attention
defisit, hyperactif dan autisme. Selain itu pemeriksaan dari segi genetik, psikologi
dan pergerakan lidah juga perlu dilakukan. Banyak tanda-tanda yang boleh
diperhatikan seperti tiada pertentangan mata maka ibu bapa bolehlah mendapatkan
nasihat pakar. Ini membantu ibu bapa dan penjaga kanak-kanak mengesan punca

8
ANALISIS ARTIKEL

mereka lambat bercakap dan boleh menggunakan saluran perawatan yang betul dan
sewajarnya.

Selain itu, aktiviti-aktiviti seperti bermain dan bercerita amat penting untuk
mendorong kanak-kanak boleh bercakap dengan betul. Banyak permainan yang
membabitkan komunikasi boleh diadaptasikan di rumah dan di sekolah sama ada
permainan secara langsung atau tidak langsung. Seperti permainan teka teki, bermain
perkataan seperti scrabble serta permainan luar yang merangsang pergaulan sihat di
antara mereka sendiri. Permainan melalui gajet boleh dikurangkan sekiranya aktiviti
luar lebih banyak dilakukan oleh mereka.

Rumusan

Sebagaimana yang kita ketahui, peranan utama dalam sesebuah keluarga


adalah ibu bapa. Mereka merupakan tunggak yang membentuk peribadi anak-anak
mereka. Jadi, permasalahan ini dapat diatasi jika kanak-kanak didedahkan dengan
pergaulan yang boleh memupuk kepandaian bercakap. Ini merupakan tanggungjawab
dan perlu diberi perhatian terhadap golongan ini. Selain itu kerjasama dari orang lain
seperti keluarga, guru-guru dan masyarakat sangat membantu dalam perkembangan
bahasa kanak-kanak. Mereka adalah generasi pembimbing akan datang yang dibentuk
oleh orang dewasa masa kini. Maka menjadi kewajipan kita selaku orang dewasa, ibu
bapa, guru, pendidik dan juga rakan memberi dorongan dan bantuan agar masalah ini
tidak menjadi terlalu meruncing. Masalah lambat bercakap tidak boleh dipandang
ringan lagi pada masa kini.

9
ANALISIS ARTIKEL

RUJUKAN

Farah Eliani (2021). GAJET ANTARA PUNCA ANAK LAMBAT BERCAKAP, INI SOLUSINYA. Perpustakaan
Tun Abdul Razak, UITM (https://article.library.uitm.edu.my/2320/1/031021_SP_Gajet%20Antara
%20Punca%20Anak%20Lambat%20Bercakap%2C%20Ini%20Solusinya.pdf)

Nur Arzuar bin Abdul Rahim (2022). Anak Lewat Bercakap? Bila Perlu Risau? (NEWS.AMDI.USM.MY)

Zainiah Mohamed Isa1* , Mazlina Che Mustapha2 , Iylia Dayana Shamsudin3 , Juppri Bacotang4 ,
Grace Annammal Gnana Piragasam5 (2021). Aktiviti Sokongan Bagi Perkembangan Bahasa Dan
Komunikasi Kanak-Kanak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Vol.10 (2), 2021 (27-
34)

Dewan Bahasa dan Pustaka Edidi Keempat

10

Anda mungkin juga menyukai