Anda di halaman 1dari 1

Modul Taaruf – Perjumpaan Pertama Mentor Mentee

1. Peserta duduk membuat satu bulatan yang cantik sehingga semua ahli kelompok dapat
berpandangan semasa berinteraksi.

2. Mulakan dengan bertanya khabar peserta dan perasaannya ketika memulakan aktiviti.
Kemudian teruskan dengan bersuaikenal dengan peserta-peserta.

3. Mentor meminta peserta lain memperkenalkan diri segala bergilir-gilir dan menyebut
semua nama peserta lain dalam kumpulan.

4. Mentor menerangkan tujuan program mentor-mentee diadakan. Ingatkan etika


kerahsiaan dalam kelompok.

5. Terangkan juga teknik duduk di dalam bulatan sebegini boleh diaplikasikan sebagai kaedah
mengingati fakta ( manusia lebih mudah ingat kedudukan sesuatu benda contohnya
kedudukan ahli didalam kumpulan).

6. Mentor melantik ketua di kalangan mentee dan menjelaskan peranan ketua serta ahli di
dalam kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai