Anda di halaman 1dari 2

Apakah Itu Skala pH?

 by Saiful Bahari
 
Oleh :  ChM Dr Fatimah Binti Salim
Institut Atta-ur-Rahman UITM
ALAMAT URL : https://www.majalahsains.com/apakah-itu-skala-ph/#

Skala pH (0 – 14) adalah skala yang mengklasifikasikan sesuatu bahan kepada bersifat
asid atau bes yang larut air (aka alkali). Nilai pH 0 – 6 menunjukkan sesuatu bahan itu
bersifat asid. Nilai pH 8 – 14 menunjukkan sesuatu bahan bersifat alkali manakala pH ~ 7
pula menunjukkan sesuatu bahan bersifat neutral. ‘p’ pada pH membawa maksud
‘populasi’ atau ‘kuasa’ ion hidrogen ‘H’.
Bolehkah nilai pH sesuatu bahan diluar skala 0 – 14?. Boleh. Ini kerana pH dikira dengan
menggunakan formula matematik yang berkaitan kepekatan jumlah ion hidrogen (H ) +

atau ion hidronium (H O ), dan ion hidroksida (OH ) yang dihasilkan oleh sesuatu bahan
3
+ –

apabila ianya larut dalam air.

pH = – log [H3O+]

pOH = – log [OH–]

Jika dilihat daripada persamaan matematik ini, semakin banyak jumlah ion H O  di dalam
3
+

sesuatu larutan, semakin kecil nilai pH. Maka logik saja jika nilai pH yang diperolehi
kurang daripada 0 atau lebih daripada 14.
Jadi kenapa skala pH yang biasanya diambil kira adalah 0 – 14 sahaja?. Disebabkan teori
perkaitan sifat bahan itu apabila larut dalam air. Air yang terbentuk daripada molekul-
molekul H O adalah secara semulaj adi bersifat amphoteric. Iaitu mempunyai kebolehan
2

berubah sifat asid atau alkali bergantung kepada pasangan tindakbalasnya.


Dalam keadaan seimbang (equilibrium) bersuhu 25 C, molekul-molekul air tulen

bertindak balas sesama mereka seperti persamaan di bawah

2H2O (l) <-> H3O+ (aq) + OH– (aq)

Pada keadaan ini, kepekatan ion H O  dan OH  yang terbentuk adalah masing-masing
3
+ –

1x10 M. Maka pemalar keseimbangan (equilibrium constant, K) untuk tindak balas ini
-7 

adalah

K = [H O ] [OH ] = (1×10  M) x (1×10  M) = 1×10  M


3
+ – -7 -7 -14
Jika kepekatan kedua ion ini dimasukkan dalam formula pH = – log (1×10 ), kita akan
-14

mendapat angka 14. Apabila sesuatu bahan berasid kuat dilarutkan di dalam air, ianya
boleh menghasilkan sendiri ion H , contoh HCl
+

HCl -> H+ + Cl–

H+ + H2O -> H3O+

atau bahan beralkali kuat boleh menghasilkan ion OH  sendiri, contoh NaOH

NaOH -> Na+ + OH–

atau bahan beralkali (contoh NNH ) dan bahan berasid (contoh CH COOH) lemah boleh
3 3

juga bertindak balas dengan air membentuk konjugat asid dan bes. Contoh

NH3 + H2O <-> NH4+ + OH–

CH3OOH + H2O <-> CH3OO- + H3O+

Maka, bahan-bahan yang larut air ini akan mengubah kepekatan ion H O  dan ion OH  air
3
+ –

bergantung kepada sifatnya. Jika bahan itu bersifat asid, jumlah ion H O  akan bertambah
3
+

manakala jumlah ion OH  sistem akan berkurangan. Jika bahan itu bersifat alkali, jumlah

ion OH  akan bertambah manakala ion H O  akan berkurangan. Jika bahan yang dilarutkan

3
+

tidak bersifat asid atau alkali, ianya tidak akan mengganggu keseimbangan jumlah kedua
ion tersebut dalam air, maka ianya dikira neutral pH = – log (1×10 ) berangka 7. Ini lah
-7

asal usul pH 7!
Perkaitan matematik pH dan pOH adalah

pH + pOH = 14

Nota: Asid paling kuat di dunia adalah asid fluoroantimonik dengan pH -31.3

Anda mungkin juga menyukai