Anda di halaman 1dari 19

JID1006: FONETIK

PENSYARAH: DR. MARDIAN SHAH OMAR

PERBANDINGAN BUNYI UJARAN PENUTUR ASING NEGARA JORDAN,


NIGERIA DAN IRAN: SUATU ANALISIS SPEKTROGRAFIK

DISEDIAKAN OLEH:

KUMPULAN 5

NAMA NOMBOR KAD MATRIK

NORMASLYNA BINTI BAHARIM U2102582

SITI NORIFFA ASYIRAH BINTI ABD SHUKOR U2102560

MAIZATUL ADRIANA BINTI ROSLI U2102556


1.0 PENGENALAN

Terdapat beberapa pandangan fonetik menurut beberapa orang tokoh, antaranya


mengikut Adrin Akmajianet .Al. dalam buku Linguistik: Pengantar bahasa dan Komunikasi
terjemahan Aishah Mahdi dan Azizah Hussein daripada buku Linguistik: An Introduction to
Language and Communication menyatakan: “Fonetik ialah bidang yang memperkatakan
bagaimana bunyi bahasa dihasilkan (dituturkan) dalam saluran suara bidang kajian yang
dikenali sebagai fonetik artikulasi, dan juga sifat fizikal gelombang bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh saluran suara (bidang yang dikenali sebagai fonetik akustik). Sementara istilah
fonetik biasanya bermaksud kajian tentang sifat artikulasi dan akustik bunyi. (1995:61).
Manakala, Menurut Ni Made Dhanawaty, Made Sri Satyawati dan Ni Putu N. Widarsini dalam
buku Pengantar Linguistik Umum (2017:29), fonetik adalah bidang linguistik yang
mempelajari bunyi bahasa atau bunyi ujaran tanpa memperhatikan apakah bunyi itu berbeza
dari segi maksud tidak. Menurut pandangan daripada tokoh Marsono dalam bukunya pula,
fonetik (1986), menyatakan bahawa fonetik sebagai “ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi
bahasa tanpa melihat fungsi bunyi itu sebagai pembeza makna dalam sesuatu bahasa”.

Fonetik terbahagi kepada beberapa bidang seperti fonetik akustik, fonetik auditori serta
fonetik artikulatori. Melalui kajian ini para pengkaji memfokuskan untuk menjalankan kajian
mengenai fonetik akustik dengan lebih terperinci dan mendalam. Fonetik akustik ialah kajian
terhadap bunyi bahasa. Ilmu ini mengkaji ciri-ciri fizikal bunyi dan gelombang bunyi bahasa
yang dihasilkan oleh penutur. Menurut Nor Hashimah Jalaludin (2007), bidang fonetik akustik
melibatkan pengkajian gelombang udara yang membawa bunyi ke telinga manakala
Malmkjaer, K. (2004) pula menerangkan fonetik akustik sebagai bidang yang meneliti ciri-ciri
bunyi seperti yang diwakili oleh variasi tekanan udara. Dalam kajian ini, alatan seperti
spektograf akan digunakan untuk menganalisis bunyi akustik tersebut. Beberapa konsep dan
istilah asas dalam disiplin fonetik akustik akan dihuraikan. Antara istilah penting dalam fonetik
akustik ialah spektograf, spektrogram, analisis spektrografik dan forman.

Pengkaji telah menjalankan satu kajian lapangan fonetik akustik, yang melibatkan
pengkaji dalam meneliti serta menyelidik fenomena linguistik. Menurut Nor Hashimah (1996:
45) dalam penulisannya iaitu "Tatacara Kajian Lapangan: Satu Panduan", mengatakan bahawa
kaedah kajian lapangan ini menjurus kepada satu dapatan kajian yang dapat
dipertanggungjawabkan kesahihannya dan menepati konsep empiris yang dititikberatkan pada
kajian linguistik. Manakala, Ladefoged (2003:31) pula menyatakan bahawa dengan adanya
kajian bunyi yang dilakukan pada fonetik akustik ini, maka pengkaji boleh menggunakan
metodologi saintifik serta melakukan hipotesis berkaitan dengan bunyi bahasa dan menguji
seberapa sahihnya, kebolehpercayaannya secara tepat.

