Anda di halaman 1dari 57

KANDUNGAN

MUKA
BIL. PERKARA/SOALAN
SURAT
1 Sekapur Sirih 3
2 Panel Pembina Modul Kertas 3 Sejarah SPM 2020 4
3 Panduan Menjawab Kertas 3 Sejarah SPM 2020 5
4 Konsep / Latarbelakang Perang/Konflik Dunia 6-7
Peristiwa-peristiwa Berlakunya Konflik Dunia
Perang Dunia Pertama

a) Faktor Perang Dunia Pertama


b) Peristiwa Perang Dunia Pertama 8-10
c) Kesan Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Kedua


5 a) Faktor Perang Dunia Kedua
b) Peristiwa Perang Dunia Kedua 10-13
c) Kesan Perang Dunia Kedua

Blok Dunia /Perang Dingin

a) Faktor Perang Dingin


b) Peristiwa Perang Dingin 13-15
c) Kesan Perang Dingin

6 Faktor yang Mencetuskan Konflik Dunia. 16-20

Peranan Badan/ Pertubuhan Antarabangsa untuk Menjamin 21-23


7 Keamanan Munia – PBB/ASEAN

8 Sumbangan Malaysia Dalam Mewujudkan Keamanan Dunia 24-28


Melalui Pertubuhan Antarabangsa dan Serantau
9 Cabaran dalam Menghadapi Konflik Dunia 29-32
Kepentingan/Manfaat Keamanan/ Mengapa Keamanan Perlu
10 33-35
Dikekalkan
11 Langkah / Cadangan untuk Mewujudkan Keamanan Dunia 36-39
12 Konflik Dunia Masa Kini 40-43
1
13 Bersetujukah Anda Bahawa Dunia Kini Masih Aman untuk 44-46
Didiami?
Konflik Dunia Lebih Baik Diselesaikan Di Meja Rundingan.
14 Bincangkan. 47-49

15 Kesan Konflik Dunia Hingga Kini. 50-52


16 Iktibar 53-54
17 Nilai 55-56
18 Rumusan 57
19 Soalan Simulasi 58-59

2
Sekapur Sirih
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Sains Sosial

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya saya diberi ruang untuk merakamkan
penghargaan atas usaha murni dalam penghasilan Modul Kertas 3 Sejarah SPM 2020 untuk sekolah-sekolah
negeri Melaka buat kali yang pertama bagi tahun 2020.

Menyedari kepentingan subjek Sejarah sebagai syarat wajib lulus, maka peningkatan prestasi mata
pelajaran Sejarah menjadi agenda utama jabatan. Penghasilan Modul Kertas 3 Sejarah SPM 2020 ini amat
penting bagi memastikan tahap profesionalisme guru-guru Sejarah untuk memacu kegemilangan Melaka dalam
mata pelajaran Sejarah.

Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang memberi sumbangan idea dan
buah fikiran yang konstruktif dalam penghasilan Modul Kertas 3 Sejarah SPM 2020 . Harapan saya agar semua
guru Sejarah dapat menggunakan Modul Kertas 3 Sejarah SPM 2020 ini secara inovatif selaras dengan amalan
pendidikan yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Sekian.

ENCIK ABDUL KADIR BIN MD DEH


Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Sains Sosial
Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Melaka.

3
PANEL PEMBINA MODUL KERTAS 3 SEJARAH SPM 2020 NEGERI MELAKA

En. Roslani Bin Maskan : SMK Pernu, Melaka


En. Md Muzaini Bin Said : SMK Ghafar Baba, Masjid Tanah,
Melaka
En. Azlan Bin Mohamad Gazi : SMK Datuk Abdul Rahman Ya’kub,
Merlimau
En. Zamani Bin Abu Hashim : SMK Simpang Bekoh, Asahan, Melaka
En. Lim Chin Guan : SMJK Pulau Sebang, Alor Gajah
En. Mohd Sukri Bin Sharif : SMK Paya Rumput Melaka
En. Rama Chendra Govindasamy : Kolej Yayasan Saad, Ayer Keroh
En. Ahmad Nor Iman Bin Shawal : SMK Kampung Gelam , Melaka
Tn. Hj. Mohd Shah Bin Mahbub : SMK Sultan Mansor Shah, Melaka
En. Anuar Bin Mat : SMK Seri Mahkota, Merlimau, Melaka
Pn. Hajah Yuriza Binti Muhammad : SMK (A) Sharifah Rodziah, Telok Mas,
Melaka
Pn. Maziyah Binti Mohamed : SMK Klebang Besar, Melaka
Pn. Norizah Binti Adam : SMK Seri Tanjong, Melaka
Pn. Nor Azlinda Binti Omar : SMK Padang Temu , Melaka
Pn. Hajah Mazni Binti Naim : SMK Telok Mas, Melaka
Cik. Haniza Binti Mat Hassan : MRSM Terendak, Sungai Udang
Pn. Norsaliza Binti Mohd. Zain : MRSM Alor Gajah. Alor Gajah
Pn. Noorwati Binti Suleiman : Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah,
Melaka
Pn. Umi Yasirah Arafah Binti Mat Zain : SMK Bukit Baru, Melaka
Dr. Zarina Begam binti Abdul Kadir : MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin
En. Mohd. Mahadir bin Mat Ali @ : SMA JAIM Darul Falah, Alor Gajah
Othman
Pn. Nimarni binti Bahrom : SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa, Jasin

PENASIHAT MODUL KERTAS 3 SEJARAH SPM 2020 NEGERI MELAKA :

Encik Tarmugi Bin Mispami : Penolong Pengarah Unit Sains Sosial


Jabatan Pendidikan Melaka

Encik Mazlan bin Mohammad : Timb. PPD Sektor Pembelajaran, PPD


Melaka Tengah

Encik Farouk Bin Maidin : Timb. PPD Sektor Pembelajaran,PPD


Alor Gajah

Tn Hj Ramli bin Mohd. Jilis : Timb. PPD Sektor Pembelajaran,PPD


Jasin

4
PANDUAN MENJAWAB KERTAS 3 SEJARAH SPM 2020

1. Calon wajib membawa buku teks/ bahan bercetak yang berkaitan.


2. Jawapan calon wajib ditulis dalam bentuk esei/ karangan dengan ayat yang lengkap.
3. Calon dikehendaki menulis nombor soalan.
4. Isi jawapan calon mestilah bersesuaian dengan peruntukan markah.
5. Setiap pecahan soalan mesti dimulakan dengan muka surat baharu.
6. Jawapan calon mestilah berdasarkan kehendak soalan. Kehendak soalan perlu
diulang-ulang dalam menulis jawapan. Contohnya, bagi menjawab soalan iktibar
calon perlu menulis “Iktibar yang saya perolehi daripada berlakunya konflik dunia
ialah ..... . Iktibar seterusnya ialah...”
7. Jawapan calon mestilah dimulakan dengan ayat soalan / menggunakan kepala ayat

Contoh soalan:
Jelaskan latar belakang konflik dunia .

Contoh jawapan:
Latar belakang konflik dunia ialah.......

8. Jawapan calon bagi soalan KBAT mesti mempunyai fakta sejarah, huraian, huraian
lanjutan dan contoh serta inferens yang bersesuaian(ayat berlapis)
9. Calon digalakkan menggunakan penanda wacana bagi menunjukkan kesinambungan
isi. Contohnya, selain itu,.../ seterusnya,...
10. Bagi item rumusan, calon digalakkan untuk menulis setiap aspek (pengetahuan/ nilai/
unsur patriotisme/ iktibar/ harapan) sekurang-kurangnya dua fakta bersama-sama
huraian, huraian lanjutan, contoh dan inferens
11. Calon tidak digalakkan membatalkan jawapan yang telah ditulis.
12. Calon digalakkan menjawab soalan yang mudah terlebih dahulu.
13. Calon perlu mengelakkan pembaziran masa yang lama pada setiap soalan.
14. Calon dinasihati menjawab soalan KBAT walaupun sukar. Jawapan boleh diubah suai
daripada modul.
15. Calon digalakkan untuk membuat latihan simulasi bagi meningkatkan kemahiran
menjawab.

5
KONSEP/LATAR BELAKANG/ KONFLIK DUNIA

Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua merupakan konflik


antarabangsa yang berlaku pada pertengahan abad ke -20. Konflik ini
meninggalkan pelbagai kesan besar terhadap sejarah dunia. Perang Dunia
Pertama berlaku disebabkan oleh faktor politik dan faktor ekonomi.

Perang Dunia Kedua juga tercetus disebabkan oleh faktor politik iaitu
kegagalan Perjanjian Versailes. Penyelesaian Perang Dunia Kedua dicapai dalam
beberapa siri persidangan. Kebuntuan dalam siri rundingan ini menimbulkan bibit
perpecahan dan akhirnya membawa kepada kemunculan Blok Dunia dan Perang
Dingin.

Konflik dunia yang merangkumi Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia
Kedua tercetus akibat perkembangan imperialisme dan nasionalisme dalam
persaingan merebut kuasa politik dan ekonomi. Perang dunia bermula di Eropah,
kemudiannya merebak ke Asia Pasifik. Pemerintahan tentera Jepun di negara kita
telah mencetuskan tindak balas rakyat dan menyemarakkan nasionalisme dalam
kalangan rakyat.

Perang dunia berpunca daripada perkembangan nasionalisme dalam


kalangan negara Eropah yang membawa persaingan antara kuasa imperialis
untuk mempertahankan kepentingan masing-masing. Persaingan tersebut telah
mencetuskan Perang Dunia Pertama (1914-1918) dan Perang Dunia Kedua
(1939-1945) yang memberikan kesan besar terhadap penduduk dunia.

Perang Dunia Kedua (1939-1945) berlaku di dua medan pertempuran, iaitu


di Eropah dan Asia Pasifik. Peperangan di Eropah tertumpu di negara Eropah dan
utara Afrika, manakala peperangan di Asia Pasifik pula tertumpu di Tanah Besar
Asia dan Kepulauan Asia Tenggara. Peperangan melibatkan dua pakatan, iaitu
Kuasa Paksi dan Kuasa Bersekutu.

Perang Dunia Kedua di Eropah meletus apabila Jerman menyerang Poland


pada bulan September 1939. Peristiwa tersebut menyebabkan Britain dan
Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman.

6
Perang Dunia Kedua di Asia Pasiflk (1941-1945) juga dikenali sebagai
Perang Pasifik. Pertempuran ini berlaku di Lautan Pasifik, Tanah Besar Asia dan
Kepulauan Asia Tenggara. Perang Pasifik berpunca daripada kemunculan Jepun
sebagai kuasa tentera di Asia yang menjalankan imperialisme di rantau Asia
Pasifik.

Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik bermula apabila Jepun menyerang


Tanah Melayu dan Pearl Harbour, Hawaii, iaitu pangkalan tentera laut Amerika
Syarikat di pasilik. Serangan tentera Jepun terhadap Pearl Harbour bertujuan
melumpuhkan armada laut Amerika Syarikat di Asia Pasifik yang boleh menjadi
penghalang kepada peluasan kuasa Jepun di Asia pasifik. Seterusnya, serangan
dilakukan ke atas wilayah jajahan Amerika Syarikat. Britain dan Belanda yang lain
seperti Filipina, Hong Kong, Pulau Guam dan Pulau Wake. Serangan tersebut
membawa penglibatan Amerika Syarikat dalam perang di Asia Pasifik apabila
mengisytiharkan perang terhadap Jepun. Dengan strategi yang berkesan dan
penguasaan serangan melalui laut, darat dan udara, Jepun berjaya membentuk
empayar yang luas di Asia Pasifik menjelang April 1942.

Konflik antarabangsa yang berlaku telah membawa perubahan yang ketara


dari segi politik, ekonomi dan sosial kepada negara-negara Eropah, Asia, Afrika,
Asia Barat dan Amerika Latin.

7
PERANG DUNIA PERTAMA
FAKTOR PERANG DUNIA PERTAMA
Perang Dunia Pertama berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi.
Antara faktir politik termasukalah kemunculan nasionalisme dan sistem pakatan
negara-negara Eropah, iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Faktor
ekonomi pula melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang
ekonomi.
Pada penghujung abad ke–19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu
dan membentuk sebuah negara bangsa yang lebih besar, contohnya Jerman dan
Itali. Kedua-dua negara ini menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti
Britain, Perancis, Austria-Hungary dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah
jajahan. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa besar ini sanggup
berperang bagi membuktikan kekuasaan masing-masing. Menjelang penghujung
abad ke-19 dan awal abad ke-20, persaingan sengit berlaku di kalangan kuasa
Eropah ini akibat Imperialisme Baru. Kuasa besar mula bersaing bagi membentuk
lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan mentah dan
untuk memasarkan barangan siap mereka.
Menjelang awal abad ke- 20, negara Eropah mempunyai dua pakatan, iaitu
Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Persaingan antara kedua-dua
pakatan ini mula mengancam perimbangan kuasa dunia yang wujud pada ketika
itu.

PERISTIWA PERANG DUNIA PERTAMA

Faktor segera yang mencetuskan Perang Dunia Pertama ialah pembunuhan


Archduke Franz Ferdinand, iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya
oleh seorang pengganas Serbia pada 28 Jun 1914. Austria dengan sokongan
Jerman telah mengisytiharkan perang terhadap Serbia pada 28 Julai 1914. Serbia
pula disokong oleh sekutunya Rusia dan Perancis. Pada 30 Julai 1914, Rusia
bertindak memberikan bantuan ketenteraan untuk mempertahankan Serbia. Pada
1 Ogos 1914, Rusia telah diserang oleh Jerman dan pada 3 Ogos 1914,
negara Perancis yang menyokong Rusia juga telah diserang oleh Jerman.
Serangan Jerman terhadap Perancis melalui negara berkecuali, iaitu Belgium
telah menimbulkan kemarahan Britain. Negara Britain yang sememangnya
bermusuhan dengan Jerman turut campur tangan dalam peperangan ini. Pada 4
8
Ogos 1914, Britain menyertai Rusia dan Perancis memerangi Jerman yang
menceroboh Belgium.
Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu, akan
tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-
Hungary dan sekutunya digelarkan "Perikatan Kuasa Tengah" manakala negara-
negara yang menentangi mereka digelar "Pakatan Bertiga". Sewaktu peperangan
berlanjutan, negara-negara lain turut campur tangan. Hampir kesemua negara
memihak kepada Pakatan Bertiga. Sungguhpun Pakatan Bertiga amat kuat,
negara Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi peperangan itu. Selepas
1914, negara Jerman menguasai Luxemborg, kebanyakan Belgium, serta
sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman juga menang di Barisan
Timur ketika usaha Rusia tergagal
Pada tahun 1915, Itali menyertai Pakatan Bertiga kerana ingin menguasai
tanah Austria. Britain kemudiannya meminta bantuan Amerika Syarikat. Serangan
Jerman terhadap kapal dagang Amerika Syarikat turut melibatkan negara tersebut
dalam peperangan ini. Dan pada tahun 1917, Amerika Syarikat menyertai
peperangan dengan memihak kepada Pakatan Bertiga. Menjelang 1918, tentera
Jerman telah mengalami keletihan. Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya
pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai
tentera Amerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan Pakatan Bertiga.
Pada musim panas 1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi
serangan Jerman yang terakhir di barat. Negara Jerman menurunkan
tandatangan perjanjian peletakan senjata pada 11 November 1918.

