Anda di halaman 1dari 12

DK TRAINING & ADVANCEMENT CENTRE,

NO 1 TINGKAT 1, JALAN PUNCAK 2,


PARIT BAKAR TENGAH,
PARIT BAKAR, 84010 MUAR,
JOHOR.

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAMME / MC-091-3:2016 INDUSTRIAL AUTOMATION ENGINEERING
PROGRAM CODE & SYSTEM ASSEMBLY
NAME
TAHAP / LEVEL L3

KOD PROGRAM, KOD


DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI / MC-091-3:2016-C04 INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEM
PROGRAMME CODE, CALIBRATION
COMPETENCY UNIT
CODE AND TITLE

1. PREPARE INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEM


CALIBRATION REQUIREMENTS
2. PLAN INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEM CALIBRATION
NOMBOR AKTIVITI SCHEDULE
KERJA DAN PENYATAAN 3. PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEM
/ WORK ACTIVITIES
CALIBRATION ACTIVITY
NUMBER AND
STATEMENT 4. TEST CALIBRATED INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEM
5. PREPARE INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEM
CALIBRATION REPORT

NO. KOD / CODE NO. MC-091-3:2016-C04/P(5/8) Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 11

TAJUK / TITLE:
PENGGUNAAN ALAT PENGUKURAN

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang pengenalan alat pengukur asas, pengenalan dan penggunaan angkup
vernier, pengenalan dan penggunaan mikrometer dengan lebih terperinci.
Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. MC-091-3:2016-C04/P(5/8)
12

PENERANGAN / INFORMATION :

1. PENGENALAN ALAT PENGUKUR ASAS

Dalam bidang ketukangan, istilah menanda bermaksud membuat tanda diatas


permukaan logam yang akan .dimesin atau digegas. Ini termasuklah menandakan
garisan, bulatan, lengkuk, jarak dan juga pusat. Tanda yang telah dibuat
digunakan sebagai panduan apabila hendak memesin atau memasang benda
kerja. Dengan menanda, kita dapat mengetahui berapa banyak bahan yang
harus dibuang atau bahagian mana yang harus dipotong atau dibuat lubang.
Butir-butir dan spesifikasi tandaan ini biasanya didapati dan dipindahkan
daripada lukisan atau cetakan biru keatas permukaan benda kerja .

Tahukah anda bahawa setiap penandaan yang dilakukan


memerlukan alat-alat pengukuran dan pengujian, dimana tanpa alat- alat ini kerja
yang dilakukan mungkin kurang berkualiti dan tidak menepati spesifikasi atau
piawaian yang dikehendaki. Oleh yang demikian didalam unit 4 ini anda
akan dapat mengenali alat-alat pengukuran dan memahami kepentingan alat
pengukuran dalam bengkel mekanikal.

i) ALAT-ALAT PENGUKUR ASAS

Terdapat berbagai-bagai jenis alat pengukur asas yang biasa


digunakan dalam kerja-kerja menanda. Dibawai ini disenaraikan beberapa
alat penting yang biasa digunakan dalam bengkel kejuruteraan mekanikal.

2. PENGENALAN DAN PENGGUNAAN ANGKUP VERNIER

Vernier Caliper dikenal juga dengan nama Sigmat dan Jangka Sorong. Vernier


Caliper atau Sigmat atau Jangka Sorong memiliki dua skala pengukuran, yaitu skala
utama dan skala vernier, dan digunakan untuk mengukur diameter luar, diameter
dalam dan kedalaman. Skala utama dan skala vernier digunakan untuk mengukur
jarak kecil dengan cara mencari perbedaan antara dua tanda. Metode ini disebut
prinsip pengukuran vernier.
Muka Surat / Page : 3 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. MC-091-3:2016-C04/P(5/8)
12

Rajah 1: Nama bahagian Angkup Vernier

 SKALA UTAMA
Berbentuk seperti sebilah pembaris keluli yang mempunyai senggatan dalam
unit metrik atau inci.  Berfungsi mengambil ukuran kasar 1mm. Skala ini
mempunyai panjang 150mm, 200mm atau 300mm .

 SKALA VERNIER
Plat vernier mempunyai skala vernier dan boleh digerak-gerakkan
disepanjang badan. Berfungsi untuk mengambil ukuran yang tepat sehingga
0.02mm, 0.05mm atau 0.001’’

 RAHANG LUAR
Berfungsi untuk mengambil ukuran bahagian  luar atau diameter luar benda
kerja.

 RAHANG DALAM
Berfungsi mengukur bahagian dalam benda kerja contohnya diameter dalam,
lebar lurah dan sebagainya.

 SKRU PENGUNCI
Digunakan untuk mengunci plat vernier, supaya ukuran tidak berganjak
semasa angkup vernier dikeluarkan dari benda kerja. Ini dapat
mengurangkan kesilapan semasa mengukur.

 BILAH PENGUKUR DALAM


Merupakan satu bilah kecil,  berfungsi mengukur kedalaman lubang atau
Muka Surat / Page : 4 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. MC-091-3:2016-C04/P(5/8)
12

lurah dan ketinggian benda kerja dari datum line garisan rujukan.

i) PRINSIP ASAS SKALA VERNIER

Skala vernier digunakan untuk membolehkan kita membaca tanpa


teragak-agak sekiranya ukuran itu terletak diantara dua tanda senggatan
pada satu-satu skala. Oleh itu angkup vernier mestilah :
 Mempunyai dua skala iaitu skala utama dan skala vernier.
 Senggatan pada skala utama dibuat lebih besar daripada skala
vernier.
 Perbezaan antara skala utama dengan skala vernier
merupakan bacaan yang paling kecil yang boleh dibuat.

ii) CARA PENGGUNAAN ANGKUP VERNIER

Kelebihan menggunakan angkup vernier dengan mikrometer ialah dimana


micrometer hanya boleh membuat satu bahagian bacaan sahaja
manakala angkup vernier tiga bahagian bacaan iaitu bacaan luar dan
dalam benda kerja, seperti diameter dalam dan diameter luar, lebar alur
dan tebal benda kerja. Manakala fungsi ketiga adalah untuk mengukur
dalam atau tinggi benda kerja.
Cara penggunaan angkup vernier sedikit berbeza dengan mikrometer
dimana jari kelingking atau jari manis tidak perlu diapit pada bingkai
kerana angkup vernier tidak mempunyai bingkai. Kedua-dua rahang
angkup vernier perlu dirapatkan pada bahan ukuran dan dengan
perlahan-lahan diputarkan sehingga sedikit rahang telah menyentuh
bahan ukuran, kemudian skru pengunci dikuncikan supaya nilai bacaan
tidak berganjak.

iii) BACA DAN LAKARAN ANGKUP VERNIER (METRIK DAN IMPERIAL)

 Membaca Angkup vernier Tentukuran 0.02


mm

Skala utama disenggatkan kepada 1 mm bagi tiap-tiap satu senggatan


dan dinomborkan pada tiap-tiap 10 senggatan iaitu 10, 20, 30
Muka Surat / Page : 5 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. MC-091-3:2016-C04/P(5/8)
12

dan seterusnya. Skala vernier pula panjangnya 49mm dan


disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama, senggatan yang ke 50
skala vernier akan sejajar dengan senggatan ke 49 pada skala utama.
Untuk mengetahui perbezaan nilai antara satu senggatan skala utama
dengan skala vernier.
50 senggatan skala vernier = 49 mm skala utama
1 senggatan = 49/50
Perbezaan nilai senggatan = 0.98 mm
1 mm – 0.98 mm = 0.02 mm

Oleh itu, nilai setiap senggatan pada skala vernier = 0.02 mm.

Rajah 2: Contoh bacaan pada angkup vernier.

Bacaan skala utama yang


terhampir dengan 1 mm = 42 x 1 = 42.00 mm

Bacaan skala vernier senggatan ke-16


yang sejajar dengan salah Satu
garisan pada skala utama = 16 x 0.2 = 0.32mm
Jumlah = 42.32 mm
Oleh itu, bacaan sebenar ialah 42.32 mm
Muka Surat / Page : 6 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. MC-091-3:2016-C04/P(5/8)
12

 Membaca Angkup Vernier Tentukuran 0.05 mm

Contoh 1:

Rajah 3: Contoh skala 1

Bacaan skala utama = 25.00 mm


Bacaan skala vernier apabila senggatan ke-8 sejajar dengan salah satu garisan
pada skala utama = 8 x 0.05 = 0.40 mm
Jumlah = 25.40 mm
Oleh itu, bacaan sebenar ialah 25.40 mm.

Contoh 2:

Rajah 4: Contoh skala 2

Bacaan skala utama = 123.00 mm


Bacaan skala vernier apabila sengatan ke-15 sejajar dengan salah satu
garisan
Pada skala utama = 15 x 0.05 = 0.75 mm
Jumlah = 123.75 mm

Oleh itu, bacaan sebenar ialah 123.75mm.


Muka Surat / Page : 7 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. MC-091-3:2016-C04/P(5/8)
12

3. PENGENALAN DAN PENGGUNAAN MIKROMETER

Mikrometer merupakan alat pengukur jitu yang lazimnya digunakan dalam


bengkel mesin kerana ia dapat mengukur ukuran-ukuran yang paling kecil dengan
tepat. Terdapat berbagai jenis micrometer yang biasa digunakan, antaranya ialah
:

i) Mikrometer luar
ii) Mikrometer dalam
iii) Mikrometer tolok dalam

Mikrometer boleh dibaca dengan dua kaedah iaitu dalam unit metrik dan unit
imperial. Biasanya ukuran yang paling kecil yang boleh dibaca oleh micrometer
Ialah 1/100 milimeter(0.01). Manakala micrometer inci pula boleh membaca
sehingga 1/1000 inci (0.001inci) dan 1/10000 inci (0.0001 inci). Terdapat tiga saiz
micrometer yang biasa digunakan untuk kesemua jenis-jenis micrometer diatas
iaitu:

 Mikrometer 0 – 25 mm
Muka andas dan spindal tertutup rapat apabila angka sifar pada
laras sejajar dengan angka sifar pada bidal
dan bacaannya ialah 0mm.
 Mikrometer 25 – 50 mm
Walaupun angka sifar sejajar antara satu dengan yang lain tetapi
jarak muka ukuran ialah 25mm dan bacaan bermula
daripada 25mm.
 Mikrometer 100 –150 mm
Bacaan untuk mikrometer ini bermula daripada 100mm.
Muka Surat / Page : 8 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. MC-091-3:2016-C04/P(5/8)
12

i) LAKARAN DAN NAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN MIKROMETER LUAR

Rajah 5: Nama dan bahagian Mikrometer.

 BINGKAI
Bingkai berbentuk separuh bulatan, mempunyai spindal dibahagian
hujung sebelah kanan dan andas disebelah kiri.

 ANDAS
Dipasang tetap disebelah kiri bingkai. Bagi sesetengah andas,
diletakkan tip tungsten karbida pada bahagian mukanya supaya tidak
cepat haus.

 SPINDAL
Dibahagian hujung sebelah kanan terdapat benangyang boleh berputar
dengan bantuan nat yang dilekatkan pada bidal. Apabila bidal diputar
spindal akan bergerak maju dan mundur ke permukaan andas. Hujung
sebelah kirinya juga diletakkan tip tungsten karbida.

 LARAS
Bahagiannya terdapat senggatan-senggatan yang dibuat disebelah
Muka Surat / Page : 9 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. MC-091-3:2016-C04/P(5/8)
12

menyebelah garisan selari yang menjadi datum kepada micrometer.


Bahagian atasnya pula disenggatkan pula kepada 25 bahagian dan satu
senggatan bersamaan 1mm. Manakala bahagian dibawahnya pula
senggatan dibuat membahagi dua senggatan diatas, bermakna satu
garisan bersamaan 0.5mm.
 BIDAL
Muka lilitan bidal disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama.
Tiap-tiap satu bahagian bersamaan 0.01mm.

 PENGANJAK HALUS
Terletak dibahagian hujung bidal. Kegunaannya adalah untuk
memdapatkan bacaan yang tepat, tekanan, mengukur mestilah tekal dan
berdasarkan rasa sentuhan.

ii) PRINSIP ASAS MIKROMETER


Mikrometer bekerja berasaskan pergerakan ulir skru. Spindalnya
mempunyai skru dengan pic ulir 0.5 milimeter. Ia boleh berputar
dengan bantuan nat yang dilekatkan pada bidal, dimana apabila bidal
diputarkan spindal akan bergerak maju atau mundur ke permukaan andas.
Oleh sebab itu pic ulir mikrometer ialah 0.5mm, maka setiap satu putaran
penuh bidal, spindal bergerak 0.5mm. Setiap satu pusingan bidal,
pergerakan yang dibuat oleh spindal sejauh 0.5mm, maka tiap-tiap satu
senggatan bidal ialalh 1/50 x 0.5 = 0.01mm. Permukaan andas dan spindal
disebut muka ukuran kerana benda kerja diukur diantara dua permukaan
ini. Untuk memulakan satu-satu ukuran, angka sifar pada bidal hendaklah
sejajar dengan angka sifar pada laras.

iii) MEMBACA MIKROMETER METRIK / IMPERIAL


Kaedah membaca mikrometer metrik dan imperial adalah sama, cuma
nilai bacaannya sahaja yang berbeza.
 Bacaan sengagatan terakhir pada laras atas yang dilalui oleh bidal
didarabkan 1mm.
 Bacaan senggatan pada laras bawah yang terhampir dengan 1mm
Muka Surat / Page : 10 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. MC-091-3:2016-C04/P(5/8)
12

didarabkan dengan 0.50mm.


 Bacaan senggatan pada bidal yang sejajar dengan garisan skala
laras didarabkan dengan 0.01mm.
 Campurkan ketiga-tiga bacaan diatas. Jumlah nilai tersebut merupakan
bacaan bagi micrometer itu.

Rajah 6: Contoh pengiraan mengunakan mikrometer.

iv) CARA MENGGUNAKAN MIKROMETER

Cara menggunakan micrometer ialah dengan mendapatkan tekanan


mengukur dengan betul, elakkan memutar bidal berlebihan. Sebaliknya
dapatkan rasa sentuhan yang betul. Micrometer hendaklah dipegang pada
tapak tangan dan diapit dengan jari kelilngking atau jari manis. Biarkan ibu
jari dan jari talunjuk bebas memutarkan bidal untuk melaraskan spindal.
Benda kerja hendaklah diletakkan diantara permukaan andas dengan
spindal. Putar bidal sehingga kedua-dua muka ukuran itu menyentuh
benda kerja. Untuk merasa sentuhan, gerakan kehadapan atau kebelakang
perlahan-lahan.
Muka Surat / Page : 11 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. MC-091-3:2016-C04/P(5/8)
12

SOALAN/ QUESTIONS :
1. Apakah yang dimaksudkan dengan angkup vernier?

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

2. Berikan dua (2) jenis alat pengukur asas


a) _______________________________________________________________

b) _______________________________________________________________

3. Nyatakan prinsip asas bagi mikrometer


_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

RUJUKAN/REFERENCE:

1. Angkup Vernier
https://en.wikipedia.org/wiki/Angkup Vernier 25 Julai 2020, 9.00 am.
2. Calibration Sistem

https://www.emerson.com/documents/automation/white-paper-automated-instrument-
calibration-system-ams-en-38432.pdf 25 Julai 2020, 10.00 am.
3. Scheduling Calibration
Muka Surat / Page : 12 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. MC-091-3:2016-C04/P(5/8)
12

https://www.qualitymag.com/articles/85984-the-importance-of-scheduling-calibration
25 Julai 2020, 11.00 am.

Anda mungkin juga menyukai