Anda di halaman 1dari 2

HARGAI WARGA TUA

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam 1 Malaysia

Yang saya hormati saudari peneraju majlis,

Kombinasi intelektual kehakiman yang penuh berintegriti,

Rakan – rakan seperjuangan yang cukup berkredibiliti

Seterusnya warga dewan yang dekat di hati.

“Hargai Warga Tua” begitulah tajuk pidato spontan yang saya terima pada hari ini.

“...dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-
anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang
musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.”
(Surah An-Nisa’ : 36)

Begitulah ayat al-Quran yang menyeru umat Islam supaya berbuat baik kepada manusia.
Warga tua juga tidak terkecuali daripada ayat ini. Maksudnya,kita hendaklah berbuat baik
kepada warga tua.

Sidang saksi bermisi, saudara dan saudari,

Sudah terang lagikan bersuluh, duit merupakan suatu aset yang wajib dimiliki oleh semua
orang. Oleh sebab itu, sebagai menghargai warga tua, pihak kerajaan bolehlah memberi
bantuan dan sumbangan berbentuk kewangan kepada mereka. Contoh bantuan kerajaan
kepada warga tua dalam bentuk kewangan ialah bantuan daripada Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia (JKMM) sebanyak RM 300 sebulan kepada warga tua yang tidak
berkemampuan dari sudut kewangan. Selain itu, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)
sebanyak RM 500 ada ditawarkan khas untuk warga tua. Secara tidak langsung,
sokongan kewangan ini dapat meringankan beban mereka disamping sebagai satu
penghargaan kepada mereka.

Selain itu, kita juga boleh menghargai warga tua dengan cara meraikan mereka. Contoh
sambutan warga tua yang umum kita ketahui ialah Sambutan Hari Warga Tua. Sambutan
ini telah diperuntukkan dalam perlembagaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
melalui resolusi No. 45/100 yang telah menetapkan tarikh 1 Oktober sebagai hari
sambutan ini. Hari Warga Tua telah disambut oleh negara Malaysia sejak tahun 1992
sebagai satu tanda apresiasi kepada warga emas ini. Melalui sambutan-sambutan
sebegini, mereka sudah tentu berasa gembira dan dihargai oleh masyarakat.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Konklusinya, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk
menghargai warga tua. Oleh itu, semua pihak hendaklah mengerah keringat dan
bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menghargai warga tua. Hal ini adalah
demikian kerana warga tua telah banyak berjasa kepada generasi yang lebih muda seperti
kita.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai