Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK RAJA ABDULLAH Kod Sekolah: WEB0248

1. Nama Guru ROHANI BINTI MD ALI

2. Judul Kuasa Warna 3. Bidang: - Motivasi

4. Tarikh Pembentangan - 18.8.2023 5. Masa: -

-
6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku Kuasa Warna ini mampu menukar penampilan seorang wanita yang biasa kepada luar
biasa dengan hanya memahami ilmu tona warna. Kini para wanita mampu berjimat lebih ratusan
malah ribuan ringgit setahun dengan mengaplikasikan teknik yang dikongsi dalam buku Kuasa
Warna ini. Penulis amat menekankan pilihan tona warna yang tepat kepada setiap individu. Ini
adalah kerana pilihan warna yang tepat mampu memberikan pelbagai keajaiban kepada
penampilan diri seseorang.
Penulis berharap agar pembaca
dapat menguasai kemahiran menganalisa warna peribadi secara mudah. Penulis mengolah buku
ini dengan begitu teliti agar pembaca dapat memahami panduan langkah demi langkah
mengenalpasti undertone masing-masing secara Do-It-Yourself (DIY).
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Apa yang menarik minat pengulas mengenai buku ini adalah pembaca turut diajar mengenai
teknik yang sangat berkesan untuk menyuai padankan warna dalam gaya kehidupan seharian.
Penulis turut mengajar gaya pakaian yang sesuai buat kaum ibu, pelajar sehingga imej bagi
wanita bekerjaya. Penulis menerangkan perbezaan antara skin tone dan undertone dengan cara
yang mudah difahami. Keunikan buku Kuasa Warna ini adalah ia memberikan anda panduan
langkah demi langkah, tips juga strategi yang boleh dirujuk dan dipraktikkan oleh pembaca.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Guru dapat mengetahui bagaimana warna pakaian mereka mempengaruhi pandangan murid-
murid dan warna-warna yang patut digunakan untuk menaikkan semangat belajar murid-murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

..............................
(ROHANI BINTI MD ALI)

Anda mungkin juga menyukai