Anda di halaman 1dari 33

PENJAJAHAN SEPANYOL

KE ATAS
FILIPINA
Agama Kristian

• Agama Kristian berasal dari Palestine, di Timur Tengah. Agama Kristian


mula tersebar luas di tiga buah benua iaitu Afrika, Eropah dan Asia.

• Perluasan besar Kristian berlaku di Eropah.

• Kedatangan Kristian ke daerah nusantara Melayu spt Filipina dan Indonesia


mempunyai kaitan dengan gerakan perluasan daerah oleh Portugal,
Sepanyol dan Belanda.

• Penyebaran agama Kristian ini dibawa masuk melalui perdagangan dan


kepentingan ketenteraan.
• Catholicism tiba di Asia Tenggara sebelum gerakan mubaligh protestan.

• Pertapakan awal catholicism adalah di Melaka seiring dengan penjajahan


Portugis pada 1511.

• Kemudiannya tersebar ke kepulauan Filipina oleh Sepanyol yang berjaya


menakluki Filipina pada 1521-1898.

• Portugis berusaha menyebarkan Catholicism ke Myanmar dan Cambodia


pada abad ke-16 setelah berjaya menggabungkan kawalan laluan
perdagangan di timur India dan utara Selat Melaka.

• Namun apabila berlaku konflik kerajaan Portugis pada abad ke-17,


pengaruh agama menurun.

• https://www.google.com/search?client=firefox-b-
e&q=perbezaan+di+antara+kristian+katolic+dan+protestan#fpstate=ive&vld=cid:9aad5731,vid:4px2NB1-xEA
• Protestan tersebar di Asia Tenggara pada abad ke-17
iaitu bermula dengan pengaruh Belanda di Indonesia
kemudiannya berkembang pada akhir abad ke-19.
• Pada peringkat awal Belanda dan Britain hanya
menumpukan kepada perdagangan dan keuntungan.
Setelah pentadbiran kolonial stabil dan syarikat
swasta digantikan dengan koloni, mubaligh
berpeluang untuk menyebarkan protestan di kawasan
koloni.

• Gerakan penyebaran ini biasanya disebarkan melalui


persatuan misalnya Anglican London Missionary
society, English Methodists dan Baptists.
Jalur Sutera

Diperkenalkan oleh
Ferdinand von
Richthofen.
Laluan perdagangan di
seluruh benua Asia yang
menghubungkan rantau
Asia Timur, Asia Selatan
dan Asia Barat dengan
rantau mediterranian dan
juga Afrika Utara, Afrika
Timur Laut dan Eropah.
Perjanjian Tordesillas 9 Jun 1494

• Ditandatangani oleh Sepanyol dan Portugal untuk


membahagikan dunia kpd dua wilayah pengaruh, dengan
garisannya dari kutub ke kutub melalui Lautan Atlantik 370
batu nautika ke barat kepulauan Cape Verde.
• Ia menetapkan kawasan ke barat termasuk Kepulauan
Maluku, Kepulauan Filipina dan Cipangu (Jepun) adalah
milik Sepanyol.
• Manakala kawasan ke timur termasuk Melaka dan Aceh
adalah hak milik Portugal.
Jalan penjelajahan awal Portugis dan Sepanyol
ke Asia Tenggara
Kawasan yang menjadi milik Portugis dan
Sepanyol mengikut Perjanjian Tordesillas 1494
Penaklukan Sepanyol

1567:
1565: Cebu Manila

1566: Pulau
Luzon,
Visaya &
Zamboga di
Mindanao
Tujuan penaklukan oleh Sepanyol

Perdagangan
Kristianisasi
rempah

Faktor prestij
Kristianisasi di Filipina
• Wasiat Ratu Isabella (1474-1504)
• Tujuan utama negara kita adalah sentiasa untuk
menukarkan agama penduduk pulau Hindia dan Terra
nullius* kepada agama suci kita dan menghantar biskop,
mubaligh dan orang terpelajar yang lain untuk mengajar,
mendidik dan melatih mereka supaya bertata-tertib.
(Gregorio F. Zaide )

