Anda di halaman 1dari 25

Perjanjian Abad ke 

19
Persetiaan dengan Sultan Kedah, 1791
Teks ini diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia. 2008. Kuala
Lumpur: ITNMB
Pada 16 hari bulan Sya’ban tahun Hijriah 1205, hari Ahad.

Bahawasanya, pada hari ini tulisan ini menunjukkan bahawa Gabenor Pulau Pinang, wakil
Syarikat lnggeris, telah mengikat Perjanjian keamanan dan persahabatan dengan Duli Yang Maha
Mulia Baginda Yang Dipertuan Kedah, dan semua Orang-orang Besar Baginda dan rakyat kedua-
dua negeni, untuk hidup aman damai di laut dan di darat, supaya berkekalan selagi matahani dan
bulan bercahaya: Perkara-perkara Perjanjian adalah seperti berikut:

Perkara I
Syarikat Inggeris akan memberi Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan Kedah enam
nibu Dolar Sepanyol setiap tahun, selagi Inggeris kekal memiliki Pulau Pinang.

Perkara II
Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan bersetuju bahawa segala jenis bekalan yang
diperlukan untuk Pulau Pinang, kapal perang, dan kapal Syarikat, boleh dibeli di Kedah tanpa
halangan atau dikenakan apa-apa cukai.

Perkara III
Semua hamba yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang, atau dan Pulau Pinang ke Kedah, hendaklah
dikembalikan kepada pemunya mereka.

Perkara IV
Semua orang berhutang yang lari daripada pemiutang mereka, dan Kedah ke Pulau Pinang, atau
dan Pulau Pinang ke Kedah, jika kerana tidak membayar hutang mereka itu, hendaklah
diserahkan kepada pemiutang mereka.

Perkara V
Baginda Yang Dipertuan tidak akan membenarkan orang Eropah dan mana-mana negara lain
tinggal di mana-mana bahagian negeri Baginda.

Perkara VI
Syarikat tidak akan menerima (melindungi) mana-mana orang yang melakukan penderhakaan
besar atau pemberontakan terhadap Baginda Yang di-Pertuan.

Perkara VII
Semua orang yang melakukan pembunuhan, yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang, atau dari
Pulau Pinang ke Kedah, akan ditangkap dan dipulangkan berbelenggu.
Perkara VIII
Semua orang yang mencuri cap meterai (pemalsuan) akan diserah balik sedemikian juga.

Perkara IX
Baginda Yang Dipertuan tidak akan membekalkan apa-apa bekalan kepada semua orang yang
menjadi musuh kepada Syarikat Inggeris.

Kesembilan-sembilan Perkara ini telah diselesaikan dan diikat, dan keamanan diwujudkan antara
Baginda Yang Dipertuan dengan Syarikat Inggeris; Kedah dan Pulau Pinang akan menjadi sebuah
Negeri.

Persetiaan ini dibuat dan disempurnakan oleh Tunku Shariff Mohamad, Tunku Alang Ibrahim,
dan Datuk Penggawa Talibon, wakil-wakil bagi pihak Baginda Yang Dipertuan, dan diberikan
kepada Gabenor Pulau Pinang, wakil bagi Syarikat Inggeris. Dalam Perjanjian ini, mana-mana
pihak yang menyimpang danipada apa-apa yang tertulis dalam Perjanjian ini, Tuhan akan
menghukum dan memusnahkannya; tidak akan ada padanya kesejahteraan dan kesihatan.

Meterai Shariff Mohamad dan Tunku Alang Ibrahim, dan Datuk Penggawa Talibon,
diperturunkan pada Perjanjian ini, dengan tandatangan masing-masing.

Ditranskripsikan oleh Hakim Bunder, Pulau Pinang.

Ditandatangan, dimeterai dan disempurnakan di Kota Cornwallis, Pulau Pinang pada 1 hari bulan
Mei tahun Masihi 1791.

(Tandatangan)
F. LIGHT

Persetiaan dengan Naning, 1801


Teks ini diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia. 2008. Kuala
Lumpur: ITNMB
PERSETIAAN YANG DIIKAT PADA 1801 OLEH RESIDEN BRITISH DI MELAKA, LEFTENAN
KOLONEL TAYLOR DENGAN PENGHULU NANING

Perkara dan syarat yang diimlakkan oleh Leftenan Kolonel Aldwell Taylor, Gabenor dan
Komandan Melaka, untuk dan bagi pihak Yang Mulia Gabenor Kota St. George dengan Raja
Merah Kapitan Penghulu, dll., yang bemama Dol Said; dan Lela Hulubalang dan Maulana Hakim,
yang bergelar Orang Kaya; Kecil yang bergelar Musah; dan Menobonjon-kaya bergelar Konchil
dan Maharaja Ankaia bergelar Sumuna; dan Maulana Garang, Menteri dan Pembesar Naning dan
kampung-kampung di sekelilingnya yang dengan sesungguhnya telah menerima dan berikrar
mematuhi Perkara-perkara berikut:-
Perkara 1
Kapitan, atau Penghulu, Menteri, dan Pembesar-pembesar berjanji dan bersumpah atas nama
dan bagi pihak seluruh masyarakat Naning, untuk taat setia kepada Yang Mulia Gabenor dalam
Majlis di Kota Saint George yang tersebut di atas, dan demikian juga kepada Gabenor dan
Komandan Bandar dan Kota ini, serta semua Komandan yang ada atau yang selepas ini dilantik
di bawah mereka dan tambahan pula, mereka akan melakukan apa-apa sahaja dengan penuh taat
setia kepada Pihak Berkuasa British, sebagaimana yang dikehendaki daripada rakyat yang taat
setia, tanpa bersama-sama atau secara berasingan mencuba melakukan apa-apa langkah
permusuhan terhadap Gabenor tersebut, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, dan
Perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi dengan sesungguhnya dan dengan seketat-ketatnya,
dan segala kontrak dan waad lain yang telah diluluskan dengan negara lain yang boleh
memudaratkan British hendaklah dimansuhkan.

Perkara 11
Jika mana-mana orang di Naning, anak Minangkabau dan anak Melayu, melanggar kandungan
Kontrak ini, atau ingkar kepada Gabenor atau Pegawainya, maka Penghulu dan Pembesar
hendaklah, apabila diminta oleh Gabenor, menyerahkan mereka bagi dihukum sebagaimana
sepatutnya.

Perkara 111
Penghulu, Pembesar dan penduduk Naning keturunan Minangkabau, dan juga Melayu, adalah
terikat untuk menyerahkan satu per sepuluh daripada hasil padi dan segala buah-buahan mereka
kepada Syarikat Hindia Timur; tetapi memandangkan keadaan mereka yang miskin, Syarikat
tersebut telah memutuskan bahawa Penghulu hendaklah datang sendiri, setiap tahun, atau
mengarahkan salah seorang Pembesarnya supaya datang ke Melaka, bagi memberi
penghormatan kepada Syarikat, dan, sebagai tanda taat setia mereka, mereka hendaklah
menghadiahkan Syarikat tuaian pertama mereka sebanyak setengah koyan padi (400 gantang).

Perkara 1V
Penduduk Naning, apabila meninggalkan negeri mereka untuk ke Melaka, hendaklah
menyerahkan kepada Syahbandar kebenaran bertulis daripada Penghulu, yang ditandatangan
dan dicapmeterainya; dan begitu juga semua orang yang ingin meninggalkan Melaka untuk ke
Naning, diarahkan supaya menunjukkan dokumen serupa kepada pihak berkuasa di sana, yang
ditandatangani (atas perintah Kerajaan) oleh Syahbandar; jika tidak, kedua-dua pihak wajib
menghantar balik orang yang berkenaan itu; tetapi apabila ditunjukkan Perakuan yang
dikehendaki, mereka akan dibenarkan tinggal di Naning dan di kampung-kampung bersebelahan
dan mencari nafkah dengan bercucuk tanam seperti menanam sirih, dll., dengan syarat mereka
berpegang teguh dan mematuhi adat resam tempat itu sebagaimana yang diamalkan penduduk
lain.
Perkara V
Penghulu dan Pembesar berjanji bahawa semua bijih timah yang dibawa dari Sri Menanti, Sungai
Ujong, Rembau, dan tempat-tempat lain di daerah-daerah itu ke Naning, hendaklah dengan
serta-merta dihantar dan diserahkan kepada Syarikat, di mana mereka akan menerima sebanyak
44 Dolar Rix tunai, dibayar dengan wang Rupee Surat, bagi setiap bahara 300 kati.

