Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN PROGRAM TRANSFORMASI KEBERSIHAN DAN

KECERIAAN KANTIN
SMK ALANG ISKANDAR

1.0 PENDAHULUAN

Kantin SMK Alang Iskandar merupakan satu tempat yang sentiasa menjadi
tumpuan para pelajar, guru, ibu bapa mahupun tetamu sekolah. oleh yang
demikian adalah menjadi hasrat dan aspirasi Tn Pengetua dan warga sekolah
supaya SMK Alang Iskandar memiliki sebuah kantin yang bukan sahaja
menghidangkan makanan yang sedap dan menepati citarasa seluruh
penghuninya, tetapi juga menjadi kebanggaan kerana kebersihan dan
keceriaannya dan boleh menjadi kantin contoh kepada sekolah-sekolah
berdekatan.
Justeru itu, melalui program yang dirancang ini, kesedaran tentang
kepentingan kebersihan dan keceriaan kantin dapat disemai dan dipertingkatkan
dalam kalangan pelajar dan warga SMK Alang Iskandar.

2.0 MATLAMAT

Ahli Kelab dan Persatuan dalam Unit Kokurikulum SMK Alang Iskandar dapat
bersama-sama mengembleng tenaga untuk menjayakan dan memastikan setiap
meja dan sudut kantin akan sentiasa bersih dan ceria.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada semua ahli kelab dan persatuan untuk
menjadikan setiap meja dan sudut di kantin sebagai 'meja @ sudut
angkat".
3.2 Memberi peluang kepada semua ahli kelab dan persatuan mengemas
dan menceriakan meja dan sudut masing-masing dengan bimbingan guru
seterusnya mengekalkan kebersiahan dan keceriaan kawasan masing-
masing sepanjang tahun.
3.3 membudayakan rasa cinta kepada kebersihan dan keceriaan dalam
kalangan warga SMK Alang Iskandar.
3.4 Melatih para pelajar mempunyai sikap kebertanggungjawaban yang tinggi
terhadap kebersihan dan keceriaan kantin seterusnya kawasan sekolah.
3.5 Meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan kantin secara kolektif dan
konsisten.

4.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Tn. Hj Zulkipli bin Abdul Rahman


Naib Pengerusi 1 : Pn Rose Nizah binti Mohd Rasid
Naib Pengerusi 2 : Pn Salmah binti Iman
Setiausaha : Cik Farhana Hazwanee Nora binti Abdullah
Pen Setiausaha : Pn Wan Hanum bin Abu Bakar
Bendahari : En. Mohamad Azmi bin Razali
AJK : En Ahmad Lutfi bin Othman
: En Mohd Zulkifli bin Zainal Abidin
: Pengerusi Kelab Guru
: Guru Penasihat Kelab dan Persatuan
: AJK Kelab dan Persatuan
5.0 MASA PELAKSANAAN

Tarikh bermula : 6 Februari 2012


Masa : 2.00 - 3.30 petang
Tempat : Kantin SMK Alang Iskandar
Tempoh : sepanjang tahun

6.0 SASARAN

Semua guru , pelajar dan warga sekolah

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Pendapatan:

BIL PERKARA JUMLAH


1 Tabung Wang SUWA (ko-kurikulum) RM 200
2 Sewa Kantin RM 300
3 Sumbangan Kelab dan Persatuan RM 38.75
JUMLAH RM 538.75

Perbelanjaan:

BIL PERKARA JUMLAH


1. plastik alas meja
2.5 m x 17 meja x RM 3.90
(1 Meter @ RM3.90) RM 165.75
2. kain skirting
6 m x 17 meja x RM 1.50
( 1 meter @ RM 1.50)
RM 153.00
3. Stapler gun
3 unit x RM 20.00 RM 60.00
Staples
10 kotak x RM 2.00 RM 20.00
4. Kertas Warna RM 40.00
5 Runcit
- bahan bercetak
- fotostat
- plastik liminate RM 100.00
JUMLAH RM 538.75
8.0 PENUTUP
Semoga dengan usaha sebegini kantin SMK Alang Iskandar akan menjadi lebih
bersih dan ceria. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat menyemai dan memupuk
sifat saling menghargai dalam kalangan pelajar. Adalah menjadi hasrat dan aspirasi
warga SMK Alang Iskandar untuk memiliki kantin yang bersih, ceria dan kondusif
serta berinformasi secara berterusan serta kemaskini.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(Farhana Hazwanee Nora bt Abdullah) (Pn Salmah binti Iman)


Setiausaha Pen Kanan Ko-Kurikulum
Kantin SMK Alang Iskandar SMK Alang Iskandar

Disahkan Oleh:

(Tn Hj Zulkipli bin Abdul Rahman)


Pengetua
SMK Alang Iskandar

Anda mungkin juga menyukai