Anda di halaman 1dari 3

Nasyid/

monolog

Bismillah
Alhamdulillah

Tajuk tazkirah yang akan saya sampaikan ialah


. insan beriman hidupnya aman

iman adalah intan yang paling mahal , dan mutiara yang paling
berharga

apakah maksud iman


iman ialah membenarkan dengan hati ,berikrar dengan lidah dan
melaksanakan dengan anggota.

Kita mestilah menyakini allah maha Esa Maha kuasa


Hadirin dan hadirat sekalian

Insan beriman sentiasa khusyuk dalam solat firman Allah dalam surah
al-mukminun ayat 1-2

Rasulullah SAW diutuskan , antaranya adalah untuk mengukuhkan


akidah dengan cara membimbing manusia menunaikan solat dengan
sempurna.
Keimanan yang terpasak padu dalam jiwa rasulullah mestilah
menjadikan baginda hamba yang taat .
Walaupun baginda telah dijanjikan syurga..namun baginda sentiasa
menunaikan solat malam sehingga bengkak kaki banginda merintih
memohon keampunan kepada Rabbul Izzah..

Kerana itulah untuk melahirkan pelajar yang sentiasa melaksanakan


solat yang berkualiti program SUMUR telah dilaksanakan disekolah
dalam modul mutadayyin pelajar dituntut untuk sentiasa
berzikir,sentiasa melaksanakan solat berjamaah dan sentiasa berdoa

Jelaslah Program ini, bertujuan untuk membentuk generasi berilmu


beriman dan bertaqwa

Cantik sungguh bunga ditaman


Disusun rapi didalam raga
Untung sungguh orang beriman
Dijanjikan bahagia didalam syurga
Hadirin hadirat
Marilah kita membentang sejadah
Marilah kita menyingsing baju
Marilah kita melaksanakan ibadah dengan gembira pada sepanjang
masa kerana kita adalah hambaNYA.
Sebagai seorang hamba wajiblah keatas kita mengikuti perintah,iaitu
perintah Allah SWT sebagai pencipta makhluk sejagat.
Walaupun kita diuji di uji dengan wabak pendemik covid 19
Moga kita dapat memperbaharui iman kita pada setiap masa dan
Ketika.

Hadirin dan hadirat


Kita nak jadi apa silakan..
Jadilah arkitek ….arkitek yang beriman…maka tidak aka nada pecah
amanah

Jadilah peniaga….peniaga yang beriman…maka tidak ada


pembohongan dalam timbangan

Jadilah petani…petani beriman maka tidak adalah pengambilan tanah


yang bukan hak nya

Hadirin dan hadirat…

Kita jaga iman kita baik-baik,


Agar kita menjadi generasi yang dapat meneruskan perjuangan
Rasullah
30,40 tahun akan datang adalah generasi anak-anak kita untuk
memakmurkan Negara mengikut acuan agama. Moga Negara kita
Aman kerana dipimpin oleh pemerintah yang beriman
Ingat tuan-tuan jika iman menjadi landasan setiap perbuatan kita
insha Allah …AMAN
Allah berfirman dalam surah al mukminun ayat 10-11
10. mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi,
11. (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di
dalamnya.

Masya Allah …hebatnya golongan beriman


Syurga firdaus yang Allah janjikan…
Tunggu apalagi
Marilah sama-sama kita tingkat kan keimanan
Dengan sentisa melaksanakan solat sunat
Sentiasa berzikir
Sentiasa membaca Al-Quran..
Laksanakanlah segala amal kabaikan insha Allah …..akan
bertambahlah keimanan..
Iman Sajak
Harga sebuah keimanan terlalu mahal,
Menuntut pengorbanan sang hamba yang berpaksikan cintanya ke
pencipta
Allah Rabbul izzati.
Ayuh saudara ku,bangkitlah dari lena mu
Persiapkan diri dengan segala perisai ketaqwaan
Mencari keredhaan Allah SWT

Sekian

wabillahitaufiq

Anda mungkin juga menyukai