Anda di halaman 1dari 8

KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN

78000 ALOR GAJAH


MELAKA.

KERTAS PENERANGAN
INFORMATION SHEET

KOD DAN NAMA PROGRAM


/ PROGRAM CODE AND TEKNOLOGI PEMBINAAN
NAME
TAHAP / LEVEL L1
NO. DAN TAJUK
MODUL /MODULE NO. AND M06 REINFORCEMENT AND CONCRETE WORKS 1
TITLE
NO. DAN PERNYATAAN
KOMPETENSI / 03 Outlet Traps Installation
COMPETENCY NO. AND
STATEMENT

PERFORMANCE STANDARD
OBJEKTIF MODUL /
MODULE OBJECTIVES
INSTALL NECESSARY OUTLET TRAPS
ACCORDINGLY

NO. KOD / CODE NO. CCT 106/ M06/P/KA(6/3) Muka: 1 Drp:10

TAJUK : PERANGKAP ALIRAN AIR KELUAR

TUJUAN:
Dalam pemasangan paip sanitari khasnya saliran buangan sesuatu perlu dibuat bagi
mengelakan gas kubahan atau bau busuk keluar dari saliran.Untuk itu perangkap perlu
dipasang bagi memerangkap bau busuk tersebut dari dan mengganggu ketenteram
pengguna. Oleh kerana sesetengah perangkap dipasang tertanam dalam konkrit,maka
penyediaan pada ruang-ruang perangkap perlu dilakukan semasa penuangan
konkrit.Lokasi yang tepat diperlukan dengan merujuk pelan-pelan projek dan
sebagainya.
No. Kod : CCT 106/ M06/P/KA(6/3) Muka: 2 Drp:8
PENERANGAN
1.0 PENDAHULUAN
Perangkap aliran air keluar sering dipasang pada ruang bilik air, dapur dan ruang-
ruang yang dipasang kelengkapan sanitasi dan perpaipan .Ruang-ruang ini
memerlukan saluran dan perangkap samada yang ditanam dalam konkrit atau saluran
saluran paip yang melalui struktur konkrit bagi mengalir keluar air-air sisa atau sisa
kumbahan. Bagi lokasi pemasangan perangkap yang tertanam dalam konkrit perlu
menyediakan laluan- laluan yang sesuai dalam konkrit. Perangkap-perangkap yang
perlu dipasang perlu dirancang sebaiknya supaya ianya boleh ditempatkan pada lokasi
dan posisi yang betul sebelum pengkonkritan dilakukan.

2.0 PERANGKAP ALIRAN KELUAR DAN FUNGSINYA


Perangkap yang digunakan dalam perusahaan penbinaan ialah sejenis paip yang
dibentukkan khas untuk menyimpan atau menakung air. Ia dipasang pada sistem paip
saliran bagi memenuhi fungsi-fungsi yang diperlukan.
Fungsinya ialah
i. Mencegah gas kumbahan atau bau busuk keluar dari sistem saliran dan masuk
ke dalam bangunan . Dengan ini dapat menghindari pencemaran udara dalam
bangunan. Gas kumbahan ini diperangkap oleh air bertakung dalam perangkap
tersebut,yang dinamakan Adang air atau Kedap air. Kedalaman adang air
berbeza dari 25 mm ke 75 mm atau lebih bagi perangkap yang lebih besar .
Untuk menjamin fungsi perangkap ini berkesan ,air mestilah sentiasa ada
didalam perangkap tersebut

75mm
Adang air 25mm
Adang air

Lantai
Konkrit Saluran paip
keluar

ii. Memerangkap sisa pepejal seperti sisa makanan,kersik dan kelodak yang
menyebabkan saluran tersumbat.
iii. Menghalang kemasukan serangga
No. Kod : CCT 106/ M06/P/KA(6/3) Muka: 3 Drp:8

3.0 JENIS-JENIS PERANGKAP


Terdapat beberapa jenis perangkap yang boleh dikelaskan mengikut bentuk dan
kegunaannya

3.1 Terdapat 4 jenis perangkap mengikut bentuk, iaitu :


(a) Perangkap bentuk P (rajah A ).
.(b) Perangkap bentuk Q (rajah B).
(c) Perangkap bentuk S (rajah C ).
(d) Perangkap Botol
Perangkap-perangkap tersebut dinamakan sedemikian kerana bentuknya seperti huruf-
huruf tersebut.

Perangkap S
Perangkap S adalah sama seperti perangkap P. Perangkap ini digunakan bagi memasang
water closets dalam tandas . Perbezaan diantara perangkap S dan P ialah Perangkap P
diguna untuk aliran keluar melalui tembok sedangkan perangkap S diguna untuk aliran
keluar melalui lantai.

Perengkap P
Perangkap P terdiri dari besi tuang atau UPVC. Perangkap ini juga mempunyai adang
air yang dapat menghindari gas atau bau busuk memasuki rumah kediaman. Ia juga
dapat memerangkap sebarang benda yang terjatuh.
No. Kod : CCT 106/ M06/P/KA(6/3) Muka: 4 Drp:8
Perengkap Q
Perangkap ini diguna dalan tandas dibawah water closet. Ianya hampir sama dengan
perangkap S dan diguna pada tingkat atas bangunan selain dari lantai bawah padu

3.2 Lokasi Pemasangan


Lokasi pemasangan perngkap P,Q, S dan Botol dipasang pada alur keluar tandas dan alur
keluar pada lekapan lain seperti sink,besen basuh dan tab mandi.

3.3 Terdapat 3 jenis perangkap mengikut kegunaannya, iaitu


(a) Perangkap lantai ( Rajah D )
(b) Perangkap lantai geggeluk ( Rajah E )
(c) Perangkap antara ( Rajah F )

3.4 Lokasi Pemasangan


 Perangkap Lantai
Perangkap jenis ini diperbuat
daripada besi tuang.Ia digunakan
dibilik ais,dapur dan lain-lain dimana
air kotor dikeluarkan melalui saluran
air.Di sebelah atasnya ditutup
dengan penutup untuk mencegah
kemasukkan kekotoran yang
besar.Penutup ini boleh dibuka
apabila
Perangkap Gegeluk
perangkap itu hendak di
bersihkan.
No. Kod : CCT 106/ M06/P/KA(6/3) Muka: 5 Drp:8

Perangkap jenis ini biasanya diperbuat daripada tanah liat dan juga menpunyai satu
penutup besi tuang yang berlubang diatasnya. Perangkap ini digunakkan
dibahagian bawah paip tegak,biasanya pada aras tanah dan dipasangkan disebelah
luar tembok rumah.Semua saluran air hujan mestilah disalurkan melalui perangkap
gegeluk mempunyai adang air yang tingginya dari 60 mm hingga 70 mm.

Jeriji

Adang Air

.
 Perangkap Antara
Perangkap jenis ini mempunyai adang air sehingga lebih kurang 100 mm dan dipasang
pada lurang yang terakhir dalam sistem saluran perumahan sebelum aliran masuk ke
pembentungan.Tujuan utama mengadakan perangkap ini ialah untuk mencegah gas
dari sistem pembentungan masuk ke sistem saluran perumahan

Perangkap Gully
Perangkap Gully dipasang diluar bangunan bagi membawa air sisa keluar dari besin
basuh,sinki,bilik air dan sebagainya. Disambung dengan saliran/pembetungan
berhampiran dengan bangunan supaya gas busuk daripada penbetungan tidak
memasuki bangunan. Ia adalah perangkap dengan adang yang dalam. Kedalaman
adang air adalh 50mm minimum. Ia dapat menghalang lipas dan serangga .
No. Kod : CCT 106/ M06/P/KA(6/3) Muka: 6 Drp:8

3.5 Saiz Perangkap


Saiz perangkap ditentukan oleh kod tempatan. Sesuatu perangkap adalah tidak
melebihi saiz paip saliran yang menerima sisa air .

4.0 KAEDAH PENEMPATAN DAN PEMASANGAN PERANGKAP


4.1 Pemasangan Perangkap P
4.1.1 Pemasangan Perangkap P untuk sistem saluran bawah tanah
Operasi pemasangan dijelaskan dalam kertas amali CCT 105/ M06/KA(6/3)

UJI DIRI
No. Kod : CCT 106/ M06/P/KA(6/3) Muka: 7 Drp:8

1. Terangkan fungsi perangkap aliran air.


(2 markah)

2. Dimanakah selalunya ‘outlet traps’ dipasang


(2 markah)

Soalan berikut ialah BETUL / SALAH


Tandakan (√) pada petak yang anda fikirkan betul atau salah
(4 markah)
BETUL SALAH

3. Perangkap ‘Gegeluk’ digunakan di bahagian bawah paip tegak.


Biasanya pada aras tanah Dan dipasangkan di sebelah luar
tembok rumah.

4. Perangkap ‘Antara’ dipasang terus ke tangki najis (saptic tank)

5. Perangkap ‘lantai dipasang dibilik air, dapur Dan tempat yang


difikirkan perlu

6. Perangkap dinamakan mengikut bentuk ianya dibuat

7. Lakarkan perangkap ‘Gegeluk’ dan perangkap ‘Antara’


(4 maka
No. Kod : CCT 106/ M06/P/KA(6/3) Muka: 8 Drp:8

Rujukan:

1. pavingexpert.com

2. TRAPS, CLEAN-OUTS, AND INTERCEPTORS


books.mcgraw-hill.com/engineering/.../PlumbingCode06_ch10.pdf

Anda mungkin juga menyukai