Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan selamat petang nama saya siti fariza safira

Daripada wacana semarak patriotisme saya sedar kepentingan bagi mahasiswa2 di Malaysia
untuk menerapkan semangat patriotisme. Mahasiswa adalah asset negara yang akan
menentukan masa depan negara dan membantu Malaysia menjadi negara yang disegani di
persada dunia. Selain itu mengekalkan Malaysia sebagai negara yang aman dan berdaulat.
System pemerintahan raja perlembagaan merupakan symbol perpaduan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum. Raja-raja di Malaysia memberikan naungan saksama kepada setiap
warga tanpa mengira bangsa atau agama. Sejarah Alam Melayu juga merakamkan betapa
besar peranan dan sumbangan Raja-Raja Melayu dalam  perkembangan Islam. Penceramah
juga menyatakan sekiranya mahasiswa atau belia2 di Malaysia merasakan ada kepincangan
dalam system pemerintahan kita perlulah menyalurkan pendapat tersebut kepada pihak yang
terlibat dengan cara yang betul yang menunjukkan peribadi mahasiswa dan belia di Malaysia
yang berpelajaran dan bersopan santun. Daripada penyataan ini saya sedar bahawa kita
sebagai mahasiswa dan belia juga mempunyai peranan dalam mengekalkan system
pemerintahan diraja dan membantu memperbaiki system yang sedia ada kepada yang lebih
baik untuk kemajuan dan kedaulatan negara. Selain itu, kita perlulah menghormati system
pemerintahan raja berpelembagaan yang telah melindungi hak dan kepentingan rakyat.

CTU552
Pada pendapat saya, golongan liberalsime lebih berbahaya berbanding golongan sekularisme
kerana ia bagaikan parasit yang memusnahkan Islam dari dalam. Golongan sekularisme ini
tidak menyentuh agama tetapi cuba memisahkan agama daripada politik dan urusan
kehidupan mereka. Mereka tahu tentang hukum agama tetapi jika hukum itu tida bersesuaian
dengan mereka. Mereka akan tolak. Tetapi mereka tidak mengubah syaria-syariat Islam.
Manakala untuk golongan liberalisme jika ada hukum yang tidak bersesuaian dengan mereka,
mereka akan seboleh-bolehnya mengubah syariat Islam itu berdasarkan logik akal dan nafsu
mereka sendiri. Contohnya, isu wanita menjadi imam. Dalam Islam wanita tidak boleh
menjadi imam. Tetapi golongan liberal ini cakap wanita boleh menjadi imam. Jelaslah
mereka cuba mengubah syariat Islam

Selain daripada apa yang dikatakan oleh assiqen tadi, iaitu golongan liberal ini cuba
mengubah hukum dan syariat Islam. Mereka juga adalah golongan yang semakin berkembang
dan mempunyai golongan yang kuat menyokong ideologi mereka. Seperti yang kita lihat di
negara Eropah pada awal kemunculan LGBT ini, negara Eropah juga menyatakan bahawa
hubungan homoseks adalah jenayah yang serius dan dianggap aktiviti yang tidak bermoral.
Tetapi seiring dengan peredaran zaman mereka telah mula memansuhkan jenayah ini dan
membenarkan perkahwinan sejenis. Hal ini berlaku kerana masyarakat telah mula menerima
dan mengiktiraf golongan ini. Sama seperti apa yang sedang berlaku di Malaysia pada masa
kini. golongan LGBT ini sangat berani tampil menyatakan identiti mereka dan meraih
sokongan masyarakat untuk menyokong mereka menjadikan Malaysia negara yang
mengiktiraf LGBT. Golongan ini sangat berbahaya kerana mereka cuba mempengaruhi
masyarakat khususnya generasi muda untuk menjadi sebahagian daripada komuniti mereka
dan melakukan aktiviti songsang serta tidak bermoral.

Anda mungkin juga menyukai