Anda di halaman 1dari 15

BACHELOR OF EDUCATION (TEACHING OF ENGLISH AS A SECOND

LANGUAGE) WITH HONOUR (BETESL)

SEM JANUARY 2022

BBPP1103

PRINSIP PENGURUSAN

NO. MATRIKULASI : 880521085782001


NO. KAD PENGENALAN : 880521085782

NO. TELEFON : 010-2743006

E-MEL : logesha21@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN IPOH


ISI KANDUNGAN

1. Pendahuluan
1.1 Latar Belakang Syarikat
1.2 Gambaran kesuluruhan industri

2. Jenis Persekitaran Membuat Keputusan dalam sesuatu organisasi.


2.1 Membuat Keputusan dalam keadaan kepastian
2.2 Membuat keputusan dalam keadaan ketidakpastian
2.3 Membuat keputusan dalam keadaan berisiko

3. Analisis terhadap pembuatan keputusan dalam keadaan berisiko.


3.1 Mengenal pasti masalah
3.2 Mengenal pasti kreteria keputusan
3.3 Memperuntukkan Pemberat bagi setiap kriteria
3.4 Menjana Penyelesaian alternatif
3.5 Menilai alternatif-alternatif
3.6 Memilih keputusan yang optimum

4. Perbincangan mengenai tiga jenis kaedah pembuatan keputusan berkumpulan.


4.1 Sumbangsaran
4.2 Teknik Kumpulan Nominal
4.3 Teknik Delphi

5. Cadangan dan Proses meningkatkan keberkesanan pembuatan keputusan


5.1 Menggunakan Peraturan dan Ujian
5.2 Peraturan Pembuatan Keputusan
5.3 Pelbagai Ujian Pemboleh Ubah

6. Kesimpulan

7. Rujukan
Malaysia adalah sebuah negara yang dirangkumi dengan pelbagai budaya,bahasa dan etnik
yang berkedudukan strategik,menjadikanya negara yang paling mudah diakses dari segi
ekonomi.Terdapat banyak syarikat yang ternama dan syarikat-syarikat tertua sebagai
penggerak utama pertumbuhan ekonomi dan syarikat-syarikat ini memainkan peranan yang
sangat penting dalam perkembangan ekonomi di Malaysia.Tetapi,pada tahun 2020 dan 2021
semasa pandemik,pemimpin seperti CEO’s terpaksa membuat keputusan yang bijak dengan
cepat kerana kualiti kepimpinan mereka bergelut dalam krisis.Mereka terpaksa bertindak
balas terhadap wabak coronavirus dan menguruskan cabaran masa depan yang menanti untuk
pulih.Tujuan tugasan ini adalah untuk meningkatkan keupayaan pelajar untuk
membincangkan cara membuat keputusan dalam keadaan kepastian dan juga dalam keadaan
tidak kepastian dan berisiko memberi impak kepada sesebuah organisasi dan memberikan
cadangan untuk penambahbaikan masa depan dalam organisasi yang dipilh.Kajian ini juga
diteruskan dengan tiga jenis kaedah pembuatan keputusan berkumpulan dengan memberikan
contoh-contoh relevan daripada organisasi yang dipilih.Tugasan ini diakhiri dengan
mencadangkan kaedah-kaedah untuk meningkatkan keberkesanan pembuatan keputusan
dalam oraganisasi tersebut.

1.1 Latar belakang syarikat


Intel Corporation ialah sebuah perbadanan multinasional yang berpusat di Amerika
Syarikat dan terdapat diseluruh negara.Intel membuka kilang pembuatan produknya di
luar AS pada tahun 1972 di Pulau Pinang.Ia terletak di tapak berkeluasan lima ekar.Pada
1975,kemudahan itu memberi pekerjaan kepada 1000 orang dan menjadi kilang penting
dalam rangkaian pembuatan produknya dan kejayaanya menambahkan bilangan pekerja
ini kepada 3000 pada tahun 2022. Syarikat Intel yang terletak di Pulau Pinang adalah
sebuah syarikat pengeluaran dan penghasilan mikropemproses dan mengkhususkan dalam
litar bersepadu.Intel juga membuat kad rangkaian,chipset papan induk,pemproses
terbenam,komponen dan alat-alat lain yang berkaitan dengan komunikasi dan
komputer.Intel juga memiliki projek penyelidikan yang maju dalam seluruh aspek
penghasilan semikonduktor,termasuk MEMS.Semasa fasa awalnya,perniagaan intel
tertumpu kepada DRAM (memori rawak akses secara
dinamik).Walaubagaimanapun,keuntungan mula jatuh apabila persaingan dari pengeluar
jepun meningkat.Mengetahui,prospek pasaran dengan kejayaan IBM,syarikat itu memberi
tumpuan kepada mikroprosessor.Selepas dua tahun penubuhanya,peralihan tumpuan ke
arah mikroprosessor terbukti membuahkan hasil apabila syarikat itu mula bertumbuh dan
menjadikan dominasi pasaran yang berjaya.Intel kini merupakan pembuat cip terbesar di
dunia.Sehingga tahun 2011,intel mempunyai 79.3 % microprosessor PC dan 84.4%
bahagian pasaran microprosessor PC mudah alih.Intel cemerlang dalam inovasi teknologi
dan telah menjana pendapatan yang sihat.Walaupum Intel menjadi perniagaan teknologi
yang maju sepenuhnya,namanya kini amat terkenal dalam kalangan industri dan
pengguna awam.Kualiti chip,microprosessor dan segala komponen lain walaupun
mahal,namun kualitinya agak baik.
1.2 Gambaran kesuluruhan industri.
Ekonomi serantau Asia yang kian pesat berkembang hasil dari perjanjian negara-negara
ASEAN memberikan peluang yang lebih besar bagi pengusaha dan pelabur menjalankan
perniagaan di rantau ini.Penubuhan ASEAN Economic Community (AEC) pada 2015
adalah satu kejayaan yang sangat besar dalam agenda integrasi ekonomi serantau dalam
ASEAN yang menawarkan peluang dalam bentuk pasaran yang besar.
Malaysia merupakan sebuah negara yang berintergrasi bersama AEC yang mempunyai
kelebihan pelbagai sudut berbanding dengan ahli AEC yang lain.Kelebihan ini memberi
peluang kepada Malaysia menjadi sebuah hab pelaburan serantau,perdagangan dan
ekonomi.Sinologi dan Asus adalah antara jenama utama yang mendominasi pasaran
barangan produk kad rangkaian atau komponen komputer di Malaysia.Oleh kerana
permintaan dari penggunaan jenama itu,Sinologi dan Asus kekal di kedudukan teratas
pada tahun 2015 bagi jualan pasaran Malaysia.Asus oleh Asus Malaysia Co Ltd
memperoleh kesuluruhan bahagian dengan nilai saham sebanyak 8 peratus pada tahun
2015.Ia diikuti rapat jenama Sinologi oleh Sinologi Co Ltd serta jenama produk kad
rangkaian atau chipset papan induk yang lain termasuk Pautan DXE-810T,Intel X550-T2
dan sebagainya.Daya saing positif ini membuatkan Intel yang membawa jenama Intel
X550-T2 berminat untuk menembusi pasaran produk komponen komputer di negara
Malaysia .Selain itu,Intel juga merancang untuk membuka sebuah pusat pengeluaran yang
kedua bagi memudahkan aktiviti eksport produk komponen komputer sekaligus dapat
menampung permintaan pasaran yang berdekatan dengan Malaysia seperti outlet di
Thailand.
Proses membuat keputusan mempunyai tiga keadaan maklumat iaitu maklumat yang
diperoleh itu lengkap,tidak lengkap dan ia tidak mempunyai makluma langsung.Oleh
yang demikian wujud tiga persekitaran semasa proses membuat keputusan iaitu membuat
keputusan dalam keadaan kepastian ,membuat keputusan dalam keadaan ketidakpastian
dan membuat keputusan dalam keadaan berisiko.Beberapa keputusan boleh dibuat dalam
keadaan kepastian dengan kata lain pengurus mengetahui sepenuhnya masalah yang
dihadapi dan mendapat maklumat yang lengkap berkaitan sesuatu keputusan.Keadaan ini
menyebabkan membuat keputusan secara kepastian ini membolehkan sesebuah organisasi
mendapat pilihan keputusan yang jelas.Pada keadaan ini,analisa-analisa yang lengkap
membolehkan ketua organisasi mengetahui dimana ia mahu bermula serta memberikan
kata putus.Oleh itu,faedah atau kepentingan telah dijangkakan atau sememangnya ada
jalan alternatif sekiranya keputusan tersebut perlu diubah (Ule,2009).
Pihak Pengurusan Intel Sdn Bhd telah mengenal pasti bagi memasarkan produk yang
dikeluarkan oleh syarikat berkenaan iaitu produk komponen komputer seperti kad
rangkaian Intel X550-T2,chipset papan induk ,pemprosesan terbenam dibawah
penjenamaan Intel.Pengurus Pemasaran dan Pengurus Sumber Manusia Intel
bertanggungjawab didalam hal yang berkaitan bagi mengkaji tahap pasaran,struktur
kedudukan pusat operasi yang strategik dan tenaga kerja.Berikut adalah salah satu
keputusan yang dibuat dalam keadaan kepastian yang dikeluarkan oleh pengurus projek
Intel Coperate Sdn.Bhd.Pengurus akan mengetahui apa yang akan berlaku pada masa
akan datang.Pengurus juga mempunyai pengetahuan yang cukup dan lengkap mengenai
kemajuan dalam pemasaran produk Intel seperti chipset,kad rangkaian dan sebagainya.Ini
membolehkan mereka menyenaraikan hasil-hasil yang akan diperolehi bagi setiap
alternatif yang ada.Sebagai contohnya,hasil yang akan diperoleh oleh Intel Corporation
jika membuat pelaburan dalam bidang kewangan.
a)Tenaga kerja yang mahir dan peluang pekerjaan yang sama rata dan kepelbagaian.
Di negara Malaysia,tenaga kerja yang mahir amat mudah diperoleh.Ini disebabkan
mereka bersaing satu sama lain bagi mendapat tempat pekerjaan bagi saraan kehidupan
harian mereka.Sejak kebalakangan ini,dengan adanya ekonomi Malaysia yang rancak
mendorong pelabur-pelabur asing melabur di negara Malaysia dalam pelbagai
industri.Rakyatnya yang ramai memudahkan lagi pencarian tenaga kerja .Selain daripada
itu,sikap masyarakat Malaysia yang cepat belajar sesuatu yang baru dapat melahirkan
tenaga kerja kategori separuh mahir kepada kategori mahir dalam masa yang agak
singkat.Syarikat Intel Corparation menghargai kepelbagaian dalam tenaga kerja serta
pada pelanggan ,pembekal dan pihak yang lain.Intel Corporation juga menyediakan
peluang pekerjaan sama rata bagi semua pemohon dan pekerja.Mereka tidak
mendiskriminasi berdasarkan kaum,warna kulit,agama,kepercayaan,keturunan,keupayaan
fizikal dan mental,status veteran dan ketenteraan dan ciri-ciri lain yang dilindungi oleh
undang-undang,peraturan dan ordinan tempatan.Organisasi tersebut mengikuti semua
prinsip ini dalam semua bidang pekerjaan termasuk perekrutan pengambilan
bekerja,latihan,promosi,pampasan,faedah dan program sosial serta reakrasi.Pekerja-
pekerja yang dilantik untuk bekerja di Syarikat Intel Corparation Sdn.Bhd
Penang,diwajibkan untuk mengikuti latihan teknikal atau kursus berkaitanya selama tiga
bulan.Latihan ini diwajibkan kerana meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam
pembuatan atau pemprosesan chipset dan kad rangkaian.
(b)Menetapkan gaji tetap minimum RM1800 dan memberikan bonus bagi setiap tahun.
Syarikat Intel Corparation Sdn.Bhd memastikan semua penjawat pekerja di syarikatnya
menerima jumlah gaji dan elaun sekurang-kurangnya RM1800 sebulan.Tahap pendapatan
minimum itu wajar diamalkan oleh sektor swasta seperti Intel Corparation bagi
membantu pekerja menangani cabaran kos sara hidup.Untuk menambahkan inisiatif
keminatan bekerja, pekerja diberikan bonus setahun dua kali dengan kadar jumlah yang
berpatutan.

