Anda di halaman 1dari 5

TEMA 4

Seni
Permainan Bersendikan

Tradisional Budaya

Malaysia kaya dengan warisan kebudayaan yang sangat unik


dan menarik. Warisan budaya merangkumi makanan, adat dan
permainan tradisional. Permainan tradisional secara amnya terdiri
daripada permainan anjung dan permainan laman. Permainan
anjung termasuklah batu seremban, congkak, tutup botol, dam aji
dan lain-lain. Permainan laman pula seperti galah panjang, ketin-
ting, gasing, baling selipar, konda kondi, rebut negeri dan lain-
lain. Kebanyakan permainan yang dimainkan secara
berkumpulan mewujudkan interaksi sosial serta menjalinkan
tali silaturahim antara ahli masyarakat.
Pada suatu masa dahulu, aktiviti permainan merupakan
suatu aktiviti senggang yang dijalankan dengan meriahnya
seakan-akan pesta keramaian seakan-akan pesta keramaian.
Penduduk kampung tanpa mengira usia akan turun beramai-
ramai sama ada untuk menyertai pertandingan atau sebagai
penyokong dalam suasana pertandingan yang sihat. Selain
membina kemahiran sosial, permainan tradisional memberikan
faedah dari segi fizikal dan mental. Permainan strategi seperti
dam aji dan congkak, misalnya, akan merangsang minda se-

46
seorang agar berfikir secara kritis dan membantu meningkatkan
kemahiran mengira dan sentiasa fokus dalam sesuatu tugas.
Pada era teknologi moden ini, permainan tradisional yang
dikenali sebagai sukan rakyat semakin kurang mendapat
perhatian dalam kalangan masyarakat. Generasi baharu hari ini
tidak dapat menikmati keseronokan berlari-lari di padang yang
luas dan mengeluarkan peluh. Kekangan ruang permainan
mahupun kebimbangan terhadap jenayah sosial menyebabkan
kanak-kanak kini tidak bebas untuk bermain seperti generasi
sebelum ini.

DSKP Sistem Bahasa: Sintaksis | Ayat Inti/Ayat Dasar

Ayat Inti juga dikenali sebagai ayat dasar. Pola ayat inti ialah ayat dasar yang terdiri
daripada subjek dan predikat. Terdapat empat pola ayat inti, yakni:

Bil. Subjek Predikat Pola Ayat

Pola 1 Cikgu Nawawi pengetua sekolah. FN + FN


(FN) (FN)

Banglo itu berkonsepkan Bali. FN + FK


Pola 2
(FN) (FK)

Nasi lemak ala sungguh sedap sekali. FN + FA


Pola 3 kampung ini (FA)
(FN)

Calon-calon masih di dalam dewan sekolah FN + FS


Pola 4
peperiksaan (FS)
(FN)

Soalan Berorientasikan UASA


Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa
Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa
Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

1. Malaysia kaya dengan warisan kebudayaan.

2. Permainan strategi akan merangsang minda seseorang.

3. Aktiviti permainan suatu aktiviti senggang.

47
4. Abang Man ke gelanggang sepak raga.

5. Permainan tradisional ialah sukan rakyat.

Soalan Berorientasikan UASA


Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Malaysia kaya dengan warisan A mengejut


kebudayaan yang sangat _______ dan B mendadak
menarik. C melambung
A tersendiri D melangit
B terkhusus
C terkenal 6. Permainan tradisonal yang dimainkan
D tersohor secara berkumpulan dapat _______
tali silaturahim antara ahli masyarakat
2. Permainan tradisional secara amnya A mewujudkan
terdiri daripada permainan anjung dan B membentukkan
permainan _______. C menjalinkan
D melaksanakan
A laman
B gelanggang
7. Generasi baharu dewasa ini tidak
C padang
dapat menikmati keseronokan berlari-
D arena
lari di padang yang _______.
3. Langkah pencegahan yang drastik A lapang
seperti kawalan pergerakan dapat B selesa
________ ekonomi negara. C senggang
A melumpuhkan D bidang
B menghancurkan Tragedi kebakaran bangunan bersejarah
C menjahanamkan itu telah menyebabkan kerugian yang
D memusnahkan besar kepada _______ budaya negara.
4. Terbukti pelan pembangunan bandar A harta
negara itu sangat efektif terutama B peninggalan
dalam usaha _______ masalah banjir. C warisan
A mencegah D pesaka
B membendung
Monumen negara yang megah itu
C mengekang
menjadi ikon penting _______
D menangani
patriotisme dalam kalangan rakyat.
5. Peningkatan yang ________ terhadap A peningkatan
permintaan pasaran menyebabkan B penambahan
kekurangan bekalan produk. C pemupukan
D pewujudan

48
Soalan Berorientasikan UASA
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang cara-cara mempopularkan permainan tradisional. Panjangnya
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Permainan tradisional merupakan aspek penting dalam budaya kita yang kaya dan
bermakna. Namun, semakin ramai yang tidak mengenal dan tidak menggemari
permainan tradisional ini. Oleh itu, adalah penting untuk mempopularkan permainan
tradisional agar mereka dapat terus hidup dan diwarisi kepada generasi akan datang.
Media sosial dapat menjadi platform yang baik untuk mempromosikan permainan
tradisional kepada orang ramai. Kita boleh membuat klip video atau gambar-gambar
yang menarik dan mengambil keterangan seperti cara memainkan permainan,
peraturan-peraturan, dan sejarah permainan. Pemasaran video atau gambar dengan
menggunakan tanda pagar (hashtag) seperti #permainantradisional #budayakita.
Pertandingan permainan tradisional juga boleh diadakan antara sekolah atau
universiti. Melalui acara ini, pelajar dapat belajar cara bermain permainan tradisional
dan menyedari kepentingannya dalam budaya kita. Selain itu, aktiviti-aktiviti seperti
pameran, demonstrasi dan pertandingan boleh diadakan di kampung-kampung atau
tempat-tempat yang sering dikunjungi orang ramai. Dalam aktiviti-aktiviti ini, kita boleh
menunjukkan cara-cara memainkan permainan tradisional dan memberikan maklumat
mengenai sejarah dan pentingnya permainan tersebut dalam budaya kita.
49
Dalam dunia digital yang semakin pesat, aplikasi permainan tradisional dapat
menjadi cara yang baik untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi
yang lebih muda. Kita boleh membangunkan aplikasi yang menyediakan maklumat
lengkap tentang permainan tradisional, cara-cara permainan dan permainan digital yang
menarik.
Kesimpulannya, usaha mempopularkan permainan tradisional adalah penting dalam
memastikan warisan budaya kita diwarisi kepada generasi akan datang. Terdapat
banyak cara untuk mempopularkan permainan tradisional, melalui media sosial,
program dan acara budaya, penglibatan komuniti setempat, dan pembangunan aplikasi
permainan tradisional. Mari kita terus memperkenalkan dan mempromosikan permainan
tradisional sebagai aspek penting dalam kehidupan kita.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

50

Anda mungkin juga menyukai