Anda di halaman 1dari 1

Kalau korang hilang kerja dan memenuhi syarat yang diperuntukkan, korang layak terima faedah

pengangguran di bawah SIP Elaun Mencari Pekerjaan (EMP). Namun, masih ada had untuk jumlah
yang korang akan terima tu.

Jumlah yang diberikan tu akan dihadkan pada gaji yang diandaikan sebanyak RM4,000. Jadinya,
walaupun korang dapat gaji lebih daripada RM4,000, korang cuma boleh terima faedah dengan
jumlah maksimum yang dibenarkan, iaitu RM4,000.

Korang akan diberi elaun minimum selama 3 bulan dan maksimum selama 6 bulan. Jumlah yang
diberikan tu adalah:

Bulan pertama: 80% daripada gaji anggapan bulanan korang

Bulan ke-2: 50% daripada gaji anggapan bulanan korang

Bulan ke-3 & ke-4: 40% daripada gaji anggapan bulanan korang

Bulan ke-5 & ke-6: 30% daripada gaji anggapan bulanan korang

Jumlah ni akan dikira berdasarkan anggapan gaji bulanan korang, di mana berdasarkan gaji korang
sebelum ni. Nampak macam mengelirukan juga – tapi takpe, ni contohnya.

Katakanlah korang dapat gaji RM3,569 sebulan sebelum hilang kerja. Berdasarkan carta dari
PERKESO, gaji bulanan anggapan korang adalah sebanyak RM3,550. Jadi, berdasarkan gaji itulah,
jumlah faedah yang korang akan dapat setiap bulan:

Bulan pertama: RM2,840 (80%)

Bulan ke-2: RM1,775 (50%)

bukan ke-3 & ke-4: RM1,420 (40%)

Bulan ke-5 & ke-6: RM1,065 (30%)

Tapi ada juga syarat tambahan untuk terus terima faedah ni. Sebaik saja korang dapat elaun bulan
pertama, korang kena buktikan yang korang dah aktif mencari kerja baru, untuk dapatkan faedah
untuk 2 ke 5 bulan berikutnya.

Seterusnya, kita pergi ke bahagian paling penting iaitu macam mana nak mendaftar dan dapatkan
faedah ni.

Anda mungkin juga menyukai