Anda di halaman 1dari 5

TAKE HOME EXAMINATION

JAN/2023

BDAU 2103

ELEMENTS OF LAW

MOHD SHIRAZI B RAMLY@ UDOH

NO. MATRIKULASI : 750219025855001


NO. KAD PENGENALAN : 750219025855
BAHAGIAN A

SOALAN 1
(a) Peraturan bermaksud segala yang telah ditetapkan terdahulu dalam mana mana
situasi yang melibatkan pelaksanaan sesuatu kuasa ataupun undang undang dan
perlu dipatuhi oleh mana mana individu yang terlibat secara lansung ataupun
tidak. Sebagai contoh; pemakaian pakaian yang sopan jika mahu berurusan di
agensi kerajaan. Ini adalah merupakan peraturan yang termaktub. Manakala
Menurut Yaqin(1996), undang-undang adalah satu set peraturan yang mentadbir
tingkahlaku manusia. Tujuannya adalah untuk keadilan dan mestilah bersesuian,
diterimapakai dan dipersetujui secara umum oleh masyarakat. Undang undang
dilaksanakan adalah untuk memastikan masyarakat mendapat pembelaan yang
sewajarnya apabila terdapat isu isu yang memerlukan pengadilan dibuat dan
dilaksanakan. Semestinyalah terdapat ciri ciri dan kriteria yang perlu dirujuk
sepanjang tempoh menegakkan keadilan berlandaskan undang undang ini.
(b) Kes Egerton vs Harding merujuk kepada penetapan sesuatu pelaksanaan undang
undang yang sebelum pelaksanannya; perlulah mematuhi serta berasaskan
keperluan keperluan tertentu yang telah ditetapkan terdahulu. Antara keperluan
tersebut adalah

SOALAN 2
(a) Terdapat tiga undang undang utama yang diamalkan didunia iaitu, sivil, common
dan theoratik. Namun begitu fokus perbincangan utama disini ialah undang
undang sivil. Ianya merujuk kepada undang-undang yang berdasarkan undang-
undang Rom yang dipopularkan Kod Napoleon yang diamalkan di kebanyakan
negara-negara Eropah.Undang undang sivil ini khasnya menangani kes kes yang
melibatkan pertikaian yang melibatkan dua pihak. Undang undang kategori ini
adalah penting kerana ianya dapat menyelesaikan pertikaian antara dua pihak;
yang secara tidak langsung akan memberikan jalan pemutus untuk sebarang kes.

(b) Undang undang persendirian merujuk kepada melibatkan hubungan di antara


rakyat dengan rakyat di mana ianya melibatkan kepentingan individu manakala
Secara dasarnya undang-undang awam melibatkan hubungan di antara kerajaan
dengan rakyat di mana ianya melibatkan kepentingan dan keselamatan awam.
Antara contoh contoh bidang undang undang persendirian adalah ialah undang-
undang kontrak, tort, undang-undang perbankan, undang-undang keluarga,
undang-undang wasiat, undang-undang harta benda dan sebagainya. Fungsi
undang-undang yang diwujudkan di bawah undang-undang persendirian ini adalah
untuk melindungi hak-hak di antara individu dimana pihak yang teraniaya dapat
pampasan sekiranya terdapat pelanggaran syarat yang telah ditetapkan dan
dipersetujui bersama. Sebagai contoh di bawah undang-undang kontrak jika salah
satu pihak tidak mematuhi atau melanggar syarat-syarat perjanjian yang telah
dipersetujui maka pihak yang ingkar akan membayar pampasan atau dilucutkan
dari kontrak.

