Anda di halaman 1dari 10

Lampiran 3 – Contoh contoh Amalan Terbaik KKP

OSHMP25 [TS2P3]
Pengumpulan dan Perkongsian Intervensi Pencegahan Kemalangan Secara Holistik Dengan Penglibatan Pekerja

OSHMP 25
Teras Strategi 2 - Program 3

Pengumpulan dan Perkongsian Intervensi Pencegahan


Kemalangan Secara Holistik Dengan Penglibatan Pekerja

Nota Panduan Aktiviti

JK Program3 - TS2
2023
NOTA PANDUAN PERLAKSANAAN
OSHMP25 [TS2P3]
Pengumpulan dan Perkongsian Intervensi Pencegahan Kemalangan Secara Holistik
Dengan Penglibatan Pekerja

OSHMP 2025, Teras Strategik 2 Program 3 : Pengumpulan dan Perkongsian Amalan Terbaik
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).

1. Latar Belakang
Sepanjang pelaksanaan Pelan Induk KKP 2015-2020 (OSHMP 2020) sebanyak 640 amalan terbaik
keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) berjaya dikumpul. Perlaksanaan OSHMP 25 bagi tahun
2021 berjaya mengumpul 35 amalan terbaik dan tahun 2022 pula berjaya mengumpul 525 amalan
terbaik. Ini menjadikan jumlah amalan terbaik KKP yang terkumpul sebanyak 1,200. Melalui
maklumbalas semua pihak terbabit, terdapat banyak amalan terbaik KKP yang dipraktik oleh
industri. Maka itu, JK Pelaksana TS2 OSHMP25 mengadakan program yang menghimpunkan
sebanyak mungkin amalan terbaik KKP di dalam suatu pengkalan data. Amalan terbaik KKP
tersebut kemudian dikongsi semula kepada semua industri agar ia dapat memberi idea kepada
majikan lain untuk dicontohi dan seterusnya dilaksana di tempat kerja mereka. Melalui satu proses
intervensi, dimana majikan dan pekerja bekerjasama mentelaah, menganalisa dan membuat
penyelarasan, sebelum menggunapakai amalan terbaik berkenaan. Proses ini akan membentuk
satu norma baharu pengurusan KKP di tempat kerja dan ia menepati konsep peraturan kendiri di
tempat kerja. Pembudayaan amalan ini akan mengukuhkan amalan peraturan kendiri di tempat
kerja. Selain itu, Kerajaan sewajarnya memberikan pengiktirafan kepada individu atau kumpulan
yang menghasilkan amalan terbaik KKP yang cemerlang.

2. Tujuan Nota Panduan


Nota Panduan ini disediakan oleh Jawatankuasa Pelaksana TS2 OSHMP25 bertujuan untuk
memberi panduan kepada majikan, persatuan-persatuan majikan, persatuan-persatuan pekerja
dan pengamal pengamal KKP di dalam;
 Memilih amalan terbaik KKP,
 Menghantar amalan terbaik KKP untuk dikumpulkan, dan
 Mendapatkan semula mana mana amalan terbaik KKP yang dikehendaki.

3. Rujukan Definisi
3.1 ‘Amalan Terbaik KKP’ (OSH Best Practices)
Bermaksud apa-apa kaedah atau teknik berkaitan KKP yang secara amnya diterima sebagai
pilihan terbaik diamalkan berbanding dengan pilihan lain kerana berjaya menghasilkan
keputusan yang juga terbaik disamping kekal mematuhi kehendak perundangan yang
dikuatkuasakan oleh JKKP.
NOTA PANDUAN PERLAKSANAAN
OSHMP25 [TS2P3]
Pengumpulan dan Perkongsian Intervensi Pencegahan Kemalangan Secara Holistik
Dengan Penglibatan Pekerja

4. Terma Rujukan
Terma rujukan perlu difahami oleh majikan sebelum memulakan aktiviti pengumpulan dan
perkongsian Amalan Terbaik KKP. Ini bagi mengelak sebarang kemungkinan pertikaian pada masa
hadapan berkaitan hak Jabatan dan hak majikan. (Sila rujuk Lampiran 1 – Terma Rujukan)

5. Prosedur Aktiviti
Prosedur dikemukakan agar memudahkan Urusetia dalam sebarang proses lanjut berkaitan
pengurusan aktiviti ini. (Sila rujuk Lampiran 2 – Prosedur Aktiviti)

6. Faktor Galakan
Amalan Terbaik KKP merupakan hasil usaha tambahan majikan kearah penambahbaikan
pengurusan KKP tempat kerja. Ia adalah nilai tambah yang diusahakan majikan selain kewajiban
mereka mematuhi perundangan KKP. JKKP sewajarnya menzahirkan pengiktirafan kepada majikan
ini. JKKP melalui JK Pelaksanaa TS2 OSHMP25 akan mengeluarkan surat penghargaan kepada
semua majikan yang menyertai aktiviti ini. Penglibatan pengamal KKP seperti Pegawai
Keselamatan dan Kesihatan (Safety and Health Officer – SHO) di dalam menjayakan program ini
akan melayakkan pemberian mata CEP.

7. Pelaksana
Pelaksanaan OSHMP25 adalah berkonsepkan KKP Inklusif – Kebersamaan dan Komitmen, yang
menuntut keterlibatan dan komitmen semua pemegang taruh iaitu kerajaan, majikan, pekerja,
organisasi majikan dan pekerja seperti Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Persekutuan
Pekilang-pekilang Malaysia (FMM), Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM), Kongres
Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Malaysian Society for Occupational Safety and Health
(MSOSH) serta pengamal KKP di seluruh negara.
Lampiran 1 – Terma Rujukan
OSHMP25 [TS2P3]
Pengumpulan dan Perkongsian Intervensi Pencegahan Kemalangan Secara Holistik Dengan Penglibatan Pekerja

TERMA RUJUKAN

1. Terma Rujukan

1.1 Asas aktiviti pengumpulan dan perkongsian Amalan Terbaik KKP adalah berkonsep suka
rela (voluntary basis).

1.2 Penyertaan majikan dalam program ini bermaksud majikan bersetuju Amalan Terbaik KKP
yang dikemukakan akan dikumpul dan dikongsi (secara salinan semula atau terbitan
semula) bahan-bahan tersebut dengan orang awam.

1.3 Urusetia atau mana mana wakil JKKP tidak tertakluk apa-apa imbuhan atau bayaran atau
saguhati kepada majikan berkenaan disebabkan oleh persetujuan ini.

1.4 Mengenalpasti Amalan Terbaik KKP yang menepati maksud dan definisi. (Nota Panduan,
para 3.).

1.5 Amalan Terbaik KKP yang dikenalpasti, tidak melanggar hak individu, tidak menyentuh
sensitiviti mana-mana agama atau anutan dan tidak bercanggah mana-mana perundangan
bertulis lain.

1.6 Tiada had bilangan pengumpulan bahan (Amalan Terbaik KKP) bagi setiap majikan.

1.7 Terbuka kepada semua jenis aktiviti pekerjaan, isu KKP (keselamatan pekerjaan dan
kesihatan pekerjaan) dan sektor pekerjaan (formal dan informal).

1.8 Membuat laporan Amalan Terbaik KKP yang dicadangkan ;


a) satu laporan bagi setiap Amalan Terbaik KKP.
b) dalam bentuk salinan lembut (soft copy).
c) menggunakan format yang disediakan (Sila rujuk Appendix A1 – Format Laporan).

1.9 Menghantar bahan kepada Urusetia melalui pautan yang disediakan.

Pautan :
http://tiny.cc/pendaftaranamalanterbaik

1.10 Urusetia berhak untuk mengadakan semakan lanjut (jika perlu) keatas Amalan Terbaik KKP
majikan bagi tujuan pengesahan dan pemilihan untuk penganugerahan.
Lampiran 2 – Prosedur Aktiviti
OSHMP25 [TS2P3]
Pengumpulan dan Perkongsian Intervensi Pencegahan Kemalangan Secara Holistik Dengan Penglibatan Pekerja

PROSEDUR AKTIVITI

Aktiviti Keterangan

Pekerja atau majikan kenalpasti Amalan Terbaik KKP di tempat kerja.


Kenalpasti
(Rujuk Terma Rujukan)

Sedia laporan dan buat salinan. (Rujuk Appendix A1). Satu laporan
Sedia Laporan bagi setiap Amalan Terbaik KKP. (Ringkasan Amalan Terbaik KKP di
Lamapiran 3).

Lengkapkan borang penyertaan dan hantar :

Hantar
Pautan :
http://tiny.cc/pendaftaranamalanterbaik

Tamat
Tamat

Jawatankuasa OSHMP25 TS2P3 :


Pastikan format laporan dalam bentuk yang boleh diedit dan foto menggunakan resolusi yang tinggi. Bagi
pelaporan dalam bentuk lain seperti video, MP4 dan lain atau sebarang pertanyaan sila berhubung terus
dengan :-

Muhammad Syafaryll bin Abdullah Hashim


syafaryll@mohr.gov.my
07-207 9937
Appendix A1 – Format Laporan
OSHMP25 [TS2P3]
Pengumpulan dan Perkongsian Intervensi Pencegahan Kemalangan Secara Holistik Dengan Penglibatan Pekerja

FORMAT LAPORAN (Format Bergambar)


AMALAN TERBAIK KKP
A. Maklumat Umum
1. Nama Tempat Kerja :
2. No. Pendaftaran Tempat Kerja :
3. Nama Majikan :
4. Tel / e-mail :

B. Maklumat Umum
Keterangan Ringkas Proses Utama Tempat Kerja

C. Perihal Amalan Terbaik KKP Yang Dipilih


(Satu laporan bagi setiap pilihan Amalan Terbaik KKP. Foto asal perlu disertakan bersama laporan)
SEBELUM SELEPAS

Kenyataan ringkas masaalah-masaalah KKP yang Kenyataan ringkas penambahbaikan KKP yang
dihadapi. dilaksana.
Keterangan ringkas faedah-faedah yang diperolehi.
1.
2.
3.

1. Tarikh Laporan : JK OSHMP25 TS2P3 :


2. Laporan disediakan oleh :
3. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan / Pegawai Bertanggungjawab;
i. Nama :
ii. No. Tel :
iii. Alamat emel :
Lampiran 3 – Contoh contoh Amalan Terbaik KKP

OSHMP25 [TS2P3]
Pengumpulan dan Perkongsian Intervensi Pencegahan Kemalangan Secara Holistik Dengan Penglibatan Pekerja
Contoh #5 :-
Contoh #7 :-

Anda mungkin juga menyukai