Anda di halaman 1dari 13

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ............................................................................................................... 1

1.1 Konsep Prasangka


1.2 Konsep Diskriminasi
1.3 Konsep Stereotaip

2.0 MATLAMAT UTAMA DALAM PENYELIDIKAN PSIKOLOGI SOSIAL ...........


4
3.0 PERBEZAAN ANTARA PENYELIDIKAN KOLERASI DAN
PENYELIDIKAN EKSPERIMEN .................................................................................
6

3.1 Penyelidikan Kolerasi


3.2 Penyelidikan Eksperimen

4.0 CINTOH KHUSUS MENGENAI PENYELIDIKAN EKSPERIMEN DALAM


BIDANG PSIKOLOGI SOSISAL ................................................................................. 8
5.0 KESIMPULAN .............................................................................................................. 10
6.0 Rujukan .......................................................................................................................... 11

1
1
1.0 PENGENALAN

Psikologi sosial adalah merupakan salah satu cabang ilmu psikologi dimana ianya adalah
berkaitan dengan hubungan antara manusia dengan kelompoknya. Psikiologi sosial adalah
dipengaruhi oleh perilaku manusia itu sendiri dimana dalam suatu lingkungan akan ada yang
namanya pertengkaran, pertikaian hingga terjadinya perselisihan. Psikologi sosial membuat
intervensi dalam membentuk suatu keperibadian dan tingkah laku manusia agar lebih adaptif
dantepat dalam situasi dimana seseorang manusia itu berada.

Pada perspektif lain pula, konsep dasar psikologi sosial ialah berkaitan ilmu
pengetahuan baru yang sebenarnya mula dipelajari, difahami dan digunakan secara intensif.
Dalam memahami akan konsep dasar psikologi sosial dalam kehidupan secara komperehensif,
apa yang perlu adalah untuk mempelajari beberapa definisi dan pengertian psikologi sosial
menurut ahli dan tokoh di dunia. Menurut Hubber Bonner takrifan psikologi sosial itu adalah
mengenai ilmu pengetahuan yang dipelajari tentang bagaimana tingkah laku manusia dalam
lingkungannya dan bersama orang di sekitarnya. Manakala menurut Gordon W. Allport,
pengertian psikologi sosial adalah ilmu pengetahuan yang menerangkan bagaimana cara
bagaimana pemikiran, perasaan dan tingkah laku individu yang dipengaruhi oleh kenyataan
atau kehadiran orang lain.

Dalam psikologi sosial terdapat lima faktor utama disebalik tingkah laku dan
pemikiran sosial. Antara lima faktor utama ini adalah berkaitan tindakan dan ciri-ciri fizikal
seseorang, proses kognitif, faktor biologikal, konteks budaya dan perubahan dunia dan
variable persekitaran. Di dalam psikologi sosial juga, secara umumnya terdapat tiga konsep
iaitu konsep prasangka, diskriminasi dan stereotaip.

1.1 Konsep Prasangka

Prasangka adalah merupakan sikap (biasanya negatif) terhadap anggota kelompok tertentu
berdasarkan kepada keanggotaan mereka dalam kelompok (Baron & Byrne, 1991). Sementara
itu menurut Daft (1999), prasangka dengan lebih spesifik adalah merupakan kecenderungan
untuk menilai secara negatif orang yang memiliki pebezaan dari segi etnik,ras, jantina, atau
yang memiliki kekurangan kemampuan fizikal. Bagaimanapun, menurut Soekanto (1993)
dalam ‘Kamus Sosiologi’ pula menyatakan bahawa wujudnya prasangka kelas, iaitu sikap-
sikap diskriminatif terhadap gagasan atau tingkah laku dalam kelas tertentu.
Disamping itu, prasangka dirujuk dalam sesuatu proses pembelajaran sebagai satu
bentuk pemilihan persepsi yang negatif. Salah satu cara seseorang individu itu menerima

