Anda di halaman 1dari 3

BORANG MINIT CURAI

(Taklimat / Mesyuarat)

PERKARA Bengkel Pelupusan Buku Pusat Sumber TARIKH 07 OGOS 2023 /


Sekolah Peringkat Pasir Gudang 2023 Isnin

RUJ. FAIL PPDPG.PB.600-2/8/1( ) MASA 8:00 pagi –


4:00 petang
TEMPAT SMK Dato’ Penggawa Timur ANJURAN USTP PPD Pasir
Gudang
KEHADIRAN:
1. Pn. Afzam binti Abdullal (Penolong Pegawai USTP PPD Pasir Gudang)
2. Pn. Surieyani binti Samsudin (Ketua Sektor Pembelajaran PPD Pasir Gudang)
3. Pn. Norzie binti Mohd Jani (Pegawai Arkib)
4. Pn. Hjh Salwana binti Mohamed Nor (Pengetua SMK Dato’ Penggawa Timur)
5. En. Lokman Hakim bin Mahamad (Penolong Pegawai USTP PPD Pasir Gudang)
6. Pn. Adibah binti Adnan (GPM SMK Desa Cemerlang
7. Semua GPM daerah Pasir Gudang
BIL PERKARA / ISU TINDAKAN /
MAKLUMAN
1 Agenda 1: Ucapan Pengetua SMK Dato’Penggawa Makluman

 Pusat sumber sekolah perlu menawarkan buku terkini seiring dengan


permintaan murid.
 Bengkel ini bermanfaat bagi GPM untuk melaksanakan pelupusan
secara sistematik di sekolah masing-masing
 GPM perlu proaktif dan mengetahui teknologi terkini selaras dengan
perkembangan semasa.
 Kolaboratif dengan agensi-agensi luar seperti Jabatan Arkib, USTP,
MGPM,Book Hub, Pustaka Aris dan DBP.
 GPM perlu mahir untuk mengoperasi pusat sumber dengan
terancang dan sistematik supaya pusat sumber sekolah dapat
memberi impak kepada NILAM dan juga kecemerlangan murid.

2 Agenda 2: Ucapan Perasmian Makluman

 Tahniah kepada pihak USTP PPD Pasir Gudang, SMK Dato’


Penggawa Timur selaku tuan rumah, MGPM dan juga kepada
pempamer terdiri daripada Book Hub, DBP dan Pustaka Aris.
 SMK Dato’ Penggawa Timur dipilih sebagai tuan rumah kerana
sekolah ini merupakan Sekolah Aspirasi Negeri Johor mewakili
Daerah Pasir Gudang.
 Objektif Sekolah Aspirasi Johor adalah untuk melahirkan sekolah
showcase yang beridentitikan Johor dan boleh dijadikan rujukan
oleh sekolah-sekolah lain dalam negeri Johor dan menekankan
empat aspek utama iaitu Kepimpinan, Kualiti Murid, Kualiti Guru
dan Persekitaran Pembelajaran.
 Pusat sumber sekolah perlu menjadi lokasi dan ruang pembelajaran
yang terancang selaras dengan matlamat persekitaran pembelajaran
yang kondusif dan bermaklumat.
1
 GPM mampu mengoperasikan PSS secara teratur, optimum dan
terancang selaras dengan matlamat akhir PPPM iaitu Sekolah
Berkualiti dan Kemenjadian Murid.
 GPM berperanan dalam mengatasi , membantu, merapatkan jurang
tentang isu strategik di sekolah. Terdapat 6 tunjang utama iaitu
fokus, pemantauan, mengenal pasti punca, melaksanakan intervensi,
mengangkat isu-isu di peringkat sekolah dan amalan terbaik.
3 Agenda 3: Pelupusan Rekod Awam Makluman
 Pelupusan :
a) Cara menguruskan pengasingan rekod dengan tujuan
pemusnahan, pemindahan atau selainnya (penangguhan
pemindahan)
 Tujuan pelupusan:
a) untuk menjimatkan ruang simpanan
b) mengakaun /merekod kedudukan sebenar rekod bahan
c) kemaskini koleksi simpanan
 Tatacara pelupusan:
a) Menetukan bahan yang hendak dilupus
b) Menyenaraikan bahan yang hendak dilupus (borang 9)
c) Hantar permohonan ke Arkib untuk kelulusan
d) Melaksanakan tindakan pelupusan setelah mendapat kelulusan
e) Menghantar borang maklumat setelah proses pemusnahan
selesai.
 Mana-mana terbitan perlu diserahkan kepada pihak Jabatan Arkib
Negara.
 Penalti akan dikenakan sekiranya membakar buku, kertas soalan dan
lain-lain sekiranya tidak mendapat kebenaran Jabatan Arkib. Denda
tidak lebih RM 5,000 atau 1 tahun penjara dibawah seksyen 25(5).
 Kaedah pelupusan buku ada 3 iaitu:
a) Musnah (tiada nilai)
b) Simpan di sekolah (jika bernilai rendah/ bernilai pada sekolah)
c) Simpan di arkib (jika ada nilai kepada negeri atau negara)
 3 kaedah pemusnahan rekod iaitu:
a) Bakar (ditempat tertutup/ Incinerator)
b) Tanam
c) Kitar Semula (perlu dirincih terlebih dahulu)
 Buku tidak boleh dikategorikan rosak kerana terlalu umum, perlu
lebih spesifik seperti usang, koyak dan uzur.
 Jika buku lebih dari 1 perlu ukur ketinggian dalam unit Meter.
 Contoh borang pelupusan
- Arkib 2/08
- Arkib 9/08
- Arkib 11/08
 Setiap penghantaran borang permohonan pelupusan perlu 2 salinan
beserta satu surat iringan.
 Borang 9 – Guru Pusat Sumber tandatangan
 Borang 11 – Pengetua/ Guru Besar tandatangan.
 Alamat : ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI JOHOR
TINGKAT 7 BLOK B,
WISMA PERSEKUTUAN,
JALAN AIR MOLEK,
2
80000 JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM.

4. Agenda 4: Dewan Bahasa dan Pustaka Makluman

 Perdana Marketways adalah pengedar tunggal di negeri Johor


 DBP mengeluarkan 11 majalah
- 9 dalam bentuk fizikal
- 2 dalam bentuk e-majalah
 Program Majalah Dalam Kelas (MDK)
- Satu program yang boleh membantu guru-guru atau guru relief
sewaktu PdPC di dalam kelas.
 Karya Murid boleh hantar ke Dewan Pelajar (SR) dan Dewan Siswa
(SM) bagi menunjukkan bakat murid.
 Dewan Masyarakat merupakan majalah bulanan yang memaparkan
isu-isu semasa yang berlaku dalam negara.
 Bilangan tempahan minimum masih diterima (bergantung kepada
kehendak dan keperluan sekolah).
 Semua langganan akan dihantar ke sekolah sebelum minggu ke-2
setiap bulan.

5 Agenda 5: Bengkel Pelupusan Buku Makluman

 Setiap kumpulan dibekalkan buku, pembaris dan borang arkib 9/08.


 Isikan maklumat buku pada borang 9/08 dengan lengkap.
 Jika buku tiada tahun terbitan, ambil tahun beli. Jika kedua-duanya
tiada tulis sahaja ‘Tiada’.

Nama Pencatat: Tarikh


Adibah binti Adnan Disediakan:
07/08/2023

Anda mungkin juga menyukai