Perkara V1
Mereka juga berjanji menyerahkan lada Naning dan lada daerah-daerah bersebelahan kepada
Syarikat, jika apa-apa jumlah yang banyak diperlukan, dengan dibayar harga 12 Dolar Rix
sebahara.

Perkara V11
Penghulu, Pembesar, dan penduduk Naning tidak dibenarkan merunding (jualan) atau
berdagang dengan mana-mana negeri pedalaman, tetapi hendaklah membawa barang-barang
mereka menghilir Sungai Melaka, dengan menggunakannya, tanpa apa-apa jua alasan untuk
menggunakan mana-mana laluan atau cara pengangkutan lain, dan mereka juga tidak boleh
mengadakan apa-apa perhubungan dengan mana¬-mana negeri pedalaman di Sungai Penajis,
jika tidak nyawa mereka akan melayang dan harta benda mereka dirampas.

Perkara V111
Penghulu dan Pembesar berjanji, atas nama Masyarakat Naning, bahawa bilamana Pembesar
Yang Memerintah berundur daripada memerintah, atau apa¬-apa geruh menimpa mereka,
Penghulu dan Pembesar hendaklah dalam keadaan sedemikian mencadangkan salah seorang
daripada anggota keluarga mereka yang terdekat dan paling berkelayakan, kepada Gabenor
Melaka, bagi menjadi penggantinya; tetapi mereka tidaklah boleh mengharapkan cadangan itu
akan sentiasa dipersetujui Gabenor; sebaliknya adalah menjadi pilihan Gabenor melantik sesiapa
yang difikirkannya patut dilantik.

Perkara 1X
Mana-mana hamba sama ada kepunyaan Syarikat Yang Mulia, atau kepunyaan penduduk
Melaka, yang mencari perlindungan di Naning, atau di kampung-kampung atau di tempat-tempat
di sekelilingnya, maka Penghulu, Pembesar dan penduduk (tiada sesiapa pun yang dikecualikan)
adalah terikat bagi menangkap dan menghantar ke Pekan orang pelarian itu dengan serta-merta,
(atau) orang pelarian itu boleh diserahkan kepada tuan mereka dan tuntutan sebanyak 10 Dolar
Rix, tidak lebih daripada itu, boleh dituntut daripada tuannya sebagai hadiah.

Perkara X
Mana-mana hamba lelaki dan perempuan yang dipujuk lari dari Naning ke Melaka, bagi
memeluk agama Kristian, maka tuan punya hamba itu akan menerima ganti rugi sebanyak
separuh daripada harga hamba itu, mengikut penilaian Jawatankuasa yang akan dilantik
Kerajaan.
Perkara X1
Tetapi (jika) mana-mana orang menjual mana-mana hamba beragama Kristian atau orang biasa
dari Melaka kepada orang Islam atau orang Pagan, sama ada dengan kerelaan mereka sendiri
atau digoda ataupun dilarikan secara paksa daripada tuan mereka, lebih-lebih lagi mereka yang
menggoda hamba Kristian atau orang biasa supaya berkhatan atau menggunakan kekerasan bagi
mempengaruhi mereka menjadi orang Islam, nyawa mereka akan melayang dan harta benda
mereka dirampas.

Perkara X11
Dan bahawa kandungan Perkara tersebut hendaklah dipatuhi tanpa boleh dilanggar, dan
Penghulu serta Pembesar berjanji dan bersumpah atas nama seluruh masyarakat, bahawa mereka
akan serta-merta memulangkan dan menyerahkan kepada Yang Mulia Gabenor semua hamba
yang lari yang berada di Naning atau di tempat-tempat lain.

Perkara X111
Akhir sekali, Penghulu dan Pembesar berjanji dan bersumpah dengan menggunakan al-Quran,
atas nama masyarakat Naning, bahawa mereka akan mematuhi dengan sesungguhnya segala
perintah yang ditetapkan dalam Perkara¬-perkara ini, dan mengikat diri mereka bagi
menyerahkan mana-mana pencabul perintah tersebut kepada Syarikat Hindia Timur, supaya
hukuman boleh dikenakan ke atas orang itu.

Bagi menyempurnakan segala yang dijanjikan dan dipersetujui dalam Perjanjian ini, maka saya
dengan ini menurunkan tandatangan saya.

Dibuat dan diikrarkan di Bandar dan Kota Melaka pada 16 hari bulan Julai 1801.

(Tandatangan) A. TAYLOR.

Ikrar Penghulu dan Pembesar Naning

Kami, Kapitan atau Penghulu dan Pembesar-pembesar, berjanji dan bersumpah bagi pihak diri
kami dan juga bagi pihak masyarakat Naning, akan sentiasa taat setia kepada Gabenor dalam
Majlis Kota Saint George, Gabenor dan Komandan Melaka, serta semua Komander yang dilantik
atau yang akan dilantik di bawah mereka selepas ini, dan selanjutnya akan menepati masa bagi
memenuhi segala perintah dan arahan yang dikeluarkan atau yang akan dikeluarkan selepas ini,
dan akan berkelakuan sewajarnya terhadap Syarikat Hindia Timur pada masa hadapan, mengikut
cara sebagaimana yang dikehendaki daripada rakyat dan vasal yang taat setia.

Ditandatangani oleh DOL SAID, BILAL MOREN, KANJUN, SAMEON dan MAULANA GUNAN.

Perjanjian Temenggung Abdul Rahman


dengan Raffles, 1819
Teks ini diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia. 2008. Kuala
Lumpur: ITNMB
Datuk Temenggung Seri Maharaja Abdul Rahman Raja Singapura yang memerintah negeri
Singapura dan sekalain tukun pulau mana di dalam perintahya Singapura di dalam dia punya
nama sendiri dan di dalam nama Seri Sultan Hussein Muhammad Shah Raja Johor dengan Seri
Paduka Thomas Stamford Raffles, Leftenan Gabenor Bengal Yang Maha Mulia.

Maka dari sebab lama bersahabat dan berdagangan perniagaan antara Kopeni Inggeris dengan
negeri-negeri daerah yang di bawah perintah negeri Singapura Johor itulah baik dibakikan
pekerjaan yang patut tiada boleh putus selama-lamanya.

PERKARA YANG PERTAMA


Maka boleh Kompeni Inggeris membaki loji akan penduduk di Singapura atau lain-lain tempat
yang di bawah perintah Singapura Johor.

PERKARA YANG KEDUA


Maka dari sebab itu Kompeni Inggeris berjanji pelihara Datuk Temenggung Seri Maharaja.

PERKARA YANG KETIGA


Dari hal tanah Kompeni mahu baki loji penduduk Kompeni boleh kasi pada satu tahun kepada
datuk Temenggung Seri Maharaja tiga ribu rial.

PERKARA YANG KEEMPAT


Maka Datuk Temenggung ada perjanjian selama-lamanya yang kompeni Inggeris boleh duduk
dan pelihara seperti janji ini tiada ia boleh masuk bicara atau lepas masuk di dalam daerahnya
pada segala bangsa yang lain daripada bangsa Inggeris.

PERKARA YANG KELIMA


Maka apabila datang seri sultan yang di jalan sampai di sini boleh habiskan segala perkara-
perkara hal perjanjian ini dan tetapi baiklah Kompeni Inggeris boleh pilih satu tempat mahu
dinaikkan bala tenteranya dengan alat perkakasnya dan menaikkan bendera Kompeni Inggeris
maka dari itu diturunkan tandatangan dan cap kedua kita di dalam kertas ini tatkala diperbuat
surat ini kepada empat hari bulan Rabiul Akhir 1233.

Cap dan tandatangan

Persetiaan antara Great Britain dengan


Johor, 1824
Teks ini diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia.2008. Kuala
Lumpur: ITNMB
SUATU PERSETIAAN PERSAHABATAN dan PERIKATAN antara SYARIKAT HINDIA TIMUR
lNGGERIS YANG MULIA di satu pihak, dengan DULl YANG MAHA MULIA BAGINDA SULTAN
dan DATUK TEMENGGUNG JOHOR di satu pihak lagi, diikat pada dua hari bulan Ogos, satu
ribu lapan ratus dua puluh empat (1824), bersamaan dengan enam hari bulan Zulhijah, tahun
Hijriah, satu ribu dua ratus tiga puluh sembilan (1239), oleh Sultan Johor yang di atas, iaitu DULl
YANG MAHA MULIA SULTAN HUSSAIN MUHAMMAD SHAH, dan DATUK TEMENGGUNG
JOHOR yang di atas, iaitu DULl YANG AMAT MULIA DATUK TEMENGGUNG ABDUL
RAHMAN SRI MAHARAJA bagi pihak Baginda dan Datuk Temenggung sendiri, dengan JOHN
CRAWFURD, ESQUIRE, Residen British di Singapura, yang diberi kuasa sepenuhnya dalam
persetiaan ini oleh Yang Teramat Mulia WILLIAM PITT, LORD AMHERST, Gabenor General
Kota William di Benggala, bagi pihak SYARIKAT HINDIA TIMUR lNGGERIS YANG MULIA itu.