1
rangsangan dan menolak rangsangan yang lain adalah melalui pemilihan persepsi. Seseorang
yang berprasangka akan menilai dan berpandangan serong terhadap seseorang pada satu
rangsangan sahaja tanpa melihat kepada rangsangan yang lain.
Oleh itu, pada kelazimannya prasangka ini wujud dalam kelas masyarakat tertentu
dan ditujukan kepada kelas masyarakat lain. Kebiasaanya kelas atasan sering berprasangka
terhadap kelas bawahan, dan kelas bawahan pula sering berprasangka terhadap kelas atasan.
Sebagai contoh, jika individu kelas atasan ingin bergaul dengan kelas bawahan maka biasanya
individu dari kelas atasan akan dicurigai oleh kelas bawahan dan begitu juga yang berlakunya
sebaliknya jika kelas bawahan yang ingin bergaul dengan kelas atasan, kelas bawahan pula
yang akan dicurigai.
1.2 Konsep Diskriminasi
Prasangka dan diskriminasi sebenarnya mempunyai konsep yang tersendiri. Walau
bagaimanapun, kedua-duanya dilihat mempunyai hubung kait di mana prasangka ialah satu
bentuk sikap negatif yang ditujukan kepada ahli sesuatu kelompok manakala diskriminasi
pula ialah merujuk kepada tindakan tingkah laku negatif yang ditujukan kepada ahli
kelompok tersebut. Paplia dan olds (1985) berpendapat bahawa, prasangka dan diskriminasi
wujud di kalangan manusia. Kedua-duanya berlaku merentasi bukan sahaja faktor bangsa
akan tetapi melangkaui kelompok etnik yang membawa kepada corak tingkah laku seperti
perkauman, anti-semitisme, diskriminasi terhadap golongan tua, cacat, miskin dan
diskriminasi jantina.
Selain itu, diskriminasi juga adalah merujuk kepada pelayanan yang tidak adil
terhadap seseorang individu tertentu, di mana layanan ini dibuat adalah berdasarkan
kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Umum mengetahui bahawa diskriminasi ini
merupakan suatu amalan yang telah biasa dijumpai dalam kehidupan masyarakat manusia
masa kini dan antaranya adalah Ianya berpunca daripada kecenderungan manusia untuk
membeza-bezakan manusia. Sebagai contohyang paling mudah boleh kita lihat adalah melalui
institusi kekeluargaan iaitu dimana si ayah lebih menyayangi anak sulung, manakala si ibu
lebih menyayangi anak bongsu. Ini adalah satu contoh diskriminasi dan sepatutnya dalam
kekeluargaan ibu dan ayah hendaklah menyayangi kesemua anak dengan sama rata tanpa ada
perbezaan antara satu sama lain.
1.3 Konsep Stereotaip
Stereotaip adalah merupakan suatu tanggapan atau pemikiran yang ditetapkan oleh individu
terhadap sesetengah jenis orang atau benda. Namunb begitu, ianya seringkali adalah tidak
benar di dalam realiti. Stereotaip juga boleh difahami sebagai penilaian negatif atau positif

