abad ini
Sinar Harian | Julai 25, 2018 10:27 MYT
Gerhana bulan penuh yang akan berlaku pada 28 Julai ini dijangka paling lama abad ini, iaitu selama 1 jam
43 minit. -Foto Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Gerhana bulan penuh yang akan berlaku pada 28 Julai
ini dijangka paling lama abad ini, iaitu selama 1 jam 43 minit.
Di Malaysia, katanya, fasa gerhana separa bermula kira-kira jam 2.24 pagi dan
secara perlahan lahan tetapi boleh kelihatan dengan jelas, permukaan bulan
menjadi gelap sedikit demi sedikit.
“Fasa gerhana penuh ini berlangsung sehinggalah jam 5.13 pagi apabila bulan
mula keluar dari kawasan zon bayangan umbra. Ketika ini, bulan kelihatan
bercahaya semula sedikit demi sedikit sehingga keseluruhan jasad bulan
berada di luar kawasan bayang-bayang bumi kira-kira jam 6.19 pagi.
“Secara cerapan nampak, gerhana bulan kali ini sudah berakhir dan fasa bulan
kembali menjadi fasa purnama sebagaimana biasa, walaupun untuk satu jam
selepasnya, bulan masih berada dalam kawasan bayang-bayang luar
(penumbra),” katanya kepada Sinar Harian.
Jelasnya, pada awal pagi 28 Julai ini, bulan berada sejauh 400100 kilometer
(km) dari bumi, yang boleh disifatkan sebagai menghampiri jarak terjauh bulan
dari bumi. Ini bermakna, saiz bulan secara relatifnya lebih kecil ketika purnama
nanti.
Berdasarkan jarak ini juga, zon bayang-bayang bumi mengunjur sejauh 1.4 juta
km dengan saiz kawasan zon bayangan ini dianggarkan diameter keluasannya
9,200 km.
Di tambah dengan faktor orbit bulan merentasi hampir ke tengah kawasan zon
umbra, gerhana bulan yang berlaku merupakan gerhana penuh dengan tempoh
bergelapnya selama 1 jam 43 minit yang dikatakan sebagai tempoh gerhana
penuh paling lama bagi abad ini (tahun 2001-2100).
Oleh itu Dr Baharrudin berkata, solat sunat gerhana bulan (khusuf) di Malaysia
boleh dilakukan sebaik tompokan hitam mula kelihatan dengan jelas kira-kira
jam 2.24 pagi dan berlarutan sehingga gerhana berakhir, kira-kira jam 6.19 pagi.
Jelasnya, oleh kerana fenomena kali berlaku ketika waktu puncak iaitu bermula
‘sepertiga malam’, umat Islam diharap tidak melepaskan peluang ini dengan
menghidupkan awal pagi ini dengan menggerakkan aktiviti-aktiviti kerohanian,
qiamullail dan membaca al-Quran serta selawat.
“Oleh kerana kita telah mengetahui yang fenomena ini bersifat sementara,
maka aktiviti kerohanian yang dilakukan sepanjang gerhana juga sebenarnya
untuk menunjukkan tanda kesyukuran kita,” katanya.