Anda di halaman 1dari 1

AKTIVITI KESARJANAAN (PENULISAN)

PEMIMPIN PENDIDIKAN DI BAWAH INISIATIF #111

PERINCIAN SKEMA PEMARKAHAN PENULISAN ARTIKEL


“PERJALANAN PEMIMPIN MASA DEPAN”

Perincian merangkumi isi kandungan dan maklumat yang dinyatakan dalam penulisan:

1. PENGENALAN (5 MARKAH)
Kata pengantar atau overview yang menerangkan secara keseluruhan karya yang akan dihasilkan.

2. PENGALAMAN LEPAS (10 MARKAH)


Perkongsian pengalaman lepas sebagai pemimpin pendidikan. Nyatakan jawatan yang pernah
disandang, tugas dan pencapaian (Jika ada).

3. PEMIMPIN PENDIDIKAN YANG DIIDAMKAN (15 MARKAH)


- Menyatakan sekurang-kurangnya LIMA ciri pemimpin idaman
- Bagi setiap ciri yang dipilih, nyatakan:
i. Definisi (1 Markah)
ii. Perbincangan tentang kepentingan ciri yang dipilih dan impaknya kepada organisasi
pendidikan (2 Markah)
(3 markah setiap ciri atau kompetensi) x 5 = 15 Markah
*Peserta dicadangkan membuat rujukan daripada sumber ilmiah (Jurnal & Buku) dalam
penulisan definisi dan perbincangan.

4. JALAN KE ARAH PEMIMPIN MASA DEPAN (15 MARKAH)


Menyatakan LIMA isu dan cabaran yang dihadapi oleh peserta sebagai pemimpin pendidikan. Bagi
setiap isu nyatakan:
i. Isu dan cabaran (1 Markah)
ii. Cadangan penambahbaikan (2 Markah)
(3 markah setiap isu dan penambahbaikan) x 5 = 15 Markah

5. SAYA SEORANG PEMIMPIN PENDIDIKAN (30 MARKAH)


Berdasarkan Soalan No. 3 dan 4, buat LIMA perancangan untuk membangunkan organisasi
pendidikan masing-masing di masa hadapan sekiranya dilantik sebagai Pengetua atau Guru Besar.
Enam (6) markah untuk setiap perancangan dan proses yang dicadangkan. Bagi setiap perancangan
nyatakan:
i. Perancangan (2 markah)
ii. Proses membangunkan organisasi (4 markah)

(6 markah setiap perancangan dan proses) x 5 = 30 Markah

6. RUMUSAN (5 MARKAH)
Merumus secara ringkas keseluruhan penulisan karya.

7. RUJUKAN (5 MARKAH)
Menggunakan format APA 7. Sekurang-kurangnya 5 rujukan dalam teks.

8. BAHASA (5 MARKAH)
Penggunaan bahasa yang jelas dan tepat, laras bahasa yang sesuai dan ejaan yang
keseluruhannya betul Penggunaan penbendaharaan kata yang betul dan sesuai. Penggunaan
kepelbagaian ungkapan yang menarik, betul dan sesuai.

9. KREATIVITI/KRITIS (5 MARKAH)
Pengolahan kandungan, idea/tindakan baharu yang disampaikan. Contohnya pengunaan kerangka
konsep, info grafik dan lain-lain.

10. FORMAT PENULISAN (5 MARKAH)


Penulisan yang dihasilkan adalah mengikut format yang ditetapkan seperti bilangan halaman, jenis dan
saiz huruf, langkau dan jidar. (Rujuk format penulisan yang disertakan).

Anda mungkin juga menyukai