2
terhadap sesuatu perkara atau sekumpulan orang. Menurut McLemore (1994), Healey (2009)
stereotaip adalah sebagai kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu
kumpulan etnik. Ini boleh dilihat melalui gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu
perlakuan baik atau buruk yang secara khusus ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh
etnik lain terutamanya melibatkan etnik minoriti. Hal ini terjadi apabila berlakunya
pertembungan diantara dua atau lebih komuniti etnik.
Selain itu, melalui fahaman stereotaip ini sebenarnya akan menimbulkan perasaan
yang negatif dalam kalangan masyarakat. Fahaman stereotaip akan mengakibatkan sesuatu
kumpulan etnik itu memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan seterusnya
mengakibatkan berlakunya pembataskan interaksi antara etnik. Akan tetapi tidak dapat
dinafikan juga bahawa setiap kumpulan etnik akan memiliki pandangan stereotaip mereka
terhadap kumpulan etnik lain.Sebagai contoh pandangan masyarakat Barat terhadap
kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia. Begitu juga di negara kita dimana etnik Melayu
mempunyai gambaran stereotaip terhadap etnik Cina dan India dan sebaliknya.
Disamping itu, stereotaip terbahagi kepada dua. Pertama,adalah merupakan
kepercayaan stereotypic dimana cenderung untuk menjadi dispositional.iaitu kecenderungan
memberi maklumat tentang sifat sifat dalaman individu hanya berdasarkan kepada maklumat
yang diterima melalui ahli kumpulan individu tersebut. Personaliti atau kebolehan seseorang
individu adalah sukar untuk dilihat. Stereotaip sebenarnya adalah sangat bernilai dan
berfaedah dalam interaksi sosial. Oleh demikian, stereotaip yang lebih bermaklumat melalui
maklumat dispositional dan maklumat tersebut sememangnya adalah tidak tepat.
Kedua, penilaian kandungan stereotaip dilihat cenderung untuk menjadi negatif.
Melalui penyelidikan menunjukkan bahawa stereotaip sebenarnya banyak ditujukan kepada
kumpulan-kumpulan sosial. Akan tetapi terdapat juga pengecualian yang menyatakan bahawa
stereotaip ini negatif tetapi walaupun terdapat stereotaip positif, ianya terhad disebabkan oleh
kesempitan dan keseragaman kepercayaan yang positif. Contoh stereotaip positif yang boleh
kita lihat pada hari ini adalah berdasarkan tanggapan masyarakat luar negara yang
beranggapan bahawa masyarakat di Malaysia ini adalah terdiri daripada masyarakat yang
harmoni oleh kerana mampu pelbagai etnik dan budaya dilihat dapat duduk bersama
berasimilasi untuk membentuk sebuah negara majmuk.

3
2.0 MATLAMAT UTAMA DALAM PENYELIDIKAN PSIKOLOGI SOSIAL
Psikologi sosial merupakan bidang yang menumpukan perhatian kepada tingkah laku sosial
manusia. Ruang lingkup bidang psikologi sosial sebenarnya begitu luas. Oleh itu, agak sukar
untuk mendapatkan satu definisi yang tepat dalam bidang ini. Terdapat banyak definisi yang
dikemukakan untuk merumuskan maksud psikologi sosial. Daripada pelbagai definisi
tersebut, secara umumnya dapat disimpulkan bahawa psikologi sosial ialah sains yang
membincangkan tingkah laku individu dalam konteks sosial. Definisi ini mengandungi dua
elemen utama iaitu tingkah laku individu dan konteks sosial. Terdapat banyak perbincangan
mengenai tingkah laku individu yang disampaikan dalam psikologi lain iaitu psikologi am
secara khusus. Oleh itu, ia tidak akan dibincangkan secara terperinci tentang tingkah laku
individu. Walaupun ianya perlu di ingtkan bahawa tingkah laku manusia termasuk sebagai
individu juga menjadi topik perbincangan dalam sains sosial yang lain seperti sosiologi,
antropologi, ekonomi, dan sejarah. Ciri Psikologi sebagai sains adalah penekanan yang
mendalam pada aspek psikologi seperti kognisi, emosi, dan motivasi dalam membincangkan
tingkah laku manusia.

Selain itu, elemen penting yang lain dalam psikologi sosial ialah konteks sosial.
Definisi umum sosial ialah seseorang itu adalah selain diri sendiri. Secara objektifnya yang
dimaksudkan oleh orang lain biasanya hadir secara fizikal untuk secara kontekstual. Hal ini
kerana, ia boleh dikatakan sebagai sosial, tetapi dalam psikologi tidak semestinya begitu.
Perwakilan orang yang lain dalam bentuk imaginasi dan ciptaan masih boleh dilakukan
sebagai sebahagian daripada konteks sosial. Sebagai contoh, seorang lelaki yang duduk di
dalam bilik seorang diri membayangkan wajah kekasihnya kononnya dia berkelakuan
mengikut konteks sosial. Orang lain membayangkannya, walaupun tidak hadir, mempunyai
pengaruh ke atas seseorang. Hal ini merupakan salah satu ciri dalam penyelidikan psikologi
sosial. Oleh itu, psikologi sosial turut memberi perhatian arus membalikkan pengaruh dan
juga pengaruh dua arah sekaligus.