Perkara I
Keamanan, persahabatan, dan persefahaman yang baik akan wujud selama-lamaya antara
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan
Datuk Temenggung Johor serta waris dan pengganti masing-masing.

Perkara II
Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah dan Datuk Temenggung Abdul Rahman
Sri Maharaja dengan ini menyerah sepenuh kedaulatan dan hak kepada Syarikat Hindia Timur
Inggeris Yang Mulia, waris dan penggantinya untuk selama-lamanya, Pulau Singapura, yang
terletak di Selat Melaka, bersama-sama laut, selat dan pulau-pulau kecil bersebelahan
dengannya, dalam lingkungan sepuluh batu geografi dari pantai pulau utama Singapura.

Perkara III
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, sebagai balasan kepada
penyerahan yang dinyatakan dalam Perkara terdahulu ini, membayar kepada Duli Yang Maha
Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah, sejumlah wang sebanyak tiga puluh tiga ribu dua ratus
(33,200) Dolar Sepanyol, bersama dengan gaji, sepanjang hayat Baginda, sejumlah satu ribu tiga
ratus (1,300) Dolar Sepanyol sebulan, dan kepada Duli Yang Amat Mulia Datuk Temenggung
Abdul Rahman Sri Maharaja, sejumlah wang sebanyak dua puluh enam ribu lapan ratus (26,800)
Dolar Sepanyol, dengan gaji bulanan sebanyak tujuh ratus (700) Dolar Sepanyol sepanjang
hayatnya.

Perkara IV
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah dengan ini mengaku menerima
daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, sebagai menyempurnkan ketetapan kedua-
dua Perkara terdahulu ini, sejumlah wang sebanyak tiga puluh tiga ribu dua ratus (33,200) Dolar
Sepanyol (iaitu kurang drpd RM3 juta sekarang – Hasbullah Pit), bersama dengan ansuran
bulanan pertama gaji yang tersebut di atas sebanyak satu ribu tiga ratus (1,300) Dolar Sepanyol,
dan Duli Yang Amat Mulia Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja juga dengan ini
mengaku menerima daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, sebagai
menyempurnakan ketetapan kedua-dua Perkara terdahulu ini, sejumlah wang sebanyak dua
puluh enam ribu lapan ratus (26,800) Dolar Sepanyol, bersama dengan ansuran bulanan pertama
gaji di atas sebanyak tujuh ratus Dolar Sepanyol.

Perkara V
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia berjanji menyambut dan melayan Duli Yang Maha
Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah, dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri
Maharaja, dengan penuh kemuliaan, kehormatan dan adat istiadat yang layak atas kedudukan
dan taraf masing-masing, bilamana Baginda dan Datuk Temenggung menetap atau mengunjungi
Pulau Singapura.

Perkara VI
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, sekiranya Duli Yang Maha Mulia
Baginda Sultan dan Datuk Temenggung, waris atau pengganti Baginda dan Datuk Temenggung
memilih untuk menetap di mana-mana bahagian Negeri sendiri, dan bagi maksud tersebut
hendak berpindah dari Singapura, membayar kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain
Muhammad Shah, waris atau pengganti Baginda, sejumlah wang sebanyak dua puluh ribu
(20,000) Dolar Sepanyol, dan kepada Duli Yang Amat Mulia Datuk Temenggung Abdul Rahman
Sri Maharaja, waris atau pengganti Datuk Temenggung sejumlah wang sebanyak lima belas ribu
(15,000) Dolar SepanyoP

Perkara VII
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah dan Datuk Temenggung Abdul
Rahman Sri Maharaja, sebagai balasan kepada bayaran yang dinyatakan dalam Perkara terdahulu
ini, dengan ini menyerahkan, bagi pihak diri, waris, dan pengganti masing-masing, kepada
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, waris dan pengganti mereka buat selama-lamanya,
semua hak dan hak milik kepada setiap jenis harta tak alih, sama ada dalam bentuk tanah,
rumah, kebun, dusun, atau pokok kayu, yang mungkin dimiliki oleh Baginda dan Datuk
Temenggung di Pulau Singapura atau di wilayah tanggungannya pada masa yang difikirkan
Baginda dan Datuk Temenggung sebagai sesuai untuk berpindah dari pulau tersebut, bagi
maksud menetap di Negeri sendiri, tetapi hendaklah difahami dengan sejelas-jelasnya oleh setiap
pihak bahawa peruntukan Perkara ini tidak meliputi apa-apa jenis harta yang boleh dipegang
oleh mana-mana pengikut atau orang suruhan Duli Yang Maha Mulia dan Datuk Temenggung
yang berada di luar kawasan sekitar kediaman sebenar yang kini diperuntukkan kepada Duli
Yang Maha Mulia dan Datuk Temenggung.

Perkara VIII
Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah, dan Datuk Temenggung Abdul Rahman
Sri Maharaja, dengan ini berjanji bahawa selama Baginda dan Datuk Temenggung menetap di
Pulau Singapura, atau menerima gaji bulanan masing-masing daripada Syarikat Hindia Timur
Inggeris Yang Mulia, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Persetiaan ini, Baginda dan Datuk
Temenggung tidak boleh sekali-kali mengikat apa-apa perikatan dan juga tidak boleh berutus-
utusan dengan mana-mana kuasa atau raja asing, tanpa pengetahuan dan keizinan Syarikat
Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, waris dan penggantinya.

Perkara IX
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, dengan ini berjanji bahawa jika sekiranya Duli Yang
Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah, dan Datuk Temenggung Abdul Rahman
Sri Maharaja berpindah dari Pulau Singapura sebagaimana yang dibayangkan dalam Perkara ke-
6, dan berasa gusar untuk menetap di wilayah mereka sendiri berbangkit daripada perpindahan
itu, memberi mereka suaka diri dan perlindungan sama ada di Pulau Singapura atau Pulau
Pinang.

Perkara X
Pihak Penjanji dengan ini menyatakan dan berjanji bahawa tiada mana-mana pihak pun akan
campur tangan dalam hal-ehwal dalaman pihak pemerintah yang satu lagi, atau dalam mana-
mana pertelingkahan politik atau peperangan yang mungkin tercetus dalam wilayah masing-
masing, dan mereka juga tidak boleh menyokong satu sarna lain melalui kekuatan senjata
terhadap mana-manajua pihak ketiga.

Perkara XI
Pihak Penjanji dengan ini berjanji menggunakan apa-apa cara yang masing-masing berkuasa bagi
menghapuskan rompakan dan pelanunan di Selat Melaka dan juga di laut sempit, selat dan
sungai lain yang bersempadanan, atau yang di dalam, wilayah masing-masing selagi ia berkaitan
dengan kekuasaan dan kepentingan langsung Duli Yang Maha Mulia dan Datuk Temenggung.

Perkara XII
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah dan Datuk Temenggung Abdul
Rahman Sri Maharaja dengan ini berjanji mengekalkan perdagangan bebas dan tidak terganggu
di mana-mana sahaja di kawasan kekuasaan mereka, dan membenarkan perdagangan dan lalu
lintas negara British ke dalam semua pelabuhan dan pangkalan kapal kerajaan Johor dan wilayah
tanggungannya berdasarkan syarat negara yang paling diutamakan.

Perkara XIII
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, selagi Duli Yang Maha Mulia
Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja
kekal menetap di Pulau Singapura, tidak membenarkan mana-mana orang suruhan atau pengikut
Baginda dan Datuk Temenggung meninggalkan langsung khidmat sebenar mereka, untuk tinggal
atau kekal berada di Pulau Singapura atau wilayah tanggungannya. Tetapi dengan ini hendaklah
difaharni sejelas-jelasnya bahawa semua orang suruhan dan pengikut itu hendaklah terdiri
daripada rakyat kelahiran mana-mana bahagian wilayah kekuasaan Baginda dan Datuk
Temenggung sahaja, di mana kuasa Baginda dan Datuk Temenggung kini bertapak kukuh, dan
nama-nama mereka pada masa memasuki perkhidmatan Baginda dan Datuk Temenggung,
hendaklah ditulis secara sukarela dan sewajarnya dalam sebuah daftar yang disimpan bagi
maksud itu oleh ketua pihak berkuasa tempatan pada masa itu.