Melalui kajian lapangan fonetik akustik ini, pengkaji telah mendapatkan maklumat
yang diperlukan dengan mencari beberapa orang informan dari luar negara seperti Iran, Jordan
serta Nigeria. Ketiga-tiga informan ini merupakan pelajar yang menuntut di Universiti Malaya.
Pengkaji telah mendapatkan data para informan dengan mengadakan kajian lapangan di
Perpustakaan Utama Universiti Malaya. Tambahan pula, bagi memudahkan urusan kajian,
ketiga-tiga informan ini dipilih daripada jantina lelaki sahaja. Informan yang berasal dari
negara Jordan berusia 21 tahun, informan yang berasal dari negara Nigeria pula berusia 38
tahun dan informan yang berasal dari Iran pula berusia 34 tahun. Perkara ini menunjukkan
pengkaji juga mengambil informan yang berlainan umur serta negara.

Para pengkaji juga telah mendapatkan data yang diperlukan daripada ketiga-tiga
informant yang terlibat dengan membuat rakaman suara. Pengkaji meminta para informan yang
berasal dari beberapa buah negara ini menyebut beberapa buah perkataan vokal seperti ‘ular’,
‘atap’, ‘itik’ serta ‘otak’. Rakaman suara yang dilakukan oleh para informan telah disimpan
oleh para pengkaji bagi tunjuan analisis spektogram. Dengan adanya rakaman daripada
kesemua informan ini, maka analisis data bagi spektrogram lebih mudah dilakukan. Rakaman
ini juga dilakukan bagi membezakan cara penyebutan para informan melalui nilai forman yang
diperolehi melalui analisis spektogram yang telah dilakukan. Oleh itu, melalui kajian ini
pengkaji akan menunjukkan perbandingan bunyi ujaran penutur asing dari negara Jordan,
Nigeria serta Iran.
2.0 ANALISIS SPEKTROGRAFIK

Beberapa sampel ujaran telah dirakam dan kemudiannya dianalisis secara spektrografik
dengan menggunakan perisian Praat. Tumpuan kajian adalah pada isyarat akustik, iaitu
frekuensi asas (F0). F0 merupakan isyarat akustik yang menunjukkan tahap kelangsingan
(pitch) gelombang bunyi. F0 merupakan frekuensi terendah atau harmonik pertama pada signal
gelombang periodik. Dalam kajian ini, bunyi vokal digunakan untuk melihat perbezaan tinggi
rendah nilai frekuensi asas (FO) daripada kajian yang dilakukan terhadap 3 kumpulan penutur
yang berbeza latar belakang iaitu dari segi umur dan negara.

Vokal merupakan bunyi yang dihasilkan secara lantang (Radiah Y et al: 2010), bunyi
disebut vokal apabila tiada halangan pada alat artikulasi. Vokal dalam bahasa Melayu terdiri
daripada 8 tetapi kajian ini mengkaji pertuturan dalam bunyi vokal depan sempit [i] pada
perkataan ‘itik’ dan vokal depan luas [a] pada perkataan ‘atap’ manakala vokal belakang pula
vokal belakang sempit [u] pada perkataan ‘ular’ dan vokal belakang separuh sempit [o] pada
perkataan ‘otak’.

