Anda di halaman 1dari 2

𝗚𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵 - 𝟴 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮

Gerhana Bulan Penuh berlaku mulai jam 16:02 dan berakhir pada jam 21:56 waktu Malaysia dan
dapat dilihat dari tenggara Eropah, Asia, Australia, Pasifik dan Amerika. Di Malaysia, fenomena
tersebut tidak dapat kelihatan secara keseluruhan kerana fenomena ini mula berlaku semasa hari
masih siang dan Bulan masih berada di bawah ufuk. Ia dapat dilihat apabila Bulan mulai terbit di
ufuk timur, ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam
21:56.
Fasa-fasa Gerhana Bulan Penuh:
• Penumbral bermula: 16:02
• Separa bermula: 17:09
• Maksimum: 19:00
• Separa berakhir: 20:49
• Penumbral Berakhir: 21:56
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵 / 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗿𝗻𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada jam 19:02
𝟭𝟲 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿 / 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada jam 21:27
𝟭𝟴 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮
𝗞𝗲𝗺𝘂𝗻𝗰𝗮𝗸 𝗛𝘂𝗷𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗲𝗼𝗿 𝗟𝗲𝗼𝗻𝗶𝗱𝘀
Hujan Meteor Leonids boleh dilihat mulai 6 hingga 30 November. Kemuncak Hujan Meteor
Leonids berlaku pada awal pagi 18 November 2022 dengan purata 10 meteor per jam dalam
keadaan langit gelap. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah kurang bagus kerana gangguan
fasa bulan suku ketiga semasa kemuncak berlaku.
𝟮𝟰 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada jam 06:57
𝟯𝟬 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮
Gerhana Matahari Separa berlaku mulai jam 16:58 dan berakhir pada jam 21:02 waktu Malaysia.
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada jam 22:36
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿 𝗥𝘂𝗷𝘂𝗸𝗮𝗻:
https://solarsystem.nasa.gov/.../quadrantids/in-depth/
𝗚𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵 - 𝟴 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮

https://ssd.jpl.nasa.gov/horizons/
Lunar Perigee and Apogee Calculator
Mercury Chaser's Calculator
timeandate.com
Sea and Sky - Astronomy Calendar of Celestial Events for Calendar Year 2022
EarthSky's 2022 meteor shower guide
http://www.lunar-occultations.com/iota/planets/planets.htm
Perisian Stellarium

Anda mungkin juga menyukai