Anda di halaman 1dari 2

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK / LAKARAN MUKA SURAT

1 ABSTRAK 1

2 LAKARAN IDEA 1 2

3 LAKARAN IDEA 2 3

4 LAKARAN IDEA 3 4

5 LUKISAN ORTOGRAFIK 5

6 LUKISAN ISOMETRI 6
ABSTRAK

Tujuan tempat penyimpanan pakaian ini direka cipta adalah untuk memastikan pakaian berada
dalam keadaan kemas, cantik dan tersusun rapi. Dengan adanya tempat penyimpaian pakaian
ini bilik tidur akan tampak lebih terurus dan tidak bersepah. Fungsi umumnya adalah untuk
menyimpan pakaian supaya kelihatan kemas. Akan tetapi, tempat penyimpanan pakaian yang
direka khas ini mempunyai penambahbaikan terhadapnya agar pengguna dapat menyimpan
lebih banyak jenis barangan selain daripada pakaian yang dapat membantu pengguna
menyusun barangan dengan kemas. Segala penambahbaikan yang ditambah bertujuan untuk
menjadikan tempat penyimpanan pakaian ini boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Antara
fungsi yang ditambah adalah mempunyai cermin di dalamnya. Cermin ini dapat membantu
pengguna menyemak keterampilan dirinya selepas siap memakai pakaian yang diambil dari
dalam tempat penyimpaian pakaian tersebut. Selain itu, ruang di bawah cermin dapat
menyimpan alat solek atau barangan kemas. Ruang ini dapat membantu pengguna untuk
memastikan tempat penyimpanan pakaian ini sentiasa kemas dengan menyimpan semua
barangan solek atau kemasan diri di dalam laci itu setelah siap memakainya. Seterusnya,
ruangan ini juga dapat membantu pengguna menyimpan pakaian seperti topi, kain-kain dan lain-
lain. Akhir sekali, laci di bawah tempat menggantung pakaian boleh digunakan untuk
menyimpan pakaian dalam serta pakaian-pakaian kecil. Secara kesimpulannya, tempat
penyimpanan pakaian yang direka ini mempunyai banyak kelebihan serta memudahkan hidup
pengguna.

Anda mungkin juga menyukai