Anda di halaman 1dari 6

KETUA PEMBANGKANG

Sayang sayang buah kepayang,

Sayang hujah kerajaan pincang,

Jaga jaga pembangkang datang

Untuk meniup hujah kerajaan terbang.

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya membuka arena perdebatan pada hari ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang DiPertua, barisan perwakilan pihak
pembangkang, perwakilan kerajaan, seterusnya sidang dewan sekalian.

Assalamualaikum, warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat bersidang.

Tuan yang dipertua, ahli-ahli yang berhormat sekalian, saya amat bersyukur kerana diberi
peluang untuk bersidang pada hari ini, membahaskan satu usul yang begitu penting untuk
diperdebatkan.

Tuan yang dipertua, usul pada hari ini berbunyi,

ROKOK ELEKTRONIK ANCAMAN GOLONGAN MUDA

Sebentar tadi, yang amat berhormat perdana menteri telah membentang definisi bagi
usul ini. Namun, setelah kami kaji, setelah kami teliti, terdapat ketidak relevanan usul
kerajaan pada hari ini.

Tuan yang dipertua,

Selaku ketua pembangkang, untuk menolak usul pada hari ini, saya ingin
mengutarakan hujah pertama kami dengan kata kunci ROKOK ELEKTRONIK SEBAGAI
PENGGANTI. Satu kajian mendapati rokok elektronik atau vape boleh dianggap sebagai
satu terapi penggantian nikotin melalui kaedah pengurangan kemudaratan tembakau yang
berkesan bagi membantu perokok berhenti merokok.

Perkara ini telah dibentangkan, Pakar Kesihatan Awam daripada Universiti


Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh dalam persidangan
pengurangan kemudaratan tembakau (THR) anjuran Federation of Private Medical
Practitioners Associations Malaysia (FPMPAM). Menerusi pembentangan tersebut, Prof.
Sharifa Ezat memaklumkan, Kementerian Kesihatan (KKM) mensasarkan pengurangan
jumlah perokok di Malaysia sebanyak 15 peratus menjelang 2025 kerana bebanan negara
kepada penyakit berkaitan rokok adalah sangat tinggi. Untuk mencapai sasaran tersebut,
kerajaan perlu menyusun strategi dan melihat kaedah-kaedah yang telah diguna pakai
negara antarabangsa yang terbukti berkesan. Katanya lagi, terdapat negara yang
menggunakan rokok elektronik dan vape sebagai alternatif untuk mengurangkan ketagihan
perokok sedia ada dan telah berjaya menurunkan kadar merokok di negara tersebut dengan
konsisten.

Dapatan menunjukkan trend merokok telah menurun di United Kingdom (UK)


selepas Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) mempromosikan vape melalui kawal
selia yang ketat dan pihak kesihatan di UK berpendapat, vape adalah penyumbang utama
kepada penurunan kadar merokok di negara itu. Oleh demikian, Malaysia harus melihat sisi
baik ini dengan mengambil contoh negara-negara seperti UK ini yang telah mengiktiraf rokok
elektronik dan vape sebagai salah satu terapi penggantian nikotin dan kemudaratan
tembakau.

Tuan Yang DiPertua,

Saya tegaskan hujah pertama ini berlandaskan pendirian kami selaku pihak Pembangkang
pada hari ini, bahawa sesungguhnya rokok elektronik bukanlah ancaman kepada
golongan muda berdasarkan kepada fakta dan kajian yang telah saya utarakan sebentar
tadi.

Maka, usul ROKOK ELEKTRONIK ANCAMAN GOLONGAN MUDA wajar


dibangkang. Dengan itu, Tuan Yang DiPertua, mohon untuk terus membangkang.
PEMBANGKANG KE-2

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Selamat sejahtera dan Salam Malaysia Madani

Tuan Yang DiPertua, rakan-rakan dari pihak pembangkang, barisan Menteri dan seterusnya
ahli dewan sekalian.

Selaku pembangkan kedua, izinkan saya mengutarakan hujah kedua kami dalam
menolak usul yang diperbahaskan pada hari ini. Pembangkang konsisten menyatakan
bahawa rokok elektronik dan vape bukanlah ancaman berdasarkan kata kunci “BAHAN
KANDUNGAN TERKAWAL”.

