Anda di halaman 1dari 1

Kekuatan program ini mendapat sokongan dan dorongan dari pihak Bahagian Pendidikan Negeri

Sarawak(BTPN) dan Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan Bahagian Bintulu(USTP) dimana bahan-
bahan pengkongsian ini disebar kepada GPM seluruh Bintulu melalui program Perkongsian Amalan
Terbaik. Di samping itu juga pelaksanaan yang dilakukan di sekolah dapat membantu murid dan guru
mencari ,menyusun dan menyampaikan maklumat dengan betul. Kekuatan yang paling nyata ialah
memudahkan cikgu mengajar dan murid minat dan seronok untuk belajar.

Kelemahan yang dapat dikenalpasti ialah kemudahan peralatan ICT di sekolah amat berkurangan. Untuk
mencari maklumat yang tidak terdapat dalam bahan bacaan,murid semestinya menggunakan peralatan
ICT untuk melayari internet untuk mencari maklumat. Peralatan ICT di sekolah amat berkurangan dan
kelas kelas tidak ada talian internet dan tidak ada kemudahan ICT. Pengajaran cikgu masih menggunakan
cara tradisional. Ini melambatkan proses pengajaran dan pencarian maklumat dan akhirnya murid akan
cepat bosan. Saranan, agar setiap bilik kelas dapat dibekalkan dengan kemudahan ICT bersesuaian
dengan konsep sekolah abad ke-21.

Anda mungkin juga menyukai