Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TARAWIH


DAN PERHIMPUNAN BULANAN
ANJURAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LAHAD DATU
PADA 30 MAC 2023

~ Majlis mengumumkan ketibaan Yg Berusaha Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu, Tn.
Abdul Aziz bin Abd Rashid.

Assalamualaikum w.b.t.
Bismillah…. Alhamdulillahirabbil Alamin…
Rabbisyarahli Sodri, wayasirli Amri…
Yang Berbahagia Tn. Abdul Aziz bin Abd Rashid, Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu.
Yg dihormati Barisan Timbalan - timbalan PPD
Pn Hjh. Gulson Begum b Hj Khalid, Tim PPD Sektor Perncangan
Ust Aziz b Sarail , Tim PPD sektor Pengurusan Sekolah
Pn. Cecil Cardova, menjalankan tugas Tim PPD Sektor Pembelajaran
Tn Dr Hj Suharpi b Lasuddang, Tim PPD Sektor Pembangunan Murid
Pegawai SIP+, Pn. Rabiatul Adawiyah bt Abdullah
Barisan SIC+
Ketua Sektor Peperiksaan & Penilaian, Tn Moktar b Hajirin
Ketua SPSK, Tn Rahimin b Radin
Barisan Penolong Pegawai Pendidikan
Barisan Pengetua dan Guru Besar
Ketua Sektor Pengurusan, Tn Ahmad Fahmi Rusdi
Ketua Unit Pengurusan Teknologi, Pn Nahasia bt Hasan
Barisan FT
Barisan AKP
Semua AJK Pelaksana Perhimpunan Bulanan PPD
Warga Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu
Tn2 dan Pn2 sekalian
Para hadirin muslimin muslimah yang dihormati sekalian.

Marilah kita melafazkan setinggi-tinggi rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT,
kerana dengan limpah kurnia dan izinNya diberi nikmat dan kesempatan menjalani ibadat
puasa di bulan Ramadhan ini. Ramadhan Al-Mubarak merupakan bulan kebaikan dan
barakah kepada seluruh umat Islam.
’Segala pujian-pujian bagi Allah SWT kerana dengan limpah izin, rahmat serta
inayah-Nya, kita hari ini dapat berkumpul di dalam Perhimpunan Bulanan Pejabat Pendidikan
Daerah lahad Datu Bil. 3 2023 dan Majlis Berbuka Puasa serta Solat Tarawih.
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat,
pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari
api neraka". Semoga keberkatan bulan yang mulia ini memberi seribu rahmat buat kita semua
sebagai bekal sebelum kita kembali kepada-Nya.
Hubungan terikat sesama manusia,
Hati bertaut rasa dikongsi;
Nafsu disekat elakkan dosa,
Hati disuci pelbagai dimensi.

Majlis kita petang ini diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn Abdul Aziz bin
Abdul Rashid untu menyampaika ucapan alu- aluan . Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn PPD atas ucapan itu tadi.

Bagi memulakan dan memberkati majlis kita pada petang yang mulia ini, dipersilakan Ustaz
Hj. Samsuddin bin Hj. Sabirin bagi memimpin bacaan Doa Selamat Hari Jadi sempena hari
ulang tahun warga PPD Lahad Datu dan seterusnya bacaan doa berbuka puasa pada petang
ini. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Al fathil Ust Hj Samsuddin bin Hj Sabirin
Tn2 dan Pn2 boleh bergerak ke ruang jamuan untuk berbuka puasa.
Utk makluman semua, solat Maghrib akan kita tunaikan tepat jam 6.40 petang.
Solat Maghrib akan dipimpin oleh Ust Hj Samsuddin bin Hj Sabirin.

Hadirin muslimin muslimah,


Setelah selesai kita menunaikan solat Maghrib,
Tazkirah oleh Al Ustaz Asnan b Labatu
Tazkirah tersebut kita langsungkan sehingga masuk Solat Isyak
Solat Isyak disambung terus Solat Taraweh
Setelah tamat Solat Taraweh , bergerak ke Dewan Kirana

Hadirin muslimin muslimah,


Saya memohon kemaafan sekiranya sepanjang saya mengendalikan majlis ini, terdapat
sebarang kesilapan perbuatan dan tutur kata. Mana yang baik itu datang dari Allah, dan mana
yang kekurangan itu adalah di atas kelemahan saya sendiri sebagai seorang insan
Dengan berakhirnya Solat Taraweh tersebut maka berakhirlah majlis kita di surau ini. Untuk
itu, hadirin muslimin muslimah, diminta untuk terus ke Dewan Kiranasari bagi acara
Perhimpunan Bulanan PPD Bilangan 3 tahun 2023.
Tn2 dan Pn2 dipersilakan.
Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamuikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai