Anda di halaman 1dari 10

SKEMA PREPSPM SEM 2 SESI 2022/2023

DISEDIAKAN OLEH: AMIRAH MOHAMMAD , UNIT PENGURUSAN PERNIAGAAN KMKt


ARAHAN: KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI TIGA SOALAN. JAWAB SEMUA SOALAN

1. Millenia Cyberspy Solution Sdn Bhd (MCS) merupakan pengeluar CCTV


berteknologi canggih dan terkini. Walau bagaimana pun, syarikat mendapati sistemteknologi
operasi kilang tersebut masih belum mantap terutamanya dari segimeningkatkan kualiti
imej CCTV. Syarikat ini merancang untuk mengeluarkan 1,500 unit CCTV pada tahun
hadapan. Kos belian bahan mentah satu kilogram ialah RM110.00 dan kos
setiap pesanan ialah RM 55.00.Kos penyimpanan dan penyelenggaraan setiap kilogram
bahan mentah ialah 15% daripada harga belian.

(a) Berdasarkan model Kuantiti Pesanan Ekonomik (EOQ) hitungkan :


(i) Kuantiti Pesanan Ekonomik (EOQ) dan bilangan pesanan setahun
(4 markah)

EOQ
h-= V x CC%
= kos belian bahan mentah x kos penyimpanan %
= RM110 x 15%
= RM 16.50

EOQ = √2DS
h
=√2 (1500unit)(RM55)
RM16.50
= 100 unit.

Bilangan Pesanan setahun


N= D/EOQ
= 1500unit/100unit
= 15 kali.

(ii) Jumlah kos inventori pada tahun hadapan. ( 4 markah)


Kos Penyimpanan
= EOQ x h
2
= 100unit x RM16.50
2
= RM825.00 ( 2m)
Kos pesanan
=D x S@OC
EOQ

= 1500unit x RM55
100 unit

= RM 825.00 (2m)

Jumlah Kos inventori = TCC + TOC


= RM825 + RM825
= RM1650

(iii) Huraikan langkah-langkah dalam proses kawalan kualiti bagi


pengeluaran alat CCTV di syarikat ini. (12 markah)

i. RANCANG (PLAN)
Rancangan untuk penambahbaikan operasi dengan mencari perkara yang tidak dapat diselesaikan,
iaitu mengenalpasti masalah dan mencadangkan penyelesaian. Proses ini bermula dengan
mengenalpasti masalah, memilih masalah, mendefinisikan masalah, menganalisa masalah dan
cadangan penyelesaian.

Contohnya Syarikat Mellenia Cyberspy Solution Sdn Bhd ( MCS) perlu menjana idea baru untuk
menyelesaikan masalah sistem teknologi operasi kilang tersebut y a n g masih belum mantap
terutamanya dari segi meningkatkan kualiti imej CCTV dengan cadangan untuk membaik pulih @
menyelenggara sistem operasi teknologi kilang MCS.

ii. BUAT (DO)


Melaksanakan cadangan seperti yang dirancang.Melakukan perubahan yang dirangka dalam
menyelesaikan masalah pengeluaran produk daripada skala kecil atau melakukan percubaan
pertama. Tindakan ini meminimumkan sebarang gangguan terhadap aktiviti rutin.
Contohnya, MCS melaksanakan perubahan yang dirancang dengan mengarahkan jurutera
dan pakar ICT kilang untuk menaiktaraf sistem operasi teknologi kilang MCS supaya
pengeluaran imej CCTV lebih berkualiti tinggi.

iii. SEMAK (CHECK)


Mengukur pencapaian dengan membandingkan kedudukan sebelum dan selepas cadangan
dilaksanakan.Periksa sama ada percubaan pertama bagi penyelesaian masalah pengeluaran produk
atau perubahan yang dilakukan mencapai keputusan yang dikehendaki atau tidak.Teruskan
membuat semakan untuk memantau kualiti produk dan mengesan kewujudan masalah baru.
Contohnya MCS perlu membuat semakan untuk memantau kualiti imej CCTV yang di keluarkan
setelah sistem operasi teknologi dinaiktaraf. Hasil daripada pemeriksaan percubaan pertama yang
dibuat, di dapati terdapat imej CCTV yang masih tidak berkualiti kerana sistem operasi teknologi
kilang belum mencapai piawaian yang ditetapkan.
iv. TINDAKAN (ACT)
Mengambil tindakan susulan bagi memastikan kaedah baharu dilaksanakan dengan berkesan dan
memberi hasil yang memuaskan.Pihak pengurusan mengambil tindakan pembetulan dan membuat
penambahbaikan yang berterusan.Melaksanakan perubahan bagi menyelesaikan masalah kualiti
pengeluaran produk pada tahap yang lebih besar jika percubaan pertama berjaya.
Contohnya MCS perlu mengambil tindakan susulan segera dengan mengambil khidmat pakar
teknologi dari luar untuk membaiki serta menaiktaraf taraf system teknologi operasi kilang bagi
memastikan imej CCTV dapat dihasilkan dengan lebih sempurna serta berkualiti tinggi bagi menepati
standard yang ditetapkan oleh syarikat.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. Pemilik Mat Ismail, 63 (pada tahun 2014), memulakan pengeluaran Budu Cap Ketereh di Kampung
Ketil Tumpat Kelantan seawal tahun 1978. Jualan Budu Cap Ketereh beliau pada masa kini telah
mencapai tahap jualan yang kemuncak berbanding tahun-tahun yang lepas. Keputusan membentuk
paduan pemasaran yang terbaik adalah penting dalam memaksimumkan keuntungan dan
mempertahankan syer pasaran.

i) Kenalpasti dan labelkan tahap kitaran hayat produk tersebut. ( 4 markah)


Jawapan: Peringkat Kematangan kerana syarikat BCK telah mencapai tahap jualan
yang kemuncak berbanding tahun-tahun yang lepas. ( 2 m)
Rajah KHP lengkap 2m

SBCK

SBCK
Jelaskan: a) 3 strategi pemasaran dan ( 9 markah)

1) Produk
Mempelbagailkan jenama atau model.
Contohnya, SBCK telah mengeluarkan jenamaBudu Berapi yang berperisa pedas pada awal
tahun 2022.

2) Harga
Harga yang ditawarkan untuk menandingi pesaing. Contohnya, SBCK meletakkan harga budu
mereka sama dengan pesaing supaya dapat terus bersaing dalam industri.

3) Promosi
Membuat pengiklanan iaitu untuk memanjangkan hayat produk dengan memperbaharui
pembungkusan dan mengalakkan kesetiaan jenama.
Contohnya, SBCK memperbaharui pembungkusan produk Budu Cap Ketereh dengan
membuat inovasi daripada botol kepada sachet supaya pengguna lebih mudah membawa
budu ke mana sahaja dan sekaligus tertarik untuk terus membeli produk tersebut. Dengan itu
pengguna akan setia kepada jenama.

4) Pengedaran
SBCK membina agihan intensif yang lebih hebat. Contohnya, SBCK mengedarkan Budu Cap
ketereh mereka ke setiap kedai supaya dapat memudahkan pengguna untuk membeli produk
tersebut. Pengedaran secara atas talian juga di lakukan agar liputan pengedaran lebih meluas
dan maksima.

b) 3 ciri untuk tahap tersebut bagi Syarikat Budu Cap Ketereh untuk memaksimumkan
keuntungan dan mempertahankan syer pasaran. ( 9 markah)
i) Jualan

Berada di kemuncak dan mula menurun.


Contohnya jualan SBCK telah mencapai tahap jualan yang kemuncak berbanding tahun-tahun
yang lepas.

ii) Kos
Rendah bagi setiap pelanggan
Contohnya, disebabkan oleh jualan SBCK yang tinggi, kuantiti pengeluaran botol budu juga
tinggi, ini dapat mengurangkan kos pengeluaran per unit kerana syarikat dapat menikmati
ekonomi bidangan dalaman.

iii) Keuntungan
Mencapai tahap maksimum dan pada penghujung tempoh, ia mula menyusut.
Contohnya, SCBK memperoleh keuntungan yang tinggi disebabkan faktor hasil jualan yang
terbesar dengan jumlah kos yang minimum. Apabila jualan mulai menurun pada penghujung
tempon maka untung juga akan mula menurun pada tempoh tersebut.

iv) Pelanggan
Pelanggan sedia ada mula bertukar ke jenama lain. Pelanggan baru akan membeli produk
versi baru.
Contohnya pelanggan sedia ada SBCK akan mula berubah ke jenama produk pesaing apabila
terdapat pelbagai jenama budu yang ditawarkan oleh pesaing dengan harga lebih menarik.
v)Pesaing
Persaingan stabil dan bilangan pesaing mula berkurangan. Hanya pesaing-pesaing yang
kukuh sahaja yang tinggal dalam industri.
Contohnya syarikat pesaing dalam pasaran budu mulai berkurangan dan SBCK hanya akan
bersaing dengan syarikat pesaing yang benar-benar kukuh sahaja.

Terangkan 4 faktor-faktor penentuan harga yang boleh mempengaruhi harga budu SBCK
( 8 markah)
1. PENGGUNA
Merujuk kepada sasaran pengguna atau sesiapa yang akan menggunakan produk yang terdiri
daripada 3 golongan pengguna iaitu golongan atasan, pertengahan dan bawahan.
Contohnya, jika SBCP mensasarkan jualan budu syarikat kepada golongan bawahan maka
harga yang dikenakan perlukan bersesuaian dengan golongan tersebut iaitu harga yang rendah.
2. KOS
Kos pengeluaran menentukan harga minimum (terendah) yang boleh dikenakan ke atas sesuatu
produk yang meliputi kos mengeluar, mengagih dan menjual keluaran serta menghasilkan
pulangan yang setimpal dengan usaha dan risiko.
Contohnya, SBCK cuba menjadi pengeluar berkos rendah bagi membolehkannya meletakkan
harga yang rendah pada produk budu mereka supaya dapat menghasilkan jualan dan
keuntungan yang lebih.

3. DASAR KERAJAAN
Kerajaan boleh mempengaruhi penetapan harga melalui dasar, akta dan peraturan tertentu
dalam negara kerana sesetengah barangan dan harga adalah di bawah kawalan kerajaan.
Contohnya jika harga produk budi SBCK adalah di kategorikan di bawah Akta Kawalan Harga
dan Antipencatutan 2011, maka syarikat perlu akur dengan ketetapan harga kawalan berikut
supaya syarikat tidak dikenakan tindakan undang2.

4. PERSAINGAN
Keputusan penentuan harga syarikat boleh juga bergantung kepada harga yang ditawarkan
pesaing serta kemungkinan tindakbalas pesaing terhadap penentuan harga yang dilakukan oleh
syarikat.
Contohnya, SBCK meletakkan harga produk budu syarikat lebih kurang sama dengan harga
pesaing iaitu RM 2.50 sebotol kerana kualiti yg setanding dengan produk pesaing

5. OBJEKTIF SYARIKAT
Sesebuah syarikat mempunyai objektif-objektif perniagaan yang tertentu seperti menjadi
peneraju pasaran, penakatan(survival) atau menguasai syer pasaran .
Contohnya, sekiranya objektif SBCK ingin menguasai syer pasaran, harga budu yang rendah
perlu diletakkan bagi meningkatkan permintaan pengguna dengan banyak dan cepat.

6. JENIS PASARAN DAN PERMINTAAN


Peletakkan harga bergantung kepada jenis pasaran.
Kedua-dua pembeli sama ada pengguna akhir atau industri menseimbangkan harga produk
dengan faedah yang diperolehi apabila memiliki produk tersebut.
Contohnya, jika pasaran produk budu berada dalam pasaran persaingan sempurna maka harga
budu ditentukan oleh pasaran. ATAU jika pasaran produk budu berada dalam Pasaran monopoli
maka harga budu ditentukan oleh pengeluar / penjual.
7. PADUAN PEMASARAN
Penentuan harga perlu mengambilkira rekabentuk produk, saluran pengedaran dan jenis
promosi. Selain itu,ciri-ciri pada produk seperti kualiti, ketahanan,pembungkusan,kitaran hayat
produk dll. juga mempengaruhi harga.
Contohnya, jika SBCK ingin menjaga imej jenama produk budu syarikat maka kebiasaanya harga
yang lebih tinggi akan dikenakan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. DibDil Sdn Bhd (DSB) merupakan syarikat bumiputera Muslim milik usahawan berjaya En.
Tugiman Markon. Selaku Pengarah Urusan syarikat, En Tugiman Markon telah bekerjasama
bersama Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan mengeluarkan produk makanan seperti
Dendeng Segera, dan Minuman Segera Excel Inspire Latte.

Walaubagaimanapun, disebabkan tekanan dialami semua industri secara global berikutan


pandemik COVID-19, En. Tugiman Markon terpaksa memberhentikan lebih kurang 10%
tenaga kerja beliau di dalam DBS. Pengecilan tenaga kerja yangdilakukan dua tahun lepas
iaitu bermula Mac 2020, terpaksa dilakukan kerana syarikat mengalami masalah kewangan
yang kritikal.

Terbaharu awal tahun 2022 ini, resipi Coklat Tablet Excel Pro hasil daripada pengalaman
Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah bersama penyelidiknya, telah memperkenalkan ramuan
baharu di dalam produk cokelat tablet tersebut, dengan menambah makanan sunnah seperti
kurma, selain campuran herba-herba asliseperti Bacopa Monnieri, Gingko Biloba,Moringa,
Oleifera, Omega 3,Prebiotik, Probiotik dan sebagainya telah mendapat sijil halal JAKIM
serta sijil perakuan IMP, HCCAP dan ISO:22000.

DBS juga melaksanakan pendigitalan kod bar produk makanan halal selaras dengan
kehendak pihak berkuasa JAKIM. DSB yakin dapat meluaskan sayapnya ke persada
perniagaan antarabangsa dan sudah mula meneroka pasaran makanan kesihatan halal di
Singapura,Indonesiadan Brunei sesuai dengan status Malaysia sebagai halal hub global.

Berdasarkan maklumat di atas:

(i) Jelaskan tiga (3) peranan perniagaan antarabangsa yang dapat membantu DSB
meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa. (9 markah)
Jawapan:
i. Memperolehi Tukaran Asing
Kadar nilai matawang sesebuah negara yang bertukar dengan nilai matawangsebuah
negara yang lain. Aktiviti perniagaan antarabangsa , barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh firma boleh dijual ke luar negara. Pengaliran masuk mata wang asing
ke dalam negara, menambahkan pendapatan negara.

Contohnya DibDil Sdn Bhd (DSB) mengeksport produk makanan seperti Dendeng
Segera, Minuman Segera Excel Inspire Latte dan terbaharu produk Coklat Tablet Excel
Pro ke Singapura, Indonesia dan Brunei akan mendatangkan keuntungan apabila
berlaku tukaran matawang hasilaktiviti jual beli produk diantara kedua-dua negara.
ii. Pasaran luas

PAB menawarkan pasaran-pasaran baru kepada perniagaan tempatan.


PAB meluaskan pasaran bagi produk sehingga ke luar negara bagi produk yang
mengalami lebihan dalam negara.

Contohnya DSB dapat meningkatkan keuntungan dan memanjangkan usia perniagaan


melalui aktiviti eksport produk keluaran makanannya seperti Dendeng Segera,
Minuman Segera Excel Inspire Latte dan terbaharu produk Coklat Tablet Excel Pro ke
luar negara seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.

iii. Guna tenaga.

Mewujudkan peluang pekerjaan di dalam dan di luar negara.


PAB membolehkan guna tenaga yang banyak diperlukan untuk mengeluarkanproduk
untuk dieksport.
Mobiliti faktor-faktor pengeluaran ( seperti Buruh, Usahawan) bergerak dari satu
negara ke negara lain bagi membantu kelancaran operasi pengeluaran secara besar-
besaran.
Contohnya En. Tugiman Markon sebagai pengusaha DSB membuka kilang
pengeluaran produk keluaran makanannya seperti Dendeng Segera, Minuman
Segera Excel Inspire Latte dan terbaharu produk Coklat Tablet Excel Pro ke luar
negara seperti Indonesia.Pelaburan ini mewujudkan banyak peluang pekerjaan
kepada penduduk sekaligus meningkatkan taraf hidup penduduk Indonesia.

iv. Pemindahan teknologi

PAB menggalakkan penerimaan pemindahan teknologi dari luar negara.


Kepakaran dan kemahiran dari luar negara dipindahkan bagi mengendalikan teknologi
dalam proses pengeluaran sekaligus membolehkan kemahiran dan kepakaran dari
luar negara di pindahkan ke dalam negara.
Contohnya En. Tugiman Markon sebagai pengusaha DSB dari Malaysia yang
beroperasi di Brunei membawa masuk teknologi IMP ( Islamic Manufacturing
Production) dalam proses pengeluaran produk terbaharu syarikat iaitu Coklat
Tablet Excel Pro, membolehkan teknologi tersebut di pelajari oleh rakyat negara
Brunei.

( ii) Dua cabaran PAB:

1) SOSIOBUDAYA

Kombinasi lebih daripada dua budaya yang berlainan yang menyebabkan kesukaran dalam
mengadaptasikan sesuatu budaya yang bukan menjadi kebiasaan diri
Contohnya, DSB akan menghadapi cabaran apabila pengurus dari Malaysia yang bekerja di Singapura
menghadapai konflik antara budaya dengan pekerja tempatan di sana.
2) EKONOMI
Merujuk kepada keadaan ekonomi di mana perniagaan beroperasi. Sekiranya ekonomi stabil, maka
perniagaan akan berkembang tetapi jika ekonomi tidak stabil (lembab) kuasa beli pengguna akan
menurun.
Contohnya, DSB menghadapi cabaran seperti Kawalan ke atas import iaitu dikenakan duti import yang
tinggi apabila memasarkan produk produk keluaran makanannya seperti Dendeng Segera, Minuman
Segera Excel Inspire Latte dan terbaharu produk Coklat Tablet Excel Pro ke luar negara seperti
Indonesia.

3) STRUKTUR ORGANISASI
Merujuk kepada struktur organisasi yang akan diubahsuai mengikut cara sesebuah organisasi itu
beroperasi di tempat yang berbeza.
Contohnya DSB perlu ubahsuai struktur organisasi (dari fungsian kepada divisional/matrik) mengikut
kesesuaian di mana organisasi beroperasi jika berhadapan dengan masalah yang wujud akibat konflik
antara bahagian-bahagian berkenaan bidang kuasa.

4) KAWALAN PENGURUSAN
Pemilihan struktur organisasi yang sesuai adalah penting kerana ianya merupakan satu bentuk
mekanisma kawalan yang utama
Contohnya,DSB boleh mengamalkan pendekatan kawalan seperti pemusatan dan pemencaran. Jika
DSB memilih kawalan pemusatan masalah yang mungkin dihadapi ialah proses pembuatan keputusan
adalah lambat dan tidak serasi dengan budaya negeri Indonesia, Singapura dan Brunei.

5) PERUNDANGAN
Undang- undang yang dipakai oleh negara asing seperti akta, peraturan dan insentif yang perlu dipatuhi
oleh SMN.
Contohnya, DSB akan menghadapi cabaran jika pemindahan keluar masuk mata wang asing
dan tempatan di sekat oleh negara tuan rumah seperti Singapura ke negara asal DSB iaitu Malaysia.
ATAU kerajaan Singapura mengenakan peraturan pempiawaian yang tinggi bagi tanda perdagangan
produk makanan DSB yang akan di bawa masuk ke Singapura.

6) POLITIK
Merujuk kepada Sistem pentadbiran sesebuah negara.
Contohnya DBS akan menghadapi cabaran sekatan dagangan ke atas produk makanan mereka jika
perhubungan antara pemimpin Malaysia dan Indonesia tegang akibat fahaman ideologi politik yang
berbeza.

(iii) Huraikan empat (4) kempen kerajaan dalam membantu pasaran domestikseperti DBS meluaskan
pasaran perniagaan ke peringkat antarabangsa.
(8 markah)
1. HUB HALAL
Definisi= Hub halal Malaysia melitupi kawasan seluas 200,000 ekar di 14 taman halal
strategik yang telah menerima status Halal Malaysia (HALMAS).
Akitivi Hub halal ialahseperti aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran produk
halal oleh pengeluar atau syarikat yang telah melepasi piawaian yang telah ditetapkan oleh
agensi tertentu yang mempunyai kelulusan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim )
Contohnya En Tugiman Markon sebagai pengusaha DibDil Sdn Bhd (DSB) yang
merupakan pengeluar produk makanan seperti Dendeng Segera, Minuman
Segera Excel Inspire Latte dan terbaharu produk Coklat Tablet ExcelPro akan beroperasi
di ECER Halal Park di Pasir Mas di Kelantan bagi mendapatkan status Halal Malaysia
(HALMAS) apabila mengeksport produksyarikat ke Singapura, Indonesia dan Brunei.
2. PENGECUALIAN CUKAI

Kelonggaran untuk tidak membayar cukai seperti yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa.Pengecualian cukai ke atas input (yang diimport dari luar negara) untuk operasi
pengeluaran , dapat menurunkan harga produk yang dijual. PC dapat mengurangkan kos
yang ditanggung oleh sesebuah syarikat.

Contohnya, Syarikat DBS diberi pengecualian cukai oleh kerajaan Malaysia apabila
mengimport bahan mentah iaitu sebuk koko asli dari New Zealand sebagai bahan utama
dalam menghasilkan produk Coklat Tablet Excel Pro supaya dapat dipasarkan ke pasaran
Singapura, Indonesia dan Brunei. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kos
pengeluaran.

3. ZON PERDAGANGAN BEBAS


Zon ini menyediakan sebuah kawasan yang dikecualikan cukai import yang dapat
mengurangkan kos perniagaan yang ditanggung oleh syarikat serta menggalakkan
pelanggan untuk datang membeli belah di zon tersebut.
Contohnya, EnTugiman Markon sebagai pengusaha DSB yang merupakan pengeluar
produk makanan seperti Dendeng Segera, Minuman Segera Excel Inspire Latte dan
terbaharu produk Coklat Tablet Excel Pro menjalankan aktiviti perniagaan produk beliau di
Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor,Kelantan dan akan dikecualikan dari cukai import
sekaligus dpt mengurangkan kos perniagaan yg ditanggung.

4. PEMBIAYAAN EKSPORT

Skim ini memberi kemudahan kepada pengeksport untuk mendapatkan dana segera bagi
mengeksport produk yang dijual secara kredit. PE dapat membantu perniagaan dari segi
kewangan yang berhadapan dengan risiko dalam Perniagaan antarabangsa . Pengeksport-
pengeksport boleh mendapatkan pembiayaan 95% - 100% daripada nilai pesanan eksport
mereka daripada EXIM Bank
Contohnya En Tugiman Markon pengusaha DBS sebagai pengeksport produk makanan
seperti Dendeng Segera, Minuman Segera Excel Inspire Latte dan terbaharu produk Coklat
Tablet Excel Pro ke Singapura, menerima kemudahan Skim Pembiayaan Semula Kredit
Eksport sebanyak 95%-100% drpd nilai pesanan eksport syarikat beliau drpd EXIMBank.

(iv) Kenal pasti kaedah yang digunakan oleh En. Tugiman Markon dalam mengambil tindakan
yang beretika di dalam syarikat DBS beliau. (2 markah)

Pendekatan Individualisme (F+H=1m)

Prinsip ini menyatakan yang seseorang individu berhak untuk bertindak mengikutsesuatu cara yang
difikirkan betul.
Contohnya , En. Tugiman Markon terpaksa memberhentikan lebih kurang 10% tenaga kerja beliau di
dalam DBS.Pengecilan tenaga kerja yang dilakukan duatahun lepas iaitu bermula Mac 2020, terpaksa
dilakukan kerana syarikat mengalami masalah kewangan yang kritikal.
(v) Bagaimana DSB mengurus etika syarikat: (2 markah) (F+H=1, Contoh =1 m)

Pelajar boleh pilih 1 daripada 4 kaedah mengurus etika di bawah:

1) Pemecah Rahsia / Whistleblower


Menyediakan saluran dan sokongan kepada anggota organisasi yang ingin mendedahkan sebarang
amalan tidak beretika yang wujud
Contohnya: Syarikat DSB perlu mewujudkan JawatanKuasa Pemecah Rahsia sebagai saluran
kepada pekerja organisasi untuk melaporkan tindakan yang tidak beretika dan identiti pemberi
maklumat dirahsiakan bagi melindungi keselamatan individu tersebut.

2)Sistem aduan awam


Sistem aduan awam diwujudkankan bertujuan menyediakan saluran kepada rakyat untuk
melaporkan tindakan yang tidak beretika yang telah dilakukan oleh individu atau pihak tertentu seperti
agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun, pertubuhan dll.
Contohnya, Pengguna boleh menggunakan saluran aduan awam seperti Biro Pengaduan Awam
KPDNHEP untuk membuat aduan berkaitan produk@operasi DSB.

3) Sistem perundangan
Sistem perundangan dan Badan Kehakiman Negara yang sistematik dan baik, berfungsi untuk
mengawal tingkahlaku dan tindakan manusia supaya sentiasa mengamalkan nilai-nilai yang beretika
di sisi undang-undang.
Contohnya, jika ada pekerja syarikat DSB yang terlibat dengan gejala rasuah dan didapati bersalah
maka beliau akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya seperti hukuman
dipenjarakan selama 10 tahun oleh Mahkamah Malaysia.

4) Pendidikan Nilai Murni


Nilai murni adalah nilai-nilai positif yang dapat diterima oleh masyarakat.
Penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermula sama ada secara formal (sekolah,universiti)
atau tidak formal (keluarga atau masyarakat)
Contohnya, Sekumpulan pekerja DSB mengadakan kutipan derma untuk meringankan beban
kewangan rakan-rakan sekerja mereka yang menjadi mangsa banjir apabila rumah mereka
ditelenggami air ketika banjir musim tengkujuh baru-baru ini.

(vi) Huraikan satu (1) tindakan sosial korporat yang dilakukan olehSyarikat DBS.

Pemudahcara ( Fakta+ Huraian =1 markah)

Menerima tanggungjawab sosial sebagai salah satu tanggungjawab yang perlu disempurnakan
(secara minima).Dikaitkan dengan mengikut seruan pihakberkuasa.

Contohnya, DBS juga melaksanakan pendigitalan kod bar produk makanan halal untuk Coklat Tablet
Excel Pro selaras dengan kehendak pihak berkuasa JAKIM. (1m)

SKEMA TAMAT

Anda mungkin juga menyukai