Anda di halaman 1dari 5

UL01702 PEMIKIRAN POLITIK SEMASA

ULASAN ARTIKEL JURNAL

MOHD FAIDZ MOHD ZAIN, JAMAIE HJ. HAMIL, MOHD RIZAL MOHD
YAAKOB, MOHAMAD RODZI ABD RAZAK(2011).PENGARUH

NASIONALISME MELAYU MEWARNAI BUDAYA POLITIK MELAYU DALAM


UMNO (INFLUENCES OF MALAY NATIONALISM IN CULTURALPOLITICS OF
UMNO). Jurnal Melayu (7) 2011: 193 - 216

NAMA PENSYARAH: Prof. Dr. Lei Yew Meng

DIULAS OLEH: Nielzron Ricky Rubin

NO MATRIK: BA20110033
Artikel yang bertajuk Pengaruh Nasionalisme Melayu Mewarnai Budaya Politik Melayu
Dalam UMNO ini membicarakan tentang aliran ideologi nasionalisme Melayu dalam
budaya politik sejak tahun 1920-an sehingga tercetusnya krisis dalam UMNO pada
tahun 1987. Artikel ini juga telah menjelaskan tentang bagaimana UMNO di kalangan
masyarakat Melayu terbentuk dan tokoh yang telah mempelopori parti politik yang di
kenali sebagai UMNO. Dalam artikel ini juga ianya telah menceritakan tentang
perubahan corak politik di tanah Melayu yang bermula pada sistem feudal kepada
sistem pemerintahan kolonial barat yang telah menghakis sistem beraja di Tanah
Melayu.

Artikel yang telah ditulis oleh Mohd. Faidz Mohd. Zain dan rakan penulisnya yang lain
merupakan satu artikel yang sangat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan oleh
semua lapisan masyarakat sebagai satu pengetahuan umum. Hal ini demikian agar
masyarakat dapat mengetahui bagaimana parti politik yang dikenali sebagai UMNO
ini bergerak dalam sistem politik yang ada di Malaysia khususnya.

Matlamat utama yang ingin disampaikan oleh penulis melalui penulisan artikelnya ini
kepada pembaca terbahagi kepada tiga bahagian ataupun tiga tahap iaitu;

 Tahap pertama meneliti kemunculan nasionalisme Melayu sebelum tahun 1946


yang dipelopori oleh Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestaman dan Dr. Burhanuddin
Al-Helmi sehingga penubuhan United Malay National Organization (UMNO) yang
dipelopori oleh Dato’Onn Jaafar.
 Tahap kedua memberi tumpuan kepada perkembangan dalam UMNO khususnya
usaha menentang Malayan Union dan perjuangan menuntut kemerdekaan.
 Tahap ketiga membincangkan konflik yang berlaku dalam ideologi nasionalisme
UMNO sehingga ia diharamkan serta implikasinya terhadap budaya politik
Melayu.
Ketiga-tiga tahap tersebut merupakan suatu dasar yang sangat penting dalam artikel
tersebut untuk menjadikan artikel itu lebih menarik untuk di baca oleh pembaca
berkaitan dengan politik di kalangan masyarakat Melayu.
Kemunculan nasionalisme Melayu telah berlaku disebabkan oleh adanya institusi
pendidikan yang telah membawa kepada lahirnya golongan intelek di kalangan orang
Melayu. Melalui pendidikan ianya telah membuka mata orang Melayu untuk berusaha
membebaskan tanah mereka daripada penjajah demi meraih kemerdekaan.
Kesedaran ini telah diperkuatkan lagi apabila ada di kalangan orang Melayu
menerima pendidikan agama di Timur Tengah. (Amaluddin 1998 : 124- 128).
Bermula daripada pendidikan yang membawa kesedaran telah menyebabkan
timbulnya gerakan politik berhaluan kiri seperti KMM atau dalam ayat penuhnya ialah
Kesatuan Melayu Muda yang telah dipelopori oleh golongan yang di anggap radikal
kerana telah membuka ruang lingkup orang Melayu untuk mengubah corak budaya
politik orang Melayu.

Politik di tanah Melayu semakin meningkat disebabkan oleh perkembangan


nasionalisme dalam kalangan Melayu disebabkan oleh tindakan British yang telah
menubuhkan gagasan Mayan Union. Penubuhan Malayan Union ini menyebabkan
tercetusnya penubuhan parti politik iaitu UMNO oleh Dato Onn Jaafar pada 1 Mei
1946. Nasionalisme dalam UMNO merupakan titik tolak kepada perubahan budaya
politik Melayu ianya juga merupakan tulang belakang kepada kemerdekaan Tanah
Melayu daripada cengkaman kuasa asing iaitu British. Menurut Ibrahim Mahmood,
(80: 1971) “...sebagaimana yang berkumpul disini dan atas kemahuan dan
keazaman dan keputusan hari ini hendak membinakan tapak-tapak bangunan yang
akan menghasilkan dan mengesahkan cita-cita bangsa kita yang telah lama didiami
itu iaitu persatuan di antara kita sendiri...Adapun maksud dan tujuan itu ialah
keyakinan di hati kita bahawa nasib bangsa kita itu hanyalah dapat diperkenalkan
dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah
akan dapat dipeliharakan dengan berpegang kepada kepercayaan yang lebih besar
dan lebih tinggi daripada bangsa itu sekalian...” . Telah menaikkan semangat
nasionalisme untuk berkerajaan sendiri tanpa campur tangan dari kuasa luar. Hal ini
demi memperjuangkan apa yang seharusnya menjadi milik mereka.

Setelah Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada British pada Ogos 1957
telah berlaku konflik antara pemimpin dalam UMNO pada tahun 1987. Konflik ini
berlaku disebabkan oleh perebutan jawatan presiden dalam UMNO. Hal ini telah
menyebabkan parti politik tersebut terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
Tun Mahathir yang telah memenangi jawatan sebagai presiden UMNO dikenalai
sebagai kumpulan yang liberal dan Tengku Razaleigh sebagai kumpulan yang lebih
kepada konservatif (Ahmad Atory Hussain. 1993) walaupun kedua pemimpin
tersebut sama memperjuangkan nasionalisme Melayu. Perpecahan ini berlaku adalah
disebabkan oleh perbezaan personaliti kedua pemimpin tersebut.

Namun dalam penulisan ini ianya tidak menjelaskan bahawa parti politik ini iaitu
UMNO boleh disertai oleh masyarakat di Malaysia yang bukan berbangsa Melayu. Hal
ini demikian UMNO merupakan satu parti politik yang sangat terkenal dalam
pengaruhnya melahirkan ahli politik yang berkebolehan dan seharusnya
diperkenalkan kepada masyarakat yang ada di Malaysia.

Secara kesimpulannya, artikel ini mengemukakan sumbangan UMNO dalam


mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu yang juga menjadi tunjang dalam
pembentukan Malaysia pada masa kini. Artikel ini juga adalah sebuah penulisan yang
menerangkan latar belakang penubuhan parti politik UMNO di kalangan orang
Melayu. Maka tidak dinafikan lagi bahawa UMNO merupakan sebuah platform untuk
orang Melayu untuk mempertahankan hak mereka sebagai rakyat Malaysia
khususnya.

Diakses melalui google pada 15 mei 2021


https://ejournal.ukm.my/jmelayu/article/view/5012/2560

Anda mungkin juga menyukai