Anda di halaman 1dari 1

 

 Terdapat seekor serigala yang licik bernama Jekky . Jekky bersahabat baik dengan 

seekor keldai yang kurang cerdik  bernama Jonny. Oleh itu, Jekky sering mengambil

kesempatan terhadap Jonny. Jekky kerap menggunakan Jonny bagi mendapatkan

makanan. Jonny hanya menurut sahaja segala arahan Jekky.

        Pada suatu petang, Jekky dan Jonny berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka

terserempak dengan seekor singa. Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Jekky yang

licik mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Jekky berpura-pura berani di

hadapan Jonny itu. “Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,”

kata Jekky.

        Jekky berjalan kearah singa. “Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya

akan bawakan keldai itu ke sebuah gua.  Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu

di sana,” kata Jekky dengan lemah lembut. “Baiklah, aku akan lepaskan kau! Tapi, kau

mesti bertindak sekarang juga!” jawab singa dengan garang. Jekky kembali menemui

Jonny “Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan

menyorok di dalam gua ketika Jekky dan Jonny masuk ke dalam gua, singa terus

menerkam Jekky. Kemudian, singa membaham Jonny.

Anda mungkin juga menyukai