Anda di halaman 1dari 1

Markah kuiz

Cerita Menggunakan Kata Praklausa

Musang yang tidak jujur

Alkisah terdapat seekor musang bernama Joe dan mempunyai sahabat bernama
Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe merupakan musang yang sangat sangat licik manakala
Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan
terhadap kawannya itu. Dia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Ronnie
hanya menurut segala kata-kata dan arahan yang diberikan oleh Joe. Pada suatu petang, Joe
dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Syahadan, mereka terserempak dengan seekor
singa.

Mereka berdua sangat ketakutan dan mereka tahu bahawa kedua-duanya tidak dapat
melarikan diri. Mereka beranggapan bahawa jika mereka cuba melarikan diri pada waktu itu,
singa akan sempat mengejar dan membaham mereka. Namun begitu, Joe yang licik mendapat
idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu.
“Wahai sahabatku Ronnie, kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu” kata
Joe. Joe berjalan kearah singa. “Wahai, Encik Singa, Jangan makan saya!” rayu Joe kepada
Singa. “Kenapa aku tidak boleh makan kamu?” tanya Singa dengan garang. “Saya akan
bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di sana,”
kata Joe dengan lemah lembut. “Oh, baiklah aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak
cepat!” jawab singa dengan garang. Maka, Joe kembali menemui Ronnie. “Singa itu tak mahu
makan kita sekarang, Lebih baik kita pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika
musang dan keldai itu masuk ke dalam gua, singa terus menerkam musang. Kalakian, dia
membaham keldai. Hatta, kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa.

Pengajaran daripada cerita ini ialah pentingnya memilih kawan yang baik dan sentiasa
jujur atau tidak bercakap bohong kerana akan membawa padah di suatu masa akan datang.
Bak kata pepatah arab yang bermaksud, “katakanlah kebenaran, walau ianya menyakitkan”.

Anda mungkin juga menyukai