BAHAGIAN B

SOALAN 1
(a) Terdapat dua jenis mahkamah bahawa di Malaysia iaitu, Mahkamah Majistret dan
Mahkamah Sesyen. Mahkamah Sesyen merupakan Mahkamah Sesyen Malaysia
mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan-kesalahan yang tidak
melibatkan hukuman mati. Mahkamah-mahkamah ini dipengerusikan oleh hakim-
hakim Mahkamah Sesyen (dahulunya Presiden Mahkamah Sesyen).
Mahkamah Sesyen juga membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya
melebihi RM25,000 tetapi tidak melebihi RM250,000, kecuali kes-kes yang
melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, penderitaan, dan kes-kes antara tuan
rumah dan penyewa. Kuasa mahkamah sesyen juga adalah tidak terhad..
Mahkamah pula terdapat tiga kategori iaitu Mahkamah Majistret Kelas 1 berkuasa
mengendalikan kes jenayah dan sivil,termasuk kesalahan yang membawa
hukuman mati tetapi tidak berkuasa untuk menjatuhkan mati

Mahkamah ini membicarakan kesalahan yang hukumannya tidak melebihi 10


tahun penjara atau denda

Mahkamah ini mempunyai kuasa untuk menyelenggarakan siasatan permulaan


atas tuduhan-tuduhan yang berat sebelum dibawa ke Mahkamah Tinggi dari
Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen•

Bagi kes kes sivil nilai jumlah pertikaian tidak melebihi RM25,000.00
Mahkamah ini berkuasa untuk mendengar dan memutuskan rayuan daripada
Mahkamah Penghulu..
Bidang kuasa Majistret Kelas Dua adalah lebih rendah lagi. Apabilabeliau
menjatuhkan hukuman jenayah, ia mestilah tidak lebih dari penjara6 bulan atau
denda RM 1,000.00 atau kedua-duanya sekali. Penjawatjawatan ini biasanya
terdiri daripada kalangan Pegawai Daerah dan Pendaftar Mahkamah Sesyen.
Peranan mereka membantu tugas Majistret Kelas Satu.

SOALAN 2
Statut merupakan undang-undang bertulis yg diluluskan oleh Parlimen atau badan lain
yg berkuasa membuat undang-undang. Ianya berkuat kuasa mengikut tarikh ianya
diwartakan. Kaedah menafsir statut yang pertama ialah kaedah tafsiran statut dipandu oleh
akal fikiran biasa. Hakim mungkin mencari maksud sesuatu perkataan dalam kamus atau
buku teknikal tetapi maksudnya mungkin dikawal oleh sesuatu konteks yang tertentu. Kaedah
ini yang memerlukan kita berpegang kepada konteks kadangkala digelar dalam bahasa Latin
sebagai Noscitur a sociis yang telah diterjemahkan oleh Henry Fielding sebagai suatu
perkataan boleh diketahui dengan memerhatikan perkataan-perkataan yang bersama-
samanya.
Kaedah kes Heydon. Kaedah ini mengajak kita memerhatikan keadaan common law
(iaitu kedudukan undang-undang) sebelum Akta itu dan mudarat yang statut itu ingin
perbaiki. Akta itu sepatutnya ditafsirkan sebagai menyekat mudharat dan memberikan
remedy. Kegunaan praktis kaedah ini bergantung setakat had-had tertentu kepada cara
mahkamah boleh bertindak untuk menentukan apakah kemudharatan yang sepatutnya diatasi
oleh Akta itu.
kaedah Harafiah umumnya masih menghendaki para hakim terikat dengan perkataan
sesuatu statut apabila perkataan –perkataan ini dengan jelas perlu diikut dalam situasi yang
dihadapkan ke mahkamah. Perkataan mesti digunakan tanpa melakukan apa-apa penambahan
atau pengurangan. Lebih tepat lagi, kaedah umumnya ialah mahkamah tidak boleh
memperluaskan statut kepada kes yang bukan dalam lingkungan istilahnya. Namun ia
mungkin berada dalam ruang tujuan statut itu. Mahkamah juga tidak boleh menghadkan
statut itu dengan mengecualikan sesuatu kes yang secara nyata termasuk di bawahnya
walaupun mahkamah beranggapan sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai