Anda di halaman 1dari 7

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK)

GKD1063 Malaysian Modern Theatre

Sem 2 2021/2022

Esei: Teater Muzikal

Nama No.Matrik
Dayang Izzah Atirah binti Abang Kedit 79186

Tarikh Penghantaran:
1.0 PENGENALAN

Istilah teater muzikal adalah merangkumi genre muzikal, opera dan revue (Hatta
Azad Khan, 2008). Dalam opera seluruh naskhah atau dialog dinyanyikan, manakala dalam
muzikal sebahagian dialog diucapkan oleh pelakon atau revue dan meskipun ada nyanyian
dan tarian, tidak ada plot atau alur cerita khusus sebagai struktur utama meskipun ada tema.
Dalam ketiga-tiga genre ini kaedahnya adalah penceritaan melalui muzik, nyanyian, tarian
dan lakonan yang diikuti elemen spectacle seperti pemandangan, set dan sebagainya.

Menurut Novak (1996:2), muzikal hari ini telah dibahagikan mengikut jenis sama ada
muzikal komedi, sandirawa, sindiran, fantasi, tragedi, melodrama, drama, muzikal rock,
muzikal konsep dan muzikal opera. Daripada hanya komedi, teater muzikal telah
berkembang menjadi lebih dekat dengan permasalahan manusia dalam kehidupan seharian.
Teater muzikal terdiri daripada beberapa elemen yang tertentu contoh seperti muzik dan lirik
(lagu), buku/libretto (kisah yang dinyatakan dalam skrip atau dialog), koreografi (tarian),
pementasan (pergerakan semua pentas) dan sebagainya.

Muzik adalah nyawa kepada sebuah muzikal. Muzik mempunyai pengaruh yang kuat
dalam kehidupan manusia. Ia menjadi punca mengapa muzikal berkembang menjadi suatu
genre seni pentas yang boleh dipasarkan sebagai produk seni kreatif yang dapat
menandingi filem dari segi hasil jualan tiket. Hal ini demikian menyebabkan wujudnya
Broadway di New York dan West End yang dikunjungi oleh masyarakat setempat dan juga
para pelancong dari serata dunia. Seorang ahli psikologi dan pendidikan yang juga
merupakan Pengarah The Southern California Centre for Music and Imagery (Stephani
Meritt, 1996) mengatakan bahawa “music affects our physical well-being, even alters our
behavior, often without our being aware of it”

Permulaan muzikal dalam teater Melayu di Malaysia dapat dilihat pada teater Mak
Yong yang mewakili teater muzikal tradisional dan bangsawan yang mewakili teater muzikal
moden (Ghulam, 1992:61). Elemen muzikal dalam Mak Yong adalah contoh awal yang
termudah kerana adanya elemen dialog, muzik, lagu dan tari. Walaubagaimanapun, ia tidak
berkembang menjadi suatu bentuk muzikal Melayu moden yang khusus. Antara teater
muzikal yang terdapat di Malaysia ialah teater muzikal Uda dan Dara, Pi Mai Pi Mai Tang tu,
Semimuzikal RAM, Muzikal Kuala Lumpur, Muzikal Kampung Baru, Puteri Gunung Ledang
dan sebagainya.
2.0 TEATER MUZIKAL

2.1 Kemunculan Teater

Teater muzikal merupakan ciptaan dari Eropah dan Amerika. Lubbock (1992:753-
756) produksi muzikal pertama iaitu Flora telah dipentaskan di sebuah court room di
Charleston, South Carolina 8 Februari 1735 merupakan sebuah opera balada dari England.
Komedi muzikal merupakan zaman awal muzikal Amerika bermula. George M.Cohan ialah
pelopor utama yang merupakan seorang penulis bebas, penulis lirik dan juga seorang
komposer. Beliau memberikan identiti mantap kepada Amerika dalam karya-karyanya.
Komposer seperti Friml, Romberg, Herbert serta penulis bebas dan penulis lirik seperti Guy
Bolton, Otto Harbach Dan Oscar Hammerstein II turut menyumbang kepada perkembangan
ini. Sejak tahun 1920-an sebahagian daripada muzikal mula memasukkan tema kehidupan
yang serius dan nama komedi muzikal telah bertukar menjadi drama muzikal yang dikenali
sebagai American Musical atau Broadway Musical dan ia telah mengukuhkan kedudukan
genre muzikal sebagai sesuatu yang bermula dan diperkembangkan di Amerika. Showboat
(1927), West Side Story (1957), Cats (1981), The Lion King (1997) dan Hamilton: An
American Musical (2015) merupakan karya yang menggambarkan perkembangan teater
muzikal yang membangkitkan industri muzikal Broadway dan West End sebagai satu
penanda aras terhadap bentuk teater muzikal.

Menurut Novak (1996:2), genre muzikal dibahagikan mengikut jenis sama ada
muzikal komedi, tragedi, sindiran, fantasi, melodrama, drama dan sandirawa. Muzikal boleh
dikategorikan secara meluas kepada beberapa kategori berbeza yang membentuk spektrum
iaitu revue, komedi muzikal, drama muzikal, Broadway opera dan bermain dengan muzik
(Frankel, 2000:2).

Pada tahun 1972, muncullah muzikal dalam bahasa Melayu pertama iaitu Muzika
Uda dan Dara karya Usman Awang. Muzikal tersebut telah dipentaskan di Panggung
Eksperimen, Universiti Malaya.
2.2 Struktur atau Ciri Teater

Teater Muzikal mempunyai beberapa elemen. Antara elemen tersebut ialah muzik dan lirik
(lagu), book atau Libretto (kisah yang dinyatakan dalam skrip atau dialog), koreografi
(tarian), pementasan (pergerakan semua pentas), dan sebagainya. Teater Muzikal Melayu
juga mempunya bentuknya yang tersendiri iaitu Muzikal Sebelum Klimaks, Muzikal Lagu
Cerita, Muzikal Konsert dan juga Muzikal Gaya Rodgers & Hammerstein II.

Muzikal harus bermula dan berdiri sebagai muzikal. Maksudnya disini ialah muzik dan
lagunya mestilah menarik minat audiens untuk berasa teruja dan terus kekal di kerusi
menontonnya selepas tirai dibuka, pentas bercahaya dan muzik bermula. Lirik dan gubahan
lagu pada pembukaan adalah sangat penting bagi sesebuah pementasan teater muzikal.
Lagu tersebut mestilah dapat memberikan satu suasana khusus dan mencipta suatu
keadaan diri dan pemikiran watak.

Untuk mementaskan sebuah teater muzikal, kerjasama tenaga kreatif dari pelbagai bidang
amatlah diperlukan. Contoh seperti kumpulan penulis yang menyediakan skrip atau dalam
muzikal dipanggil book. Book adalah naskhah yang mengandungi cerita melalui lirik lagu
dan dialog.
2.3 Zaman Kejatuhan Teater Muzikal

Penggiat teater bahasa Melayu barangkali merasa serik dan penat dengan pementasan
teater muzikal. Hal ini demikian kerana hampir tidak ada lagi muzikal dalam bahasa Melayu
yang dipentaskan sehinggalah pada tahun 1988 iaitu apabila Muzika Uda dan Dara telah
dipentaskan semula. Pementasan tersebut telah dilakonkan oleh sebahagian dari pelakon
asalnya iaitu Faridah Merican yang memegang watak sebagai Ibu Dara. Muzik tersebut
telah digubah semula dengan iringan orkestra. Akan tetapi, ia tidak menimbulkan kesan
yang mendalam seperti pertama kali dipentaskan dahulu.

Walaubagaimanapun, sejak zaman bermulanya Istana Budaya, hampir kesemua dramatis


mahu mementaskan muzikal tanpa menyedari bahawa sekolah atau fakulti seni di pusat
pengajian tinggi belum ada lagi menawarkan kursus atau program teater muzikal. Ini
bermakna, kita belum lagi mempunyai pelakon yang terlatih untuk beraksi di atas pentas
muzikal.
3.0 Pendapat tentang Teater Muzikal

Anda mungkin juga menyukai