KESAN PERANG DUNIA PERTAMA

Kesan Politik
Kesan politik Perang Dunia Pertama ialah menamatkan sistem pemerintahan
beraja di Eropah. Pada Jun 1919 Persidangan Damai telah diadakan yang
membawa kepada pemeteraian Perjanjian Versailles. Perjanjian ini telah
mengubah peta Eropah dan membentuk beberapa buah negara baru.

Seterusnya, membawa kepada Pembentukan Liga Bangsa 1919. Matlamat


utamanya adalah untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa
di samping menjamin keselamatan bersama. Keahlian Liga Bangsa terdiri
9
daripada negara-negara bersekutu (kecuali Britain) dan negara-negara
berkecuali. Liga Bangsa gagal menjamin kesejahteraan dunia.

Kesan Ekonomi

Kesan ekonomi pula menyebabkan negara-negara terlibat mengalami


inflasi dan pengangguran. Negara terlibat juga menanggung hutang perang yang
tinggi. Sebagai contoh, Pakatan Bertiga telah membelanjakan US$ 125 bilion
manakala Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan US$ 60 bilion. Hal ini turut
membawa kepada masalah pengangguran.

Pasaran dunia diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun.


Manakala Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya.

Kesan Sosial

Kesan sosial pula dapat dilihat dari segi kehilangan nyawa yang begitu
ramai.

PERANG DUNIA KEDUA


Faktor Perang Dunia Kedua
Perang Dunia Kedua tercetus disebabkan oleh faktor politik, iaitu kegagalan
Perjanjian Versailles menyelesaikan masalah Perang Dunia Pertama dan juga
perubahan politik yang berlaku di Jerman, Soviet Union, Itali dan Jepun. Dari segi
ekonomi pula perang ini disebabkan kemelesetan yang berlaku pada awal tahun
1930-an.
Perjanjian Versailles telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan beberapa orang pemimpin negara terutama Jerman kerana negara itu
kehilangan tanah jajahannya dan terpaksa membayar pampasan perang yang
tinggi. Di samping itu, Jerman juga diarahkan untuk mengurangkan saiz angkatan
tenteranya. Pada masa ini muncul seorang pemimpin baru di Jerman, iaitu Adolf
Hitler yang berjaya menguasai Jerman melalui partinya National Socialist. Hitler
telah mengingkari Perjanjian Versailles apabila beliau membina sebuah angkatan
tentera yang besar.

10
Di Rusia, perang saudara telah berlaku. Pihak komunis berjaya
mengalahkan pihak lawan yang dibantu oleh tentera Amerika Syarikat, Britain,
Peranchis dan Jepun. Valdimir Lenin telah mengukuhkan ideologi komunis di
Rusia yang kemudiannya dikenali sebagai Kesatuan Republik Sosialis Soviet atau
Union of Soviet Socialists Republics (USSR) pada tahun 1922. Pada tahun 1924,
Valdimir Lenin meninggal dunia dan digantikan oleh Joseph Stalin. Itali dengan
pimpinan Benito Mussolini telah menjajah Habsyah (kini Ethiopia), Itali pula telah
menceroboh Perancis pada tahun 1940.
Di Timur, Jepun muncul sebagai sebuah kuasa yang ingin menguasai
negara-negara di Timur dan berasa bertanggungjawab untuk membebaskan
negara-negara ini daripada penjajahan Barat.
Pada tahun 1929, kemelesetan ekonomi melanda Amerika Syarikat dan
seterusnya merebak ke bahagian lain di dunia. Amerika Syarikat tidak mampu
lagi menyediakan pinjaman untuk Jerman dan ini menyebabkan Jerman tidak
berupaya membayar hutang peperangan. Masalah ekonomi ini, menyebabkan
negara Eropah lain termasuklah Britian, Perancis dan Itali mengurangkan
peruntukan ketenteraan. Hal sebaliknya berlaku di Jerman yang bertindak
mengukuhkan ketenteraannya dan menjalankan perluasan kuasa bagi
mengalihkan perhatian rakyatnya daripada masalah ekonomi. Perkara yang
sama juga berlaku di Jepun.

Peristiwa Perang Dunia Kedua

Perjanjian Versailles telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam


kalangan beberapa orang pemimpin negara terutama Jerman kerana terpaksa
membayar pampasan perang yang tinggi. Di samping itu, Jerman juga diarahkan
untuk mengurangkan saiz angakatan tenteranya. Pada masa ini muncul seorang
pemimpin baru di Jerman, iaitu Adolf Hitler yang berjaya menguasai Jerman
melalui partinya National Socialist. Hitler telah mengingkari Perjanjian Versailles
apabila beliau membina sebuah Angkatan tentera yang besar.

Di Rusia perang saudara telah berlaku. Pihak komunis berjaya


mengarahkan pihak lawan yang dibantu oleh tentera Amerika Syarikat, Britain,
Perancis dan Jepun. Vladimir Lenin telah mengukuhkan ideologi komunis di Rusia
yang kemudiannya dikenali sebagai Kesatuan Republik Sosialis Soviet atau Union
of Soviet Socialists Republics (USSR) pada tahun 1922. Pada tahun 1924,
Vladimir Lenin meninggal dunia dan digantikan oleh Joseph Stalin. Itali dengan

11
pimpinan Benito Mussolini telah menjajah Habsyah (kini Ethiopia), Itali pula telah
menceroboh Perancis pada tahun 1940.
Di Timur, Jepun muncul sebagai sebuah kuasa yang ingin menguasai
negara-negara di Timur dan berasa bertanggungjawab untuk membebaskan
negara-negara ini daripada penjajahan Barat.
Pada tahun 1929, kemelesetan ekonomi melanda Amerika Syarikat dan
seterusnya merebak ke bahagian lain di dunia. Amerika Syarikat tidak mampu lagi
menyediakan pinjaman untuk Jerman dan ini menyebabkan Jerman tidak
berupaya membayar hutang peperangan. Masalah ekonomi ini, menyebabkan
negara Eropah lain termasuklah, Britain, Perancis dan Itali mengurangkan
peruntukan ketenteraan. Hal sebaliknya berlaku di Jerman yang bertindak
mengukuhkan ketenteraannya dan menjalankan peluasan kuasa bagi
mengalihkan perhatian rakyatnya daripada masalah ekonomi. Perkara yang sama
juga berlaku di Jepun.
Perang dunia Kedua Meletus apabila Jerman menyerang Poland dari barat
manakala USSR menyerang Poland dari timur. Serangan ini menyebabkan Britain
dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman.
Jepun melancarkan serangan mengejut terhadap Pearl Harbour di Hawaii
pada 7 Disember 1941 dan Berjaya memusnahkan angkatan perang Amerika
Syarikat di Lautan Pasifik. Seterusnya, pihak Jepun menduduki Tanah Melayu
termasuk Singapura setelah berjaya mengalahkan Britain pada bulan September
1942.
Seperti dalam Perang Dunia Pertama, muncul pakatan yang berasingan.
Amerika Syarikat memilih untuk menyertai Kuasa Bersekutu yang terdiri daripada
Britain, Perancis dan Soviet Unioun manakala Kuasa Paksi terdiri darpada
Jerman, Itali dan Jepun.
Kuasa Bersekutu berjaya menyelesaikan masalah di Eropah apabila pihak
Jerman dikalahkan pada bulan Mei 1945. Kekalahan Jerman telah mengalihkan
perhatian Kuasa Bersekutu kepada Jepun di Asia. Walaupun Amerika Syarikat
memenangi beberapa peperangannya dengan Jepun tetapi Jepun masih lagi
bersemangat meneruskan perjuangan mereka. Dengan alasan ingin mengelakkan
tempoh peperangan yang lama dan kehilangan nyawa yang lebih ramai, pada 6
Ogos 1945, Presiden Amerika Syarikat, Harry Truman, mengarahkan bom atom
yang pertama digugurkan di Hiroshima. Dalam masa yang singkat bandar
tersebut musnah. Dua hari kemudian, bom kedua dijatuhkan di Nagasaki.

12
KESAN PERANG DUNIA KEDUA

Kesan Politik

Kesan politik Perang Dunia Kedua telah memecahbelahkan negara-negara


di Eropah, meruntuhkan sistem imperialisme, membentuk Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu, menubuhkan negara-negara baru yang merdeka dan
menyebabkan Perang Dingin.

Perang Dunia Kedua juga telah menyebabkan negara Jerman terbahagi


kepada dua, iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur. Seterusnya, Perang Dunia
Kedua telah memperlihatkan keruntuhan sistem imperialisme Barat dan
kemerdekaan satu demi satu tanah jajahan daripada kuasa besar Eropah.
Contohnya, Amerika Syarikat telah memberikan kemerdekaan kepada Filipina.
Indonesia pula, mencapai kemerdekaan daripada Belanda. Manakala India dan
Tanah Melayu daripada Britain.

Kesan Ekonomi

Kesan ekonomi ialah negara-negara baru ini perlu menangani masalah yang
timbul daripada warisan ekonomi penjajah dan membangunkan ekonomi masing-
masing.

Kesan Sosial

Dari segi sosial, Perang Dunia Kedua telah menyebabkan korban nyawa
yang tinggi dan menimbulkan kesedaran tentang pentingnya kesejahteraan dan
kedamaian dunia. Seterusnya membawa kepada pembentukan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu pada bulan Oktober 1945 bagi menggantikan Liga
Bangsa.

13
BLOK DUNIA DAN PERANG DINGIN

Blok dunia dan Perang Dingin muncul selepas tamat Perang Dunia Kedua.
Rundingan yang dibuat gagal membawa kata sepakat yang akhirnya telah
menimbulkan perpecahan.

Blok dunia merujuk kepada negara-negara yang sehaluan yang berusaha


untuk bersatu dan bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli.

Blok ini terdapat dalam pelbagai bentuk, iaitu sama ada berdasarkan aspek
politik, ekonomi atau geografi. Blok dunia yang terbentuk semasa Perang Dingin
berasaskan geopolitik.

Perang Dingin berlaku sejak tamatnya Perang Dunia Kedua sehingga tahun
1989 apabila sistem komunis Soviet Union hancur. Perang Dingin berlaku
disebabkan ideologi dan fahaman politik yang berbeza. Hal ini merujuk pada
persaingan kuasa yang berlaku antara blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika
Syarikat dengan blok komunis yang diketuai oleh Soviet Union.

Perang ini juga dikenali sebagai Perang Dingin kerana tidak berlaku
sebarang konflik bersenjata secara langsung antara kedua-dua blok ini. Namun,
kedua-dua blok ini ingin membuktikan kekuatan masing-masing. Mereka berusaha
menyebarkan pengaruh dan memajukan kepentingan masing-masing di Eropah
dan juga di Asia melalui propaganda serta bantuan ekonomi dan ketenteraan.

Walau bagaimanapun, terdapat negara yang dikenali sebagai negara-


negara Dunia Ketiga yang tidak bersekongkol dengan mana-mana blok sama ada
blok komunis mahupun blok kapitalis. Negara ini mengamalkan sikap berkecuali.

Namun, semasa Perang Dingin blok komunis dan blok kapitalis ini berusaha
mempengaruhi pegangan negara-negara Dunia Ketiga ini dengan menawarkan
bantuan pertahanan dan ekonomi. negara-negara Dunia Ketiga ini menjadi
rebutan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang
kemudiannya disertai oleh China.

Kesan Perang Dingin yang paling penting selain pembentukan blok dunia
ialah penubuhan NATO, Pakatan Warsaw dan Pertubuhan Perjanjian Asia
Tenggara serta perlumbaan senjata.

14
Kesan Blok Dunia dan Perang Dingin

Kegagalan penyelesaian Perang Dunia membawa kepada kemunculan Blok


Dunia dan Perang Dingin. Blok dunia bermaksud pembahagian dunia kepada dua
buah blok yang berasaskan pegangan dan fahaman politik serta amalan sistem
ekonomi negara-negara berkenaan

Dalam hal ini, dunia terbahagi kepada Blok Komunis yang diterajui Soviet
Union dan Blok Kapitalis yang diterajui oleh Amerika Syarikat. Kedua-dua blok ini
telah mewujudkan pertelingkahan dalam usaha mengembangkan pengaruh.

Blok Dunia ini terbentuk kerana wujudnya prasangka antara satu sama lain
dan masing-masing menganggap pegangan dan amalan mereka adalah yang
terbaik.

Perang Dingin pula berlaku sejak tamatnya Perang Dunia Kedua


sehinggalah tahun 1989 apabila sistem komunis Soviet Union hancur.
Perang ini juga berlaku disebabkan ideologi dan fahaman politik yang berbeza.
Hal ini merujuk kepada persaingan kuasa yang berlaku antara blok kapitalis yang
diketuai oleh Amerika Syarikat dan blok komunis diketuai oleh Soviet Union.
Perang ini dikenali sebagai perang dingin kerana tidak berlaku sebarang
konflik bersenjata secara langsung antara kedua-dua blok ini. Namun demikian,
kedua-dua blok ini ingin membuktikan kekuatan masing-masing. Oleh itu, mereka
berusaha menyebarkan pengaruh dan memajukan kepentingan masing-masing di
Eropah dan Asia melalui propaganda serta bantuan ekonomi dan ketenteraan.

Semasa Perang Dingin, blok komunis dan blok kapitalis berusaha


mempengaruhi pegangan negara-negara Dunia Ketiga dengan menawarkan
bantuan pertahanan dan ekonomi. Negara-negara dunia Ketiga ini, menjad
rebutan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang
kemudiannya disertai oleh negara China.

Kesan Perang Dingin yang paling penting selepas pembentukan blok dunia
ialah penubuhan pakatan tentera (Nato) yang ditubuhkan oleh Amerika Syarikat
dan sekutunya bagi menyekat pengaruh komunis. Selain itu penubuhan Pakatan
Warsaw oleh Soviet Union dan negara komunis. Amerika Syarikat pula
membentuk Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara dan South-East Asia Treaty
Organisation (SEATO) untuk menyekat pengaruh komunis di Asia Selatan. Akhir
sekali berlakunya perlumbaan senjata di antara Blok Kapitalis dan Blok Komunis

15
FAKTOR-FAKTOR YANG MENCETUSKAN KONFLIK DUNIA

FAKTOR POLITIK
Konflik politik selalunya dikaitkan dengan kekejaman dan kekerasan, kerana
konflik politik sering membawa kepada pertumpahan darah dan tindakan jenayah.
Ada beberapa faktor utama yang menjadi penyebab terjadinya konflik politik.
Antara sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

Pembentukan dan perluasan empayar

Peperangan biasanya ditujukan kepada kepentingan menguasai negara-


negara jiran,sumber-sumber alam,tenaga manusia atau kawasan-kawasan yang
dianggap strategik bagi imperialis. Luasnya empayar di anggap sebagai kayu ukur
untuk menguatkan kegemilanagan sesuatu sistem pemerintahan dan
meningkatkan kemegahan pemerintah. Peperangan perlu untuk menyatukan
kesemua kelompok penduduk yang berlainan bangsa, kepercayaan dan adat,
agama dan bahasa.

Masalah Sempadan

Peperangan juga dilakukan untuk menjamin keselamatan dan kedaulatan


negara daripada dicerobohi oleh musuh-musuh. Fenomena ini selalunya
berpunca daripada ketiadaan sempadan yang tetap ,tetapi sentiasa berubah-
ubah. Hal ini kerana,hal-hal sempadan tidak didasarkan persetujuan politik,tetapi
ditentukan oleh faktor-faktor geografi atau keperluan sesuatu unit politik.Maka
perselisihan kerap kali timbul yang membawa kepada tercetusnya peperangan.

Mengejar Cita-Cita

Cita-cita adalah impian seseorang iaitu keinginan untuk mencapai sesuatu.


Maksudnya keinginan yang kuat untuk mendapatkan suatu posisi, kemasyhuran
dan kekuasaan. Keinginan dan kemahuan yang kuat untuk mencapai suatu

16
kejayaan seperti mana yang telah dicapai oleh orang lain. Cita-cita untuk
menunjukkan kekuatan bersenjata adalah salah satu sebab berlakunya konflik
bersenjata atau peperangan. Contohnya bekas presiden Amerika Syarikat George
W. Bush mengisytiharkan bahawa perang melawan keganasan adalah perang
untuk menghapuskan kejahatan atau wipe out evil. Cita-cita George Bush ini
ternyata telah tersasar jauh dari matlamat asal, sehingga cita-cita menghapus
kejahatan di dunia telah berubah menjadi konflik bersenjata yang sangat sukar
untuk diselesaikan.

Perebutan kuasa

Menyebabkan seseorang ingin menghapuskan lawan-lawan politiknya. Bagi


penguasa yang gila kekuasaan tidak segan-segan untuk melenyapkan lawan
politiknya, yang penting cita-citanya akan tercapai. Hal ini akan memburukkan lagi
situasi hubungan diplomatik antara negara dunia,dan menggagalkan usaha
damai,serta membawa dunia ke kancah peperangan yang berlarutan.

FAKTOR EKONOMI

Menguasai sumber ekonomi

Peperangan juga merupakan suatu saluran untuk memperoleh sumber-


sumber ekonomi yang penting untuk kepentingan rakyat dan asas kekuasaan
kerajaan. Persaingan selalu tercetus untuk merampas atau menguasai sumber-
sumber bahan mentah seperti logam dan mendapatkan tanah-tanah yang subur
untuk pertanian.

Melindungi ekonomi perniagaan

Kekerasan dan peperangan untuk melindungi ekonomi perniagaan di dalam


negara atau empayar. Perdagangan antarabangsa dan jalan perdagangan
biasanya meliputi beberapa kawasan yang luas dan perlu dilindungi untuk

17
menjamin eksport dan import.Contohnya Rom berperang dengan Carthage untuk
mengekalkan monopoli perdagangan di seluruh Lautan Mediteraneen

Faktor perniagaan menjadi salah satu penyebab terjadinya konflik


bersenjata, kerana perniagaan merupakan ladang mencari rezeki. Ternyata
konflik dan perang adalah perniagaan model baru yang sangat menguntungkan
kepada negara pembekal senjata. Sangat mengejutkan apabila Amerika yang
menganggap negaranya sebagai ‘polis dunia’ ternyata terlibat dalam perniagaan
model baru ini. Faktanya Amerika ialah negara yang paling banyak terlibat konflik
bersenjata dan peperangan di dunia. Sebagai contoh negara Iraq yang memusuhi
Amerika merupakan sebuah negara yang paling banyak membeli senjata dari
negara Amerika suatu masa dahulu.

FAKTOR SOSIAL

Kemiskinan dan Kesusahan Hidup

Faktor kemiskinan dan ketidakadilan serta jurang sosial yang terlalu lebar
menjadi faktor penyebab terjadinya konflik politik. Menurut Anthony Georgieff,
bahawa lebih dari 80% konflik dan peperangan yang terjadi di dunia ialah
disebabkan faktor kemiskinan. Menurutnya lagi, negara miskin lebih besar
peluang berlaku konflik dibandingkan dengan Negara kaya, dengan perbandingan
3 banding 1.

Korupsi, penggelapan dana negara, penyalahgunaan kuasa dalam


sebuah kerajaan adalah akibat kemiskinan. Begitu juga apabila berlaku
perdagangan manusia human trafficking ialah disebabkan faktor kemiskinan.
Bahkan dalam konteks politik pun suatu parti politik dapat menerima kekalahan
kalau pendukung parti politik berkenaan hidup dalam dilema kemiskinan. Misalnya
ketika pemilihan gabernur Jawa Tengah Indonesia pada 22 Jun 2008, dengan
jumlah pemilih berdaftar 25.8 juta orang, tetapi sekitar 45% tidak ikut pilihan raya

18
tersebut. Alasannya kerana rakyat tidak sempat berpolitik disebabkan kesulitan
mereka mempertahankan hidup dalam kemiskinan.

Faktor Pemikiran: iaitu berbeza pemikiran dalam menangani sesuatu


perkara. Ia seterusnya akan melahirkan pandangan dan pendapat yang berbeza-
beza. Penentangan antara pandangan disebabkan cara seseorang itu berfikir
tentang bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah menjadi punca kepada
konflik yang berlaku. Ini dapat dilihat dalam perbezaan pandangan antara Saidina
Ali dan Mu‘awiyah dalam menyelesaikan konflik antara mereka.

Faktor Ketokohan. Ketokohan dari sudut peribadi mereka yang


bertentangan pendapat antara satu sama lain memberi kesan kepada pengaruh
untuk mengumpulkan kekuatan dari segi penyokong yang bersamanya. Dalam isu
konflik pasti akan ada tokoh yang mewakili pandangan-pandangan yang berbeza
ini. Ketokohan generasi sahabat Rasulullah s.a.w. dalam menghadapi konflik
zamannya melahirkan pengaruh yang mempunyai pengikut masing-masing.

Faktor Kumpulan: di mana kekuatan yang terkumpul dari kumpulan yang


bersaing pendapat mengukuhkan lagi konflik yang berlaku. Individuindividu dalam
kumpulan yang berbeza-beza merasakan ia satu perjuangan untuk
memenangkan kumpulannya sehingga akan lahir kumpulan yang melihat masalah
ini secara personal sehingga lahir pemikiran tertentu dalam kumpulan ini yang
kemudian berkembang kepada satu perjuangan. Contohnya Orang orang yang
bersimpati dengan Saidina Ali muncul sebagai satu kumpulan yang berkembang
menjadi satu mazhab yang mempunyai intepretasinya terhadap akidah, fiqah dan
politik, begitu juga Khawarij. Selagi ada kumpulan tetap akan ada konflik
pandangan. Yang paling merugikan ialah

Faktor Kejahilan: iaitu kejahilan dalam konteks konflik menggambarkan


kekeliruan dan ketidakpastian kenapa seseorang turut serta dalam kancah konflik.
Faktor ini memudahkan berlakunya konflik kerana golongan ini mudah menjadi

19
mangsa kumpulan yang berkonflik. Asas kepada permasalahan tidak lagi menjadi
pertimbangan, kejahilan membawa kepada ketaksuban kepada sesuatu isu.

KESIMPULAN

Konflik merupakan perkara biasa yang sering berlaku dalam masyarakat


dan di mana-mana negara sekalipun. Konflik dan perbezaan pendapat tidak dapat
dielak selagi manusia diberi kebebasan berfikir dan menentukan halatuju masing-
masing. Sekiranya dibiarkan, konflik sedemikian boleh menyebabkan berlakunya
perbedaan pendapat yang serius, yang menyebabkan berlaku perpecahan dalam
masyarakat, pergaduhan kaum, akan membawa kepada pembunuhan dan
peperangan.

PERANAN BADAN/ PERTUBUHAN ANTARABANGSA UNTUK MENJAMIN


KEAMANAN DUNIA – PBB/ASEAN

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memainkan peranan menjamin


keamanan dan keselamatan dunia. PBB telah membantu menyelesaikan
konflik antarabangsa. Sejak tahun 1960, di bawah panji-panji PBB, pasukan
pendamai telah dihantar untuk menamatkan perang saudara di Congo (kini
dikenali sebagai Zaire). Pada tahun 1989 pasukan pengaman PBB telah
dihantar ke Namibia bagi membantu negara itu mencapai kemerdekaan.
PBB bersama negara anggota seperti Malaysia juga telah menghantar pasukan
pemerhati, ke Iran-Iraq dan Kampuchea serta pasukan keamanan ke Bosnia.
Bagi menjamin keamanan dan keselamatan dunia juga, PBB telah
menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota. PBB turut
memberi sumbangan dengan membantu negara-negara mangsa perang
selepas Perang Dunia Kedua. Pada peringkat awal, usaha PPB hanya
tertumpu kepada negara-negara sekutu blok barat. PBB juga membantu
negara-negara mangsa perang di Asia , Timur Jauh, Amerika Latin, dan
Afrika di samping memainkan peranan dalam menyalurkan bantuan kepada
mangsa peperangan adalah FAO, UNICEF, dan WHO. PBB juga memberikan

20
bantuan perkhidmatan kebajikan kepada mangsa peperangan bagi
memastikan kualiti kehidupan masyarakat terpelihara.

Selain itu PBB telah bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antara


bangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama
dan warna kulit. Majlis Perhimpunan Agung PBB menubuhkan jawatankuasa
khas bagi menangani masalah dasar apartheid, iaitu amalan menyisihkan
kaum kulit hitam daripada kaum kulit putih. PBB telah menyarankan semua
negara anggota PBB memutuskan hubungan diplomatik dengan Afrika
Selatan. Pada tahun 1963, Majlis Perhimpunan Agung meluluskan
Perisytiharan Pembasmian Segala Bentuk Diskriminasi Ras.

PBB juga telah memainkan peranan sebagai pusat bagi mengharmonikan


tindakan negara-negara anggota bagi menjamin keamanan dunia. PBB juga
berusaha menangani isu perebutan pulau agar ketenangan antara negara
yang terlibat dapat dikurangkan. PBB juga memainkan peranan dalam isu
tuntutan kepulauan Spratly oleh China, Taiwan , Vietnam, Filipina, Brunei,
dan Malaysia.Oleh itu, PBB menyelesaikan masalah tersebut dengan
melaksanakan undang-undang laut yang diluluskan oleh Majlis
Perhimpunan Agung pada November 1994.

ASEAN

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai


ASEAN merupakan satu-satunya pertubuhan serantau yang kekal hingga ke hari
ini. Matlamat penubuhan ASEAN antaranya ialah untuk mengekalkan
kestabilan politik di rantau Asia Tenggara. Sehubungan dengan itu dalam
Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN pada bulan November 1971 yang
berlangsung di Kuala Lumpur telah sepakat menandatangani Deklarasi Kuala
Lumpur bagi mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon, aman,
bebas dan berkecuali atau dikenali sebagai Zone of Peace, Free and
Neutrality (ZOPFAN). Tujuan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan
dan kestabilan politik dirantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan
mana-mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan
kuasa-kuasa besar.

21
Konsep ZOPFAN ini pernah teruji apabila Vietnam menceroboh
Kampuchea pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge tetapi
ASEAN telah berusaha mengatasi masalah ini. ASEAN telah mencadangkan
pembentukan satu kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah
pimpinan Putera Norodom Sihanouk dan Vietnam telah bersetuju dengan
cadangan ini. Hasilnya usaha ASEAN ini berjaya mengelakkan krisis di Vietnam
dan Kampuchea daripada berpanjangan.

Seterusnya konsep ZOPFAN ini diperkukuhkan lagi dengan


pengisytiharan ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear dalam Mesyuarat
Menteri-Menteri Luar ASEAN pada tahun 1984. Ini bermakna rantau ini tidak
akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan
kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear.
Pengisytiharan ini telah membuktikan komitmen ASEAN terhadap konsep
ZOPFAN.

Selain itu ASEAN juga turut terlibat dalam menyelesaikan isu


kemanusiaan berkaitan pelarian Rohingya. Pada akhir sidang kemuncak
ASEAN ke-34 di Bangkok, pemimpin ASEAN telah mengesahkan bahawa ASEAN
telah meningkatkan sokongan membantu Myanmar dalam menyediakan
bantuan kemanusiaaan dan memudahkan proses penghantaran balik
Rohingya ke Rakhine di mana ASEAN telah bertindak menjadi penyelaras
Pusat Bantuan Kemanusiaan.

22
SUMBANGAN MALAYSIA DALAM MEWUJUDKAN KEAMANAN DUNIA
MELALUI PERTUBUHAN ANTARABANGSA DAN SERANTAU

Sumbangan Malaysia dalam mewujudkan keamanan dunia ialah membantu


menyelesaikan konflik antarabangsa melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB). Sejak tahun 1960, Malaysia dipilih untuk menyertai pasukan
pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo
(kini dikenali sebagai Zaire).

Pada tahun 1989, Malaysia mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia


untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1990-an,
Malaysia menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea
serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.

Selain itu, Malaysia juga lantang bersuara di PBB bagi menentang dasar
apartheid di Afrika Selatan yang membezakan warna kulit. Di samping itu,
Malaysia menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang
diletakkan di bawah hak milik atau kuasa semua negara.

Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada
tahun 1965,1989, dan 1999. Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi
Perhimpunan Agung PBB dan beliau dilantik menjadi wakil khas PBB untuk
menyelesaikan konflik politik negara Myanmar.

Malaysia juga berpendirian tegas dalam mendesak PBB menjalankan usaha


menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan
Antarabangsa tentang Palestin. Malaysia antara negara paling tegas menyokong
perjuangan rakyat Palestin untuk memiliki negara merdeka dan berdaulat dengan
Baitulmaqdis sebagai ibu negara. Malaysia juga konsisten mengutuk sekeras-
kerasnya perancangan terbaru Israel untuk mengilhakan sebahagian wilayah
Tebing Barat, termasuk Lembah Jordan.
Malah, ketika menganggotai Majlis Keselamatan PBB sebagai Ahli Tidak
Tetap bagi penggal 2015-2016, Malaysia antara negara peneraju bagi
pembentangan Resolusi 2334 Majlis Keselamatan yang menjadi satu-satunya
resolusi penempatan haram Israel diluluskan Majlis Keselamatan PBB dalam
tempoh 36 tahun. Malah, ketika menganggotai Majlis Keselamatan PBB sebagai
23
Ahli Tidak Tetap bagi penggal 2015-2016, Malaysia antara negara peneraju bagi
pembentangan Resolusi 2334 Majlis Keselamatan yang menjadi satu-satunya
resolusi penempatan haram Israel diluluskan Majlis Keselamatan PBB dalam
tempoh 36 tahun.
Malaysia antara negara penyumbang terbesar dalam Misi Pengaman PBB,
iaitu berada di tangga ke-26 daripada 119 negara. Buat masa ini, seramai 838
anggota pengaman PBB dari Malaysia terbabit dalam misi pengaman PBB di
Lubnan, Sahara Barat, Sudan/Sudan Selatan dan Congo.Malaysia menyertai misi
pengaman PBB ke Somalia dari tahun 1992 hingga 1995. Malaysia turut
menyertai misi pengaman PBB ke Timor Leste pada tahun 1999 hingga 2002 dan
misi pegaman PBB ke Lubnan dari tahun 2007 hingga kini.
Selain itu, Malaysia turut memberi sumbangan dalam mewujudkan
keamanan dunia melalui Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM). Dalam
Sidang Kemuncak Malaysia Ketujuh di New Delhi pada tahun 1987, Malaysia
telah membuat beberapa usul bagi membela kepentingan negara-negara sedang
membangun.
Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare (Zimbabwe), Malaysia telah
mengemukakan cadangan bagi menghapuskan dasar apartheid di Afrika
Selatan.Pada tahun 1989, Malaysia telah diberi penghormatan apabila dipilih
sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade, Yugoslavia.
Malaysia juga telah dilantik sebagai ahli kumpulan 16 yang membincangkan isu
kerjasama politik negara anggota.
Di samping itu, Malaysia juga telah berjaya menjadi tuan rumah kepada
Sidang Kemuncak NAM ke-13 pada tahun 2003. Sidang kemuncak ini
mencatatkan penyertaan tertinggi dengan kehadiran 63 negara ahli, iaitu 31
Ketua Negara dan 12 Ketua Kerajaan. Selain itu, sidang kemuncak ini berjaya
mendaftarkan dua negara anggota baru, iaitu Timur Leste dan Pulau Catalina.
Pada masa yang sama, sidang ini berjaya menganjurkan satu mesyuarat tidak
rasmi OIC. Deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha menghidupkan kembali
NAM dan pernyataan bersama telah dikeluarkan tentang kedudukan Palestin dan
serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.
Malaysia juga antara negara konsisten memperjuangkan pelucutan dan
pengharaman senjata pemusnah besar-besaran, termasuk senjata nuklear.Malah,
24
Menteri Luar Malaysia telah mewakili Kerajaan Malaysia menandatangani Triti
Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW).

Seterusnya, Malaysia juga memberi sumbangan dalam mewujudkan


kemanan dunia melalui penyertaan dalam Pertubuhan Persidangan Islam
(OIC). Malaysia telah memainkan peranan penting dalam pertubuhan ini apabila
Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk menjadi Setiausaha Agung
OIC yang pertama. Malaysia telah menjadi perantara dalam menyelesaikan
peperangan Iran-Iraq.
Di samping itu, Malaysia juga memberikan sokongan kepada rakyat
Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air mereka.
Malaysia pernah menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan
2003, di samping menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan
negara Islam pada tahun 2002.
Selaku anggota OIC, Malaysia telah membantu mengantara usaha damai
dan penyelesaian politik. Di Asia Tenggara sahaja, Malaysia telah membantu
menenangkan situasi di Utara Sumatra, Wilayah Selatan Thailand, dan Selatan
Filipina.
Selain itu bekas menteri luar Malaysia, Syed Hamid Albar pernah diantik
sebagai Duta Khas OIC ke Myanmar pada tahun 2014 dalam usaha
mewujudkan peluang untuk berdialog dalam usaha untuk menyelesaikan isu
Rohingya.
Di samping itu, Malaysia telah bertindak sebagai orang tengah bagi
rundingan damai antara Manila dan MILF sejak 2001. Pada tahun 2012, OIC
telah diberikan 'status pemerhati "dalam rundingan damai dengan MILF selepas
kedua-dua kerajaan Filipina dan MILF mengakui penglibatannya dalam usaha-
usaha untuk memulihkan keamanan di selatan negara itu. OIC juga menaja
perjanjian pada 1996 antara kerajaan Ramos dan Barisan Pembebasan
Kebangsaan Moro. Perjanjian damai itu mendorong kepada penubuhan Wilayah
Autonomi Islam Mindanao (ARMM). Perjanjian damai antara kerajaan Presiden
Benigno Aquino III dan MILF akhirnya ditandatangani dengan wujudnya
Undang-undang Asas Bangsamoro, yang mendapat tentangan hebat oleh
penggubal undang-undang di negara itu, kerana pembunuhan beramai-ramai di
Mamasapano.
25
Malaysia juga memainkan peranan penting melalui OIC dalam usaha
menyelesaikan masalah keganasan yang berlaku antara pihak berkuasa Thailand
dan kumpulan pemberontak di bahagian Selatan Thailand yang bersempadanan
dengan Malaysia, di mana sebahagian besar penduduknya Muslim.
Selain itu, Malaysia turut memberi sumbangan dalam mewujudkan
keamanan serantau melalui ASEAN. Dalam Mesyuarat Menteri-menteri Luar
ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan November 1971, satu deklarasi bersama
telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang dikenali sebagai Deklarasi
Kuala Lumpur. Mereka bersepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN
sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau Zone of Peace, Free and Neutrally
(ZOPFAN). Tujuan utama ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan
kestabilan politik di rantau Asia Tenggar, tidak bersekongkol dengan mana-mana
blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar.
Di samping itu, Malaysia di bawah ASEAN berusaha menyelesaikan
masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kompuchea pada tahun 1978 dan
menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN telah berusaha untuk mengatasi
masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan
Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom
Sihanouk. Vietnam telah bersetuju dengan mesyuarat tersebut dan mesyuarat ini
telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.

Seterusnya, dalam mesyuarat pada tahun 1984, Menteri-menteri Luar


ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN adalah Zon Bebas Senjata Nuklear.
Ini bermakna rantau ini tidak akan membenarkan mana-mana kapal
menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan
atau senjata nuklear. Perisytiharan ini menunjukkan kepada dunia akan komitmen
negara-negara ASEAN terhadap konsep ZOPFAN.

Selain itu, Malaysia juga memberikan sumbangan dalam memastikan


keamanan dunia melalui ASEAN dengan berperanan dalam mengurus dan
menyelesaikan konflik di Pulau Mindanao, Selatan Filipina telah mendapat pujian
daripada banyak pihak serta PBB. Misi diplomasi Malaysia di Pulau Mindanao
berakhir dengan termeterainya proses damai antara Bangsamoro dengan
kerajaan Filipina.

26
CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENANGANI KONFLIK
ANTARABANGSA.
Antara cabaran yang dihadapi dalam menangani konflik antarangsa ialah
persaingan antara negara-negara dunia. Terdapat negara kuasa besar seperti
Amerika Syarikat dan Rusia yang cuba mempertahankan kekuasaan dan
pengaruh mereka. Sikap suka menunjukkan kekuatan masing-masing
terutamanya kekuatan tentera menyebabkan meletusnya konflik yang melibatkan
senjata moden termasuk senjata nuklear. AS sebagai contohnya sesuka hati
campur tangan dalam hal politik dan ketenteraan di negara Iran tanpa mengira
kesan yang dihadapi oleh negara terbabit. Keadaan ini menyebabkan sesuatu
konflik sukar diatasi secara aman.

Selain itu, sikap tidak menghormati kedaulatan negara lain juga


merupakan salah satu cabaran dalam mengatasi konflik antarabangsa.
Keengganan untuk mengiktiraf kedaulatan kemerdekaan negara khususnya oleh
kuasa-kuasa besar menyebabkan mereka bertindak menceroboh sempadan
negara kecil untuk menegakkan kekuasaan mereka. Contohnya dalam konflik
Arab-Israel, walau pun PBB mengeluarkan beberapa resolusi tetapi Israel masih
degil untuk menduduki Palestin. Ini menyebabkan kata sepakat untuk
menyelesaikan konflik Arab – Israel gagal dicapai.

Cabaran lain yang menyebabkan konflik antarabangsa sukar diatasi ialah


sikap mengutamakan perang daripada kaedah berunding. Konflik atau
pertikaian yang timbul antara dua negara boleh diselesaikan dengan kaedah
rundingan dan persefahaman yang lebih menguntungkan kedua-dua pihak.
Namun, negara terlibat lebih suka menggunakan kekuatan tentera atau berperang
kerana mereka mempunyai keupayaan ketenteraan yang hebat. Contohnya,
perang antara Amerika Syarikat dengan Iran. Oleh itu, mengutamakan kaedah
kekerasan menyebabkan usaha menyelesaikan konflik antarabangsa gagal
dicapai.

Cabaran seterusnya dalam menangani konflik antarabangsa ialah tidak


mematuhi piagam PBB. Sebagai sebuah pertubuhan antarabangsa, PBB
mengutamakan keamanan dan keselamatan sejagat. Walau bagaimana pun,
demi kepentingan politik dan ekonomi terdapat negara anggota PBB yang
27
membelakangi Piagam PBB demi kepentingan diri. Terdapat negara yang degil
dan melakukan pencerobohan ke atas negara lain seperti pencerobohan Israel di
Palestin dan di Bosnia Herzegovina. Keadaan ini menghalang keberkesanan
usaha-usaha dalam menangani konflik antarabangsa.

Perbezaan ideologi politik turut menyumbang kepada kesukaran dalam


menyelesaikan konflik antarabangsa. Ideologi politik yang berbeza khususnya
kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat yang mendukung ideologi demokrasi
manakala Rusia yang bertunjang pada ideologi komunis menyebabkan masing-
masing negara cuba meluaskan pengaruh masing-masing. Keadaan ini
menyebabkan negara-negara kecil dilibatkan dalam percaturan politik. Situasi ini
dapat dilihat dalam penglibatan AS di Vietnam Selatan dan Rusia di Vietnam
Utara. Perkembangan ini menyukarkan usaha-usaha dilakukan dalam
menyelesaikan konflik antarabangsa.

Kewujudan kuasa veto juga menyebabkan konflik antarabangsa sukar


diatasi. Terdapat lima kuasa besar yang memiliki kuasa veto iaitu AS, Rusia,
China, Britain dan Perancis. Kuasa veto membolehkan negara-negara ini
menerima atau menolak keputusan Majlis Keselamatan PBB. Kuasa pembatalan
ini menyebabkan sebarang kritikan dan bantahan terhadap sesuatu isu
diketepikan. Ringkasnya, negara-negara ini mempunyai kuasa mengatasi Majlis
Keselamatan PBB. Sebagai contohnya, serangan AS ke atas Iraq tetap diteruskan
walau pun tindakan ini tidak mendapat kelulusan Majlis Keselamatan PBB dan
mendapat kecaman dunia. Kuasa veto menyebabkan usaha ke arah mengatasi
konflik antarabangsa sukar dicapai apabila PBB berkecenderungan dipengaruhi
oleh kuasa-kuasa besar.

Cabaran lain yang dihadapi dalam menangani konflik antarabangsa ialah


kelemahan Majlis Keselamatan PBB. Sebagai sebuah majlis yang berkuasa
PBB, Majlis Keselamatan ini telah dipergunakan oleh kuasa-kuasa besar dunia
demi kepentingan mereka. Majlis ini gagal menghalang kuasa besar dari
melakukan sesuatu tindakan tanpa restu PBB. Sebagai contohnya, majlis ini gagal
menghalang AS daripada menyerang Iraq. Keadaan ini menunjukkan PBB gagal
menghalang sikap suka campur tangan kuasa besar ke atas negara kecil.

28
Kelemahan majlis ini menunjukkan berperanan sebagai mana yang dikehendaki
menyebabkan konflik antarabangsa sukar diselesaikan.

Cabaran seterusnya dalam menghadapi konflik antarabangsa datang dari


faktor ketiadaan kesepakatan negara anggota PBB. Kata sepakat antara
negara anggota PBB sukar untuk dicapai disebabkan faktor kepentingan negara
masing-masing khususnya dalam bidang ekonomi. Contohnya dalam isu MH17,
AS langsung tidak menunjukkan minat untuk membantu mencari penjenayah yang
terlibat dalam peristiwa tersebut. Isu Ukrain yang memperlihatkan campur tangan
Rusia tidak mendapat perhatian AS. AS tidak berminat untuk campur tangan
dalam kes Ukraine. Tanpa kerjasama yang padu daripada negara anggota PBB,
sebarang konflik antarabangsa sukar diatasi.

Seterusnya PBB yang mengambil masa yang lama dalam menyelesaikan


sesuatu isu turut menyebabkan konflik antarabangsa tidak berjaya diatasi. PBB
mengambil masa yang lama dalam menyelesaikan isu yang melibatkan negara
anggota. PBB juga tidak tegas dalam mengambil sesuatu ketetapan. Contohnya
isu pendudukan Israel ke atas Palestin berlarutan lebih lama dan tidak Nampak
jalan penyelesaiannya. Keadaan ini menyebabkan hilang keyakinan negara
anggota terhadap keupayaan PBB. Ringkas, kelewatan PBB dalam menangani
sesuatu isu menyebabkan konflik antarabangsa sukar diatasi.

Masalah kewangan yang dihadapi PBB menyukarkan badan dunia tersebut


bertindak dalam menyelesaikan konflik antarabangsa. PBB menghadapi
kekurangan dana disebabkan keengganan negara anggota membuat sumbangan
wang keahlian. Antara negara yang mempunyai hutang keahlian tertunggak ialah
China, Malaysia, Vietnam dan Thailang. AS mempunyai hutang tertunggak yang
paling tinggi. Kekurangan sumber kewangan menyebabkan PBB tidak mampu
menjalankan operasi tentera pengaman memandangkan operasi ini melibatkan
perbelanjaan yang besar. Ringkasnya, kekurangan dana menyebabkan PBB
gagal bertindak dalam menyelesaikan konflik antarabangsa.

Sikap diskriminasi PBB dalam menyelesaikan sesuatu konflik juga


menjadi cabaran dalam menangani konflik antarabangsa. PBB tidak mengambil
langkah yang efektif dalam menyelesaikan isu berkaitan negara besar dengan

29
negara kecil. PBB seolah-olah tidak mengendahkan penindasan negara besar ke
atas rakyat di negara kecil seperti pencerobohan Israel ke atas Palestin. Israel
bertindak dan mengikut telunjuk kuasa besar demi kepentingan pihak tertentu.
Akibat sikap pilih kasih PBB menyebabkan pergolakkan di beberapa negara terus
berlaku khususnya ke atas negara-negara kecil kerana tiada campur tangan yang
serius dari PBB untuk menanganinya.

30
KEBAIKAN / KEPENTINGAN / MANFAAT KEAMANAN / MENGAPA
KEAMANAN DUNIA PERLU DIKEKALKAN

Manfaat daripada keamanan dunia ialah keselamatan bersama dapat


diwujudkan sama ada di peringkat serantau mahupun antarabangsa. Konflik dan
pertelingkahan yang wujud dapat diselesaikan secara profesional melalui meja
rundingan ataupun ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Contohnya, isu
berkaitan tuntutan bertindih Pulau Ligitan dan Sipadan oleh Malaysia dan
Indonesia serta Pulau Batu Puteh antara Malaysia dan Singapura telah dibawa ke
peringkat ICJ. Intihanya, hubungan baik antara negara mampu menjadikan dunia
sebagai sebuah petempatan untuk manusia yang aman dan makmur.

Dalam bidang perdagangan antarabangsa pula, keamanan dunia penting


bagi memastikan kerjasama ekonomi dapat dilaksanakan. Situasi ini dapat
menjamin kelancaran urusan perdagangan serta menghasilkan keuntungan
bersama antara negara. Kemasukan pelabur pastinya memberikan pulangan
lumayan dalam jangka panjang kepada negara-negara di dunia. Contohnya
Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-Jepun telah mengukuhkan lagi
hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara. Negara
Malaysia telah menjadi rakan dagang keempat terbesar Jepun dengan dagangan
dua hala bernilai RM120 bilion bagi tahun 2016. Jelaslah, dunia yang aman
mampu meningkatkan ekonomi antara negara menuju ke arah negara
berpendapatan tinggi.

Keadaan dunia yang aman turut memudahkan proses pemindahan


teknologi dan kepakaran. Kepakaran dalam bidang teknologi dapat dikongsi
bersama antara negara hasil persefahaman dan perjanjian yang dimeterai (MoU)
melalui rundingan kerana dunia berada dalam suasana yang aman. Contohnya,
negara China telah mengumumkan Pelan Tindakan Kerjasama Sains, Teknologi
dan Inovasi Jalur dan Jalan, Kementerian Sains dan Teknologi Republik Rakyat
China (MOST) iaitu kerjasama dalam bidang pertukaran akademik, latihan bakat,
keupayaan kejuruteraan bersama-sama dengan lebih 30 buah negara lain pada
tahun 2019. Kerjasama ini pastikannya tidak akan wujud jika dunia berada dalam
huru-hara atau peperangan. Kesimpulannya, negara-negara yang mundur

31
berpeluang untuk meningkatkan teknologi dan kepakaran hasil daripada
keamanan dunia yang wujud.

Industri pelancongan juga pastinya memberikan pulangan lumayan


kepada setiap negara jika dunia kekal aman sejahtera. Para pelancong bebas
untuk melancong ke mana-mana negara tanpa bimbang akan tahap keselamatan
mereka. Hal ini kerana kes-kes jenayah seperti penculikan dan pemerdagangan
manusia diberi perhatian serius serta dibanteras oleh pihak berkuasa negara
masing-masing untuk menjamin keamanan negara. Contohnya, Tahun Melawat
ASEAN 2017 mampu dilaksanakan kerana suasana aman yang terhasil daripada
jalinan erat antara sesama negara ASEAN. Program ini telah mencatatkan
kejayaan yang besar. Terbuktilah, sektor pelancongan negara-negara di dunia
boleh memberikan pulangan yang lumayan kepada pendapatan negara hasil
daripada keamanan dunia.

Manfaat keamanan dunia seterusnya ialah kerjasama dalam bidang


pendidikan. Pendidikan merupakan tunjang utama pembangunan negara agar
menjamin kemajuan yang berterusan dan membangunkan modal insan ‘berminda
kelas pertama’. Semua ini pastinya tidak menjadi realiti jika dunia berada dalam
peperangan dan kacau-bilau. Keamanan dunia memudahkan perkembangan
sistem pendidikan. Program pertukaran pelajar dan tenaga pengajar juga boleh
dijalankan ke negara-negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia.
Contohnya, negara Finland yang mempunyai sistem pendidikan terbaik dunia
telah menawarkan 150,000 tempat untuk pelajar antarabangsa di negara itu pada
tahun 2020. Kesimpulannya, keamanan dunia memacu kepada kemajuan sistem
pendidikan dan melahirkan warga dunia yang mempunyai daya intelek serta
kepakaran yang tinggi.

Keamanan juga penting untuk melaksanakan misi kemanusiaan sejagat.


Persefahaman yang erat melalui pertubuhan seperti PBB, NAM, OIC dan ASEAN
akan membawa negara-negara di dunia saling membantu apabila terjadinya krisis
bencana alam seperti gempa bumi dan tanah runtuh. Tragedi Tsunami 2004 telah
memperlihatkan bantuan dan organisasi kemanusiaan dari seluruh dunia
menawarkan bantuan kewangan dan teknikal kepada negara-negara yang terlibat.
Buktinya, Emiriah Arab Bersatu menghantar USD 20 juta melalui Bulan Sabit

32
Merah, tiga pesawat berisi bantuan makanan dan ubatan ke India, Indonesia dan
Sri Lanka. Jelaslah, keamanan dunia membolehkan bantuan kemanusiaan
dihulur demi kesejahteraan sejagat yang mengatasi ideologi politik, bangsa dan
agama.

Tuntasnya, keamanan dunia lahir daripada sikap menghormati hak serta


kedaulatan sesebuah negara. Oleh itu, setiap negara perlu mendokong resolusi
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu pemeliharaan keamanan dan
keselamatan antara negara. Malaysia merupakan negara yang mendokong
resolusi ini dengan mengamalkan sikap berbaik-baik dengan semua negara tanpa
mengira ideologi demi keamanan dunia.

33
LANGKAH / USAHA / CADANGAN MENGEKALKAN KEAMANAN DUNIA /
SEJAGAT

Usaha untuk mengekalkan keamanan dunia merupakan tanggungjawab


global yang mesti digalas oleh semua pihak. Pertamanya, pertubuhan
antarabangsa mestilah menjalankan peranan masing-masing. Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mesti memainkan peranan dengan tegas dan adil.
PBB mesti bertindak tegas untuk menyelesaikan konflik yang wujud. Contohnya,
pertelingkahan politik dalam negara seperti di Syria dan konflik antara negara
yang berlaku mesti diambil tindakan. Pertubuhan antarabangsa lain seperti
Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Pertubuhan Negara-negara
Berkecuali (NAM), dan Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC) juga
perlu memainkan peranan. Negara anggota mesti menjalin kerjasama dari aspek
politik, ekonomi, dan sosial serta membincangkan usaha untuk menyelesaikan
apa-apa konflik yang berlaku antara negara anggota. Hal ini boleh mewujudkan
dunia yang makmur.

Selain itu, hubungan diplomatik antara negara mesti sentiasa


dipelihara. Setiap negara sepatutnya menumpukan hal-hal yang boleh
menguntungkan negara seperti berkongsi kepakaran dan membuat kerjasama
ekonomi dan bukannya memperbesar isu-isu yang boleh menyebabkan konflik
antara negara. Sikap saling bekerjasama mengatasi sesuatu masalah di
sesebuah negara perlu sentiasa diamalkan. Contohnya negar-negara pengeluar
minyak dunia bekerjasama mengatasi masalah penurunan harga minyak dunia.
Hubungan baik seperti ini boleh mengurangkan pertikaian dan menjadikan planet
Bumi ini sebagai sebuah petempatan untuk manusia yang aman. Kesimpulannya,
setiap negara wajib mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara lain
dan mematuhi prinsip resolusi PBB

Selain itu, keamanan sejagat juga mampu diwujudkan dengan cara setiap
pemimpin negara mengamalkan nilai baik dalam pemerintahan. Setiap
pemimpin negara mesti menghormati negara lain dan bertolak ansur serta
mengutamakan hubungan baik dengan negara lain. Hal ini boleh memupuk
persefahaman antara negara. Kerjasama baik boleh diamalkan dengan sentiasa
mengamalkan prinsip menghormati dasar negara luar, tidak mencampuri urusan
negara lain dan berkecuali jika berlaku konflik di negara lain. Sebagai contoh,
34
konflik dalaman yang berlaku di Syria perlu ditangani oleh negara terbabit dan
badan dunia yang bertanggungjawab. Negara lain tidak sepatutnya menyokong
mana-mana pihak yang bertelagah. Hal ini boleh mengelakkan konflik dalaman
menjadi konflik antarabangsa yang lebih parah. Tuntasnya, setiap pemimpin
negara seharusnya cenderung dalam hal yang boleh mempererat kerjasama
negara dan boleh menjana kemajuan dunia.

Keamanan dunia juga boleh dikekalkan jika kuasa-kuasa besar dunia


memberi layanan yang adil kepada semua negara. Kuasa besar seperti
Amerika Syarikat , Britain dan Perancis tidak boleh melabelkan negara-negara
yang tertentu sebagai sekutu ataupun seteru. Hal ini boleh mewujudkan tindakan
ganas. Buktinya, peristiwa 11 September 2001 dikatakan berpunca daripada
kebencian puak militan terhadap Amerika Syarikat yang bersikap pilih kasih dalam
isu-isu antarabangsa yang memberikan keuntungan kepada rakan sekutunya,
khususnya Israel. Kempen memerangi keganasan tajaan Amerika Syarikat juga
ternyata telah gagal untuk mengekalkan keamanan dunia malah negara ‘Uncle
Sam’ itu menambah buruk keadaan lantaran polisi pilih bulu pemimpin negara
berkenaan. Rumusannya, kesaksamaan layanan kepada semua negara boleh
mengelakkan perasaan marah rakyat sesebuah negara yang ditindas terhadap
negara lain.

Dunia akan bertambah aman jika setiap negara mengutamakan tindakan


menyelesaikan sesuatu konflik secara rundingan dan perundangan,
bukannya dengan mengangkat senjata. Menyelesaikan konflik secara
rundingan dan perundangan terbukti boleh mengelakkan konflik menjadi lebih
besar. Contohnya pertikaian antara negara yang membabitkan perebutan Pulau
Ligitan dan Sipadan oleh Malaysia dan Indonesia serta Pulau Batu Putih antara
Malaysia dan Singapura dapat diselesaikan secara aman oleh Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda. Tuntasnya, setiap masalah
yang timbul hendaklah diselesaikan dengan penuh berhemah.

35
LANGKAH / USAHA / CADANGAN MALAYSIA MENGEKALKAN KEAMANAN
DUNIA / SEJAGAT

Pertamanya, Malaysia mesti sentiasa bekerjasama dengan pertubuhan


antarabangsa dalam menjalankan peranannya. Kerajaan Malaysia mesti
menyokong setiap usaha dan tindakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) untuk mewujudkan keamanan dunia khususnya dalam menyelesaikan
konflik yang wujud. Pertelingkahan politik dalam negara seperti di Syria, konflik
antara kaum yang melanda Sri Lanka dan konflik antara negara yang berlaku
boleh diatasi jika setiap negara memberi kepercayaan sepenuhnya kepada PBB.
Malaysia berperanan dengan menyertai pasukan tentera pengaman di bawah
panji PBB bagi membantu negara bergolak. Jadi, Malaysia boleh berperanan
dengan membantu PBB dan mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua
negara lain.

Selain itu, negara kita juga mesti terus berperanan dalam pertubuhan
lain seperti Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Pertubuhan
Negara-negara Berkecuali (NAM), dan Pertubuhan Kerjasama Negara-negara
Islam (OIC). Penyertaan negara dalam pertubuhan-pertubuhan ini boleh
meningkatkan hubungan diplomatik dengan negara-negara anggota. Melalui
pertubuhan-pertubuhan berkenaan, Malaysia boleh berperanan dalam hal
membabitkan politik, ekonomi, dan sosial. Malaysia sebagai sebuah negara yang
berkecuali boleh mengemukakan idea dan pandangan untuk mewujudkan dunia
yang lebih stabil serta mengemukakan pandangan untuk menyelesaikan konflik
yang berlaku antara negara anggota. Hal ini kerana setiap masalah bukan sahaja
boleh diurus secara baik bahkan negara boleh menjadikan keanggotaan dalam
pertubuhan antarabangsa sebagai medan untuk berkongsi kepakaran,
mengurangkan pertikaian dan menjadikan planet Bumi ini sebagai sebuah
petempatan aman untuk manusia.

Selain itu, para pemimpin negara mesti sentiasa menjalin hubungan


baik dengan negara lain. Hal ini boleh memupuk persefahaman antara negara.
Kerjasama baik boleh diamalkan dengan sentiasa mengamalkan prinsip
menghormati dasar negara luar dan sentiasa berkecuali apabila berlaku konflik di
negara lain. Negara kita tidak sepatutnya menyokong mana-mana pihak yang

36
bertelagah. Hal ini boleh mengelakkan konflik dalaman menjadi konflik
antarabangsa yang lebih parah. Pemimpin negara kita seharusnya cenderung
dalam hal membantu menangani masalah yang berlaku di negara lain. Contohnya
membantu menangani masalah pelarian Rohingya dari negara Myanmar.
Jelaslah bahawa hubungan baik dengan negara lain akan membantu
kemakmuran negara.

Malaysia juga boleh berperanan terhadap keamanan dunia dengan


mengamalkan dasar berhati-hati dan tegas terhadap sebarang anasir
keganasan. Perisikan negara mesti sentiasa memastikan tiada rakyat negara
yang mengambil tindakan secara keganasan seperti menjadi pengebom berani
mati bagi meluahkan perasaan marah. Ancaman seperti ini boleh menyebabkan
dunia tidak aman dan selamat kerana boleh membawa kepada kemusnahan harta
benda dan mengorbankan nyawa manusia. Tindakan demikian penting untuk
menjaga imej dan keselamatan negara serta mengelakkan konflik menjadi secara
lebih besar.

37
KONFIK DUNIA MASA KINI
Antara konflik dunia masa kini ialah perebutan wilayah maritim di Laut
China Selatan. Pertelingkahan tujuh negara yang saling berebut dan menuntut
pemilikan lautan melibatkan Brunei, China, Taiwan, Malaysia, Indonesia, Filipina
dan Vietnam. Ini kerana kawasan tersebut kaya dengan pelbagai sumber alam
seperti perikanan, sumber minyak dan menjadi laluan strategik kapal. Selain itu,
Kepulauan Spratly pula yang kaya dengan minyak dan gas turut menjadi rebutan.
Sikap Negara China yang suka menceroboh perairan Laut Cina Selatan dengan
membina kemudahan tentera di beberapa Kawasan terumbu karang sebagai cara
untuk mengukuhkan kedaulatannya menyebabkan berlakunya pertikaian negara-
negara berhampiran seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina. Selain itu,
ketegangan di Laut China Selatan turut berlaku antara China dan Amerika
Syarikat. Terdapat laporan menyatakan China telah melancarkan peluru
berpandu ke laut tersebut sebagai tindak balas peningkatan pesawat dan kapal
perang Amerika Syarikat di Kawasan tersebut.
China memiliki polisi anti agama yang menekan etnik Uighur di Xinjiang
dan kini menahan lebih sejuta kaum Uighur dan minoriti Muslim di kem latihan
vokasional. Berlaku penindasan terhadap etnik tersebut dimana kebanyakan
penduduk Uighur ditangkap dan diseksa dalam penjara. Selain itu, hak
masyarakat Uighur sebagai rakyat China dinafikan,lebih kejam hak asasi sebagai
manusia turut dinafikan. Mereka tidak dibenarkan menyimpan Al-Quran, sejadah
dan lain-lain lagi. Malah masjid juga turut dikunci bagi memastikan penduduk
Uighar tidak mengamalkan ajaran Islam. China cuba melenyapkan kehidupan dan
kewujudan etnik Uighur dari tanah mereka.
Selain itu,krisis Amerika Syarikat (AS) dengan Korea Utara. Walaupun
Korea Utara tidak maju dari segi ekonomi, tetapi kedudukkan sebagai kuasa
tentera yang kuat dan digeruni di Asia Timur. Isu yang paling besar ialah berkaitan
senjata nuklear. Korea Utara mempunyai beberapa reaktor nuklear dan membina
senjata pemusnah memberi kelebihan kepada Pyongyang apabila berhadapan
dengan Amerika Syarikat. Pembinaan senjata nuklear oleh Korea Utara boleh
mempengaruhi negara-negara jirannya seperti Jepun untuk membangunkan
program nuklear masing-masing dan ini akan mewujudkan pelumbaan senjata.
Keadaan ini boleh mengancam kemusnahan dunia. Oleh Itu, Amerika Syarikat
cuba mengawal program senjata nuklear Korea Utara untuk mengelakkan
38
impikasi yang buruk berlaku. Ini menyebabkan berlakunya perang dingin antara
kedua-dua negara tersebut.Setiap kali Korea Utara melancarkan ujian peluru
berpandu nuklear, Amerika Syarikat menyatakan kesediaan untuk berperang.
Keadaan ini menimbulkan kerisauan negera-negara berhampiran seperti Korea
Selatan.
Seterusnya, konflik yang berlaku di Mindanao, Filipina. Konflik ini berlaku
sejak tahun 1969 antara Kerajaan Filipina dan Kumpulan pemberontak Muslim
Moro. Kumpulan ini menuntut semula bahagian timur negara Sabah. Seterusnya
Nur Misuari tekah menubuhkan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).
Kumpulan pembebasan melancar perang kerana menuntut untuk mendapatkan
hak masa depan sendiri sebagai sebuah negara yang bebas. Selain itu, mereka
juga ingin menubuhkan negara Islam di Filipina. Ini bertentangan dengan
kepentingan kerajaan Filipina yang mahu mempertahankan kedaulatan,
keselamatan dan keutuhan wilayahnya. Ribuan nyawa terkorban sejak konflik
antara kerajaan Manila dengan gerakan Bangsa Moro. Hanya sekarang baru
persetujuan damai dimeterai dengan bantuan kerajaan Malaysia yang menjadi
orang tengah bagi menyelesaikan konflik ini.
Seterusnya, isu pergolakan dan penindasan melibatkan minoriti Muslim
etnik Rohingya mula tercetus setelah negara Myanmar mendapat kemerdekaan
dari penjajah British pada tahun 1948. Konflik utama yang mencengkam
kehidupan etnik Rohingya di Myanmar adalah disebabkan diskriminasi status
kewarganegaraan agama dan pendidikan yang tidak diiktiraf sebagai
warganegara Myanmar kerana dianggap pendatang haram. Penindasan tersebut
memberi kesan ke atas aspek politik, ekonomi dan sosial masyarakat minoriti
Muslim.Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penindasan dan
keganasan etnik ini berlaku dan menerima tekanan yang hebat. Faktor
penindasan dari aspek politik berlaku apabila etnik Rohinya tidak diakui
kewarganegaraan oleh pemerintah dan penduduk Myanmar. Selain daripada
penindasan politik, mereka turut mengalami tekanan dan sekatan ekonomi. Etnik
Rohingya dibebani dengan cukai yang tinggi sehingga menyebabkan mereka
terbeban. Menurut undang-undang Myanmar, bangsa Rohingya dilarang
memiliki harta benda dan berniaga. Keadaan yang berterusan ini
menyebabkan mereka terus menerus hidup dalam kemiskinan dan kerja yang
dilakukan untuk meraih pendapatan sukar diperolehi. Manakala penindasan sosial

39
turut terjadi ke atas aspek agama dan pendidikan. Mereka meroboh dan
membakar masjid-masjid, al-Qur’an, buku-buku agama dan melarang
mengerjakan haji dan korban.
Di samping itu, kekejaman Israel terhadap Palestin terus-terusan
mendapat tentangan dari seluruh dunia khususnya umat Islam. Mengimbas
sejenak pembentukan Israel, ianya berlaku pada tahun 1948. Tanah penduduk
Palestin dan beberapa wilayah Arab termasuk ladang termasuk Ladang Shebaa di
Lebanon dan Bukit Golan, Syria dalam satu operasi ketenteraan telah dijajah.
Pada 1967, Israel mula menduduki wilayah Palestin di Tebing Barat termasuk
Baitulmaqdis dan Genting Gaza. Satu persatu wilayah dirampas rejim itu sehingga
ke Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. Rampasan tersebut turut mendapat
kecaman rakyat antarabangsa.Sekitar tahun 2005, Tel Aviv kemudiannya
berundur dari Gaza tetapi terus menggempur wilayah itu. Difahamkan, kira-kira
230 penempatan haram dibina sejak tahun 1967 di wilayah Palestin, lebih
setengah juta penduduk Israel menetap di situ. Menurut sumber, tanah Palestin
terus dirampas Israel dalam senyap setiap tahun. Umum mengetahui inilah punca
sebenar tercetusnya konflik antara kedua negara ini. Kemuncak kepada krisis ini
dapat dilihat apabila Israel terus bertindak menyerang Palestin sehingga
menyebabkan semakin ramai penduduknya terkorban.

Krisis di Syria kini semakin menjadi perhatian dunia. Pertumpahan darah


berlaku setiap hari, nyawa mereka yang tidak berdosa menjadi taruhan. Pada
tahun 2011, satu siri protes anti kerajaan dinamakan Arab Spring tercetus di Asia
Barat, bermula di Tunisia. Ia kemudiannya merebak ke banyak negara, antaranya
Mesir, Libya dan Syria. Di Syria, protes bermula pada Mac 2011, dan ia dimulakan
sekumpulan 15 remaja lelaki yang kemudiannya ditahan dan diseksa selepas
melukis grafik yang melambangkan sokongan terhadap Arab Spring. Salah
seorang remaja itu maut selepas diseksa dengan kejam. Kerajaan Syria pimpinan
Presiden Bashar al-Assad kemudiannya bertindak membunuh ratusan penunjuk
perasaan dan memenjarakan ribuan yang lain. Punca krisis ialah apabila rakyat
Syria tidak gembira dengan masalah ekonomi dan tekanan politik dan mereka
tidak bebas bersuara. Sehingga kini, lebih 450,000 yang telah terkorban dalam
krisis ini.

40
Selain itu, Perang Korea Utara dan Korea Selatan juga merupakan tragedi
yang masih menghantui bangsa Korea. Orang Korea adalah satu bangsa, satu
negara, satu bahasa sejak 1,000 tahun yang lalu lagi, bermula dengan
pemerintahan dinasti Goryeo/Koryo (918-1392) dan kemudian Joseon/Choson
(1392-1910), sebelum dijajah oleh Jepun pada tahun 1910. Selepas Jepun kalah
dalam Perang Dunia Kedua, Soviet Russia dan USA masing-masing ingin
menguasai Semenanjung Korea yang begitu strategik dari segi geopolitik. Pada
tahun 1948, Soviet melantik proksi yang bernama Kim Il-Sung untuk memerintah
utara Korea dan mendirikan “Democratic People’s Republic of Korea” (DPRK),
USA pula melantik proksi yang bernama Syngman Rhee untuk memerintah
“Republic of Korea” (ROK) di selatan. Maka terbentuklah dua Korea. DPRK
berideologi komunis. ROK berideologi kapitalis. Pada tahun 1950, DPRK
menyerang ROK maka tercetuslah Perang Korea selama 3 tahun. Setelah
2,500,000 nyawa anak Korea dikorbankan semata-mata untuk memuaskan nafsu
kuasa Komunis dan Kapitalis, DPRK dan ROK bersetuju untuk gencatan senjata
dan menjadikan selarian ke-38 utara (Parallel 38 North) sebagai garis sempadan
dan DMZ (Demilitarized Zone) dibentuk sebagai zon penampan. Sehingga
sekarang 38th parallel adalah merupakan sempadan paling tegang di muka bumi
ini dan krisis antara mereka tiada kesudahan.

41
BERSETUJUKAH ANDA BAHAWA DUNIA KINI MASIH AMAN UNTUK
DIDIAMI?

Saya berpendapat dunia masa kini masih aman untuk didiami kerana
terdapat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang memastikan dunia
selamat daripada peperangan. Pertubuhan ini telah ditubuhkan pada tahun
1945 iaitu selepas berlakunya perang dunia kedua. Pertubuhan ini dianggotai oleh
negara-negara di seluruh dunia. Penubuhan PBB bertujuan untuk mengelakkan
pertikaian, menegaskan hak-hak asasi manusia, menjamin rasa hormat kepada
undang-undang antarabangsa dan memperbaiki taraf hidup di seluruh dunia. PBB
akan boleh mengambil tindakan terhadap negara yang cuba mengancam
keselamatan dunia. Antara tindakan yang boleh dikenakan ialah sekatan ekonomi
terhadap negara tersebut seperti Iran, Syria dan Korea Utara. Selain itu, PBB juga
menyediakan bantuan tentera pengaman kepada negara yang sedang bergolak
seperti di Lubnan, Afrika Selatan dan lain-lain. Ia bertujuan untuk memastikan
keselamatan rakyat di negara tersebut dan mengelakkan persengketaan terus
berlaku. Maka dengan adanya pertubuhan ini, masalah antara negara dapat
diselesaikan secara diplomasi dan bukannya dengan peperangan.

Dari segi politik, kebanyakan negara telah mengadakan hubungan


diplomatik. Hubungan diplomatik yang baik antara negara dilihat penting dari
pelbagai aspek seperti menjamin keselamatan negara, pertahanan, sosial, politik
dan ekonomi. Dengan menjalin hubungan diplomatik, pertikaian antara negara
dapat diselesaikan di meja rundingan dan bukannya dengan peperangan.
Sebagai contoh, pertikaian sempadan antara Malaysia, Filipina dan Indonesia di
Laut China Selatan dibincang bersama antara negara tersebut. Malah
keselamatan negara terbabit terjamin dengan kerjasama dari segi ketenteraan.
Negara tersebut boleh melakukan rondaan bersama bagi memastikan tiada
pencerobohan oleh pengganas. Latihan ketenteraan juga antara negara juga
diadakan bagi memastikan meningkat keupayaan dari segi kawalan sempadan.
Oleh itu, hubungan diplomatik telah berjaya menyatukan kebanyakkan negara di
dunia ini.

Selain daripada itu, dunia masih aman untuk diduduki kerana kebanyakan
negara mengutamakan amalan demokrasi dalam memilih pemimpin. Pilihan
raya dan proses pertukaran pemimpin di dunia masih berjalan mengikut undang-
42
undang negara tersebut. Ini dapat menyakinkan rakyat terhadap sistem
pemerintahan kerajaan bertambah baik setiap kali proses demokrasi
dilaksanakan. Disebabkan pemilihan pemimpin secara adil, tidak akan berlaku
konflik atau rusuhan dalam negara tersebut. Amalan dekmokrasi ini dapat
memastikan urusan dalam negara tesebut tiada campur tangan luar. Amalan
demokrasi ini dapat memastikan tiada persengketaan di dalam negara tersebut.

Seterusnya, negara-negara telah bekerjasama dalam memastikan


kestabilan ekonomi dunia. Kerjasama ekonomi diwujudkan seperti Kerjasama
Ekonomi Asia-Pasifik (APEC). Hubungan ekonomi yang kukuh dapat
mengelakkan berlaku perebutan kawasan pasaran. Selain itu, kerjasama ini juga
memastikan bekalan tenaga buruh, bahan mentah, pelaburan dan pemindahan
teknologi. Ini memastikan negara-negara yang sedang membangun dapat
meningkatkan ekonomi negara tersebut melalui pelaburan dan pemindahan
teknologi. Sebagai contoh Malaysia berkerjasama dengan negara Jepun sehingga
mampu menghasilkan kereta keluaran tempatan. Oleh itu, kerjasama ini dapat
memastikan negara-negara maju membantu negara miskin dan mengelakkan
konflik dalam negara tersebut akibat kemiskinan dan kebuluran.

Akhir sekali terdapatnya Mahkamah Keadilan Antarabangsa bagi


menyelesaikan konflik antarabangsa. Mahkamah ini diwujudkan oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyelesaikan isu perselisihan antara
negara-negara berdaulat. Antara isu yang diselesaikan ialah sempadan darat dan
maritim, kedaulatan wilayah, hak suaka dan hak ekonomi. Dengan wujudnya
mahkamah ini, segala masalah berkaitan antara negara dapat di selesaikan
secara baik. Sebagai contoh pertikaian antara Malaysia dan Singapura berkenaan
perebutan Pulau Batu Puteh berjaya diselesaikan secara adil tanpa peperangan.
Mahkamah ini bukan hanya menyelesaikan pertikaian malah akan mewujudkan
perundingan secara damai dan diplomasi.

43
TIDAK SETUJU

Saya berpendapat dunia kini tidak aman untuk didiami kerana konflik
global gagal diselesaikan. Kajian mengenai tahap keamanan dunia yang
membabitkan 163 negara dan wilayah berdaulat mendapati dunia semakin tidak
aman. Hal ini dapat dilihat apabila PBB gagal menyelesaikan pergolakan di Syria,
Afghanistan, Sudan Selatan, Iraq dan Somalia. Oleh itu, kegagalan
menyelesaikan konflik antarabangsa mengakibatkan keselamatan warga dunia
terancam.

Di samping itu, dunia juga tidak aman kerana kadar jenayah yang tinggi
seperti pemerdagangan manusia, penyalahgunaan dadah dan pembunuhan
beramai-ramai. Sebagai contoh kes pembunuhan beramai-ramai di sebuah
masjid di New Zealand baru-baru ini oleh golongan pelampau agama
membuktikan kekacauan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Tegasnya, jenayah
yang sering berlaku di dunia menyebabkan dunia tidak selamat untuk didiami.

Seterusnya, dunia juga tidak aman kerana ancaman pelbagai wabak


penyakit berjangkit. Sebagai contoh pandemik Covid-19 telah meragut nyawa di
seluruh dunia dengan jumlah kematian hampir 100 ribu orang pada April 2020.
Covid-19 juga telah memberi impak yang besar kepada ekonomi dunia. Hanya
dalam tempoh tiga minggu sahaja seramai 16.8 juta rakyat Amerika telah
kehilangan pekerjaan. Kajian menunjukkan seramai 47 juta pekerja Amerika yang
akan menganggur dan mengakibatkan kadar pengangguran meningkat kepada 32
peratus. Keadaan ini menyebabkan kadar jenayah seperti rompakan dan
membunuh diri semakin meningkat. Oleh yang demikian pandemik ini tidak boleh
di ambil mudah kerana kesan pemulihannya mengambil masa yang amat lama.

Tuntasnya, semua pihak bertanggungjawab untuk memastikan dunia ini


menjadi tempat yang aman untuk didiami. Penyelesaian konflik yang berlaku
perlulah mengambil kira kepentingan masyarakat dunia.

44
KONFLIK DUNIA LEBIH BAIK DISELESAIKAN DI MEJA RUNDINGAN.
BINCANGKAN.
Konflik yang dihadapi oleh dunia di dalam pelbagai aspek menyebabkan
semua pemimpin perlu bersemuka di meja rundingan untuk mencari jalan
penyelesaian memberikan gambaran bahawa dunia mementingkan
keamanan. Pemimpin sekarang harus mengambil iktibar bahawa peperangan
tidak dapat menyelesaikan sesuatu konflik dalam masa yang singkat dan mereka
perlu mengambil pendekatan melalui rundingan demi kesejahteraan rakyatnya.
Konflik antarabangsa perlu diselesaikan secara rundingan untuk
menghindarkan korban manusia secara besar-besaran yang tidak berdosa
iaitu melibatkan pembunuhan dalam kalangan orang tua, wanita dan kanak-
kanak. Hal ini dikatakan demikian kerana perundingan akan melibatkan pemimpin
yang duduk semeja berusaha untuk mencari jalan keluar bagi konflik yang
dihadapi. Perbincangan yang melibatkan golongan pemimpin ini pasti akan
mencari jalan jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit.

Selain itu, rundingan juga membolehkan rakyat tidak akan mengalami


kesengsaraan hidup akibat ledakan bom dan tembakan peluru berpandu. Anak-
anak tidak akan hilang tempat bergantung dan masa depan mereka lebih
terjamin. Cukuplah kita melihat penderitaan dan kesengsaraan hidup yang
dialami oleh anak-anak di bumi Palestin, Iraq , Afgahnistan dan Syria serta
beberapa buah negara Afrika akibat kehilangan insan yang tersayang. Jelaslah
bahawa perundingan akan mengelakkan berlakunya pertumpahan darah.

Seterusnya, melalui rundingan tidak akan berlaku kemusnahan harta


benda dan tempat tinggal yang boleh menyebabkan negara akan menanggung
kerugian yang banyak apabila aspek rundingan dititikberatkan oleh pemimpin
dunia. Kita sedia maklum bahawa peperangan pasti akan meranapkan
bangunan, kenderaan, kawasan tumpuan ekonomi dan sebagainya.
Peperangan lazimnya menggunakan senjata-senjata canggih seperti bom nuklear
dan peluru berpandu yang mampu memusnahkan apa-apa sahaja dalam sekelip
mata. Sebagai contoh peperangan yang berlaku antara Palestin dan Israel telah
membawa kepada kemusnahan infrastruktur negara yang teruk sekali gus
menelan belanja yang banyak untuk membaik pulih keadaan. Sekiranya
perundingan dipilih kemusnahan harta benda tidak akan berlaku. Wang kerajaan
45
juga dapat dijimatkan untuk digunakan dalam pembangunan ekonomi
negara.

Seterusnya, negara yang terlibat di dalam sesuatu peperangan akan


menanggung kos perbelanjaan yang tinggi kerana perlu membeli peralatan
pertahanan yang lebih canggih dan berteknologi moden. Buktinya, semasa
Perang Dunia Pertama, negara Pakatan Bertiga telah membelanjakan US$125
bilion manakala negara Perikatan Kuasa Tengah pula membelanjakan US$60
bilion. Akibatnya, akan mengalami inflasi dan hutang peperangan yang tinggi.
Sekiranya perundingan dipilih, wang kerajaan boleh dijimatkan untuk menjana
pembangunan negara serta dapat menjamin kesejahteraan hidup rakyat .
Di samping itu, kepentingan kaedah rundingan ialah dapat menjaga
hubungan baik antara dua buah negara dalam menyelesaikan konflik yang
dihadapinya. Jika perundingan yang dipilih daripada pertumpahan darah maka
ikatan silaturrahim antara dua buah negara akan wujud. Perasaan berbaik-
baik dan berprasangka positif akan wujud dalam sanubari lantas kedamaian yang
akan dipilih oleh mereka. Perundingan antara mereka bukan sahaja
membincangkan jalan keluar bagi konflik yang dihadapi malahan juga mereka
akan dapat berkongsi pandangan untuk memajukan negara masing-masing. Oleh
yang demikian, pendekatan rundingan dapat menjalinkan hubungan dua hala
antara negara yang terlibat. Bagi merealisasikan hal ini badan pertubuhan dunia
seperti PBB, KOMANWEL dan ASEAN diperingkat Asia Tenggara dapat
memainkan peranan untuk mengelakkan konflik yang berterusan berlaku
seterusnya mengwujudkan keamanan dunia.

Melalui rundingan bagi menyelesaikan konflik, negara-negara tersebut akan


dipandang tinggi dan dihormati oleh negara-negara lain di peringkat
antarabangsa. Pada masa ini majoriti masyarakat di seluruh dunia
mendambakan kehidupan yang aman damai dan harmoni iaitu bebas daripada
berlakunya pertumpahan darah. Namun begitu terdapat segelintir pemimpin yang
angkuh dan berhidung tinggi daripada bersikap mementingkan keamanan dan
kepentingan rakyat. Kita kihat sahaja misalnya pemimpin Korea Utara yang
sering membuat provokasi dengan melancarkan ujian nuklear walaupun
tindakannya dikecam hebat oleh PBB dan masyarakat dunia yang lain. Begitu
juga dengan pihak Amerika Syarikat yang dianggap sebagai polis dunia telah

46
dikritik kerana kedegilan mereka menyelesaikan masalah dengan cara
melakukan keganasan yang kononnya ingin menghapuskan pengganas. Secara
tidak langsung, perbuatan mereka telah menjejaskan imej negara terbabit.
Tuntasnya cara perundingan dan persepakatan amat sesuai untuk menyelesaikan
masalah daripada peperangan yang membinasakan.

Seterusnya apabila pemimpin-pemimpin memilih pendekatan rundingan


dalam menangani konflik dengan negara lain, ekonomi negara tersebut tidak
akan terjejas. Kita haruslah menerima hakikat bahawa peperangan hanya akan
membawa kemusnahan apabila infrastruktur seperti bangunan-bangunan
kerajaan dimusnahkan dalam sekelip mata. Oleh itu, kerajaan terpaksa
memperuntukan jumlah wang yang besar untuk memulihkan keadaan yang
terjejas dengan teruk. Dalam hal ini, agenda pebangunan negara tersebut tidak
dapat dijayakan seperti yang dirancangkan. Impaknya ekonomi negara
tersebut akan terbantut. Sebagai analoginya, apabila Pusat Perdagangan
Antarabangsa Amerika Syarikat diserang pada tahun 2001, ekonomi di Amerika
Syarikat merosot dan banyak rakyat mengalami pengangguran dalam beberapa
tahun. Hal sedemikian tidak akan berlaku jika mereka menggunakan pendekatan
rundingan malah lebih teruk apabila kadar jenayah turut meningkat lantaran
kemelesetan ekonomi. Jadi, jelaslah bahawa cara berunding lebih baik daripada
berperang ketika menyelesaikan sesuatu konflik yang dihadapi.

Oleh itu, rundingan merupakan mekanisme terbaik untuk menyelesaikan


konflik antarabangsa agar keamanan dan kemakmuran dunia akan berkekalan.

47
KESAN KONFLIK DUNIA HINGGA KINI.

Konflik yang berlaku telah dan akan memberi kesan kepada dunia dalam
aspek ekonomi, politik dan sosial hingga kini.

Kesan konflik dunia dari segi ekonomi ialah berlakunya perang


perdagangan antara kuasa ekonomi besar dunia. Hal ini berlaku kerana kuasa
besar ekonomi ingin mempengaruhi hala tuju dan polisi ekonomi dunia. Keadaan
ini secara langsung telah menyebabkan wujudnya penjajahan ekonomi terhadap
negara membangun dalam aktiviti perdagangan. Sebagai contoh tindakan
Amerika Syarikat melancarkan konflik perdagangan dengan negara China boleh
memberi kesan kepada negara pengeksport seperti Malaysia yang mempunyai
hubungan dagangan dengan kedua-dua negara tersebut. Tegasnya, konflik
perdagangan ini masih memburukkan keadaan sehingga mampu mencetuskan
satu krisis baharu.

Kesan konflik dunia dalam aspek ekonomi yang kedua ialah kemunculan
blok perdagangan hasil daripada perjanjian perdagangan dengan kuasa
ekonomi dunia. Hal ini demikian kerana kuasa besar dunia ingin menjaga
kepentingan ekonomi dan melindungi negara sekutu mereka. Akibat daripada hal
ini terdapat negara-negara kecil yang terus tertinggal dalam aktiviti perdagangan
dunia. Sebagai contoh terdapat blok perdagangan utama yang paling terkenal di
seluruh dunia termasuk Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA),
Kesatuan Eropah (EU), Pasaran Bersama Selatan (MERCOSUR), dan Komuniti
Pembangunan Afrika Selatan (SADC).

Kesan konflik dunia juga dapat dilihat dalam aspek politik apabila
berlakunya pertikaian sempadan yang melibatkan kuasa besar dunia. Hal ini
akan menunjukkan kuasa-kuasa besar dunia masih ingin menunjukkan kekuatan
mereka. Tindakan ini secara langsung akan mewujudkan keadaan yang tidak
aman di kawasan pertikaian. Isu Kashmir dilihat sebagai titik tolak kepada
ketegangan hubungan luar antara India dan Pakistan. Ia melibatkan sempadan
dan kedaulatan yang membawa kepada pembangunan senjata nuklear. Sebagai
contoh dalam isu pertikaian wilayah Kashmir, Amerika Syarikat dan Israel
bersekongkol dengan India untuk menjatuhkan Pakistan. Lantaran itu, kedaulatan
sesebuah negara dan wilayah perlulah dihormati oleh semua pihak.
48
Antara kesan lain akibat konflik dunia dalam aspek politik ialah berlakunya
perlumbaan senjata antara kuasa dunia. Hal ini berlaku kerana kuasa-kuasa
dunia ini ingin mengukuhkan pengaruh mereka walaupun setelah tamatnya
perang dunia. Kesan daripada isu ini negara-negara membangun dan miskin akan
menjadi mangsa kepada kuasa besar dunia agar membeli senjata mereka.
Sebagai contoh, perlumbaan senjata antara Rusia dan Amerika Syarikat termasuk
sekutu mereka seperti United Kingdom dan Perancis telah menyebabkan Amerika
Syarikat mengukuhkan pasaran senjatanya sehingga 38% dalam kalangan
negara membangun di dunia. Tuntasnya, tindakan memodenkan persenjataan
demi kepentingan negara tertentu tidak menjamin kesejahteraan rakyat.