Disamping itu, mengapa psikologi sosial menekankan analisis terhadap tingkah laku
individu, walaupun dalam konteks sosial? Bila psikologi mempunyai ciri-ciri menganalisis
aspek dari segi psikologi, adakah anda masih perlu mengehadkan tingkah laku individu,
bukan manusia yang lebih umum unit analisis? Oleh yang demikian, terdapat perdebatan yang
agak panjang mengenai hal ini. Perbahasan yang dimaksudkan tidak boleh dipisahkan
daripada pendapat Floyd Allport (1924) dimana kali pertama berpendapat bahawa analisis

4
psikologi sosial mesti tertumpu kepada individu. Pengaruh Allport terhadap psikologi sosial
sehingga kini adalah besar, terutamanya di Amerika Utara. Dengan memberi tumpuan kepada
individu, psikologi sosial berkembang dengan sangat pesat. Secara pragmatik, penyelidikan
dengan unit analisis individu membolehkan untuk menjalankan penerokaan yang sistematik
dan mendalam berkaitan dengan aspek psikologi. Hal ini juga khas untuk kajian makmal atau
eksperimen. Kecanggihan dalaman percubaan psikologi sosial di Amerika Syarikat
mendominasi pemikiran dan perkembangan psikologi sosial moden. Dunia mesti mengakui
bahawa psikologi sosial kemodenan adalah fenomena Amerika (Farr, 1996).

Selain itu, pemikiran bahawa psikologi sosial harus memberi tumpuan kepada tingkah
laku individu tidak diterima oleh semua pakar psikologi. Kebanyakan kritikan tersebut datang
dari Eropah (Farr, 1996; Moscow, 1996). Terdapat sekurang-kurangnya tiga perkara utama
yang dikritik. Pertama, dengan memberi tumpuan kepada individu bermakna wujud
perseorangan pemahaman sosial. Hidup pada masa yang sama juga akan berlaku desosialisasi
individu. Kedua-dua fenomena ini menafikan ciri-ciri fitrah manusia sebagai makhluk sosial.
Kedua, penyelidikan individu dalam makmal yang canggih tetapi hanya menekankan pada
aspek psiko-sosial tertentu sering dinilai dipisahkan daripada konteks sosial sebenar. Apabila
ini berlaku, maka psikologi sosial menjadi lebih dekat dengan Biologi. Oleh itu, tidak ada
salahnya belajar sosio-biologi tetapi dalam konteks empirikal dinamik menjadi lebih
kompleks. Justeru, dikhuatiri kajian itu akan menjadi terlalu sempit. Ketiga, orientasi
psikologi sosial yang terlalu individualistik dianggap menafikan realiti sejarah. Pada mulanya
psikologi berkembang dan berkembang daripada sains semula jadi (natural science,
naturwissenschaft) dan sains sosial dan kemanusiaan (geisteswissenschaft). Selepas psikologi
berdiri sendiri sebagai sains, salah satu daripada cabang berkembang menjadi psikologi sosial.
Pada masa itu psikologi sosial tidak terhad kepada tingkah laku individu. Kajian psikologi
sosial bukan sahaja muncul daripada psikologi. Sosiologi juga mempunyai cabang serupa.
Walau bagaimanapun, realiti ini tidak dapat dielakkan. Hal ini kerana, terdapat polarisasi
untuk menebal lagi identiti psikologi sosial iaitu dengan cara spesifikasi analisis ke atas
tingkah laku individu dalam konteks sosial.