Pihak kerajaan pasti mempersoalkan kandungan bahan yang terdapat di dalam


cecair rokok elektronik dan vape ini. Secara asasnya, cecair rokok elektronik atau pun vape
ini boleh dibancuh dengan mudah. Kandungan bahan dalam cecair ini boleh dipilih oleh si
pembuat sama ada ingin menggunakan bahan yang selamat atau bahan yang terlarang.
Untuk menghasilkan sejenis cecair vape sebenarnya hanya memerlukan 3 bahan asas
utama sahaja iaitu nikotin, gliserin dan perasa. Bahkan ada sesetengah cecair rokok
elektronik ini tidak menggunakan nikotin sebagai bahan asas penghasilan produk mereka.

Bagi kandungan seperti gliserin, ianya adalah bahan kimia yang semulajadi dan ada
kalanya digunakan sebagai ubat. Dalam pada itu, Gliserin juga diambil untuk penurunan
berat badan, meningkatkan prestasi senaman, membantu tubuh menggantikan air yang
hilang semasa cirit-birit dan muntah, dan mengurangkan tekanan di dalam mata mereka
yang mengidap glaukoma. Atlet juga menggunakan gliserin untuk tidak menjadi dehidrasi.
Bagi sesetengah penggunaan dan bentuk dos telah diluluskan oleh U.S. Food and Drug
Administration (FDA) selamat untuk digunakan.

Formulasi asas untuk perasa cecair vape atau lebih dikenali sebagai e-liquid atau e-
juice ini terdiri daripada propylene glycol (PG), vegetable glycerin (VG) dan juga bahan
perisa makanan lain sering digunakan dalam pemakanan harian kita. Kesemua bahan-
bahan asas ini sudah sebati dalam kehidupan seharian dan sering digunakan dalam
kalangan masyarakat hari ini.

Justeru, tidak seharusnya timbul isi kandungan yang tidak selamat jika orang muda
menggunakan rokok elektronik kerana kerajaan sebenarnya mampu mengawal selia
kandungan selamat dan jumlah sukatan yang seharusnya berada dalam cecair rokok
elektronik ini. Bahkan seperti yang saya nyatakan sebentar tadi, terdapat cecair vape
dipasaran yang tidak mengandungi nikotin. Bermaksud penggunaan bahan nikotin ini boleh
digantikan dengan penggunaan bahan yang lain yang lebih selamat. Kerajaan juga boleh
laksanakan amalan pengilangan yang baik dan wujudkan latihan standard bagi mengawal
selia pengeluaran cecair rokok elektronik dan vape supaya tidak timbul isu kesihatan yang
mengancam nyawa pengguna sebagaimana yang dilaksanakan oleh Perkhidmatan
Kesihatan Kebangsaan (NHS) United Kingdom dalam mempromosikan vape melalui kawal
selia yang ketat dan pihak mereka.

Oleh yang demikian, dengan izin Tuan Yang DiPertua, kami mohon untuk terus
membangkang dan menolak usul kerajaan pada hari ini.
PEMBANGKANG KE-3

Terima kasih Tuan Yang DiPertua, rakan-rakan pihak Pembangkang, kabinet Kerajaan dan
seterusnya Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Assalamualaikum dan selamat bersidang.

Bertindak selaku Pembangkang Ketiga pada hari ini, saya TIDAK BERSETUJU dengan
gagasan usul Y.A.B Perdana Menteri, iaitu “ROKOK ELEKTRONIK ANCAMAN
GOLONGAN MUDA”

Hal ini kerana, kami di pihak Pembangkang berpendirian tegas bahawa Rokok Elektronik
Bukanlah Ancaman Kepada Golongan Muda memandangkan ianya mampu mengatasi
pelbagai isu dan permasalahan yang ada.