Melalui analisis spektografik ini, kita akan dapat memperoleh maklumat-maklumat


akustik yang berkaitan dengan bunyi yang dikaji. Analisis sebegini juga dikenali sebagai
analisis akustik. Maklumat-maklumat akustik ini boleh diperoleh melalui penanda corak
gelombang spektrum yang terdapat pada frekuensi, iaitu bentuk yang dirujuk sebagai frekuensi
dalam data spektogram. Keadaan frekuensi atau forman-forman yang tertera pada data
spektrogram khususnya forman pertama (F1) dan forman kedua (F2) adalah berkait rapat
dengan penghasilan setiap satu bunyi pertuturan itu. Unsur-unsur gelombang bunyi pada F1
dan F2 menjadi penanda utama yang merujuk kepada penjenisan bunyi-bunyi vokal,
semivokal, diftong, sengau dan sebagainya. Untuk bunyi letupan, geseran dan letusan pula,
penanda akustiknya terletak pada setiap peralihan F2 yang mengikuti bunyi-bunyi vokal yang
bersebelahan dengannya serta komponen-komponen frekuensi bunyi yang terhasil
bersamanya.
2.1 BUNYI VOKAL DEPAN SEMPIT [i]
• Perkataan ‘itik’

Rajah 1: Spektrogram bunyi perkataan ‘itik’ penutur Jordan

Rajah 2: Spektrogram bunyi perkataan ‘itik’ penutur Nigeria


Rajah 3: Spektrogram bunyi perkataan ‘itik’ penutur Iran

Nilai Forman (Hz) Informan 1: Jordan Informan 2: Nigeria Informan 3: Iran

F1 1869.50 681.07 1189.09

F2 4291.83 2355.28 2332.62

F2 - F1 2422.33 1674.21 1143.53

Jadual 1: Nilai forman bunyi perkataan ‘itik’ bagi ketiga-tiga penutur

Jadual 1 di atas menunjukkan nilai forman bunyi perkataan ‘itik’ yang disebut oleh
ketiga-tiga informan. Seperti yang dapat dilihat nilai F1 bagi ketiga-tiga informan rata-rata
adalah lebih rendah daripada nilai F2. F1 yang rendah adalah penanda yang merujuk kepada
vokal sempit iaitu [i]. F2 pula dirujuk sebagai penanda kepada vokal depan seperti [i]. F2 bagi
ketiga-tiga penutur ini menjadi tinggi apabila rongga mulut berkeadaan sempit, iaitu lidah naik
ke atas dan hampir mencecah lelangit dalam rongga mulut, terutamanya ketika menyebut
perkataan ‘itik’ yang mengandungi bunyi vokal [i].

Perbezaan dari segi umur pula jelas dilihat pada perbandingan nilai forman F2-F1.
Informan 1 telah mencatatkan perbandingan nilai forman paling tinggi iaitu sebanyak 2422.33
Hz, manakala Informan 2 sebanyak 1674.21 Hz dan Informan 3 sebanyak 1143.53 Hz iaitu
perbandingan nilai yang paling rendah. Kelantangan suara Informan 1 berdasarkan faktor umur
yang lebih muda iaitu 21 tahun menyebabkan perbandingan nilai forman yang lebih tinggi
berbanding Informan 2 yang berumur 38 tahun dan Informan 3 yang berumur 34 tahun. Hal ini
menunjukkan bahawa bunyi pertuturan golongan muda dan di peringkat pertengahan umur ini
adalah lebih konsisten berbanding dengan penutur yang lebih tua.

Seterusnya, analisis spektrografik bunyi perkataan ‘itik’ berdasarkan jalur spektra