5
3.0 PERBEZAAN ANTARA PENYELIDIKAN KOLERASI DAN PENYELIDIKAN
EKSPERIMEN

3.1 Penyelidikan Kolerasi

Kajian korelasi menurut Creswell (2014) memberi peluang kepada penyelidik untuk meramal
skor dan menerangkan hubungan antara pemboleh ubah. Pemboleh ubah dalam kajian
korelasi tidak diubah mahupun dikawal oleh penyelidik. Namun begitu, hubungan antara
pemboleh ubahakan dihubung kaitkan dengan menggunakan statistik korelasi.
Gall,Gall&Borg (2005 dalam Hamidah Yusof, Jamal Yunos & Khalip Musa, 2014)
menyatakan penyelidikan korelasi dijalankan bagi menjelaskan hubungan yang wujud antara
dua atau lebih pemboleh ubah.
Kajian korelasi melibatkan pengumpulan data bagi menentukan perkaitan yang ada
antara dua atau lebih pemboleh ubah yang saintifik (Azizi Yahaya, 2006). Bhasah Abu Bakar
(2007) pula menyatakan korelasi melibatkan pengukuran pertalian linear antara dua pemboleh
ubah yang mempunyai beberapa pertalian seperti berkait secara positif, tiada perkaitan mahu
pun perkaitan yang negatif.
Tujuan kajian kolerasi

Kajian kolerasi

Meramal hasil Menghubungkan dua atau lebih


pemboleh ubah

Melihat sama ada pemboleh ubag


yang dikaji memberi kesan antara
satu sama lain ataupun tidak

Rajah 1: Tujuan kajian kolerasi

6
Berdasarkan Rajah 1, dapat dilihat bahawa kaedah kajian ini memberi peluang kepada
penyelidik untuk meramal kebolehan, kualiti persekolahan, motivasi pelajar dan pengaruh
kerja kursus terhadap pencapain pelajar menurut Anderson&Keith (1997, dalam Creswell,
2012). Kajian ini juga boleh digunakan apabila penyelidik memiliki pengetahuan berkenaan
statistik korelasi. Kajian korelasi dilaksanakan bagi menerangkan sesuatu fenomena dan juga
membantu meramal kemungkinan yang akan berlaku. Bagi menerangkan sesuatu fenomena,
kajian jenis ini akan menjelaskan hubung kait atau hubungan antara pemboleh ubah yang
diselidik. Manakala bagi meramalkan sesuatu fenomena pemboleh ubah peramal dan
pemboleh ubah kriteria diperlukan dalam kajian.
3.2 Penyelidikan Eksperimen

Kaedah eksperimen dilakukan sama ada di dalam atau di luar makmal. Ia didasarkan kepada
satu pegangan logik iaitu jika dua kumpulan yang sama dalam semua aspek diberi rangsangan
serupa kecuali satu, maka perubahan yang berlaku kepada satu kumpulan itu adalah
disebabkan oleh rangsangan yang berlainan itu. Penyelidik mengumpulkan data untuk melihat
perhubungan antara angkubah adalah sesebuah kajian. Angkubah adalah sesuatu yang boleh
berlaku dengan nilai yang berlainan. Dua jenis angkubah diguna dalam penyelidikan iaitu
angkubah bebas dan angkubah bergantung. Bebas dan bergantung kepada kelakuan subjek.
Diguna untuk menilai tingkah laku manusia. Contoh, perhubungan antara umur dan kebolehan
belajar. Kebolehan belajar berubah mengikut umur. Oleh itu, umur adalah angkubah bebas,
manakala kebolehan belajar adalah angkubah bergantung kepada umur subjek.
Selain itu, kajian eksperimental merupakan kajian reka bentuk eksperimen yang
menghimpunkan amalan pengumpulan maklumat, sama ada dengan kawalan sepenuhnya ke
atas pembolehubah atau tidak. Ia dicirikan dengan menipulasi terus atau kawalan ke atas
pembolehubah (penyebab) supaya kesannya dapat dilihat pada pembolehubah yang lain
(kesan atau akibat) Hubungan sebab akibat ini adalah penting dari perspektif penyelesaian
masalah. Kepentingannya dijelaskan oleh Van Dalen (1973). Sebagai satu kemestian
hubungan sebab dan akibat itu perlu dikemukakan untuk membolehkan sains mencapai
matlamat bagi menjelas, meramal dan mengawal tingkahlaku, kejadian dan peristiwa. atau
tidak.

7
4.0 CONTOH KHUSUS MENGENAI PENYELIDIKAN EKSPERIMEN DALAM
BIDANG PSIKOLOGI SOSIAL

Penyelidikan eksperimen dalam bidang komunikasi

Kaedah eksperimen telah lama bertapak dalam bidang sains tulen. Kaedah
penyelidikan ini mula menarik minat ramai saintis dalam bidang psikologi yang
melihat perkembangan pesat dalam bidang sains tulen dengan menggunakan
kaedah eksperimen dalam penyelidikan mereka. Selain itu, kaedah
tersebut dianggap begitu objektif, tepat, dan bersifat saintifik bersesuaian dengan
perkembangan aliran fungsionalisme pada ketika itu. Walau bagaimanapun, pada
awalnya, timbul keraguan dalam kalangan sarjana untuk diadaptasikan ke dalam
bidang sains sosial kerana penyelidik sains tulen menggunakan kaedah tersebut
bagi mengkaji objek atau bahan yang tidak hidup seperti bahan kimia, sedangkan
sains sosial melibatkan kajian terhadap manusia yang sedar dan mampu berfikir
(Orne, 1961).

Oleh yang demikian, secara umumnya perkembangan kaedah eksperimen dalam


penyelidikan komunikasi di Amerika Syarikat berlaku disebabkan oleh pengaruh dan integrasi
bidang psikologi sosial dalam bidang komunikasi. Menurut Delia (1987), perkembangan
keilmuan dalam bidang psikologi pada akhir tahun 1920-an telah
meninggalkan kesan yang cukup ketara dalam penyelidikan komunikasi. Bidang
psikologi berasaskan tradisi fungsionalisme menekankan kaedah eksperimentasi
berasaskan pengukuran objektif, tepat, serta penggunaan prosedur statistik. Pada masa itu,
sarjana dalam bidang psikologi terutamanya sarjana psikologi sosial dan
psikologi pendidikan memberikan nilai yang tinggi kepada kaedah eksperimen
dan eksperimen kuasi. Disebabkan minat yang mendalam dalam kalangan ahli
sosial psikologi dalam bidang komunikasi, mereka turut membawa pegangan
penyelidikan yang berteraskan eksperimen makmal dan pengujian hipotesis dalam
penyelidikan berkaitan komunikasi (Delia, 1987).

8
Disamping itu, penyelidikan komunikasi yang berteraskan kaedah eksperimen
mula bercambah dengan banyak sekitar pertengahan tahun 1930-an. Sebagai contoh, kajian
Payne Fund tentang filem dan kanak-kanak menggunakan kaedah uji kaji
makmal yang berteraskan pengukuran sistematik dan objektif. Kajian-kajian yang
dijalankan bagi menilai kesan komunikasi pujukan atau biasanya disebut sebagai
propaganda dengan menggunakan kaedah eksperimen. Kajian lain tentang
pembentukan dan perubahan sikap, komunikasi interpersonal, dan komunikasi
dalam kumpulan kecil juga dilakukan pada waktu tersebut menggunakan kaedah
eksperimen. Kajian periklanan seperti tumpuan dan ingatan mesej iklan (Dewick,
1935) dan kesan visual dan audio dalam iklan (Elliott, 1937) pada akhir tahun 1930-an juga
menggunakan kaedah yang sama.

Terdapat beberapa sarjana komunikasi dan sains sosial yang banyak


memberikan penekanan terhadap kaedah eksperimen dan kaedah kuantitatif dalam
penyelidikan seperti Kurt Lewin, Carl Hovland, Berelson, dan beberapa sarjana
lain. Hovland dan rakan-rakannya di Universiti Yale misalnya menggunakan
kaedah eksperimen untuk menilai kesan kredibiliti sumber, rayuan menakutkan,
dan saluran persembahan terhadap keberkesanan iklan. Malah Hovland dikatakan
antara sarjana yang telah mewujudkan satu tradisi penyelidikan kuantitatif yang
kukuh yang berteraskan kaedah eksperimen dalam penyelidikan komunikasi.

