Anda di halaman 1dari 4

HIKAYAT ANGGUN CIK TUNGGAL KOMSAS TINGKATAN 2 (THE MAGICAL FIANCE)

Pengenalan Prosa klasik hasil ubah suai Hizairi Othman (pensyarah UPM yang hilang penuh misteri sejak 2004) mengisahkan salah sangka Raja Anggun Cik Tunggal (Raja ACT) terhadap gurauan tunang baginda, Tuan Puteri Gondan Gandariah (Puteri GG) yang berlabuh dengan lancang kuning Seludang Mayang bersebelahan dengan Dendang Panjang milik baginda. Raja ACT terus melancarkan serangan justeru berasa tercabar apabila Bujang Selamat sebagai utusan seakanakan dipermainkan oleh Si Kembang Cina, utusan puteri. Maka, kedua-dua pihak mula berbalas-balas serangan. Sinopsis Raja ACT melakukan bedilan dengan meriam Gerak Gempa, lalu dibalas dengan meriam Sapu Rantau. Cincin Puteri GG tercampak ke laut, manakala tengkolok Raja ACT juga jatuh ke dalam laut. Sebelum sempat Raja ACT melancarkan peluru sakti, Puteri GG menjelmakan dirinya yang sebenar. Raja ACT terkejut, lalu berselubung kerana malu. Puteri GG pun berpantun bagi menunjukkan rajuk, kemudian disambut oleh pantun Raja ACT untuk memujuk. Setelah itu, mereka berbalas-balas hadiah menerusi isyarat sakti. Puteri GG memberi 12 duit, dibalas dengan sebiji kapas. Puteri GG memohon diri untuk pulang ke Tiku Benua. Puteri GG selamat tiba di istana setelah belayar selama tiga hari tiga malam. Puteri menceritakan segala peristiwa kepada ayahanda bonda dengan rasa gembira. Perbincangan Komsas

Tema: Gurauan yang boleh membawa padah / cabaran alam pertunangan

Persoalan a) Kasih sayang terhadap tunang b) Taat setia orang suruhan terhadap tuannya c) Peperangan yang melibatkan senjata berunsur sakti

Watak & perwatakan 1. Raja Anggun Cik Tunggal - Tunang Tuan Puteri Gondan Gandariah - Nakhoda kapal Dendang Panjang - Pantang dicabar - Pandai memujuk - cepat marah, tergesa-gesa 2. Tuan Puteri Gondan Gandariah - Anak Raja Laksamana - Cantik - Memiliki kesaktian - Mudah merajuk - Tunang Raja Anggun Cik Tunggal - Suka bergurau, manja, lembut hati 3. Bujang Selamat - Orang suruhan Raja Anggun Cik Tunggal - cepat melatah - Taat kepada ketua

4. Si Kembang Cina - Orang suruhan Tuan Puteri Gondan Gandariah - Taat kepada ketua

LATAR MASYARAKAT a) b) c) d) Masyarakat yang mempunyai unsur kesaktian Masyarakat anak raja Masyarakat yang mahir dalam pelayaran Masyarakat yang berperang (berbalas-balas serangan)

Nilai: 1.Kasih sayang, 2.tolak ansur 3.hormat menghormati 4.taat setia Pengajaran Kita hendaklah berkasih sayang sesama manusia Kita hendaklah bertolak ansur dalam sesuatu urusan Kita janganlah bertindak tergesa-gesa tanpa usul periksa Kita janganlah cepat melatah dengan cakap-cakap orang Kita hendaklah taat setia kepada pemerintah

TEKNIK PLOT Saya mengkaji novel Erti Sebuah pengorbanan karya Zaihanim bt Zainal Abidin. Terdapat banyak teknik plot yang digunakan dalam novel ini. Antaranya ialah pemerian, imbas kembali dan teknik saspens. Contoh penggunaan teknik pemerian ialah semasa Iman barupulang dari sekolah. Selepas Iman meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi di tepi muka pintu, dia mengesat peluh pada dahinya. Kain tudung yang dipakainya.. Contoh teknik saspens pula ialah semasa dairi Iman dicuri. Pembaca tertanya-tanya siapa pencuri diari itu dan sebab diari itu dicuri. Seterusnya contoh teknik imbas kembali pula ialah ketika Iman teringat sewaktu Linda tidak mahu bersama-sama Iman dalam satu kumpulan. Cikgu Johari telah menetapkan bahawa Iman, Linda dan Aizat dalam satu kumpulan. Namun secara senyap-senyap, Linda meminta namanya dikeluarkan dari kumpulan itu.

Anda mungkin juga menyukai