frekuensi. Analisis ini dapat dilihat melalui perbezaan corak jalur spektra frekuensi. Perbezaan
ciri-ciri akustik bunyi vokal dapat dilihat melalui jalur horizontal gelap yang terbentuk pada
jalur spektra frekuensi, iaitu yang dinamakan forman. Forman ditandai oleh kepelbagaian
keterlebihan ton pada bunyi vokal. Kebiasaannya, lebih daripada satu forman wujud pada jalur
spektra frekuensi. Apabila bunyi vokal diujarkan, pita suara bergetar dengan kuat dan
konsisten. Keadaan ini menyebabkan jalur spektra frekuensi pada kertas spektrogram kelihatan
lebih jelas dan teratur. Begitu juga pada spektrogram ketiga-tiga penutur yang menyebut vokal
[i] pada perkataan ‘itik’. Kelantangan suara Informan 1 menyebutkan perkataan ‘itik’
menyebabkan jalur horizontal gelap pada spektrogramnya (Rajah 1) lebih pekat berbanding
pada Rajah 2 dan Rajah 3. Selain itu, perbandingan ujaran bunyi vokal [i] juga dapat dilihat
melalui penyebutan perkataan ‘itik’ iaitu pada bunyi konsonan letupan lelangit lembut’k’. Jika
dilihat pada Rajah 1 spektogram penutur Jordan, terdapat satu garis lurus gelap dan sedikit
corak hitam selepasnya yang menunjukkan penutur mengujarkan suku kata ‘tik’. Hal ini kerana
tiada kesenyapan atau hentian selepas bunyi suku kata tersebut. Hal ini juga berlaku pada
penutur Nigeria dan Iran. Mereka menuturkan perkataan ‘itik’ tanpa hetian atau kesenyapan
selepas suku kata terakhir. Namun begitu, bunyi yang hadir selepas suku kata ‘tik’ pada
spektrogram Rajah 2 dan Rajah 3 adalah lebih panjang berbanding pada spektrogram Rajah 1.
Hal ini menunjukkan bahawa penutur Nigeria dan Iran yang masing-masing berumur 38 tahun
dan 34 tahun mempunyai lebih jelas dan panjang bunyi selepas suku kata ‘tik’ berbanding
penutur Jordan yang berumur 21 tahun.
2.2 BUNYI VOKAL DEPAN LUAS [a]
• Perkataan ‘atap’