Kesan konflik dunia berpanjangan sehingga kepada isu sosial. Kesan yang
boleh kita lihat ialah berlakunya peningkatan jumlah pelarian atau manusia
tanpa negara. Hal ini demikian kerana konflik yang berlaku telah menyebabkan
rakyat terpaksa mendapatkan perlindungan di negara ketiga. Akibat daripada hal
ini akan berlaku pelbagai masalah dalam kalangan pelarian seperti masalah
kerakyatan, pendidikan dan kesihatan. Sebagai contoh konflik peperangan di
beberapa buah negara yang tidak berpenghujung antaranya di Syria dan
Myanmar menyebabkan majoriti besar daripada mereka kini tidak mempunyai
pilihan selain terpaksa keluar dari negara asal untuk menyelamatkan diri dengan
berjalan kaki atau menempuh lautan bergelora. Jelaslah, hak asasi manusia telah
dicabuli akibat pertikaian antara kuasa-kuasa besar dunia.

Selain isu pelarian, antara kesan sosial akibat konflik ialah masalah
kebuluran yang berlaku di negara-negara yang menghadapi konflik. Hal ini
dapat dilihat apabila kuasa besar dunia telah menguasai negara-negara miskin
yang mempunyai kekayaan sumber dan mengeksploitasi sumber tersebut.
Kesannya, berlakulah krisis makanan global yang menyebabkan hampir satu
bilion orang di seluruh dunia kelaparan dan kebuluran berpunca dari ketamakan
dan kerakusan kuasa besar dunia yang gila kuasa. Sebagai contoh campur
tangan Amerika Syarikat terhadap pemerintahan di Somalia telah menyebabkan
berlakunya krisis kekurangan makanan yang parah di negara tersebut yang
melibatkan 6.2 juta rakyatnya. Tegasnya, masyarakat dunia perlu bekerjasama
untuk menolak penjajahan baharu kuasa besar dunia bagi mengelakkan
penderitaan rakyat.

49
IKTIBAR YANG BOLEH DIAMBIL DARIPADA KONFLIK DUNIA.

Iktibar pertama yang boleh diambil daripada konflik dunia ialah


masyarakat dunia perlu menghargai nyawa rakyat. Hal ini demikian kerana
konflik dunia yang berlaku telah menyebabkan kehilangan nyawa rakyat awam.
Kesan daripada konflik tersebut, ramai tentera dan masyarakat awam yang
terlibat dalam konflik tersebut telah menjadi mangsa pihak yang mempunyai
kepentingan. Sebagai contoh, semasa Perang Dunia Pertama terdapat sekurang-
kurangnya 13 juta orang awam dan 8.5 juta tentera telah terbunuh malah ramai
juga yang cedera dan cacat seumur hidup akibat daripada perang ini. Oleh itu,
konflik dunia telah mengajar kita supaya mempunyai nilai kemanusiaan yang
tinggi.

Iktibar kedua yang boleh diambil daripada konflik dunia ialah pemerintah
di sesebuah negara perlu mengekalkan kebajikan rakyat. Hal ini demikian
kerana konflik yang berlaku telah menyebabkan kebajikan rakyat telah terabai.
Impak daripada keadaan ini telah menyebabkan rakyat menghadapi kemudaratan
dan kesengsaraan dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, konflik perang di
Jerman menyebabkan rakyat mengalami kekurangan bekalan makanan dan
menyebabkan masalah inflasi. Kesannya kerajaan terpaksa mengenakan catuan
terhadap bahan makanan penting seperti roti, kentang, susu dan daging sehingga
menyebabkan rusuhan antikerajaan pada tahun 1917. Tegasnya, konflik dunia
yang berlaku telah menyebabkan penderitaan terhadap kehidupan rakyat.

Iktibar yang ketiga akibat konflik dunia yang berlaku ialah setiap
pemimpin perlu mengekalkan sikap berkecuali dalam setiap tindakan
mereka. Hal ini kerana sikap suka campur tangan atas permasalahan negara lain
akan mencetuskan konflik yang berpanjangan. Kesan daripada tindakan tersebut
negara-negara yang sedang membangun akan menjadi mangsa kerakusan kuasa
negara maju. Sebagai contoh, Perang Dingin menyebabkan negara-negara dunia
ketiga menjadi rebutan antara dua kuasa besar. Akibat perkembangan ini
menyebabkan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan untuk
mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok Barat ataupun blok
Komunis. Tuntasnya, setiap pemimpin perlu mempunyai dasar keselamatan
negara yang bermanfaat.

50
Iktibar keempat akibat berlaku konflik dunia ialah pemimpin perlu
mengelakkan campur tangan kuasa luar yang boleh mengancam kedaulatan
negara. Hal ini demikian kerana campur tangan daripada negara luar akan
menyebabkan negara akan terikat dengan perjanjian-perjanjian yang merugikan.
Implikasi daripada keadaan ini sesebuah negara akan menjadi boneka dan sering
kali ditindas oleh kuasa besar. Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang gemar
campur tangan dan mendominasi negara-negara lain demi kepentingan mereka
seperti yang berlaku di Korea Selatan, Syria dan Somalia. Lantaran itu, sikap
diplomasi yang diamalkan oleh setiap pemimpin akan menjamin keamanan dunia.

Iktibar kelima yang boleh diambil akibat konflik dunia ialah negara
membangun perlu mengelakkan kebergantungan ekonomi dengan negara
maju. Hal ini demikian kerana kebergantungan ekonomi terhadap kuasa besar
akan menghalang sesebuah negara untuk mengekalkan dasar pasaran bebas.
Impak daripada keadaan ini menyebabkan negara membangun hanya
menjalankan akitiviti perdagangan dengan negara yang tertentu sahaja. Sebagai
contoh, dalam perang dingin Amerika Syarikat telah menggunakan kedudukannya
sebagai penyumbang kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk
mendominasi ekonomi negara-negara membangun. Jelaslah, konflik dunia
mengajar masyarakat dunia agar mempunyai hubungan ekonomi dengan
pelbagai negara.

51
NILAI YANG BOLEH DIAMBIL DARI KONFLIK DUNIA
Nilai yang diperoleh daripada konflik dunia ini ialah nilai keberanian dalam
mempertahankan negara. Pemimpin negara perlu berani mempertahankan negara
agar kedaulatan negara terjamin dan rakyat hidup dengan aman. Contohnya
Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamed lantang mempertahankan
kedaulatan Palestin daripada pencerobohan Israel. Jelasnya , keberanian
pemimpin diperlukan untuk menjaga kepentingan negara .
Nilai kedua yang boleh diambil ialah nilai kerjasama. Pemimpin dunia perlu
menjalin kerjasama yang erat untuk menyelesaikan isu kesihatan dengan segera.
Contohnya, kejayaan pakar perubatan dan saintis di dunia berjaya menghasilkan
vaksin untuk menguatkan daya tahan para pesakit Covid-19 harus diberikan
sokongan dan pujian. Hal ini menunjukkan kerjasama merupakan cara yang paling
berkesan untuk menyelesaikan masalah kesihatan dunia.
Nilai ketiga ialah nilai kebijaksanaan. Pemimpin perlu bijak merancang
strategi dalam hubungan luar negara dengan menjalinkan hubungan baik dengan
negara luar. Contohnya kebijaksanaan Perdana Menteri kita menjalin hubungan
luar dengan negara seperti Amerika Syarikat, Britian dan Jepun telah membantu
hubungan luar negara kita. Hal ini dapat mengekalkan kestabilan politik negara,
mengekalkan persefahaman dalam hubungan diplomatik serta dapat
mengelakkan krisis antara negara.
Nilai keempat ialah nilai bertoleransi. Kita perlu mengamalkan sikap
bertoleransi antara kaum supaya negara berada dalam keadaan aman.
Kekacauan di negara lain perlu dijadikan pengajaran dengan mengukuhkan
perpaduan kaum kerana terbukti dapat menjamin kemakmuran negara dan
mempunyai politik yang stabil. Hal ini dapat merangsang dan meningkatkan
pertumbuhan ekonomi negara dan membina negara yang maju.
Nilai kelima ialah nilai hormat-menghormati. Nilai ini telah membantu
negara kita menyelesaikan masalah alam sekitar dengan negara jiran. Contohnya
masalah jerebu melanda negara kita berjaya diselesaikan antara Malaysia
dengan Indonesia melalui perjanjian, perbincangan, mesyuarat dan sesi dialog
antara pemimpin kedua-dua buah negara. Oleh itu,sikap saling menghormati
wajar diamalkan oleh kita agar keamanan dan kesejahteraan serantau dapat
diperkukuhkan.
52
Nilai keenam ialah nilai bermuafakat antara negara. Semua negara harus
bersepakat dalam menangani masalah atau konflik dunia . Contohnya, negara
anggota ASEAN mengambil keputusan bersama mengisytiharkan Zon Aman,
Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).Tuntasnya , keamanan rantau Asia Tenggara
lebih terjamin dengan mengamalkan nilai pemuafakatan antara negara.
Nilai ketujuh ialah rakyat nilai sedia berkorban untuk mempertahankan
negara dan bangsa daripada serangan musuh. Pada hari ini negara kita
menghadapi ancaman Covid-19 yang sangat berbahaya. Semangat dan
kesungguhan yang ditunjukkan oleh anggota perubatan seperti doktor, jururawat
dan sebagainya untuk membantu para pesakit harus dihargai dan dicontohi.
Kegigihan pasukan keselamatan seperti tentera, polis, bomba, Rela bertugas
dengan tekun dan berdedikasi untuk menyelamatkan negara dari ancaman
musuh. Sedia berkorban harus menjadi nadi dan tanggungjawab kehidupan kita
demi mempertahankan negara.
Nilai kelapan ialah nilai menghargai nikmat keamanan dunia. Keamanan
pada hari ini wujud atas usaha yang bersungguh-sungguh oleh pemimpin dunia.
Kesanggupan pemimpin duduk di meja rundingan dan memeterai perjanjian
damai agar dunia tidak menghadapi perang pada masa hadapan wajar dicontohi
dan dihargai semua warga global. Contohnya peranan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu memastikan keamanan dunia patut dihargai dan disanjungi. Oleh
itu sewajarnyalah kita terus menghargai kepentingan keamanan global.
Nilai kesembilan ialah menanamkan nilai cinta akan negara dalam
kalangan rakyat di negara kita. Rakyat Malaysia harus memaparkan semangat
kecintaan yang sejati di sanubari. Contohnya rakyat Malaysia mendukung prinsip
Rukun Negara sebagai amalan hidup. Kita mesti memberikan taat setia yang
padu kepada negara. Tegasnya, semangat cinta kepada negara menjamin
keamanan dan kesejahteraan rakyat dan negara.
Nilai terakhir ialah memiliki nilai ketahanan fizikal dan mental untuk
menghadapi cabaran hidup. Rakyat Malaysia harus bersedia memperkasakan
mental dan fizikal masing-masing untuk menghadapi cabaran dalam dan luar
negara. Contohnya rakyat Malaysia bersedia berjuang menjadikan negara kita
terbaik dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Hal ini akan mengangkat
martabat Malaysia di persada dunia.

53
RUMUSAN
Dunia tidak pernah berhenti dari tercetusnya konflik dari dahulu hingga kini.
Konflik antara negara hingga tercetusnya peperangan seperti Perang Dunia
Pertama, Perang Dunia Kedua sehingga pergolakan masa kini di bumi Palestin,
Kashmir dan lain-lain hanya menjadikan dunia tidak aman dan berbahaya kepada
kehidupan.
Semua pihak perlu bertanggungjawab dan berganding bahu dalam
memastikan keamanan dunia. Kesombongan dan keangkuhan negara-negara
tertentu perlu dipatahkan kerana sikap negara-negara tersebut seringkali
mencetuskan konflik. Pemimpin-pemimpin dunia perlu mengelakkkan konflik dan
mencari jalan yang dapat merintis kepada keamanan dan kesejahteraan dunia.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) perlu memainkan peranan lebih
proaktif dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai organisasi paling
berpengaruh.
Peranan Malaysia dalam hal ini juga sangat membanggakan. Suara lantang
Malaysia di pentas-pentas antarabangsa sering kedengaran dalam
memperjuangkan isu penindasan dan konflik yang memudaratkan seperti isu
Palestin. Malaysia juga aktif mengambil bahagian dalam misi-misi antarabangsa
seperti di Iraq, Somalia dan lain-lain.
Menjadi harapan semua, konflik dunia yang belum terlerai hingga kini dapat
ditangani. Peperangan dan konflik yang berlaku sebelum ini sewajarnya sudah
mampu menyedarkan semua pentingnya keamanan dunia dipertahankan.
Tegasnya, generasi masa depan berhak untuk mewarisi dunia yang lebih selamat
dan sejahtera untuk didiami.

PANDUAN MENJAWAB TAMAT

54
TEMA UMUM: MALAYSIA DAN KERJASAMA MASYARAKAT ANTARABANGSA

Perang Dunia Pertama juga dikenali sebagai The Great War (Perang Besar) yang pernah
diketahui oleh manusia. (Sumber: www.bbc.ok.uk). Perang tersebut yang menandakan
bermulanya konflik antarabangsa yang lain dan meninggalkan kesan yang besar terhadap
dunia.

Tugasan Simulasi

Aspek Perincian Markah

Pengenalan 1. Nyatakan latar belakang konflik dunia selepas 5 markah


abad ke-20.
Isi dan huraian 2. Jelaskan konflik berikut:
a) Perang Dunia Pertama
10 markah
b) Perang Dunia Kedua 10 markah

3. Terangkan peranan pertubuhan berikut dalam


mengekalkan keamanan dunia.
a) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 10 markah
b) Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara 10 markah
(ASEAN )

Krisis antara Amerika Syarikat dan Iran yang kian


memuncak sehingga mencetuskan konflik sudah
tentu akan memberi kesan terhadap ekonomi
global.
Diubah suai daripada Sinar Harian,
5 Januari 2020

4. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan kesan


daripada tercetusnya konflik dunia. 10 markah

5. Keamanan dunia telah memberi banyak manfaat


kepada negara kita.
10 markah
Buktikan.

6. Pertikaian antarabangsa lebih baik diselesaikan di


meja rundingan.
10 markah
Berikan ulasan anda.

55
7. Pada pandangan anda, apakah cabaran dan 10 markah
bagaimanakah langkah bagi mengekalkan
keamanan dunia?

8. Bincangkan iktibar daripada tugasan. 10 markah

Kesimpulan 9. Hasilkan rumusan daripada tajuk kajian. 5 markah

KERTAS SOALAN TAMAT

56

Anda mungkin juga menyukai