• Terra nullius (/ˈtɛrə.nʌˈlaɪəs/, majmuk terrae nullius) ialah


ungkapan Latin yang bermaksud "tanah tiada milik",[1] dan merupakan
prinsip yang kadang-kadang digunakan dalam undang-undang
antarabangsa untuk menggambarkan wilayah yang mungkin diperoleh
oleh negara yang mendudukinya
• Peranan Putera Henry raja Portugal
• Menggalakkan Pelayaran, hasilnya menemui bahagian Barat
Afrika spt Maldeira, Pulau Azores dan Tanjung Verde.
• Mencari Prester John yang dipercayai berada di Abyssinia
Afrika dengan tujuan untuk mendapatkan bantuan penyebaran
dan memperluaskan pengaruh agama Kristian.
• Menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan dalam bidang
geografi, matematik, kartografi dan astronomi serta belajar
membaca manuskrip dari pelbagai bahasa untuk mencari tahu
jika ada jalan yang boleh menuju ke Asia/ kepulauan rempah.
• Ferdinan Magellan
• Berasal dari Portugal, asalnya berkhidmat dengan Raja Portugal tetapi tidak
mendapat sokongan padu dari Raja Manuel
• Kemudian pada 1517, beralih kepada berkhidmat dengan Raja Charles 1 dari
Sepanyol lalu mencari jalan ke Kepulauan Maluku (kepulauan rempah ratus).
Pada 1521 berlabuh di sebuah pulau yang pada awalnya dinamakan St. Lazarus
Archipelago.
• Upacara Pakatan Darah (lambang persahabatan di antara penduduk Sepanyol
dengan orang tempatan. Dilakukan oleh:
• Magellan dengan Raja Kolambu pemerintah Pulau Limasawa
• Miguel Lopez de Legazpi dgn Raja Urrao, pemerintah Pulau Samar
• Miguel Lopez de Legazpi dengan Katuna dan Gala iaitu raja Bohol

• 1542 Laksamana Ruy Lopez dan Vilalobos dari Puerta Navidad (Mexico) ke
Filipina. Vilalobos menggantikan nama kepulauan St. Lazarus menjadi
Philipinese sebagai tanda kehormatan kepada putera Philips iaitu putera
raja Charles V.
Konflik Lapu-lapu 1521

• Konflik Filipina dengan Raja Lapu-lapu dari Pulau


Mattan satu daerah Cebu. Ia berpunca dari
keengganan Raja Lapu-lapu bayar ufti kepada
Magellan. (Muruwiyah Ahmat)
• Angkatan Magellan (60 org bersenjata moden) Raja
Lapu-lapu 1500 orang guna buluh runcing dan panah
beracun). Magellan terbunuh di Cebu (27 April 1521)
akibat pemaksaan kristianisasi & peperangan) (DJ.M
Tate)
Kawasan yang menjadi Pusat Islam di Filipina
Islam di Filipina
• Islam telah bertapak di Sulu pada abad ke-13
berikutan lokasinya sbg jalur perdagangan a/bangsa
yang laut merah-Laut Cina yg dikuasai oleh pedagang
Muslim.
• Seterusnya Islam tersebar ke Filipina pd abad ke-14
oleh pendakwah dr Indonesia. Hingga awal abad ke-
16 pengaruhnya meluas ke Mindanao, Kepulauan
Visayas hingga ke Pulau Luzon.(Mulder, Niels)
• Pengaruh Islam mula terjejas dengan kemasukan
Sepanyol ke Filipina pada 1565.
• Ia terus berkurangan dengan penjajahan Amerika
Syarikat pada 1898-1935.
• Sulu dan Mindanao dipaksa tunduk kpd Sepanyol.
• Penyebaran agama Islam dihalang di jajahan Sepanyol
terutamanya kawasan selatan yang hampir dengan
Sulu dan Brunei.
• Pemimpin2 di Maguuindanao diarahkan utk tidak
menerima pengajar Islam, mengharamkan kemasukan
guru2 agama, masjid dibakar.
• Bantuan kewangan dan senjata/kekerasan kerajaan
Sepanyol, menyebabkan proses pemurtadan berlangsung
sistematik dan berjaya. Keseluruhan awal abad ke-19, 12
000 000 dibaptiskan , misalnya pada 1866 terdapat 4 00
000 orang dibaptiskan.
• Istilah indio panggilan utk pddk tmptn yg Kristian
• Infiles digunakan untuk org Spanyol yg lahir di Filipina
manakala peninsulares org Spanyol yg lahir di Sepanyol.
(Cesar Adib Majul)
• Moro berasal dari sebutan bahasa Sepanyol Moor,
Moriscor atau Muslim.
• Malik Ibrahim menyatakan perkataan Moor berasal dari
perkataan Latin Mauri, iaitu satu istilah yg digunakan oleh
Romawi Kuno kepada penduduk wilayah Aljazair Barat
dan Maroko. Kmdn Sepanyol menggunapakai istilah ini
kpd umat Islam di Filipina.
• Surat Raja Philip kepada Muquel Lopez de Legazpi
• Kami memberi kebenaran kepada kamu untuk menjadikan
orang Moro sebagai hamba dan merampas tanah mereka.
Kamu diberi amaran bahawa hanya boleh menjadikan mereka
hamba jika mereka menjadi Moro (memeluk Islam) kerana
kelahiran atau pilihan mereka sendiri..(T.J.S George:1980)
• Umat Islam Filipina sendiri tidak begitu menyukai
istilah Moro, dan sebaliknya Umat Islam menyebut
Orang Sepanyol dengan Kastilas (Castilians).
Penempatan utama adalah di bhgn Barat dan tgh
Mindanao serta pulau Sulu.
• Terdapat 12 kelompok suku bhs, atr yg utama
Maranao, Manguindanao, Tausug, Samal & Yakan.
(Esposito, John L)
Barangay dan Dasar Hispanisasi
• Barangay adalah unit pentadbiran tempatan yang terkecil
yang terdiri daripada 4-50 keluarga. Ia merupakan unit
kerajaan awal masyarakat Filipina yang merangkumi aspek
politik, ekonomi dan sosial. Setiap Barangay bebas dan
diketuai oleh seorang Datu. Sistem ini tidak mempunyai
sebuah kerajaan pusat.

• Dasar Hispanisasi merupakan langkah mensepanyolkan


Filipina. Ia bertujuan untuk memudahan pengawalan ke
atas tanah jajahan dari aspek pentadbiran, ekonomi dan
sosial.
• Di bawah Sepanyol, Filipina diketuai oleh Gabenor General yang mempunyai
kuasa yang luas.

• Hispanisasi politik
• Penyelewengan kuasa
• Rakyat tempatan tidak diberi peluang dalam pentadbiran

• Hispanisasi ekonomi
• Membawa kemakmuran dan kekayaaan kepada raja dan negara Sepanyol.
• Penduduk tempatan tidak mendapat keutamaan.

• Hispanisasi agama
• Bermatlamat menyebarkan agama kristian dalam kalangan masyarakat Filipina melalui
paderi Sepanyol.
• Sekularisasi : proses penyerahan pentadbiran gereja oleh paderi Sepanyol kepada paderi
tempatan yang digelar paderi sekular (tidak dilaksanakan)
Kategori masyarakat
Kelompok masyarakat yang dianggap paling tinggi dan
memiliki hak yang paling luas di koloni Sepanyol di
Kepulauan Filipina adalah mereka yang disebut peninsulares
(dari kata peninsula, atau semenanjung, yang menghala
pada Semenanjung Iberia dimana terletak Kerajaan Spanyol
dan Portugal).