Saya ingin membidas hujah yang diutarakan oleh______________________________


_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Kerajaan menjelaskan bahawa rokok elektronik merupakan satu ancaman kepada


golongan antara 18 hingga 40 tahun. Bidasan saya mudah saja, perlu kita fahami,
mereka yang berumur antara 18 hingga 40 tahun adalah mereka yang dikategorikan
sebagai matang dalam aspek pemikiran, jasmani, rohani dan lainnya. Bekas Perdana
Menteri ke-4 dan ke-7 Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu wawancara bersama Astro
Awani pernah menyatakan bahawa usia 18 tahun sudah cukup matang untuk diberi hak
dan tanggungjawab sebagai penentu masa depan negara. Menurut Dr Mahathir,
kumpulan tersebut sudah terdedah kepada maklumat dan perkembangan semasa
berbanding golongan belia pada eranya. Mereka mampu mengakses sebarang informasi
yang diinginkan dan membuat penilaian yang tepat kepada sebarang permasalahan yang
timbul. Justeru, adalah kurang tepat jika kita katakan rokok elektronik menjadi ancaman
kepada golongan ini, kerana mereka sudah pasti mampu menilai antara baik dan buruk
rokok elektronik kepada diri mereka sendiri.

Tuan Yang Dipertua,

Sila analisis Hujah Ketiga kami berdasarkan kata kunci “PEMANGKIN EKONOMI”.
Ingin saya tegaskan bahawa rokok elektronik bukanlah satu ancaman bahkan ianya
pemangkin ekonomi golongan muda dan negara. Golongan muda hari ini dapat menjana
pendapatan yang lumayan melalui hasil perniagaan jual beli rokok elektronik beserta
cecairnya.

Dalam satu temubual bersama peniaga rokok elektronik dan vape oleh Akhbar Berita
Harian mendapati, HANYA bermodalkan RM300 hingga RM350 sudah cukup untuk
mengusahakan perniagaan menjual cecair vapor dan berupaya menjana keuntungan bersih
antara RM400 hingga RM420 iaitu bagi setiap kandungan berat 500 miligram (mg). Ada di
antara peniaga yang mampu mencatatkan hasil jualan sekitar 10,000 miligram cecair rokok
elektronik bagi tempoh sebulan. Sekiranya dikira secara bulalan, keuntungan bersih yang
mampu diraih oleh peniaga ini adalah sekitar RM8000 – RM10,000 sebulan. Hal ini sudah
pasti dapat meningkatkan sosioekonomi golongan muda secara tidak langsung.

Manakala bagi pihak kerajaan pula, data hasil kutipan cukai yang dikutip bagi bulan
Mei dan September pada 2019 adalah berjumlah RM12.5 bilion dengan cukai yang
dikenakan ke atas perjudian, tembakau dan arak masing-masing berjumlah RM4.5 bilion,
RM4.4 bilion dan RM3.6 bilion. Justeru, kami mencadangkan agar perkara yang sama
dikenekan kepada penggunaan rokok elektronik beserta cecairnya. Kerajaan
berkemungkinan mampu mengutip hasil yang lebih lumayan berbanding hasil kutipan cukai
rokok memandangkan penggunaan rokok elektronik dan vape semakin popular pada hari ini.

Saya ingin persoalkan, adakah kerajaan sanggup kehilangan berbillion ringgit hasil
daripada kutipan cukai dan kehilangan alternatif kepada pemangkin ekonomi golongan
muda hari ini? Dengan mengklasifikasikan ia sebagai suatu ancaman yang tidak jelas sudah
pasti akan menghalang perkembangan ekonomi negara dan pendapatan rakyat, kususnya
anak muda. Bahkan pengharaman rokok elektronik dan vape bukanlah satu alternatif yang
terbaik kerana tindakan tersebut akan menimbulkan permasalahan lain. Sebagai contoh, isu
pasaran haram seperti yang berlaku kepada rokok tembakau, telah diseludup masuk ke
pasaran tanpa dikenakan sebarang cukai. Maka, hal ini telah memberikan kerugian yang
sangat besar kepada hasil negara.

Justeru, berdasarkan hujah-hujah yang telah diutarakan, pihak pembangkang


konsistan menyatakan usul “Rokok Elektronik Ancaman Golongan Muda” wajar
dibangkang dan ditolak. Kerana pada hakikatnya Rokok Elektronik ini mampu menjana
pendapatan buat anak muda dan negara.

Dengan itu, Tuan Yang DiPertua, mohon untuk terus membangkang.

Anda mungkin juga menyukai