Anda di halaman 1dari 2

-Tenaga kerja asing merupakan orang bekerja di negara lain yang bukan dalam status

warganegara tersebut yang mendapat rekrutan oleh majikan daripada program/dasar kerajaan
untuk memenuhi ruangan kerja buruh
-Membangunkan kesejahteraan negara membawa definisi mewujudkan
keamanan,keselamatan dan kemajuan negara.Kesejahteraan negara meliputi kemajuan
ekonomi,keharmonian sosial dan struktur masyarakat yang tersusun
(Sokong)
Mempercepatkan pembangunan ekonomi negara/Meningkatkan produktiviti negara

-Mengatasi kekurangan tenaga kerja buruh terutamanya dalam sektor perladangan,pembinaan


dan pembersihan
-Pembangunan infrastruktur dan prasarana banyak dipacukan oleh tenaga kerja asing seperti
sistem saliran,jalan raya dan kemudahan sosial
-Meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) apabila peningkatan eksport bahan
pertanian utama seperti kelapa sawit,getah dan kayu balak
-Memenuhi ruangan pekerjaan 3D,iaitu keperluan,kekotoran dan berbahaya agar mekanisme
ekonomi berjalan lancar
-Memudahkan mobilasi sumber tenaga kerja kerana kuantiti tenaga kerja asing yang tinggi
-Mengatasi kekangan jentera dan mekanikal dalam urusan perladangan kerana topografi bumi
yang berbukit-bakau
-Kerja pembaikan jentera oleh tenaga kerja asing mempercepatkan proses keluaran industri
-Meningkatan keselamatan makanan negara kerana mempunyai stok dan akses pengeluaran
makanan yang mencukupi
-Pengambilan tenaga kerja asing dari
Indonesia,Vietnam,Filipina,Thailand,Kemboja,Nepal,India,Myanmar,Bangladesh dan
Pakistan sebagai tenaga kerja buruh dapat menjimatkan kos sumber

Pertukaran teknologi/Influksi kepakaran/Memperkukuh hubungan diplomatik

-Tenaga kerja asing yang memiliki kepakaran tinggi dalam teknologi baharu mampu
mentransformasikan pembangunan industri ke alaf baharu.Contohnya,kemasukan jurutera
dari China,Jepun dan Korea Selatan membawa model pembangunan infrastruktur kepakaran
tinggi seperti Menara Berkembar PETRONAS
-Penglibatan tenaga kerja asing China dan Singapura dalam sektor perdagangan atau
peruncitan,pembangunan wilayah koridor dan perbankan memacukan sistem kewangan dan
pemasaran secara digital
-Penyertaan tenaga kerja asing Amerika Syarikat menyumbang kepada pelaburan
tinggi ,kemajuan teknologi dan latihan praktikal terutamanya dalam bidang elektronik dan
pembuatan
-Penerimaan graduan baharu dari luar negara sebagai tenaga kerja asing mengatasi masalah
brain drain/pengaliran kepakaran tempatan di Malaysia

Meningkatkan taraf hidup rakyat/Kesinambungan operasi sektor perkilangan

-Tukang bersih terutamanya dari Indonesia memenuhi kesempitan kerja dalam sekotor
pembersihan yang mendapat sambutan dingin dalam kalangan masyarakat membolehkan
kebersihan tempat awam terjamin seperti pengurusan sisa domestik,sanitasi dan pembersihan
tandas.
-Pengasuh bayi tertutamanya dari Indonesia dan Flipina menjimatkan kos kekeluargaan di
samping dapat meneruskan bekerja sendiri tanpa perlu meletak jawatan untuk menjaga
keluarga
-Pekerja kilang asing yang mencukupi ruang pekerjaan dapat mengatasi isu kebanjiran gulung
tikar dan meruntuhkan asas ekonomi serta sistem kewangan negara
-Pemandu kenderaan berat menjadi kerja dominan pekerja asing untuk memastikan
pengangkutan logistik berjalan lancar dalam sektor perkilangan ataupun perkhidmatan
(Bangkang)
Mempercepatkan pembangunan ekonomi negara/Meningkatkan produktiviti negara

-Aliran kewangan ke luar negara.Menurut statistik,sebanyak RM9.124 juta telah dilakukan


transaksi ke negara asal dalam tempoh setengah bulan
-Sebanyak lebih RM 1 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk penahanan tenaga kerja asing
secara PATI atau melarikan diri
-Majikan perlu membayar kadar levi yang tinggi untuk membawa masuk tenaga kerja asing
sebagai sumber dalam perusahaan mereka
-Kurang tahap pengajian dan kemahiran oleh tenaga kerja asing datang dari negara sedang
membangun seperti Pakistan dan Bangladesh
-Kerajaan perlu memperuntukkan kos pengurusan tambahan untuk menjaga kebajikan pekerja
asing seperti tempat tinggal,bantuan PERKESO dan urusan hal ehwal imigresen
-Peningkatan kes jenayah dalam pekerja asing seperti ceroboh tanah dan pemindahan wang
gelap merencatkan pembangunan ekonomi serta menjejaskan kesejahteraan sosial

Pertukaran teknologi/Influksi kepakaran/Memperkukuh hubungan diplomatik

-Pekerja asing melakukan sabotaj atau jenayah akan mewujudkan ketegangan hubungan
antara negara dan pertikaian dalam isu kehakiman
-Kebanyakan tenaga kerja asing merupakan pekerja buruh yang tidak mempunyai latar
belakang pengajian dan pendidikan yang tinggi
-Prosedur birokrasi dalam permohonan untuk merekrut tenaga kerja asing pakar dari syarikat
konglomerat untuk bantuan teknikal,teknologi dan perdagangan
-Ketidaksediaan syarikat tempatan untuk mengamalkan pendekatan globalisasi atau
transformasi secara besar-besaran kerana bimbang untuk menanggung risiko seperti
pengadaptasian teknologi baharu yang lemah

Meningkatkan taraf hidup rakyat/Kesinambungan operasi sektor perkilangan


-Tenaga pekerja asing yang tidak sah akan membarahkan isu perumahan haram (rumah
setinggan) yang mengancam pengurusan hartanah
-Tenaga pekerja asing membawa risiko penyakit dari negara asal seperti COVID-19
-Wujud refleks kepada masalah pengangguran dalam kalangan warga tempatan yang
menyempitkan hidup mereka.Kera di hutan disusui,anak di rumah mati kelaparan
-Kekurangan kesedaran dalam penjagaan kebersihan mencemarkan persekitaran seperti
membuang sampah di tapak pembinaan
-Meningkatkan kadar jenayah seperti rogol,pecah rumah,kecurian,rusuhan dan
rasuah.Contohnya,berlaku kes pengasuh mengambil tindakan untuk membunuh bayi secara
sengaja
-Pekerja asing memonopoli perniagaan runcit di Malaysia dalam pemborongan
pakaian,perkakasan komputer dan bahan cetak rompak
-Isu kekeluargaan/polemik apabila pekerja asing berkahwin kepada pasangan tempatan
-Tabiat buruk/salah laku tatatertib/tidak disiplin yang dimiliki oleh pekerja akan
mengurangkan kredibiliti dan imej syarikat tersebut seterusnya mengurangkan pelaburan

Anda mungkin juga menyukai