Hanya orang Sepanyol yang dilahirkan di Semenanjung


Iberia yang disebut peninsulares.

Manakala orang keturunan asli Sepanyol tapi tidak lahir di


Iberia tetapi lahir di koloni digolongkan sebagai criollo (kreol)
dan diletakkan sedikit di bawah peninsulares dalam hirarki
masyarakat koloni.
kelompok kedua adalah mereka yang berasal dari wilayah
lain (misalnya orang Jepun atau pun orang Tionghoa),
dan majoritinya berasal dari Kepulauan Filipina sendiri
dipanggil dengan sebutan bernada penghinaan,yakni
indio (dari kata India atau Hindia) Jose Rizal
mengambilalih istilah indio dan menjadikannya sebutan
kebanggaan).

Muncul kelompok masyarakat “baru” yang lahir dari


hubungan antara orang Spanyol dengan indio, dan
jumlahnya lebih banyak jika dibandingkan antara orang
Tionghoa dengan indio, kelompok tersebut dinamakan
sebagai mestizo.
Imigran di Filipina
• Jepun: misalnya1875 pemerintah Meiji yg baharu telah menghantar satu rombongan
perdagangan ke Manila yg kmdnnya diikuti pedagang dan peniaga Jepun.
• Orang Eropah terutama dari Sepanyol, Inggeris, Perancis, Amerika
• Orang Cina: telah wujud hubungan sbl ketibaan Sepanyol. Kemasukan paling ramai adalah
pada tahun 1834 dan atr tahun 1876-1886.
• Mestizo Cina
• Keturunan bapa adalah Cina yang beragama kristian manakala ibu adalah Tagalog
yang mendapat tanah tetapi tidak boleh dijual. Pada akhir abad ke-19 jumlah mereka
dianggarkn 200 ribu.
• Antara tahun 1750-1850 muncul sebagai kuasa ekonomi yg berpengaruh di Filipina.
Mereka berperanan sebagai pelombong, orang tengah dan ceti.
• Selepas tahun 1850, apabila pelbagai sekatan dibatalkan ke atas orang Cina ia menjadi
saingan hebat kepada Mestizo. Akibatnya mereka kehilangan sebahagian besar
perdagangan kepada pihak Cina dan Barat.
Ekonomi
Sepanyol hanya memberi tumpuan kepada pelabuhan mereka di Manila dalam urusan perdagangan antara
negeri China dan Amerika.

Manila muncul sebagai entrepot yang utama bagi kegiatan perdagangan Timur Jauh. Menjadi tumpuan kapal-
kapal dari China dan Jepun, India dan Melaka, Ayuthia, Jawa Kemboja dan Kepulauan Maluku.

Pada 1593, Raja Philip II mengenakan monopoli diraja ke atas semua perdagangan Sepanyol di kawasan
Pasifik. Langkah ini bermulanya pelayaran galleon Manila.

Galleon Manila

-Belayar di jalur manila dengan Acapulco (benua Amerika, skrg sebahagian dari maxico ) melintasi
samudera Pasifik.

-Bawa Perak dari koloni Sepanyol di Amerika kmdn ditukar kpd barangan eksotis dr Tiongkok .

-Ia juga membawa sutera Cina, kapas, kain linen tau tembikar, rempah, ambar kasturi dan kayu2
wangi serta barang lain dari Asia yg sukar didapati di Eropah

-Perdagangan ini melibatkan hampir semua pusat perlabuhan dan juga politik dan manila sebagai
pusat utamanya.

-Syarat2 utama
-tinggal menetap di Manila selama 10 tahun. Kemudian ia dikurangkan kepada 5 tahun .
-Memiliki modal sebanyak 10 ribu peso kemudian dikurangkan kepada 4@5 ribu peso.
Di akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 produk yang dieksport
dari Manila tidak lagi terbatas kepada produk import (dari
Tiongkok atau dari Mexico) yang akan di-re-eksport (ke Mexico
atau ke Tiongkok), tapi termasuk juga produk tempatan yang
dihasilkan di Kepulauan Filipina seperti gula, nila (indigo), dan
kain katun.

Sesudah tahun 1830 dan hingga akhir abad ke-19, komposisinya


berubah lagi dimana produk eksport terpenting adalah produk
tempatan spt: gula, serat abaca, tembakau dan kopi .

masyarakat kolonial Filipina menjadi masyarakat yg


menghasilkan produk pertanian untuk eksport. Mereka
mengerjakan ladang milik sdr atau disewa dari tuan tanah.

Penyedia modal dan pedagang menjadi perantara yang


menghubungkan daerah yang menghasilkan produk dengan
Manila juga meningkat.
Perusahaan tanaman
• Tebu /gula: pembukaan pelabuhan Iloilo. Dirintis oleh nicholas Loney-
mempernalkn jntera moden spt kilang gula yg menggunakan kuasa wap di Pulau
Negros. Sekitar pertengahan abad ke-19 terdapat banyak kilang gula didirikan.
Kawasan tanaman adalah di Pulau Negros, Visayas dan wilayah Pampanga dan
Tarlic, Luzon.
• Tembakau misalnya dibawa dari Mexico oleh mubaligh Sepanyol. Diusahakan
sebagai satu sistem tanaman paksa. Dijadikan cerut atau rokok dan dijual dengan
harga pasaran.
• Abaka adalah untuk membuat tali. Sekitar 1850-an, kebanyakan dari abaka di
Filipina dihantar ke New England untuk diproses menjadi tali. Pusat
pengeluaran utama adalah di wilayah Bicol di Albay dan Sorsogon.
• Kelapa digunakan sebagai sumber makanan, bahan bakar dab tempat
perlindungan dan waktu itu ia menjadi pengeksport utama. Kawasan utama
adalah di Luzon, Visayas dan Mindanao. Ia menjadi kegiatan pekebun2 kecil.
• Di bawah pentadbiran Amerika Syarikat semua perusahaan ini semakin
berkembang maju.
Pendidikan
• 1865 dijadikan sekolah tinggi (lanjutan)
Universidad de • 1861-1898 menghasilkan 40 ribu mahasiswa
Santo Tomas (1611) • Bidang pengajian meliputi undang2,
kedoktoran dan falsafah

San Juan de Letran • Juga dijadikan sekolah tinggi (lanjutan)


dan Ateneo
Municipal
• 7 sekolah tinggi ditawarkan pddkn bachilleren
artes
Akhir abad ke-19 • membina 178 sekolah untuk llk dan prpn
Amerika Syarikat

• Amerika Syarikat menganggap perluasan kawasan


mereka adalah satu bantuan untuk membebaskan
sesebuah kawasan itu daripada kuasa imperialis dan
cuba memperkenalkan prinsip demokrasi.

• Sikap dan tindakan Amerika Syarikat yang demikian


itu menjadikannya terkenal sebagai juara demokrasi
dunia.
 Pendirian itu dibuktikan pada mulanya melalui Perang
Amerika-Sepanyol pada tahun 1898.

 Peperangan ini berkesudahan dengan penyingkiran penguasaan


imperialis Sepanyol bukan sahaja dari kawasan Amerika Tengah,
bahkan di beberapa pulau di Lautan Pasifik termasuklah
Filipina.

 Kejayaan Amerika Syarikat menyingkirkan penguasaan


Sepanyol di Filipina pada tahun 1899 sangat menggembirakan
para pejuang pembebasan Filipina.
 Alasan Amerika Syarikat menguasai Filipina;

i. Orang Filipina belum bersedia untuk membentuk kerajaan


yang bersifat demokratik.

ii. Orang Filipina dianggap masih kurang berpelajaran dan


pengalaman politik serta terpecah pula kepada pelbagai
bangsa dan bahasa.

iii. Orang Filipina tidak bersatu dan menghadapi masalah


agama.

Anda mungkin juga menyukai