Dalam keadaan ketidakpastian, keputusan si pembuat tidak memiliki maklumat yang


tidak lengkap bagi memutuskan sesuatu keputusan.Oleh yang demikian,pengurus yang
membuat keputusan tidak dapat mengenal pasti peristiwa atau keadaan yang bakal
berlaku pada masa hadapan dan tidak dapat membuat ramalan dengan tepat dalam
membuat keputusan yang alternatif.Ketidakpastian ini juga memberi maksud
kemungkinan kegagalan yang tidak dapat diramalkan dan ciri situasi yang sering timbul
dalam sistem pengurusan moden. Sebagai contohnya,Intel X550-T2 adalah jenama yang
dikeluarkan oleh Syarikat Intel Corparation sebagai produk pengeluaran utama bagi
urusan urusniaga.Intel memasarkan pasaran jenis modul tersebut di Malaysia setelah
melihat maklum balas yang positif di pasaran negara asia tenggara yang
lain.Tetapi,pengurus projek Intel tidak dapat mengenalpasti bahawa pasaran produk kad
rangkaian intel X550-T2,dan chipset papan induk,pemproses terbenam dan komponen
komputer yang lain diterima baik di negara Malaysia ataupun sebaliknya.Ini
kerana,kebanyakan jenama-jenama yang terkenal lain seperti Asus XG-C100C,Sinologi
E10G18-T1 dan Pautan DXE-810T mendominasi tangga teratas di pasaran Malaysia
ditambah dengan daya penigkatan dari jenama tempatan yang menawarkan harga yang
lebih murah kepada para pelangganya terutama dari golongan pelajar,siswazah dan
pekerja profesional.
Pemimpin mahupun pengurus sesebuah syarikat akan menghadapi kesan risiko semasa
membuat keputusan.Menurut Chek Mat (2003)pemimpin berasa gelisah dan takut untuk
menghadapi risiko dengan mengalah sahaja.Rohani Sulaiman dan Zol Azlan
Hamidin(2001)menyokong dengan menyatakan sekiranya membuat keputusan dengan
pasti,semua keputusan akan menjadi kerja yang mudah dan pemimpin bersedia
menghadapi sebarang kemungkinan.Disebabkan krisis pandemik yang tidak dapat
diramal menjadi isu permasalahan dalam membuat keputusan dalam persekitaran
berisiko.Selain itu,pandemik covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuklah Malaysia
merupakan krisis kesihatan yang mengancam kelangsungan dan kesejahteraan hidup
rakyat.Di syarikat Intel Corporation Penang,terpaksa mengambil keputusan dalam
keadaan berisiko iaitu terpaksa memperhentikan pekerja-pekerja dalam sektor
perkhidmatan,khususnya pekerja sebagai operator;dan mereka merekodkan kadar
peratusan tertinggi bagi kehilanggan pekerjaan disebabkan krisis covid-19. Sejak Perintak
Kawalan Pergerakan(PKP)dikuatkuasakan pada 18 mac 2020,pengimportan dan
pengeksportan produk keluaran Intel seperti kad rangkaian,chipset papan induk dan
komponen komputer yang lain telah pun terjejas dan ia menyebabkan kejatuhan
pelaburan ekonomi Intel Cop.Sdn.Bhd.Selain itu,pilihan pemotongan gaji secara
sementara atau pengambilan cuti tanpa gaji sepanjang pelaksanaan PKP
dititikberatkan.Dari sudut logik,keputusan majikan akan memberi implikasi kepada
seluruh rakyat Malaysia,khususnya dalam sektor-sektor tertentu.Oleh itu,Pengurus Intel
Cop. Mengambil keputusan yang sewajar dalam keadaan persekitaran yang berisiko
tinggi seperti penambahbaikan Program Subsidi Upah,KSM telah mengeluarkan soalan
lazim untuk rujukan para majikan.Oleh yang demikian,tindakan majikan dalam
menangani implikasi kewangan syarikat semasa berlakunya pandemik covid-19 ini,secara
tidak langsung akan mempengaruhi persepsi dan sikap pekerja terhadap majikan.
Memang benar bahawa,mengambil sesuatu keputusan dalam sesuatu organisasi biasanya
mudah tetapi bagi memastikan keputusan yang diambil adalah terbaik dan ia seharusnya
rasional.Ini bermakna keputusan yang diambil haruslah berfakta dengan hujah-hujah dan
pendapat serta sebab yang sangat kukuh.proses membuat keputusan yang rasional adalah
proses pelbagai langkah bagi mencapai pilihan keputusan yang alternatif dan ia
merangkumi logik,objektif,dan analisis yang lebih subjektif.Menurut Williams(2000)
terdapat 6 langkah bagi proses pembuatan keputusan rasional yang boleh dijadikan
panduan semasa membuat keputusan.Contohnya,dalam Syarikat Intel
Corparation,pengurus mengenalpasti masalah yang dihadapi seperti penerimaan jenama
produk Intel di kalangan masyarakat Malaysia kerana bersaing dengan jenama lain yang
sedia ada.Persaingan jenama utama mengeluarkan produk terbaru diikuti jenama
tempatan yang mampu memberi harga yang mampu milik kepada golongan pelajar dan
prasiswazah yang mengakibatkan permasalahan bagi produk jenama Intel untuk
diperkenalkan di negara Malaysia bertambah sulit.Kita dikehendaki mengenalpasti
