Anda di halaman 1dari 4

LANGKAH-LAKGKAH MEMBUKA PUSAT TUISYEN

Sebelum buka pusat tuisyen, setiap pusat tuisyen perlulah berdaftar dulu dengan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dibawah akta pendidikan 1996. Ini bagi memastikan setiap pengurusan
/ pentadbiran dan silibus pendidikan selari dengan misi dan visi KPM dan seterusnya dapat
meyakinkan pihak ibu bapa untuk mendaftarkan anak mereka.

Sekiranya didapati tidak mendaftar, pusat tuisyen akan dikenakan denda kompaun sebanyak
RM30,000 serta boleh diarahkan tutup.

Untuk mendaftar dengan KPM, pengusaha pusat tuisyen boleh berjumpa dengan pegawai PPD di
Pejabat Pendidikan Daerah yang berhampiran dengan tempat anda. Anda boleh search di website
KPM untuk ketahui lebih lanjut di mana lokasi Pejabat Pendidikan yang berhampiran.

KENAPA PUSAT TUISYEN PERLU BERDAFTAR DENGAN KPM?

• Pusat Tuisyen akan dapat maklumat terkini tentang silibus dan sebarang info dari KPM
• Setiap guru di pusat tuisyen yang berdaftar boleh dapatkan lesen permit mengajar
• Mudah untuk berdaftar dengan SSM dan mendapatkan kelulusan dari Majlis Tempatan,
Unit Bomba dan Unit Kesihatan
• Meyakinkan pihak ibu bapa untuk mendaftarkan anaknya di pusat tuisyen yang berdaftar
• Sebagai pemasaran bahawa pusat tuisyen adalah berdaftar dan diyakini mengikuti silibus
terkini dan selari dengan KPM

Sesi perkongsian ini adalah hasil pengalaman sendiri penulis bagaimana proses mendaftarkan
pusat tuisyen, kerana penulis sebelum ini kerap berulang alik dari pejabat/pusat tuisyen/rumah ke
PPD/Majlis semata-mata untuk lengkapkan proses tersebut. Jadi dengan adanya perkongsian ini,
penulis percaya anda akan lebih mudah, cepat dan sudah membuat persediaan bagaimana untuk
mendaftarkan pusat tuisyen ke PPD. Untuk ketahui dan pertanyaan lebih lanjut, sila pergi ke
Pejabat PPD yang berhampiran dengan anda untuk tahu proses pendaftaran.

Untuk perkongsian FASA 1 adalah permulaan untuk menghantar kertas kerja Pusat Tuisyen dan
disemak serta diluluskan oleh pegawai PPD.
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftarkan Pusat Tuisyen FASA 1 :

1) Cari lokasi premis dahulu samada beli atau sewa


Pusat Tuisyen mesti beroperasi di bangunan rumah kedai atau bangunan untuk tujuan komersial.
Premis yang selain daripada itu tidak dibenarkan melainkan premis yang diluluskan oleh pihak
berkuasa tempatan (PBT)

Lokasi Pusat Tuisyen:

• Lokasi Pusat Tuisyen hendaklah sesuai dengan iklim pengajaran pembelajaran,


keselamatan, kesihatan dan lain-lain.
• Tiada gangguan atau ancaman bahan kimia atau kotoran sampah.
• Tidak berdekatan dengan pusat hiburan, perjudian, rekreasi atau pasar.
• Pemindahan lokasi hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan yang bertulis
daripada Kementerian Pelajaran.

2) Pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk book nama Pusat Tuisyen anda (Supaya
nama pusat tuisyen tidak diambil atau digunakan oleh orang lain)
Nota : Rujuk SSM untuk info lanjut

3) Pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan dapatkan Borang Permohonan Buka Pusat
Tuisyen

4) Sila isikan maklumat-maklumat dan syarat-syarat yang perlu diisi dalam Borang tersebut.
– Nama Pusat Tuisyen (Berikan 3 nama cadangan)

Nama Institusi:

Nama institusi yang dicadangkan sesuai serta mengutamakan Bahasa Melayu, mempunyai unsur-
unsur pendidikan dan bercirikan Malaysia. Nama institusi hendaklah dalam bahasa Melayu,
bermula dengan Pusat Tuisyen.. dan diikuti dengan nama yang dicadangkan.
Nama orang kenamaan tempatan yang telah meninggal dunia boleh digunakan dengan terlebih
dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada warisnya.

• Lain-lain nama yang tidak boleh digunakan termasuklah yang berikut:


nama orang kenamaan yang masih hidup,
• nama tempat,
• nama jalan,
• nama singkatan,
• nama yang tidak mempunyai makna.
• nama institusi-institusi pendidikan yang terkenal sama ada di dalam atau luar negeri.
• nama yang menggunakan yayasan /politeknik.
– 4 orang WAJIB ada (3 orang Ahli Lembaga Pengelola (ALP) dan 1 orang Guru Besar)
Nota : Tidak boleh isi nama orang yang sama, mesti orang yang berlainan

– Guru Besar hendaklah ada Permit Mengajar dan berpengalaman luas dalam pendidikan
sekurang-kurangnya 3 tahun (Untuk JPN Selangor tidak perlukan permit mengajar, sila rujuk JPN
negeri masing-masing)

5) Sediakan Salinan Sijil SPM, Salinan Pendidikan Terakhir, Salinan IC, SURAT PERLANTIKAN 3 ALP
dan 1 Guru Besar
Anda perlulah sediakan surat perlantikan 3 ALP dan 1 Guru Besar sebagai bukti anda melantik
beliau bekerja dan ada jawatan di Pusat Tuisyen. Surat perlantikan adalah dari surat pusat
tuisyen anda sendiri.

Surat Perlantikan atas jawatan Pengerusi, Ahli Lembaga Pengelola dan Guru Besar (Pengetua)

6) Sediakan Pelan Lokasi dan Pelan Lantai Pusat Tuisyen (Boleh google)

Contoh Gambar Pelan Lokasi


7) Senarai Yuran Cadangan, Jadual Cadangan dan Gambar-Gambar Premis Depan, Belakang, Tepi
dan Dalam
Boleh berikan cadangan jadual pembelajaran dan senarai yuran dalam bentuk yang mudah
dibaca atau dalam bentuk table

Yuran:

Jenis dan kadar yuran hendaklah berpatutan dan diluluskan oleh Ketua Pendaftar. Sebarang
kenaikan yuran perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Pendaftar terlebih dahulu
Peruntukan Masa Beroperasi:

Setiap pusat tuisyen dibenarkan mengendalikan tiga sesi operasi, iaitu sesi pagi, petang dan
malam.
Masa yang diperuntukkan bagi setiap sesi adalah tidak melebihi yang berikut:
o sesi pagi 9.00 pagi – 11.00 pg
o sesi petang 3.00 ptg – 6.00 ptg,
o sesi malam 7.00 mlm-10.00 mlm
8) Surat Permohonan Membuka Pusat Tuisyen
Surat dari anda sendiri untuk membuka pusat tuisyen kepada PPD

Kemudian,

9) Sila hantarkan kertas kerja tadi kepada Pegawai PPD dan dapatkan semakan dan disahkan oleh
Pegawai PPD.

Pegawai PPD akan membuat satu lawatan ke premis anda untuk melihat aspek bangunan dan
syarat-syarat yang mesti dipatuhi.

Selepas lawatan disahkan dan diluluskan oleh Pegawai PPD, anda perlu membuat bayaran.
Bayaran yang dikenakan RM150 dan anda akan dapat dokumen :-

a) Lesen Perakuan Pendaftaran Sementara Pusat Tuisyen (Selama setahun)

b) Surat Permohonan Kelulusan ke Majlis, Unit Bomba dan Unit Kesihatan (3 surat)

c) Surat Permohonan untuk mendaftar di SSM (1 surat)

Jadi dalam masa setahun (Selama ada Lesen Sementara), anda perlu mendaftar ke SSM dan
dapatkan kelulusan dari Majlis, Unit Bomba dan Unit Kesihatan. Sekiranya melebihi tempoh
setahun, lesen sementara pusat tuisyen anda boleh renew tarikh baru dengan pegawai PPD.

Untuk Fasa 2 adalah tentang bagaimana untuk mendapatkan Lesen dari Majlis, Unit Bomba dan
Unit Kesihatan pula sebelum mendapatkan Lesen Penuh Pusat Tuisyen selama tempoh 5 tahun.

Anda mungkin juga menyukai