Anda di halaman 1dari 4

RAUDHATUL SAKINAH (KUBUR DALAM TAMAN)

MASJID SULTAN HISHAMUDDIN SABAK BERNAM

1. PENGENALAN
Raudhatul Sakinah merupakan satu projek inovasi pembangunan baru bagi mengindahkan
lagi tanah perkuburan yang diuruskan oleh Masjid Sultan Hishamuddin Sabak Bernam
mengambil contoh kubur Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur. Sebagai permulaan, Tanah
Perkuburan Islam yang bertempat di Bagan Nira, Bagan Tunjang, Batu 40 dan Bunga
Tanjung akan dijadikan projek perintis kepada tanah perkuburan Islam yang lain.

2. LATAR BELAKANG
2.1 Tanah Perkuburan Islam sedia ada yang bertempat di Batu 40 telah mengalami
kepadatan disebabkan oleh susun atur yang tidak tersusun sehingga menyebabkan berlaku
kesulitan.
Jika sebelum ini, persepsi orang ramai berkenaan tanah perkuburan adalah menakutkan
dan suram, maka dengan projek ini diharapkan persepsi berkenaan dapat dihapuskan dan
membolehkan tanah perkuburan ini menerima kunjungan waris-waris dengan hati yang
tenang dan damai.
Konsep susun atur akan menjadi garis panduan dalam menghadapi cabaran bagi
menyelesaikan permasalahan yang dikenalpasti di Tanah Perkuburan Islam Batu 40 dan
bagi merealisasikan aspirasi JAIS untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
pentadbiran masjid dalam menyampaikan perkhidmatan kepada ahli kariah.Antara perkara
yang telah dilaksanakan ialah:

Pembersihan kawasan.

Penambahbaikan kemudahan awam.

Pembaikkan kerosakkan.

Pencegahan pencerobohan.

Perlaksanaan peraturan kepungan kuburan yang seragam.

Mengawal selia susun atur pengkebumian jenazah.


3. TUJUAN PROJEK INOVASI RAUDHATUL SAKINAH
Projek ini bertujuan bagi memberikan keselesaan dan keindahan kepada Tanah Perkuburan
Islam yang bertempat di Bagan Nira, Bagan Tunjang, Batu 40 dan Bunga Tanjung yang
sebelum ini agak tidak sesuai dari segi kondisi tanah dan memberi perspektif positif kepada
orang ramai tentang tanah perkuburan.

Pelaksanaan projek Raudhatul Sakinah ini merangkumi beberapa lokasi dalam


sebagaimana berikut:
Bil Lokasi NO LOT Penjaga kubur
1. Tanah Perkuburan Islam Bagan Nira Lot 562
2. Tanah Perkuburan Islam Bagan Lot 686
Tunjang
3. Tanah Perkuburan Islam Batu 40 Lot 4709
4. Tanah Perkuburan Islam Jalan Bunga PT 2889
Tanjung

PELAN PEMBANGUNAN TANAH KUBUR


Konsep utama di dalam pelan pembangunan Tanah Kubur ini meliputi 80% tapak
pengkebumian, 6% tapak kemudahan infrastruktur dan pengurusan, manakala 14% sebagai
rangkaian pejalan kaki.

Pelan perancangan
1.meratakan tanah
2.pemasangan system perpaipan
Pemasangan system elektrik
Pemasangan lot

Ciri-ciri tanah perkuburan raudhatul sakinah


1. Tapak pengkebumian ini dibahagikan mengikut blok-blok tertentu
2. Laluan pejalan kaki
3. Tanaman pokok-pokok renek.
4. lampu di jalan utama yang dipremix.
5. landskap pokok-pokok yang kurang penyelenggaraan, berbau harum, daun berwarna
dan rendang seperti Cempaka Hutan, Melor, Bunga China, Cempaka Putih, Kemboja,
Craton dan pokok-pokok lain yang difikirkan sesuai.

spesifikasi kepungan kubur


Kepungan kubur Warna Luas Tinggi (inci)
Dewasa Putih 6’ x 3’ 6“
Kanak-kanak Putih 2’ x 1.6” 6“

spesifikasi batu nisan


Batu Nisan Warna Bentuk Tinggi Maklumat
Dewasa lelaki Putih Bulat 1’ 4” Nama
Tarikh lahir
Tarikh mati
No lot
Dewasa Putih Pipih 1’ 4” Nama
perempuan Tarikh lahir
Tarikh mati
No lot
Kanak-kanak Putih Bulat 8” Nama
lelaki Tarikh lahir
Tarikh mati
No lot
Kanak-kanak Putih Pipih 8” Nama
perempuan Tarikh lahir
Tarikh mati
No lot
KOS PERBELANJAAN
Untuk makluman, tanah perkuburan islam di bagan nira dan bagan tunjang mengalami
struktur tanah yang tidak rata atas sebab tunggul-tunggul pokok yang lama menyukarkan
kerja-kerja menggali kubur yang masing-masing berkeluasan 5 ekar dan 3 ekar

Bagi pembukaan tanah perkuburan yang baru (bersepadu) yang berkeluasan 20 ekar
sebanyak 5 ekar akan diasingkan bagi kerja-kerja stacking pokok dilakukan

Manakala, infrastruktur seperti pemasangan elektrik, air. tandas, pondok waqaf, lampu
laluan pejalan kaki turut akan dibina

Kos-kos tersebut adalah seperti berikut:-


BIL PEKARA NILAI JUMLAH
1 Batu lot RM 15 X 500 LOT 7 500
2 Stacking pokok & Meratakan tanah 3 RM 20 000 RM 20 000
perkuburan :
- bagan tunjang
- bagaan nira
- jln …..
3 Pasangan meter TNB RM 1 500 X 4 RM 6500
KUBUR
4 Pemasangan meter air RM 1500 x 4 kubur RM 6 500
JUMLAH KESELURUHAN 40 500

PENUTUP
Adalah diharapkan melalui kertas kerja ini memndapat perhatian dari pihak tuan
memandangkan keperluan yang amat mendesak.

Anda mungkin juga menyukai