Rajah 4: Spektrogram bunyi perkataan ‘atap’ penutur Jordan

Rajah 5: Spektrogram bunyi perkataan ‘atap’ penutur Nigeria


Rajah 6: Spektrogram bunyi perkataan ‘atap’ penutur Iran

Nilai Forman (Hz) Informan 1: Jordan Informan 2: Nigeria Informan 3: Iran

F1 681.71 2410.65 1246.58

F2 2616.18 4375.91 2249.38

F2 - F1 1934.47 1965.26 1002.80

Jadual 2: Nilai forman bunyi perkataan ‘atap’ bagi ketiga-tiga penutur

Jadual 1 di atas menunjukkan nilai forman bunyi perkataan ‘atap’ yang disebut oleh
ketiga-tiga informan. Seperti yang dapat dilihat nilai F1 bagi ketiga-tiga informan rata-rata
adalah lebih rendah daripada nilai F2. Namun begitu, Informan Nigeria telah mencatatkan
perbandingan nilai forman yang paling tinggi iaitu sebanyak 1965.26 Hz berbanding penutur
Jordan iaitu 1934.47 Hz dan penutur Iran iaitu sebanyak 1002.80 Hz. Jika dilihat dari segi latar
belakang, penutur Nigeria yang mempunyai nilai perbandingan forman paling tinggi adalah
berumur 38 tahun iaitu lebih tua berbanding penutur Iran, 38 tahun dan penutur Jordan, 21
tahun. Selain itu, perbezaan ini juga dapat dilihat pada rajah spektrogram. Rajah spektrogram
penutur Nigeria lebih jelas berbanding rajah spektrogram penutur Jordan dan penutur Iran.
Persamaan yang dapat dilihat berdasarkan ketiga-tiga penutur adalah pada nilai frekuensi yang
tinggi iaitu dengan kedudukan lidah yang rendah. Hal ini berlaku apabila ketiga-tiga penutur
mengujarkan bunyi vokal luas iaitu vokal [a] yang terdapat dalam perkataan ‘atap’.
Seterusnya, perbandingan ujaran ketiga-tiga penutur dilihat melalui rajah spektrogram
iaitu pada jalur spektra frekuensi. Berdasarkan ketiga-tiga rajah spektrogram penutur-penutur
asing ini, tumpuan tenaga semasa proses pengujaran bunyi vokal [a] adalah lebih tinggi jika
dibandingkan dengan penghasilan bunyi konsonan yang terdapat pada suku kata kedua iaitu
‘tap’. Jika dilihat pada perbandingan data spektrogram yang dihasilkan, bunyi vokal yang
terdiri daripada gelombang periodik dapat menunjukkan tiadanya bunyi bising pada jalur
spektra frekuensi itu. Namun begitu, bunyi bising ini dapat kelihatan pada jalur spektra
frekuensi semasa bunyi konsonan diujarkan. Ini disebabkan oleh bunyi konsonan pada suku
kata ‘tap’ yang terdiri daripada gelombang aperiodik. Untuk memudahkan penganalisisan, bagi
bunyi letupan seperti [p] yang berada pada suku kata terakhir ‘tap’ ditandai oleh satu bentuk
garis lurus. Ini boleh dilihat pada jalur spektra frekuensi. Bukan itu sahaja, ketika mengujarkan
perkataan ‘atap’, ketiga-tiga penutur asing ini tidak mampu membuat hentian atau kesenyapan
selepas huruf [p]. Masih terdapat sedikit bunyi selepas suku kata terakhir diujarkan. Contohnya,
pada Rajah 4 dan Rajah 6 iaitu penutur Jordan dan Iran, garis lurus gelap dapat dilihat pada
jalur spektra frekuensi dengan sedikit bunyi bising selepasnya. Garis lurus gelap ini juga
terdapat pada spektrogram penutur Nigeria tetapi bunyi bising selepasnya adalah lebih panjang
dan jelas. Hal ini menunjukkan bahawa penutur Nigeria (38 tahun) membunyikan bunyi bising
selepas hentian glotis ‘tap’ lebih jelas dan latang berbanding penutur-penutur yang lebih muda
daripadanya iaitu penutur Jordan dan Iran.
2.3 BUNYI VOKAL BELAKANG SEMPIT [u]
• Perkataan ‘ular’

Rajah 7: Spektrogram bunyi perkataan ‘ular’ penutur Jordan

Rajah 8: Spektrogram bunyi perkataan ‘ular’ penutur Nigeria


Rajah 9: Spektrogram bunyi perkataan ‘ular’ penutur Iran

Nilai Forman (Hz) Informan 1: Jordan Informan 2: Nigeria Informan 3: Iran

F1 1094.54 1749.08 1506.58

F2 3076.71 3243.91 1951.44

F2 - F1 1982.17 1494.83 444.86

Jadual 3: Nilai forman bunyi perkataan ‘ular’ bagi ketiga-tiga penutur

Jadual di atas menunjukkan nilai (F1) dan nilai (F2) bagi perkataan ‘ular’ yang
dituturkan oleh ketiga-tiga informan lelaki yang berbeza umur dan negara. Nilai-nilai forman
ini diperoleh berdasarkan titik tengah yang dianalisis pada rajah spektogram seperti yang
terdapat pada bahagian atas. Berdasarkan jadual di atas, perbezaan nilai forman bagi F1 dan F2
untuk ketiga-tiga informan lelaki jelas dapat dilihat. Nilai F2 rata-rata lebih tinggi daripada
nilai F1. Nilai F1 yang rendah menunjukkan bahawa adanya penghasilan bunyi vokal belakang
sempit iaitu [u] kerana semasa waktu penghasilan bunyi keadaan bibir berada dalam keadaan
bundar. Ini menunjukkan bahawa nilai forman berhubung kait dengan bentuk bibir semasa
bunyi vokal itu dihasilkan. F2 pula dirujuk sebagai penanda kepada vokal belakang [u]. Hal ini
dikatakan demikian kerana, semasa menghasilkan bunyi vokal sempit ini bahagian belakang
lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuhnya dan lelangit lembut
diangkat untuk menutup rongga hidung agar udara keluar melalui rongga mulut yang tiada
sekatan. Semasa menghasilkan bunyi ini juga keadaan bibir berada dalam keadaan bundar.
Nilai forman yang berbeza bagi setiap informan yang dikaji berlaku kerana terdapatnya
perbezaan dari segi umur. Umur boleh memainkan peranan dalam menentukan kelantangan
suara yang dihasilkan yang seterusnya boleh mempengaruhi ketinggian nilai forman. Seperti
yang dapat kita lihat nilai forman F1-F2 bagi informan 1 lebih tinggi dibandingkan dengan
informan lain. Contohnya, nilai F1-F2 informan 1 ialah 1982.17 Hz manakala informan 2 pula
ialah 1494.83 Hz dan informan 3 mencapai nilai F1-F2 yang paling rendah iaitu 444.86 Hz.
Nilai informan 1 lebih tinggi daripada informan 2 dan informan 3 kerana kelantangan
suara disebabkan faktor usia yang muda iaitu 21 tahun dibandingkan dengan umur informan
lain yang jauh lebih tua iaitu 38 tahun dan 34 tahun. Jika diteliti secara anatominya pula,
kelantangan bunyi juga bagi setiap individu bergantung kepada bentuk dan saiz organ (iaitu
alat dan daerah artikulasi yang ada pada seseorang), contohnya panjang lelangit seseorang itu
sangat berbeza dengan panjang dan kebolehan lidah seseorang itu (Crystal 1987:18).

Perbandingan boleh dibuat melalui gambar rajah spektogram (Rajah 7) dengan


bandingan rajah spektogram yang lain (Rajah 8 dan Rajah 9). Perbezaan setiap rajah
spektogram ini berlaku kerana adanya perbezaan ciri-ciri akustik melalui jalur horizontal gelap
yang terbentuk pada jalur spektra frekuensi iaitu yang dinamakan forman. Forman ditandai
oleh kepelbagaian keterlebihan ton pada bunyi vokal. Jika dilihat pada ketiga-tiga rajah
spektogram informan, masing-masing mempunyai jalur horizontal gelap tetapi yang
membezakan setiap rajah spektogram tersebut ialah gelombang bunyi yang dihasilkan. Pada
rajah spektogram informan 3, jalur horizontal gelap yang terbentuk semasa penghasilan bunyi
[u] kurang berwarna gelap kerana tumpuan tenaga yang rendah semasa membunyikan vokal
tersebut. Jalur horizontal gelap terbentuk ketika menghasilkan bunyi getaran [r] menyebabkan
ia terbentuk seperti gelombang bunyi kerana mengikuti bunyi-bunyi vokal yang bersebelahan
dengannya serta frekuensi-frekuensi komponen-komponen bunyi bising yang hadir bersama
(Gloria J. Borden et al, 1994: 199).
2.4 BUNYI VOKAL BELAKANG SEPARUH SEMPIT [o]
• Perkataan ‘otak’