tentang kriteria keputusan contohnya,cabaran untuk memasarkan jenama baru dikalangan
penduduk Malaysia yang telah biasa dengan jenama produk komponen komputer dan
komunikasi terkenal seperti Asus,Sinologi,Pautan,HP serta jenama tempatan yang
semakin meningkat naik popularitinya di kalangan pengguna Malaysia.Inisiatif
pengiklanan dilihat sangat penting bagi memasarkan produk baru untuk diperkenalkan
kepada pengguna dan golongan sasar di Malaysia.Langkah seterusnya
ialah,memperuntukkan pemberat untuk setiap kriteria.Dalam memilih individu sebagai
model atau duta bagi memperkenalkan produk komponen komputer jenama
Intel,pengurus projek Intel telah membuat senarai pendek.Langkah seterusnya ialah
menjana penyelesaian alternatif.Dalam menyelesaikan masalah,pelbagai langkah boleh
diambil bagi mengatasinya.Analisa yang baik dan kajian data persekitaran yang tepat
perlu dititikberat dalam usaha mencari jalan penyelesaian.Teknik sumbangsaran adalah
efektif untuk mencari jalan penyelesaian didalam sesebuah organisasi dan ia tidak
langsung dapat mencapai kesepakatan dalam mencari keputusan.Menurut Abu Mansor
et.al(dalam Sharol Aman Ahmad et.al,2007) sesuatu keutusan yang baik bukan sahaja
dipengaruhi oleh pengalaman,kecekapan dan kemahiran membuat keputusan,tetapi juga
kecukupan dan kesahihan maklumat yang diperoleh berkenaan persekitaran
perniagaan.Langkah seterusnya adalah,menilai alternatif-alternatif.Menurut beberapa ahli
seperti Fodor,Perkins dan Gruber menyifatkan individu yang kreatif menggunakan apa
yang dimiliki dengan lebih efisen dan fleksibel.Seperti individu yang sangat reflektif
tentang kegiatan mereka ,mereka menggunakan waktu dan kualiti produk mereka.
(Gardher,1993)Bagi menarik minat pengguna baru untuk beralih kepada jenama
Intel,strategi pemasaran menggunakan khidmat model atau ikon sebagai duta produk
telah dipilih.Langkah terakhir adalah memilih keputusan yang optimum.Keputusan yang
optimum adalah keputusan yang membawa sekurang-kurangnya sebagai hasil yang
terbaik dari semua pilihan keputusan yang diambil.Ia juga adalah satu langkah konsep
yang penting dalam teori membuat keputusan.Setelah dibuat penilaian secara
berperingkat bagi mempromosi produk komponen komputer,pengurus Intel mendapat
maklumat mengenai promosi atau aktiviti syarikat dengan lebih cepat dan tepat,melalui
pelbagai bentuk media;contohnya menyediakan pamplets ataupun pengiklanan berkaitan
kad rangkaian jenama intel dan di pasarkan dengan menyatakan kelebihan
penggunanya.Selain itu, pengurus Intel juga meningkatkan produktiviti usahawan seperti
para usahawan dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan lebih pantas,efisyen
dan tepat melalui emel,sms dan pelbagai medium lain.Intel copration ada juga
berkongsi,menyimpan dan menyebar maklumat.Contohnya,pembentangan produk Intel
seperti kad rangkaian boleh dilakukan pada bila-bila masa dan lebih menarik dengan
informasi yang tersimpan di dalam komputer atau tablet PC.Selain itu,maklumat stok
serta pelbagai strategi lain lebih mudah disimpan dan dirujuk dengan menggunakan
perisian terkini untuk memastikan perniagaan produk Intel berjalan dengan
lancar.Menyimpan maklumat pengguna dan produk belian mereka dengan efesien dan ia
memastikan penggulangan pembelian produk Intel kerana servis lepas jualan yang po-
aktif dan pantas.
Terdapat tiga jenis kaedah pembuatan keputusan berkumpulan dalam sesebuah syarikat
bagi memastikan syarikat perlu berinovasi dan berubah secara berkesan dan
proaktif.Kaedah ini biasanya digunakan semasa mencari jalan penyelesaian secara
berkumpulan.Terdapat tiga kaedah utama yang digunakan bagi mendapatkan hasiluntuk
menambah baik operasi-operasi dalaman syarikat.
(a)Sumbangsaran
Sumbangsaran bermaksud perbincangan intensif untuk menyelesaikan permasalahan
tertentu,mendapatkan idea-idea baru (KamusDewan Bahasa Edisi Keempa(2005)).Osborn
(1979) dikreditkan asal-usul proses sumbangsaran dari guru Hindu Di India,yang telah
menggunakan kaedah Prai-(luar diri)Barshana(soalan) selama lebih 400 tahun.Suatu
aktiviti kumpuulan sumbangsaran yang berkesan biasanya terdiri daripada lima hingga
tujuh orang individu (Hoe et al.1988).Contohnya,idea pemasaran pengiklanan adalah
hasil sumbangsaran dari bahagian pemasaran produk Intel.Contohnya,memperbaiki
mobiliti perniagaan.Teknologi telah memperbaiki jualan syarikat Intel membenarkan
stokis menggunakan alat-alat elektronik peribadi untuk membuat paparan jualan serta
menghantar pesanan dan maklumat pelanggan kepejabat dengan cepat.Alat-alat
elektronik ini telah memendekkan masa yang diperlukan oleh syarikat Intel untuk
menerima dan menghantar barangan atau perkhidmatan atau seterusnya mewujudkan
kelebihan berdaya saing dalam industri dengan jenama lain.
(b)Teknik delphi
Teknik delphi adalah cara yang sistematik yang mengumpulkan pendapat dari kelompok
pakar-pakar yang bekerja bersama bagi menjawab sesuatu persoalan.Menurut Harold
(1975),teknik delphi adalah teknik komunikasi berstruktur,awalnya ia sebagai teknik
ramalan interaktif yang bergantung kepada sejumlah tenaga pakar.Contohnya,dengan
bantuan teknologi ,proses komunikasi telah menjadi lebih murah,cepat dan efesien.
(c)Teknik kumpulan nominal
Pada tahun 1968 Delbecq dan Van De Ven telah mengembangkan teknik nominal
(Delbecq,et al,1975),ia dimaksudkan sebagai satu cara mengumpulkan pandangan dan
penilaian individu dalam suasana ketidakpastian dan ketidaksepakatan mengenai isi
persoalan dalam sesuatu masalah ,dan ia diikuti dengan kumpulan berkenaan akan
mencari penyelesaian terbaik.
Proses membuat keputusan adalah satu proses yang penting di dalam sesebuah organisasi
dalam membuat keputusan.Kebiasanya keputusan yang terhasil adalah dari langkah
pembuatan keputusan dimana proses sumbangsaran itu dilakukan.Dalam sudut kualiti
sesuatu keputusan,ia dapat diperbaiki melalui kaedah peraturan dan ujian tertentu dan
membuat keputusan secara berkumpulan.
(a)menggunakan peraturan dan ujian
Pembuatan keputusan boleh diperbaiki dengan menggunakan langkah-langkah mahupun
peraturan dan ujian tertentu.Antara peraturan pembuatan keputusan ialah melengkapkan
sesuatu jalan penyelesaian yang alternatif yang diterima dengan merujuk kepada set
kriteria.Pertamanya,peraturan keutamaan ialah Intel merancang untuk memasarkan
produk kad rangkaian,chipset papan induk,pemprosesan terbenam dan komponen
komputer yang lain jenama intel di negara Malaysia dimana pasaran terutamanya
dimonopoli oleh jenama utama dunia.Ini diiikuti dengan pihak pemasaran menganjurkan
cadangan pemasaran secara pengiklanan dengan e-dagang dan internet.Contohnya urusan
jual beli produk Intel dapat dijalankan dengan lebih muda dan cepat disamping
menjimatkan kos.Para pengurus Intel membuat promosi dengan mengiklankan produk
mereka melalui kemudahan internet.Ia membantu mengintegrasikan semuah bahagian
dalam syarikat Intel dengan sesebuah transaksi perniagaan untuk meningkatkan kualiti
perkhidmatan.
Selain itu,peraturan syarat minimum oleh dilihat darisegi pihak pengurusan Intel
menetapkan dua syarat minimum didalam perjanjian kontrak kepada duta atau model
untuk penjenamaan Intel.Contoh syarat minimum ialah tempoh minimum kontrak adalah
24 bulan,dan penarikan balik kontrak serta merta jika terlibat isu doping.Tambahan
pula,apabila tahap pengukuran telah sempurna maka wujudlah pemboleh ubah dalam
setiap kajian.Walaubagaimanapun,terdapat beberapa keputusan yang harus dinilai kesan
pelaksanaanya.Kadangkala hasil dari kombinasi pemboleh ubah ini memberikan
keputusan yang lebih optimum.Contohnya,di dalam keputusan yang dibuat oleh pihak
Intel bagi memastikan perancangan atau strategi pemasaran secara pengiklanan ini
berjalan lancar.Pengurus projek dari unit pemasaran mensarankan pengiklanan bukan
sahaja dilakukan di media elektronik malah ia perlu dijalankan pengiklanan itu dengan
mempromosikan jenama Intel kad rangkaian dan komponen komputer pada papan-papan
iklanditengahpusat bandar-bandar utama.Kaedah lain seperti memberi diskaun sebanyak
10% diberikan kepada golongan pelajar sekolah dan pra universiti bagi menarik sasaran
pelanggan itu.
Pengurusan yang cekap dapat membantu menghadapi cabaran,menggelakan risiko yang
berat kepada organisasi,pembaziran penggunaan sumber dapat dikurangkan serta
melahirkan suasana kerja yang baik.Kepentingan mengenalpasti masalah persekitaran dan
langkah pembuatan keputusan sepatutnya wujud dalam setiap organisasi yang ingin
dimajukan.Proses pembuatan keputusan yang rasional mempengaruhi kesan yang amat
besar bagi sesebuah organisasi bagi mencapai sesuatu keputusan yang
baik.Kesimpulanya,membuat keputusan akan menjadi lebih mudah dan baik jika langkah-
langkah proses membuat keputusan dipraktikkan tidak kira bagi individu mahupun
keputusan bagi sesebuah organisasi.Walaubagaimanapun, setiap keputusan yang dibuat
ada risikonya,sekurang-kurangnya dapat menggurangkan risiko pada keputusan yang
diambil.Oleh itu,keputusan yang efisyen dan baik dapat meningkatkan mutu pengurusan
sesebuah organisasi untuk maju ke hadapan.

RUJUKAN

Kamus Dewan.2005.Ed.Keempat.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harold A.Linstone,M.T.(1975).The delphi metode:Techniques and Application.

Inovasi pendidikan,Badan Litbang,Depdiknas.


Ab.Aziz Yusof(2004).Kepimpinan dalam mengurus Perubahan:Dari Demensi

Kemanusiaan.Selangor:Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn.Bhd

Williams,C.(2000).Management Ohio:South-Western Publishing

Rohani Sulaiman dan Zol Azlan Hamidin(2001).Kuasa Keputusan Selangor:

Pearson Education Malaysia Sdn.Bhd.

Osborn,A.F.(1953/1979).Applied Imagination:Principles adn procedurs of creative

Problem-solving.New York:Scribners

Ule,A.(2009).Collective Decision Making as the Actualization ofDecision Potential.

Interdisciplinary Description of Complex System,7(2),90-105

Shahrol Aman Ahmad et.al.(2007).Prinsip Pengurusan.Selangor Darul Ehsan:OUM

Delbecq,A.,& Ven,D.V.(1975).Group Techniques for Program Planning:A Guide

To Nominal Group and Delphi Process.Santa Clara:Scott Foresman

ONLINE CLASS PARTICIPATION

OCP 1
OCP 2

OCP 3

OCP 4
OCP 5

Anda mungkin juga menyukai