Apabila televisyen mula mendapat tempat di Amerika pada tahun 1950-an,


semakin banyak kajian yang berteraskan eksperimen makmal dijalankan, terutama
bagi menilai kesan elemen keganasan di televisyen. Tradisi ini menjadi semakin
kuat sekitar tahun 1950-an. Menurut Delia (1987), pada tahun 1960-an, kaedah
eksperimen dianggap sebagai salah satu kaedah penyelidikan yang digemari dalam
penyelidikan komunikasi Amerika, di samping kaedah kuantitatif lain seperti
kaedah tinjauan dan analisis kandungan. Hal ini berterusan sehingga pada tahun 1970-an
apabila tradisi penyelidikan Chicago (Chicago School) yang berteraskan kaedah linguistik,
kualitatif, dan pendekatan antropologi mula kembali menarik minat ramai sarjana komunikasi.
Walau bagaimanapun, tradisi penyelidikan Amerika terus berkembang denga berteraskan
penyelidikan kuantitatif, dan berpisah daripada tradisi penyelidikan Eropah yang berteraskan
penyelidikan kualitatif.

Oleh itu, walaupun di Amerika Syarikat, jumlah penyelidikan kuantitatif terus


berkembang pesat, penggunaan kaedah eksperimen pada hari ini ternyata
9
kurang berbanding kaedah kuantitatif lain, terutama kaedah tinjauan. Namun
beberapa tahun kebelakangan ini, menurut Severin dan Tankard (2000), terdapat
kecenderungan dan perubahan yang jelas dalam kalangan sarjana komunikasi
untuk beralih pada penyelidikan asas berteraskan kaedah eksperimen berbanding
penyelidikan gunaan.

5.0 KESIMPULAN

Psikologi sosial sangat penting kerana ia melibatkan kajian ke atas tingkah laku dan proses
mental manusia, dan pada masa yang sama ia diaplikasikan ke atas pelbagai bidang yang
berbeza dalam kehidupan manusia. Umum menngetahi bahawa setiap apa yang kita lakukan
dalam kehidupan boleh dikatakan berkait rapat dengan psikologi. Sebagai contoh, dimana
dalam proses perkembangan manusia dari usia bayi sehingga meninggal, bidang pendidikan,
pekerjaan, perhubungan sesama manusia, kehidupan seharian, dan sebagainya.

Psikologi sosial adalah merupakan salah satu cabang ilmu psikologi dimana ianya
adalah berkaitan dengan hubungan antara manusia dengan kelompoknya. Psikiologi sosial
adalah dipengaruhi oleh perilaku manusia itu sendiri dimana dalam suatu lingkungan akan ada
yang namanya pertengkaran, pertikaian hingga terjadinya perselisihan. Dengan adanya
kefahaman dalam bidang psikologi sosial kita dapat memahami dan menentukan bagaimana
minda dan sistem badan seseorang itu berfungsi dan bagaimana untuk berinteraksi dengan
orang secara berkesan. Dengan ini dapat membantu kita dalam membuat keputusan yang lebih
baik disamping akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan bertanggungjawab diantara
satu sama lain. Pengetahuan dalam bidang psikologi sosial juga secara tidak langsung dapat
membantu kita menghindari perkara-perkara yang boleh menyebabkan tekanan seterusnya
membantu kita menguruskan masa dengan lebih baik, dan perhubungan sesame masyarakat
akan lebih utuh dan jitu.

Oleh itu, secara tidak langsung dengan pembelajaran mengenai bab ini juga akan
sedikit sebanyak membantu kita dalam memahami diri sendiri dengan lebih baik, disamping
membantu dalam menerima atau memandang sesuatu perkara secara positif, dan
memperbetulkan tanggapan negative terhadap sesuatu perkara.Melaluinya juga dapat
membantu kita dalam menangani sesuatu perkara dalam hidup, cara kita berhadapan dengan
masalah dan cabaran yang berlaku di luar jangkaan, dan cara membuat keputusan dalam
kehidupan seharian disamping mengekalkan keharmonian sejagat.

10
Rujukan

Mohd Makzan Musa. (1994). Psikologi Sosial. Jitra, Kedah. Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.

Mohd Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor.

Ranjini Ramlan. (1989). Kesunyian: Percanggahan Perspektif antara Pelaku dan Pemerhati
dalam Memyatakan Antribusi Sebab-Akibat. Jurnal Psikologi Malaysia,5, 57, 70.

Vander Zanden, W.V. (1984). Social Psychology. New York: Random House.

11

Anda mungkin juga menyukai