Anda di halaman 1dari 1

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK) DAERAH HILIR PERAK

PEMBANGUNAN KERJAYA : PERSEDIAAN


TEMUDUGA

 PERSEDIAAN MAKLUMAT
Kumpulkan maklumat berkaitan jawatan yang
dipohon termasuk profil syarikat, misi, visi,
objektif dan skop tugas dengan cara merujuk
laman web syarikat, Jabatan Tenaga Kerja atau
kaunselor kerjaya

 PERSEDIAAN DOKUMEN
Susun dokumen asal seperti sijil akademik
dan sijil-sijil lain yang berkaitan di dalam
fail yang sesuai. Susunan haruslah mengikut
yang ditetapkan oleh penemuduga. Sediakan
juga salinan dokumen dan resume jika
diminta

 LATIHAN SEBELUM
TEMUDUGA
Sediakan soalan-soalan yang mungkin disoal
untuk sesi temuduga nanti berserta dengan
jawapan. Berlatih di hadapan cermin besar
untuk menjawab soalan yang mungkin
disoal, pastikan ‘eye contact’ ketika
memandang cermin

 PEMILIHAN PAKAIAN
Pilih pakaian yang sesuai, kemas dan bersih
untuk menghadiri temuduga. Elakkan
memakai pakaian yang menjolok mata dan
terlalu berwarna-warni. Pakai kasut
bertutup bagi menampilkan imej kemas dan
professional

 PENAMPILAN DIRI
Potong kuku dan rambut anda supaya bersih
dan kemas. Bagi wanita berambut panjang,
ikat rambut dengan kemas. Elakkan
memakai aksesori secara berlebihan.
Bersolek ringkas dan elakkan memakai
minyak wangi berlebihan

 TEPATI MASA
Pandangan pertama adalah penting di dalam
penilaian diri seseorang. Rancang perjalanan
anda ke tempat temuduga. Pastikan anda
menepati masa dan tiba 30 minit lebih awal
sebelum sesi temuduga bermula

 BERDOA
Bagi yang beragama Islam, jangan lupa
Sumber : https://www.saya-share.com/panduan-temuduga/ untuk melakukan solat sunat hajat dan
berdoa agar diberikan kekuatan dan
keyakinan diri bagi menghadapi temuduga.
Anda juga boleh bernazar jika mampu
tunaikannya

Anda mungkin juga menyukai