Rajah 10: Spektrogram bunyi perkataan ‘otak’ penutur Jordan

Rajah 11: Spektrogram bunyi perkataan ‘otak’ penutur Nigeria


Rajah 12: Spektrogram bunyi perkataan ‘otak’ penutur Iran

Nilai Forman (Hz) Informan 1: Jordan Informan 2: Nigeria Informan 3: Iran

F1 1124.33 1040.25 1271.68

F2 3687.53 2208.89 2499.33

F2 - F1 2563.20 1168.64 1227.65

Jadual 4: Nilai forman bunyi perkataan ‘otak’ bagi ketiga-tiga penutur

Jadual 4 di atas menunjukkan nilai F1, F2 dan F1-F2 ketiga-tiga informan bagi
perkataan ‘otak’. Berdasarkan jadual tersebut, nilai F2 bagi kesemua informan lebih tinggi iaitu
nilai F2 informan 1 ialah 3687.53 Hz diikuti 2208.89 Hz bagi informan 2 dan 2499.33 bagi
informan 3 berbanding nilai F1. Semasa menghasilkan bunyi vokal belakang separuh sempit
[o], keadaan bibir berada dalam keadaan bundar menyebabkan nilai F1 rendah. Ini bermaksud
bahawa apabila nilai frekuensi adalah rendah, kedudukan lidah adalah tinggi iaitu semasa
mengujarkan vokal separuh sempit [o].

Perbandingan dapat dilihat dengan merujuk Rajah 10, Rajah 11 dan Rajah 12.
Berdasarkan rajah spektogram tersebut kita dapat lihat perbezaan jalur spektra frekuensi bagi
setiap informan yang dikaji. Perbezaan ketara yang dapat dilihat adalah perbezaan penghasilan
bunyi ‘otak’ bagi informan 2 iaitu berumur 38 tahun berasal dari Nigeria. Rajah spektogramnya
berbeza dengan informan lain kerana adanya hentian glotis menyebabkan jalur horizontal gelap
yang terbentuk pada jalur spektra frekuensi tidak kelihatan. Selain itu, perbandingan dapat
dilihat pada ketiga-tiga rajah spektogram pada penghasilan bunyi vokal belakang separuh
sempit [u] di mana pada rajah spektogram informan 2 jalur horizontal gelap yang terbentuk
pada jalur spektra frekuensi lebih gelap berbanding dengan informan 1 dan informan 3. Ini
bermaksud, semasa informan 2 membunyikan vokal belakang separuh sempit [u] pita suara
bergetar dengan kuat dan konsisten. Keadaan ini menyebabkan jalur spektra frekuensi pada
kertas spektogram kelihatan lebih jelas dan teratur. Pada masa yang sama, apabila sesuatu
bunyi dihasilkan, tumpuan tenaga adalah lebih tinggi dan kuat. Ini bermakna semakin gelap
jalur horizontal maka semakin tinggilah tumpuan tenaga yang dikeluarkan semasa
mengujarkan bunyi vokal tersebut.

Daripada analisis-analisis di atas, jelaslah bahawa faktor umur dan latar belakang
negara membezakan setiap bunyi vokal diujarkan. Hal ini dapat dilihat melalui nilai forman
yang dikira. Selain itu, perbandingan bunyi ujaran ketiga-tiga penutur dapat dilihat melalui
jalur spektra frekuensi yang terdapat pada spektrogram. Kepekatan jalur gelap, garis lurus
gelap, sedikit bunyi bising dan lain-lain corak pada spektrogram penutur-penutur inilah yang
menunjukkan perbezaan ujaran antara mereka.
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, jelaslah bahawa fonetik akustik merupakan salah satu bidang atau
aspek yang boleh ditemui pada fonetik. Para pengkaji telah menjalankan satu kajian lapangan
akustik yang melibatkan beberapa informan yang terdiri daripada beberapa buah negara.
Daripada kajian ini, dengan menggunakan spektogram menerusi perisian praat pengkaji dapat
menilai kualiti bunyi seseorang penutur itu. Oleh yang demikian, secara tidak langsung
masalah yang mungkin dialami oleh seseorang penutur seperti ketidaknormalan organ
artikulasi juga dapat dikenal pasti. Dalam pada itu, data yang diperoleh daripada spektogram
juga dapat membantu dalam meneliti kelemahan penyebutan sesuatu bunyi tersebut.

Pengkaji telah mendapatkan data melalui kaedah rakaman suara informan yang terdiri
daripada tiga orang lelaki yang setiap seorangnya berasal dari negara Iran, Nigeria serta Jordan.
Malah, pengkaji juga telah mendapatkan nilai forman bagi ketiga-tiga informan tersebut
dengan pengambilan penyebutan bagi beberapa perkataan vokal seperti ikan, atap, otak serta
ular. Keempat-empat perkataan vokal ini telah digunakan oleh pengkaji dalam menganalisis
perbandingan bunyi ujaran daripada ketiga-tiga penutur asing ini. Tambahan pula, para pengaji
juga menggunakan informan iaitu penutur-penutur asing ini yang terdiri daripada beberapa
lapisan umur iaitu 21 tahun, 34 tahun serta 38 tahun.

Melalui analisis spektogram yang telah dilakukan oleh para pengkaji berkaitan dengan
perbandingan bunyi ujaran bagi para informan ini menunjukkan bahawa setiap informan
mempunyai nilai forman yang berbeza bagi setiap penutur asing. Sebagai buktinya, nilai
forman 1 bagi perkataan `otak’ iaitu bunyi vokal belakang separuh sempit [o], tidak sama nilai
formannya bagi setiap penutur iaitu penutur dari negara Nigeria nilai forman 1 sebanyak
104.25, Jordan forman 1 sebanyak 1123.33 serta penutur dari Iran nilai forman 1 1271.68.
Perkara ini menunjukkan bahawa walaupun menyebutkan perkataan yang sama iaitu `otak’
tetapi nilai forman 1 bagi ketiga-tiga penutur ini tidak sama.

Para pengkaji berharap agar lebih banyak lagi kajian berkaitan dengan perbandingan
bunyi ujaran ini dilakukan yang melibatkan penutur asing pada masa akan datang. Pengkaji
juga, berharap agar kajian analisis perbandingan bunyi ujaran yang dilakukan ini juga dapat
memberi manfaat kepada pembacanya serta memberi manfaat kepada para pengkaji baru yang
mahu menjalankan kajian berkaitan bunyi ujaran ini.
4.0 BIBLIOGRAFI

Buku

Asmah Haji Omar. (2018). Teori dan Kaedah Fonetik. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (2012). Fonetik dan Fonologi. PTS

Akademia.

Hasmidar Hassan & Puteri Roslina Abdul Wahid. (2020). Kecendekiaan Melayu Melalui

Bahasa Sastera dan Budaya. UM Press.

Raminah Haji Sabran, Nawi Bin Ismail dan Zulkarnain Farihin (2018), Fokus

Peperiksaan STPM Bahasa Melayu Semester1 Edisi Pertama, Cetakan Pertama 2018.

Internet

A.H. Shahidi, Rahim Aman, Zulkifley Hamid. (Mei 2012). Acoustic study of the realisation of

the plosives voicing contrast in Malay Gema Online Journal of Language Studies

12(2):745-760.

https://www.researchgate.net/publication/287916688_Acoustic_study_of_the_realisat

ion_of_the_plosives_voicing_contrast_in_Malay

Fatin9710, Pengenalan Menurut Nor Hashimah Jalaludin, Universiti Sains Malaysia.

https://www.coursehero.com/file/41682982/praatdocx/

Shaharina Mokhtar, Shahidi A.H. & Badrulzaman Abdul Hamid. (2014). Analisis Frekuensi

Asas (F0) Bunyi Vokal Bahasa Melayu: Pencerakinan Berdasarkan Fonetik Akustik.

(Analysis of Acoustics Fundamental Frequency (F0) of Malay Vowel: A Comparative

Study on Gender), Jurnal Bahasa Jilid 14. Bil 2 Disember 2014.

http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4275

Shahidi, A. H. & Shirley Langgau. (2014). Penelitian Akustik terhadap Aspek Sebutan Bahasa

Melayu oleh Penutur Iban. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Vol 9. No 2

(2014). http://journalarticle.ukm.my/9316/1/104-115_Akustik.pdf

Anda mungkin juga menyukai