Anda di halaman 1dari 6

TUTORIAL MINGGU 3

PENGAJIAN SIRAH DAN


AKHLAK
HAZIQ (F1)
FAHMI (F1)
AZRI (F1)
AQIL (F2)
SYAFIQ (F2
PENGHIJRAHAN KE HABSYAH
DEFINISI

Hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke suatu tempat yang lain. Dengan
kata lain, perpindahan rasul allah s.a.w dan orang - orang islam dari Makkah ke
Madinah atau Habsyah. Dalam sirah perjuangan dawah rasulullah s.a.w telah berlaku
dua penghijrahan iaitu :

❑ Perpindahan orang islam dari Makkah ke negeri Habsyah (1 dan 2)

❑ Orang islam ke yasrib ( Madinah )


Penghijrahan pertama ke
Habsyah
• Terjadi di bulan Rejab iaitu setelah lima tahun kerasulan.
• Terdiri daripada 12 lelaki dan lima perempuan. Mereka telah dikejar
oleh pihak Quraisy namun berjaya melepaskan diri dan tiba di
Habsyah dengan selamat.
• Kemudian kaum Muslimin mendengar berita bahawa pihak Quraisy
telah menerima mereka kembali dan juga ajaran Islam
• Namun sebelum mereka memasuki kota Mekah, mereka mendapat
tahu bahawa berita yang didengari ketika di Habsyah dahulu adalah
tidak benar.
• Sebahagian daripada kaum Muslimin terpaksa pulang semula ke
Habsyah
• Sebahagian lagi terpaksa masuk ke kota Mekah dengan mendapat
perlindungan dari orang-orang yang berpengaruh.
Penghijrahan kedua ke
Habsyah
• Setelah berlaku pemulauan dan peningkatan tekanan serta penyiksaan dari kaum
Quraisy terhadap bani Hashim dan orang Islam.
• Rasulullah s.a.w telah memerintahkan semua orang Islam berhijrah buat kali ke
dua ke Habsyah. Peristiwa ini berlaku pada 617 masihi iaitu tahun ke tujuh
kenabian. Hijrah kali kedua ini adalah seramai 101 orang yang berhijrah.
• Ia melibatkan 83 lelaki dan 18 perempuan. Rombongan ini diketuai oleh sepupu
Rasulullah s.a.w iaitu Ja'affar bin Abi Talib.
• Puak kafir Quraisy sangat marah apabila mengetahuinya. Mereka telah
menghantar satu rombongan ke Habsyah dengan membawa pelbagai jenis
hadiah untuk diberikan kepada raja, pembesar dan paderi-paderi Kristian Habsyah
• Untuk membawa pulang kaum muslimin Kembali.
• Raja Habsysh tidak bertindak segera akan tetapi menyiasat dahulu kedua belah
pihak.
• Raja Habsyah tidak membenarkan puak Kafir Qurasiyh membawa pulang kaum
muslimin.
Penghijrahan kedua ke
Habsyah
• Mesyuarat diadakan untuk merancang pembunuhan nabi.
• Rasulullah SAW yang berasal dari Bani Hasyim adalah kaum yang berpengaruh. Ahli-ahli
keluarganya walaupun tidak semua yang memeluk Islam tetapi tidak akan berdiam diri
sekiranya orang-orang mereka dibunuh.
• Pengisytiharan pemulauan terhadap Nabi Muhammad SAW dan Bani Hasyim telah
ditandatangani oleh pemimpin-pemimpin Quraisy. Dokumen pengisytiharan digantung di
Kaabah.
• Keadaan ini telah mengakibatkan penderitaan dan kebuluran.
• Ada yang membantu melalui penyeludupan oleh mereka yang telah berkahwin dengan
wanita-wanita Bani Hasyim
• Rasulullah SAW dan para pengikutnya tetap teguh dalam beriman kepada Allah dan terus
menyebarkan dakwah dengan tidak putus asa
• Setelah tiga tahun, dokumen yang digantung akhirnya reput dimakan anai-anai
• Maka dengan sendirinya pemulauan terhadap Bani Hasyim terbatal. Bani Hasyim dan
orang-orang Islam yang lain dapat menjalani hidup kembali seperti biasa.
KESIMPULAN

• Umat muslimin zaman Rasulullah SAW sangat bersungguh-sungguh dan patut dalam
melaksanakan segala perintah Allah walaupun ia melibatkan pengorbanan dari segi harta,
tenaga mahupun nyawa.
• Usaha perjalanan dakwah Rasulullah SAW dan para pengikut baginda dahulu memberi kesan
signifikan kepada usaha dakwah umat Islam pada hari ini.
• Penyusunan strategi yang bijak dan teratur sangat penting bagi mencapai sesebuah matlamat.

Anda mungkin juga menyukai