Perkara XIV
Maka adalah dengan ini, saling dinyatakan dan dipersetujui bahawa syarat-syarat semua
Konvensyen, Persetiaan atau Perjanjian yang lalu yang diikat antara Syarikat Hindia Timur
Inggeris Yang Mulia dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Datuk Temenggung
Johor, hendaklah dengan Persetiaan ini disifatkan sebagai, dan dengan ini, terbatal dan
termansuh sewajarnya, walau bagaimanapun dengan pengecualian syarat-syarat terdahulu
sebagaimana yang telah diberikan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, apa-apa
hak atau hak milik bagi pendudukan atau pemilikan Pulau Singapura dan wilayah tanggungannya
seperti yang tersebut di atas.

Dibuat dan diikat di Singapura, pada hari dan tahun yang tertulis di atas.

(T.T.) SULTAN HUSSAIN MUHAMMAD SHAH.


(T.T.) 1. CRAWFORD.
DATUK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN SRI MAHARAJA.
(T.T.) AMERST.
(T.T.) EDWARD PAGET.
(T.T.) F. FENDALL.

Diratiftkasikan oleh Yang Amat Mulia Gabenor Jeneral dalam Majlis, di Kota William di
Benggala, pada sembilan belas hari bulan November, satu ribu lapan ratus dua puluh empat.

(Tandatangan)
GEO. SWINTON, Setiausaha Kerajaan.

Nota:
2 Perkara VI dan VII, apabila berkaitan dengan Datuk Temenggung, telah dibatalkan melalui
perjanjian bertarikh 19 hari bulan Disember 1862. Lihat Maxwell & Gibson 1924: 129-130.

Perjanjian Belanda, 1824


Diambil daripada, Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia, 2008. Kuala Lumpur: ITNMB
PERSETIAAN ANTARA DULl YANG MAHA MULlA BAGINDA KING GREAT BRITAIN
DENGAN RAJA NEGERI BELANDA BERKAITAN DENGAN WILAYAH DAN PERDAGANGAN
DI HINDIA TIMUR, DITANDATANGANI DI LONDON PADA 17 HARI BULAN MAC 1824.

Dengan Nama Trimurti Paling Kudus dan Paling Tunggal.

Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom Great Britain dan Ireland, dan Duli Yang
Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda, berhasrat mewujudkan suasana saling memanfaatkan
berkaitan dengan Tanah Jajahan dan Perdagangan rakyat masing-masing di Hindia Timur,
supaya kesejahteraan dan kemakmuran kedua-dua negara boleh digalakkan sepanjang waktu
pada masa hadapan, tanpa apa-apa perbezaan dan rasa cemburu yang pada masa lampau telah
menggugat keharmonian yang sepatutnya wujud antara mereka; dan dengan harapan segala
kejadian salah faham antara Wakil masing-masing boleh, sedapat mungkin, dihalang; dan
dengan tujuan membuat keputusan tentang sesetengah persoalan yang telah timbul dalam
penyempurnaan Konyensyen yang dibuat di London pada 13 hari bulan Ogos 1814, setakat yang
berkaitan dengan Tanah Jajahan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda di Timur,
telah melantik Wakil Penuh Kerajaan masing-masing, iaitu:-

Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom Great Britain dan Ireland melantik Yang
Amat Arif George Canning, seorang Ahli Majlis Privi Yang Amat Mulia Duli Yang Maha Mulia
Baginda King, Ahli Parlimen, dan Ketua Setiausaha Negara bagi Hal-Ehwal Luar Duli Yang Maha
Mulia Baginda King; dan Yang Amat Arif Charles Watkin Williams Wynn, seorang Ahli Majlis
Privi Yang Amat Mulia Duli Yang Maha Mulia Baginda King, Ahli Parlimen, Leftenan Kolonel
Pemerintah Rejimen Askar Berkuda Yeomanry di Montgomeryshire, dan Presiden Lembaga
Pesuruhjaya Duli Yang Maha Mulia Baginda King bagi Hal-Ehwal India:-

Dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda melantik Baron Henry Fagel, Ahli Kor
Askar Berkuda Wilayah Holland, Konsul Negara, Knight Grand Cross of the Royal Order of the
Belgic Lion, dan Royal Guelphic Order, dan Duta Besar Khas dan Wakil Penuh Duli Yang Maha
Mulia Raja Belanda (di negeri) Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain; dan Anton
Reinhard Falck, Commander of the Royal Order of the Belgic Lion, dan Menteri Jabatan Arahan
Awam, Perindustrian Negara, dan Tanah Jajahan Duli Yang Maha Mulia Baginda King:-

Yang, setelah menyampaikan Kuasa Penuh masing-masing, mendapati segala-galanya baik dan
sewajarnya, maka telah bersetuju tentang Perkara-perkara berikut:-

Perkara I
Pihak Penjanji Tertinggi berjanji membenarkan rakyat satu sama lain berdagang antara Tanah
Jajahan masing-masing di Kepulauan Timur, dan di Benua India dan di Ceylon, sebagai negara
bertaraf paling diutamakan; dan rakyat masing-masing perlu mematuhi Peraturan tempatan di
setiap Petempatan.

Perkara II
Rakyat dan kapal sebuah negara tidak perlu membayar, atas pengimportan atau pengeksportan di
pelabuhan pihak yang satu lagi di Laut Timur, apa-apa duti pada kadar yang melebihi sekali
ganda duti yang dikenakan ke atas rakyat dan kapal negara pemilik pelabuhan itu.
Duti yang dibayar ke atas eksport atau import di Pelabuhan British di Benua India, atau di Ceylon
oleh kapal kargo Belanda, hendaklah dikira sebegitu rupa supaya tiada apa-apa duti yang
dikenakan itu melebihi sekali ganda amaun duti yang dibayar oleh kapal kargo British.
Berhubung dengan apa-apa barang yang tiada apa-apa duti dikenakan, apabila diimport atau
dieksport o1eh rakyat, atau di atas kapal negara pemilik pelabuhan itu, maka duti yang dikenakan
ke atas rakyat atau kapal pihak yang satu lagi itu tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi
enam peratus.

Perkara III
Pihak Penjanji Tertinggi berjanji bahawa selepas ini tiada apa-apa Persetiaan dibuat oleh mana-
mana pihak, dengan mana-mana Kuasa Peribumi di Laut Timur yang boleh mengandungi apa-
apa Perkara yang cenderung, sama ada secara nyata atau melalui penetapan duti tak setara bagi
mengecualikan perdagangan Pihak yang satu lagi daripada pelabuhan Kuasa Peribumi itu; dan
jika dalam mana-mana Persetiaan yang wujud kini pada mana-mana Pihak terdapat apa-apa
Perkara yang mempunyai maksud sedemikian, maka Perkara itu hendaklah terbatal sebaik-baik
sahaja Persetiaan ini diikat.

Maka adalah difahami bahawa sebelum pengikatan Persetiaan ini, perhubungan telah dibuat o1eh
setiap Pihak Penjanji dengan pihak yang satu lagi tentang segala Persetiaan atau Perjanjian yang
wujud antara setiap mereka dengan mana-mana Kuasa Periburni di Laut Timur dan bahawa
perhubungan itu hendaklah dibuat berkaitan dengan segala Persetiaan yang diikat oleh mereka
masing-masing selepas ini.

Perkara IV
Duli-Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dan Raja Negeri Belanda berjanji
memberi Perintah yang ketat kepada Pihak Berkuasa Awam dan juga Tentera dan demikian juga
kepada Kapal Perang mereka supaya menghormati kebebasan perdagangan yang ditetapkan oleh
Perkara I, II dan III; dan tidak boleh, dalam mana-mana hal menyekat perhubungan bebas
Peribumi di Kepulauan Timur dengan pelabuhan kedua-dua Kerajaan atau rakyat kedua-dua
Kerajaan dengan Pelabuhan kepunyaan Kuasa Peribumi.

Perkara V
Duli-Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dan Raja Negeri Belanda, juga berjanji
bersetuju mencegah pelanunan di laut-laut itu; mereka tidak akan memberi sama ada suaka atau
perlindungan kepada kapal yang terlibat dalam pelanunan, dan mereka tidakakan membenarkan
dalam mana-mana hal kapal atau dagangan yang ditawan oleh kapal itu dibawa masuk, disimpan,
atau dijual di mana-mana Tanah Jajahan mereka.

Perkara VI
Maka adalah dipersetujui bahawa Perintah akan diberikan oleh kedua-dua Kerajaan kepada
Pegawai dan Wakil mereka di Timur supaya tidak mendirikan apa-apa Petempatan baru di mana-
mana pulau di Laut Timur, tanpa terlebih dahulu memperoleh kebenaran daripada Kerajaan
masing-masing di Eropah.
Perkara VII
Kepulauan Maluku, khususnya Ambon, Banda, Temate, dan Wilayah Tanggungan terdekat
masing-masing adalah dikecualikan daripada kuat kuasa Perkara I, II, III dan IV, sehingga
Kerajaan Negeri Belanda mendapati sesuai untuk melepaskan monopoli rempah-ratus; tetapi jika
Kerajaan tersebut, pada bila-bila masa sebelum pelepasan monopoli itu, hendak membenarkan
rakyat mana-mana kuasa, selain Kuasa Periburni Asia, menjalankan apa-apa hubungan
perdagangan dengan pulau-pulau tersebut, maka rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda King
Great Britain hendaklah dibenarkan mengadakan hubungan sedemikian dengan kedudukan yang
betul-betul serupa.

Perkara VIII
Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda menyerah kepada Duli Yang Maha Mulia
Baginda King Great Britain, semua pertapakannya di Benua India, dan melepaskan segala
keistimewaan dan pengecualian yang dinikmati atau dituntut disebabkan oleh pertapakan itu.

Perkara IX
Kilang di Kota Marlborough dan semua Tanah Jajahan British di Pulau Sumatera adalah dengan
ini diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Belanda; dan Duli Yang Maha Mulia
Baginda King Great Britain selanjutnya berjanji bahawa tiada apa-apa Petempatan British akan
didirikan di Pulau itu, dan tiada apa-apa persetiaan akan diikat oleh Pihak Berkuasa British
dengan mana-mana Raja, Orang Besar atau Negeri Peribumi di sana.

Perkara X
Bandar dan Kota Melaka serta Wilayah Tanggungannya adalah dengan ini diserahkan kepada
Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain; dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja
Negeri Belanda berjanji, bagi pihak diri dan rakyat Baginda, tidak akan mendirikan apa-apa
Pertapakan di mana-mana bahagian Semenanjung Melaka, atau mengikat apa-apa Persetiaan
dengan mana-mana Raja, Pembesar atau Negeri Peribumi di sana.

Perkara XI
Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain menarik balik bantahan yang dibuat
berhubung dengan pendudukan Pulau Belitong dan Wilayah Tanggungannya, oleh Wakil
Kerajaan Negeri Belanda.

Perkara XII
Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda menarik balik bantahan yang dibuat
berhubung dengan pendudukan Pulau Singapura, oleh rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda
King Great Britain.

Walau bagaimanapun, Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain berjanji bahawa tiada
apa-apa Pertapakan British akan didirikan di Pulau Karimon, atau di Pulau Batam, Bintang,
Lingin, atau di mana-mana pulau lain di selatan Selat Singapura, dan tiada apa-apa Persetiaan
akan diikat oleh Pihak Berkuasa British dengan para Pembesar pulau-pulau itu.

Perkara XIII
Segala Tanah Jajahan, Petempatan dan Pertapakan yang diserahkan melalui Perkara terdahulu
hendaklah diserahkan kepada para Pegawai Raja masing-masing pada 1 hari bulan Mac 1825.
Segala Kubu hendaklah berada dalam keadaan seperti sebelum tempoh pemberitahuan
Persetiaan ini di India; tetapi tiada apa-apa tuntutan boleh dibuat oleh suatu pihak ke atas pihak
yang satu lagi terhadap kelengkapan tentera atau bekalan daripada apa jua jenisnya, sama ada
yang telah ditinggalkan atau dipindahkan oleh Kuasa penyerah, dan tiada juga terhadap apa-apa
tunggakan hasil atau bagi apa-apa bayaran pentadbiran.

Perkara XIV
Semua penduduk Wilayah yang diserahkan melalui Perjanjian ini, akan menikmati kebebasan,
selama satu tempoh enam tahun dari tarikh ratifikasi Persetiaan ini, bagi melupuskan, sesuka
hati mereka, segala harta mereka dan berpindah ke mana-mana negeri yang mereka sukai, tanpa
disuruh atau dihalang.

Perkara XV
Pihak Penjanji Tertinggi bersetuju bahawa tiada mana-mana Wilayah atau Pertapakan yang
disebut dalam Perkara VIII, IX, X, XI, dan XII boleh, pada bila-bila masa, dipindahkan kepada
mana-mana kuasa lain. Sekiranya mana-mana Tanah Jajahan tersebut ditinggalkan oleh salah
satu Pihak Penjanji, maka hak pendudukannya hendaklah dengan serta-merta beralih ke pihak
yang satu lagi.

Perkara XVI
Maka adalah dipersetujui bahawa segala akaun dan penuntutan kembali yang berbangkit
daripada pemulangan Jawa, dan Tanah Jajahan lain kepada para Pegawai Duli Yang Maha Mulia
Baginda Raja Negeri Belanda di Hindia Timur, dan juga yang tertakluk di bawah Konvensyen
yang dibuat di Jawa pada 24 hari bulan Jun 1817 antara Pesuruhjaya kedua-dua Negara itu,
seperti yang lain-lainnya, hendaklah ditutup sepenuhnya secara muktamad dan diselesaikan
dengan bayaran sejumlah wang sebanyak seratus ribu paun sterling, yang hendaklah dibuat di
London oleh pihak Negeri Belanda, sebelum habis tempoh tahun 1825.

Perkara XVII
Persetiaan ini hendaklah diratifikasikan, dan ratifikasi yang akan dibuat bersama-sama di
London hendaklah diadakan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh ini, atau secepat yang mungkin
jika boleh.

Pada menyaksikannya, maka Wakil Penuh Kerajaan masing-masing telah menandatangani


Persetiaan ini dan mengecap padanya meterai lambang mereka.
Dibuat di London pada tujuh belas hari bulan Mac tahun Masihi satu ribu lapan ratus dua puluh
empat.

(Tanda tangan)
GEORGE CANNING.

(Tanda tangan)
CHARLES WATKIN WILLIAMS WYNN.

Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 8-12.

Penyerahan Pemerintahan Sarawak oleh


Pangeran Muda Hassim, 1841
Diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia, Kuala Lumpur: ITNMB,
2008.
Perjanjian ini yang dibuat pada hari Rabu, tiga puluh hari bulan Rejab tahun Hijriah satu ribu
dua ratus lima puluh tujuh pada pukul dua belas menunjukkan bahawa dengan suci hati dan
penuh kejujuran PANGERAN MUDA HASSIM putera Al-Marhum Sultan Muhammad dengan ini
menyerahkan hasil dan segala tanggungjawab masa depan Pemerintahan Sarawak bersama
dengan wilayah tanggungannya, kepada JAMES BROOKE Esquire. Selanjutnya, dia, James
Brooke Esquire adalah pemunya tunggal hasil negeri dan dia sahajalah yang bertanggungjawab
terhadap perbelanjaan awam yang diperlukan demi kebaikan Sarawak.

Seterusnya, James Brooke Esquire dengan suci hati dan dengan penuh kejujuran menerima
Perjanjian ini seperti yang ditetapkan dan selanjutnya mengaku janji dari tarikh ini akan
membayar kepada Sultan Brunei satu ribu dolar, kepada Pangeran Muda satu ribu dolar, kepada
Petinggi tiga ratus dolar, kepada Bandar satu ratus lima puluh dolar dan kepada Temenggung
satu ratus dolar.

Seterusnya, James Brooke Esquire mengaku janji bahawa undang-undang dan adat resam orang
Melayu Sarawak akan dihormati selama-lamanya kerana Negeri Sarawak hingga sekarang ini
tertakluk kepada pemerintahan Sultan Brunei, Pangeran Muda dan Raja-Raja Melayu.

Seterusnya, jika timbul apa-apa honar sama ada di dalam atau di luar Negeri Sarawak yang boleh
memudaratkan kepentingannya, sama ada yang disebabkan oleh rakyat atau putera raja
mahupun raja yang bermusuhan dengan Sarawak, maka Sultan dan adinda Baginda, iaitu
Pangeran Muda hendaklah mengesahkan James Brooke Esquire sebagai Raja Sarawak yang
dilantik secara sah dan tidak boleh diganggu-gugat oleh mana-mana orang lain.

Seterusnya, Pangeran Muda dan James Brooke Esquire mengikat Kontrak ini dan Pangeran
bersetuju melepaskan semua aktiviti selanjutnya dalam Pemerintahan Sarawak kecuali
sebagaimana yang boleh dijalankan olehnya dengan izin James Brooke Esquire dan apa-apa yang
dilakukan oleh mereka secara berasingan atau secara individu berkaitan dengan Pemerintahan
Sarawak mestilah menurut syarat Perjan jian ini.

Ditulis di Sarawak pada malam Jumaat, dua hari bulan Syaaban 1257 pada pukul sepuluh.

Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 184-185.

Perjanjian yang Dibuat oleh Pembesar


Perak di Pulau Pangkor, 1874
Diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia, Kuala Lumpur: ITNMB
(2008)
Bahawasanya keadaan huru-hara sedang berlaku dalam Kerajaan Perak disebabkan oleh
ketiadaan pemerintah yang tetap di Negeri itu dan tidak wujud kuasa yang berkesan untuk
melindungi rakyat dan untuk menjamin hasil usaha mereka, dan,

Bahawasanya sebilangan besar orang Cina yang diupah dan sejumlah besar wang yang dilaburkan
dalam perusahaan bijih timah di Perak oleh rakyat British dan lain-lain yang bermastautin dalam
Tanah Jajahan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, dan lombong serta harta tersebut tidak
dilindungi secukupnya, dan kegiatan lanun, pembunuhan, pembakaran sengaja berlaku dengan
berleluasa di negeri tersebut, dan ini menyebabkan perdagangan dan kepentingan British terjejas
teruk dan keamanan serta ketenteraman Petempatan British yang berjiranan dengannya kadang-
kadang turut terancam, dan,

Bahawasanya sesetengah Pembesar semasa Kerajaan Perak telah menyatakan ketakmampuan


mereka mengawal kacau-bilau yang melanda sekarang ini, dan bersama-sama dengan mereka
yang berkepentingan dalam perusahaan negeri ini telah memohon bantuan, dan,

Bahawasanya Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen terikat oleh Syarat Persetiaan bagi
melindungi Kerajaan tersebut dan membantu pemerintahnya, maka dengan ini,

Tuan Yang Terutama SIR ANDREW CLARKE, K.C.M.G., C.B., Gabenor Tanah Jajahan Negeri-
Negeri Se1at, sebagai mematuhi permintaan tersebut, dan dengan tujuan membantu pemerintah
tersebut dan bagi mewujudkan penyelesaian yang berkekalan terhadap masalah di Perak, telah
mencadangkan Perkara perkiraan yang berikut sebagai yang boleh mendatangkan manfaat
bersama kepada Pemerintah Bebas Negeri Perak, rakyatnya, rakyat Duli Yang Maha Mulia
Baginda Queen dan orang lain yang bermastautin atau yang berdagang di Negeri Perak, iaitu:-

I. Pertama. – Bahawa Raja Muda Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak.

II. Kedua. – Bahawa Raja Bendahara Ismail, yang sekarang ini menjadi Pemangku Sultan,
dibenar mengekalkan gelaran Sultan Muda dengan diberi pencen dan sebuah Wilayah kecil
diserahkan hak kepadanya.
III. Ketiga. – Bahawa segala pelantikan Pegawai-pegawai besar lain yang dibuat pada masa Raja
Bendahara Ismail menerima alat kebesaran diraja, hendaklah disahkan.

IV. Keempat. – Bahawa kuasa yang diberikan kepada Orang Kaya Menteri ke atas Larut oleh Al-
Marhum Sultan hendaklah disahkan.

V. Kelima. – Bahawa semua hasil negeri hendaklah dikutip dan semua pelantikan hendaklah
dibuat atas nama Sultan.

VI. Keenam. – Bahawa Sultan menerima dan menyediakan sebuah kediaman yang sesuai untuk
seorang Pegawai British yang dinamakan Residen, yang akan ditauliahkan ke istana Baginda, dan
nasihatnya mestilah dirninta dan diambil tindakan atas semua persoalan selain yang menyentuh
agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.

VII. Ketujuh. – Seorang Penolong Residen, iaitu seorang Pegawai British yang bertindak di bawah
Residen Perak, dengan kuasa yang serupa dan tertakluk hanya kepada Residen tersebut
hendaklah ditempatkan di istana Gabenor Larut.

VIII. Kelapan. – Bahawa pembiayaan untuk Residen-residen ini dan Perjawatan mereka
hendaklah ditentukan oleh Kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjadi tanggungan pertama
daripada hasil Negeri Perak.

IX. Kesembilan. – Bahawa peruntukan diraja yang mengawal selia pendapatan yang akan
diterima oleh Sultan, Bendahara, Menteri, dan Pegawai lain hendaklah menjadi tanggungan
seterusnya daripada hasil tersebut.

X. Kesepuluh. – Bahawa pemungutan dan pengawalan segala hasil dan pentadbiran am negeri
dikawal selia di bawah nasihat Residen-residen ini.

XI. Kesebelas. – Bahawa Persetiaan di mana Pulau Dinding dan pulau-pulau Pangkor telah
diserahkan kepada Great Britain telah tersalah faham, dan dengan yang demikian, maka perlulah
diselaraskan semula supaya dapat dikuatkuasakan tujuan sebenar para penggubal
Persetiaan itu, dan dengan ini maka diisytiharkan bahawa sempadan wilayah yang diserahkan itu
hendaklah diperbetulkan seperti berikut:-

Dari Bukit Sigari, seperti yang tertera dalam Lembaran Carta No.1 Selat Melaka, yang salinannya
dilampirkan, dengan bertanda A, merentas lurus hingga ke laut, kemudiannya di sepanjang
pantai laut ke selatan, ke Pulau Katta di sebelah Barat, dan dari Pulau Katta merentang ke timur
laut kira-kira sepanjang lima batu, dan kemudiannya ke utara, iaitu ke Bukit Sigari.

XII. Kedua belas. – Bahawa legih selatan Sungai Krian, iaitu bahagian kawasan yang salirannya
masuk ke sungai itu dari selatan diisytiharkan sebagai Wilayah British, sebagai membetulkan
Sempadan Selatan Province Wellesley (Seberang Prai). Sempadan itu hendaklah ditandakan oleh
Pesuruhjaya, seorang yang dinamakan oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat, dan seorang lagi
dinamakan oleh Sultan Perak.

XIII. Ketiga belas. – Bahawa apabila keadaan kacau-bilau sekarang ini sudah terhenti di Negeri
Perak dan keamanan dan ketenteraman telah kembali pulih dalam kalangan puak-puak yang
berbalah di Negeri itu, maka langkah-langkah segera di bawah kawalan dan seliaan seorang atau
lebih daripada seorang Pegawai British hendaklah dilaksanakan bagi memulihkan sejauh mana
yang boleh dilakukan kerja-kerja perlombongan dan pemilikan alat jentera, dll., seperti keadaan
sebelum berlaku kacau-bilau, serta bagi menguruskan pembayaran pampasan kerana kerosakan,
dan keputusan pegawai atau pegawai-pegawai itu dalam hal sedemikian adalah muktamad.

XIV. Keempat belas. – Menteri Larut berjanji mengaku sebagai hutangnya kepada Kerajaan
Negeri-negeri Selat untuk segala caj dan perbelanjaan yang ditanggung atas penyiasatan ini, dan
juga atas caj dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Tanah Jajahan Negeri-negeri Selat dan Great
Britain dalam usaha mereka bagi mewujudkan ketenteraan di Negeri Perak dan keselamatan
perdagangan.

Perkara di atas telah dibaca dan telah dijelaskan kepada mereka yang berkenaan yang telah
memaharni perkara-perkara itu dan masing-masing bersetuju dan menerimanya sebagai
mengikat diri mereka dan Waris serta Pengganti mereka.

Peijanjian ini dibuat dan diikat di Pulau Pangkor dalam Tanah Jajahan British, pada dua puluh
hari bulan Januari tahun Masihi satu ribu lapan ratus tujuh puluh empat.

Disempumakan di hadapan saya,


ANDREW CLARKE,
Gabenor, Panglima Besar dan Laksamana Madya Negeri-Negeri Selat.

Cap Mohor Sultan Perak.


Cap Mohor Bendahara Perak.
Cap Mohor Temenggung Perak.
Cap Mohor Menteri Perak.
Cap Mohor Syahbandar Perak.
Cap Mohor Raja Mahkota Perak.
Cap Mohor Laksamana Perak.
Cap Mohor Dato’ Sagor.

Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 28-30.

Pemasyhuran Selangor, 1875


Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia. 2008, Kuala Lumpur ITNMB
Pemasyhuran Selangor oleh Tuan Yang Terutama Kolonel Sir Andrew Clarke, R.E., C.B.,
K.C.M.G., Gabenor dan Panglima Besar Negeri-Negeri Selat dan Laksamana Madya Negeri-
Negeri itu.

Ketahuilah oleh sekalian manusia bahawa Sultan Abdul Sarnad, Pemerintah Selangor, Klang,
Langat, Bernam dan Lukut, serta wilayah tanggungannya dengan hasrat mewujudkan Kerajaan
yang lebih baik di negeri Baginda, telah meminta pada kami seorang Pegawai Inggeris bagi
membantu Baginda membuka dan memerintah negeri Baginda, dan atas permintaan Baginda itu,
kami telah menghantar dua orang pegawai, iaitu Tuan Davidson bagi menetap di Klang dan Tuan
Swettenham bagi menetap di Langat, untuk membantu menjalankan kerja-kerja ini, khususnya
melindungi nyawa dan harta benda penduduk dan pedagang di Selangor dan Wilayah-
wilayahnya.

Maka dengan yang demikian, Sultan Selangor telah mengeluarkan suatu Pemasyhuran bertarikh
21 hari bulan Sya’ban tahun Hijriah 1291, yang mengundang para saudagar dan orang lain
mencari rezeki di negeri Baginda, dan karni menyokong Pemasyhuran itu sepenuh-penuhnya dan
pegawai kami yang tersebut di atas akan membantu semua orang yang baik-baik yang pergi ke
Selangor dan Wilayah-wilayahnya, sama ada untuk menetap atau berdagang di sana.

Dengan Perintah Tuan Yang Terutama,

T. BRADDELL,
Setiausaha Tanah Jajahan.
Pejabat Setiausaha Tanah Jajahan,

Singapura, 25 hari bulan Januari 1875.

Pemasyhuran Selangor, 1875


Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia. 2008, Kuala Lumpur ITNMB
Pemasyhuran Selangor oleh Tuan Yang Terutama Kolonel Sir Andrew Clarke, R.E., C.B.,
K.C.M.G., Gabenor dan Panglima Besar Negeri-Negeri Selat dan Laksamana Madya Negeri-
Negeri itu.

Ketahuilah oleh sekalian manusia bahawa Sultan Abdul Sarnad, Pemerintah Selangor, Klang,
Langat, Bernam dan Lukut, serta wilayah tanggungannya dengan hasrat mewujudkan Kerajaan
yang lebih baik di negeri Baginda, telah meminta pada kami seorang Pegawai Inggeris bagi
membantu Baginda membuka dan memerintah negeri Baginda, dan atas permintaan Baginda itu,
kami telah menghantar dua orang pegawai, iaitu Tuan Davidson bagi menetap di Klang dan Tuan
Swettenham bagi menetap di Langat, untuk membantu menjalankan kerja-kerja ini, khususnya
melindungi nyawa dan harta benda penduduk dan pedagang di Selangor dan Wilayah-
wilayahnya.
Maka dengan yang demikian, Sultan Selangor telah mengeluarkan suatu Pemasyhuran bertarikh
21 hari bulan Sya’ban tahun Hijriah 1291, yang mengundang para saudagar dan orang lain
mencari rezeki di negeri Baginda, dan karni menyokong Pemasyhuran itu sepenuh-penuhnya dan
pegawai kami yang tersebut di atas akan membantu semua orang yang baik-baik yang pergi ke
Selangor dan Wilayah-wilayahnya, sama ada untuk menetap atau berdagang di sana.

Dengan Perintah Tuan Yang Terutama,

T. BRADDELL,
Setiausaha Tanah Jajahan.
Pejabat Setiausaha Tanah Jajahan,

Singapura, 25 hari bulan Januari 1875.

Tauliah daripada Sultan Borneo yang


Melantik Gustavus Baron de Overbeck
sebagai Maharaja Sabah dan Raja Gaya
dan Sandakan, 1877
Diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia, Kuala Lumpur: ITNMB
Kepada seluruh negara di muka bumi ini yang ada kaitannya dengan perkara ini, beta, Abdul
Mumin ibni Al-Marhum Maulana Abdul Wahab, Sultan Borneo mengirim salam kepada semua.

Bahawasanya beta berasa perlu untuk menganugerahkan kepada sahabat beta yang setia serta
yang dikasihi, Gustavus de Overbeck dan Alfred Dent Esquire, bahagian tertentu Negeri di bawah
kekuasaan beta yang terdiri daripada seluruh bahagian utara Pulau Borneo dari Sungai Sulaman
di sebelah pantai barat ke Teluk Maludu dan ke Sungai Paitan dan kemudiannya seluruh
bahagian pantai timur sehingga ke Sungai Sibuko, yang terdiri daripada Negeri Paitan, Sugut,
Bangayan, Labok, Sandakan, Kinabatangan, dan Mumiang, dan tanah yang lain sejauh hingga ke
Sungai Sibuko sehingga meliputi wilayah Kimanis dan Binoni, wilayah Pappar dan wilayah Teluk
Gaya dan Teluk Sapanggar dengan semua tanah daratan dan pulau yang menjadi sebahagian
daripada kawasannya dan begitu juga Pulau Banguey, bagi balasan tertentu yang dipersetujui
antara kami.

Dan bahawasanya Gustavus Baron de Overbeck tersebut ialah ketua dan satu-satunya sahaja
wakil Sah Syarikatnya di Borneo.

Dengan yang demikian, maka ketahuilah semua yang ada bahawa beta, Sultan Abdul Mumin ibni
Al-Marhum Maulana Abdul Wahab hendak menamakan dan melantik dan dengan ini
menamakan dan melantik Gustavus Baron de Overbeck sebagai Pemerintah Tertinggi wilayah-
wilayah yang tersebut di atas dengan gelaran Maharaja Sabah (Borneo Utara) dan Raja Gaya dan
Sandakan, dengan kuasa hidup dan mati ke atas penduduknya, dengan segala hak mutlak ke atas
harta yang terletak hak kepada beta bagi isi bumi negeri ini dan hak untuk melupuskan harta itu
dan juga hak terhadap pengeluaran hasil bumi negeri ini sama ada daripada jenis galian, tumbuh-
tumbuhan mahupun haiwan, dan dengan hak untuk membuat undang-undang, membuat duit,
mewujudkan tentera darat dan tentera laut, mengenakan cukai kastam ke atas perdagangan dan
perkapalan dalam dan luar negeri dan cukai dan yuran lain ke atas penduduknya sebagaimana
yang dilihatnya sebagai baik atau perlu, berserta dengan segala kuasa dan hak lain yang biasanya
dijalankan dan dimiliki oleh pemerintah berdaulat, dan yang dengan ini beta wakilkan kepadanya
dengan kerelaan beta sendiri.

Dan beta menyeru kepada seluruh negara asing yang telah beta wujudkan persetiaan dan
persahabatan serta perikatan supaya mengakui bahawa Maharaja tersebut sebagai diri beta
sendiri di wilayah-wilayah tersebut dan menghormati kuasanya di wilayah itu, dan jika sekiranya
berlaku kematian atau persaraan dari jawatan oleh Maharaja tersebut, maka orang yang
sewajarnya dilantiknya sebagai pengganti dalam jawatan pemerintah tertinggi dan Gabenor Besar
wilayah Syarikat di Borneo hendaklah demikian juga menggantikan jawatan dan gelaran
Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan Sandakan, dan segala kuasa yang dinyatakan di atas
hendaklah terletak hak padanya.

Dibuat di Istana Brunei pada 29 hari bulan Disember, TM 1877.

Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 156-157.

Pemasyhuran Pahang, 1889
Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965, 2008. Kuala
Lumpur: ITNMB
Meterai: Sultan Ahmad Muazam Shah

Beta, Sultan Ahmad Muazam Shah, putera Al-Marhum Sultan Ali, yang menduduki takhta
Kerajaan Pahang serta segala wilayah tanggungannya, dengan ini mengisytiharkan dan
memasyhurkan bahawa beta telah memberi titah perintah kuasa kepada putera sulung beta
Tunku Mahmud, dan bahawasanya beta mula merasa beban usia tua dan kegeringan yang
menimpa beta, dan dengan demikian beta ingin berundur daripada memerintah Kerajaan beta
dan setelah dipertimbang halus-halus beta telah menetapkan hati dan mengesahkan bahawa
putera beta itu akan menjadi wakil beta dalam perundingan dengan Residen British bagi
memperbuat undang-undang dan mengeluarkan peraturan yang berhubung dengan segala
perkara berkaitan pentadbiran Kerajaan, dan beta mengakui bahawa segala tindakan putera beta
itu dalam mentadbir hal-ehwal negeri adalah seolah-olah beta yang tadbir sendiri.

Dan selanjutnya beta telah memberi titah perintah yang mengurniakan kepada putera beta itu
kuasa sepenuhnya dan selengkap-lengkapnya supaya semua Pembesar dan Penghulu beta mesti
mematuhi sepenuh-penuhnya apa-apa perintah yang dikeluarkan oleh putera beta itu, kerana
dalam setiap halnya perintah itu adalah perintah beta jua.

Dibuat pada 22 hari bulan Ju1ai 1889.

Teks ini diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 70.

Perjanjian antara Gabenor Negeri-Negeri


Selat yang Bertindak bagi Pihak Kerajaan
Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen
dan Undang Luak-Luak yang selepas ini
Dinamakan Negeri Sembilan, 1895
Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965, 2008. Kuala
Lumpur:” ITNMB
Bagi mengesahkan pelbagai perjanjian terdahulu yang bertulis dan yang tidak bertulis, maka Yam
Tuan Besar Sri Menanti bersama dengan Undang Johol, Sungai Ujong, Je1ebu, Rembau dan
Tampin dengan ini secara berasingan meletakkan diri mereka dan Luak mereka di bawah
naungan Kerajaan British.

2. Undang Luak-Luak yang tersebut di atas, dengan ini bersetuju membentuk sebuah Negeri
gabungan yang dikenali sebagai Negeri Sembilan, dan mereka berhasrat memperoleh bantuan
seorang Residen British dalam mentadbir Kerajaan gabungan tersebut dan mereka mengaku janji
mematuhi nasihatnya dalam semua perkara pentadbiran selain yang menyentuh agama Islam.

3. Maka hendaklah difahami bahawa perkiraan sebagaimana yang dipersetujui kini tidaklah
bermakna bahawa mana-mana Undang akan menjalankan apa-apa kuasa atau wibawa lain
berkaitan mana-mana Luak lain, selain Luak yang dimilikinya kini.

Pada menyaksikannya maka Gabenor Leftenan Kolonel Sir Charles Bullen Hugh Mitchell,
G.C.M.G. dan Yam Tuan Besar Sri Menanti bersama dengan Undang Johol, Sungai Ujong,
Je1ebu, Rembau dan Tampin telah menandatangani Perjanjian ini yang bertarikh 8 hari bulan
Ogos tahun Masihi satu ribu lapan ratus sembilan puluh lima bersamaan dengan 16 hari bulan
Safar tahun Hijriah satu ribu tiga ratus dua belas.

(Tandatangan) C.B.H. MITCHELL (Meterai)

Saksi tandatangan Sir C.B.H. Mitchell, G.C.M.G.

(Tandatangan) CLAUD SEVERN, Setiausaha Sulit.


Meterai Dato Bandar.
(Tandatangan) DATO BANDAR AHMAD

Meterai Undang Jelebu.


(Tandatangan) SYED ALl

Saksi.
(Tandatangan) ARTHUR L. KEYSER.

30 hari bulan Jun 1895.

CAP DATO JOHOL.

Saksi.

(Tandatangan) LEOPOLD CAZALAS

Meterai Dato Rembau.


(Tandatangan) SIRUN

Meterai Yam Tuan Besar.

(Tandatangan) MOHAMED BIN ANTAH.

20 hari bulanJun 1895.

Saksi.

(Tandatangan) MARTIN LISTER.

(Tandatangan) DATO BANDAR AHMAD, Pemangku Dato Kelana.

Saksi.

(Tandatangan) HARVEY CHEVALLIER


Teks diambil daripada Maxwell & Gibson, 1924: 64-65

Persetiaan Persekutuan, 1895
Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965, Kuala Lumpur:
ITNMB
PERJANJIAN antara Gabenor Negeri-Negeri Selat, yang bertindak bagi pihak Kerajaan Duli Yang
Maha Mulia Baginda Queen, Maharani India dengan Raja-Raja Negeri Melayu yang berikut, iaitu:
Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.
1. Sebagai mengesahkan pelbagai Perjanjian terdahulu, maka Sultan Perak, Sultan Selangor,
Sultan Pahang dan Pembesar-Pembesar Negeri-Negeri yang membentuk wilayah yang dikenali
sebagai Negeri Sembilan, dengan ini secara berasingan meletakkan diri mereka dan Negeri
mereka di bawah naungan Kerajaan British.

2. Raja-Raja dan Pembesar-Pembesar masing-masing bagi Negeri-negeri yang dinamakan di atas,


dengan ini bersetuju membentuk negeri-negeri mereka dalam sebuah Persekutuan, dikenali
sebagai Negeri-Negeri Melayu Naungan, yang ditadbir di bawah nasihat Kerajaan British.

3. Maka hendaklah difahami bahawa Perkiraan yang dengan ini dipersetujui tidak bermaksud
bahawa mana-mana seorang Raja atau Pembesar akan menjalankan apa-apa kuasa atau wibawa
berkaitan dengan mana-mana Negeri selain yang kini dimilikinya di Negeri yang dia diiktiraf
sebagai Raja atau Pembesar.

4. Raja-Raja yang dinamakan di atas bersetuju untuk menerima seorang Pegawai British, bergelar
Residen Jeneral, sebagai ejen dan wakil Kerajaan British di bawah Gabenor Negeri-Negeri Selat.
Mereka mengaku janji menyediakan untuknya tempat penginapan yang sesuai, memberi gaji
seperti mana yang ditentukan oleh Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, dan
mengikuti nasihatnya dalam semua perkara pentadbiran selain yang menyentuh agama Islam.
Pelantikan Residen Jenera! tidak akan menjejaskan kewajipan Raja-Raja Melayu terhadap
Residen British yang sedia ada atau yang dilantik selepas ini bagi menyandang jawatan di Negeri-
negeri Naungan yang tersebut di atas.

5 . Raja-raja yang dinamakan di atas juga bersetuju memberi kepada Negeri-Negeri dalam
Persekutuan yang memerlukan apa-apa bantuan berupa tenaga manusia, wang atau lain-lainnya
sebagaimana yang dinasihati oleh Kerajaan British, melalui pegawainya yang dilantik dengan
sewajarnya; dan mereka selanjutnya mengaku janji bahawa sekiranya tercetus perang antara
Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan mana-mana kuasa yang lain, mereka,
atas permintaan Gabenar, akan menghantar sepasukan askar India yang lengkap bersenjata
untuk berkhidmat di Negeri-Negeri Selat.

Tiada apa-apa pun dalam Perjanjian ini yang bertujuan menyekat apa-apa kuasa atau wibawa
yang kini dipegang aleh mana-mana Raja Negeri yang dinamakan di atas di Negeri masing-
masing, dan ia juga tidak mengubah hubungan sedia ada antara mana-mana Negeri yang
dinamakan dengan Empayar British.
Perjanjian di atas telah ditandatangani dan dimeterai aleh Raja-Raja dan Pembesar-Pembesar
pelbagai Negeri yang tersebut di bawah pada bulan Julai 1895:

Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris, Sultan Perak


Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Samad, Sultan Selangar
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad, Sultan Pahang
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah, Yam Tuan Besar Sri Menanti
Dato’ Haji Ahmad, Dato’ Bandar Sungai Ujong
Dato’ Ata, Data’ Undang Jahal
Dato’ SyedAli bin Syed Zain, Dato’ Undang Jelebu
Dato’ Serun bin Sidin, Dato’ Undang Rembau
Tengku Dewa Tampin

Teks diambil dari Arkib Negara Malaysia, P.126. Lihat juga Bahan-bahan Pilihan Pameran Arkib
Warisan Negara 1892: 44.

Anda mungkin juga menyukai