Anda di halaman 1dari 9

3/7/22, 10:37 AM Positif dadah tak semestinya penagih - Pakar

Positif dadah tak semestinya penagih - Pakar


Shakira Buang & Rahmat Haron
Diterbitkan: Jan 30, 2019 11:27 AM ⋅ Dikemaskini: 12:09 PM

WAWANCARA | Positif ujian air kencing tidak semestinya


menjadi bukti seseorang itu penagih, kata pakar pemulihan
dan rawatan dadah.

Ketua Jabatan Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Mahsa,


Prof Dr Hussain Habil berkata bagi mengesahkan seseorang
itu penagih mereka perlu diperiksa oleh doktor dan bukan
penguatkuasa.

"Pengenalpastian sama ada seseorang itu mempunyai


penagihan dadah sebenarnya bukan melalui air kencing.

"Pengesahan penagihan perlu dilakukan melalui


pemeriksaan klinikal oleh doktor. Bukan polis. Bukan pegawai
penguatkuasa," katanya yang juga pakar kesihatan mental
dan bekas presiden Persatuan Psikiatrik Asean.

https://www.malaysiakini.com/news/462257 1/9
3/7/22, 10:37 AM Positif dadah tak semestinya penagih - Pakar

Dalam wawancara bersama Malaysiakini baru-baru ini,


beliau menjelaskan sekiranya seseorang diputuskan sebagai
penagih hanya berdasarkan keputusan air kencing, maka
kaedah tersebut merupakan "suatu kecuaian dalam
prosedur pemeriksaan perubatan."

Pandangan Prof Hussain turut dikongsi Pengerusi Kumpulan


Reformasi Polisi Dadah, Dr Mohamad Sallehin Abu Bakar.

“Kita kena perbetulkan (undang-undang), air kencing positif


dadah tak semestinya dia seorang penagih dadah.

"Saya bagi senario contoh sekumpulan anak muda yang


baru habis belajar tamat pengajian mereka di universiti.
Mereka mahu bergembira. Maka pergilah ke karaoke. Maka
duduklah ramai-ramai.

"Tetapi salah seorang kawan bawa seseorang yang tidak


dikenali mereka. Budak-budak ini berseronok sedangkan
kawan baru mereka sedang menghisap kanabis.

"Dalam keadaan tertutup berjam-jam mereka menghidu


asap tersebut. Tiba-tiba datang polis atau AADK dan
membuat ujian air kencing.

"Agak-agak positif tak (air kencing) budak-budak ini?"


Soalnya.

https://www.malaysiakini.com/news/462257 2/9
3/7/22, 10:37 AM Positif dadah tak semestinya penagih - Pakar

Menurut Sallehin anak-anak muda dalam senario yang


dinyatakannya itu hancur masa depannya kerana akan
dipenjarakan berdasarkan keputusan ujian air kencingnya.

"Anak muda kita, air kencing positif maka mereka akan


diheret ke mahkamah. Walaupun mereka tidak mempunyai
penagihan tetapi boleh menghadapi hukuman dua tahun
(penjara). Apa jadi?

"Masa depannya hancur kerana sabitan rekod jenayah.


Tambahan lagi keadaan dalam penjara. Masuk kes kanabis,
lepas dua tahun dia jadi profesor dalam bidang dadah pula.
Upgrade kepada heroin atau syabu yang jauh lebih
memudaratkan," katanya kepada Malaysiakini.

Akta lapuk tak pulihkan pengguna dadah

Sallehin turut memberi pendapatnya tentang aspek


perundangan yang menjenayahkan pengguna dadah.

"Undang-undang lapuk terutamanya Akta Dadah Berbahaya


yang digubal pada tahun 1952 tidak dapat memulihkan
mereka yang mempunyai masalah penagihan dadah
https://www.malaysiakini.com/news/462257 3/9
3/7/22, 10:37 AM Positif dadah tak semestinya penagih - Pakar
mereka yang mempunyai masalah penagihan dadah.

"Sebaliknya menambah stigma masyarakat. Orang yang


sama sahaja asyik ditangkap oleh penguatkuasaan. Keluar
masuk penjara dan kos urine test ini siapa yang dapat
untung tu? Rakyat saja yang rugi," katanya.

Menjelaskan lanjut, Sallehin memberi contoh minuman


alkohol yang memerlukan peraturan bagi mengawal-selia
penggunaan, penjualan dan pengedarannya.

Peraturan melarang seseorang itu bekerja, mengendalikan


mesin atau memandu kenderaan di bawah pengaruh
alkohol tetapi undang-undang tidak menjenayahkan arak
berlesen dan peminumnya jika diguna bagi tujuan rekreasi.

"Kalau dia mabuk kerana minum arak dan menyebabkan


kemalangan, maka heretlah orang ini ke mahkamah.Tapi
kalau dia nak minum seorang-seorang, itu antara dia
dengan tuhan di akhirat nanti.

"Kalau kes dadah, mereka yang mempunyai masalah


penagihan, maka kita rawat dia dengan cara saintifik. Tetapi
kalau dia melakukan jenayah lain seperti ragut dan curi,
https://www.malaysiakini.com/news/462257 4/9
kalau dia melakukan jenayah lain seperti ragut dan curi,
3/7/22, 10:37 AM Positif dadah tak semestinya penagih - Pakar

mereka akan dihukum mengikut undang-undang yang sedia


ada.

"Kita bukan mendukung legalisasi dadah tetapi sekadar


menggantikan sabitan jenayah pengguna dadah dengan
rawatan perubatan. Pengedaran dadah tetap salah,"
katanya.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad pada 27 Januari lalu


menyatakan persetujuannya dengan syor Menteri Undang-
Undang Liew Vui Kong supaya undang-undang berkenaan
rawatan penagihan dadah perlu dikaji semula.

"Dengan adanya lebih 900 klinik methadone kerajaan dan


swasta di seluruh negara serta kewujudan one stop centre
bagi tujuan rawatan dengan dibantu oleh Agensi Anti Dadah
Kebangsaan dalam memberikan kaunseling dan
memulihkan penagih dadah, diharapkan semua pihak
memainkan peranan bersama bagi mengatasi isu ini," kata
Dzulkefly pada Persidangan Kesihatan Mental dan Ketagihan
anjuran Persatuan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim),
Universiti Mahsa, Pusat Penyelidikan Sains Ketagihan
Universiti Malaya (Umcas) di Kuala Lumpur.

Takrif pengguna dadah sebagai penjenayah

Prof Hussain yang juga ahli lembaga penasihat senat


universiti Mahsa merupakan antara orang yang
bertanggungjawab memperkenalkan pemberian ubat
methadone bagi merawat ketagihan heroin di negara ini
pada awal tahun 2000.

"Sebenarnya hal ini telah kita buat kajian, yang paling


berkesan apabila kita buat program pengurangan mudarat
(harm reduction) di mana pada 2001, 79.6 peratus kes
https://www.malaysiakini.com/news/462257 5/9
3/7/22, 10:37 AM Positif dadah tak semestinya penagih - Pakar

jangkitan baru HIV yang dilaporkan adalah dari pengguna


dadah suntikan (PWID), dan (turun menjadi) 3.44 peratus
pada tahun 2017.

"Kita dah tunjukkan kos. Dan bukan sahaja dari segi jangkitan
HIV. Yang tidak boleh bekerja boleh bekerja.

"Melalui program rawatan pemberian methadone dan


program pengurangan mudarat kadar peserta program
yang mendapat pekerjaan juga meningkat," katanya yang
juga bekas ketua Jabatan Psikologi Perubatan, Pusat
Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Prof Hussain yang turut bertanggungjawab merangka


pendekatan psikologi Islam untuk Institut Kefahaman Islam
Malaysia (Ikim) berkata polisi kerajaan sekarang yang
mentakrifkan pengguna dadah sebagai penjenayah lebih
banyak memberi mudarat.

"Kita tengok lebih memudaratkan. Mereka yang mempunyai


masalah penagihan perlu dianggap sebagai pesakit dan
bukan penjenayah.
https://www.malaysiakini.com/news/462257 6/9
3/7/22, 10:37 AM Positif dadah tak semestinya penagih - Pakar

“Kita nak fokus kepada merawat penagihan dadah. Biar polis,


penguatkuasa menangani pengedar dadah.

“Kita nak ajukan rawatan secara perubatan adalah lebih


cost effective daripada apa yang kita laksanakan sekarang.
Ini semua evidence based bukan sekadar cakap,” jelasnya
lagi.

Jimatkan kos RM1 bilion

Dr Sallehin pula berkata dari segi kos berbanding dasar


memenjarakan pengguna dadah, polisi pengurangan
mudarat dianggarkan dapat menyelamatkan perbelanjaan
kerajaan sebanyak RM1 bilion setahun.

Beliau berkata menurut satu kajian yang dijalankan Pusat


Penyelidikan Dadah dan Ubat ubatan, Universiti Sains
Malaysia (Centre for Drug Research) pada tahun 2018, kos
tahunan untuk rawatan dan pemulihan seorang penagih
adalah RM20,690 bagi penjara dan RM38,530 untuk pusat
Serenti manakala kos rawatan methadone di klinik kesihatan
kerajaan cuma RM6560 setahun .

“Pertama kita akan selamatkan wang rakyat, sekurang-


kurangnya RM1 bilion setahun. Itu hanya yang kita kirakan
dari segi kos rawatan dan pemulihan,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/462257 7/9
3/7/22, 10:37 AM Positif dadah tak semestinya penagih - Pakar

Suatu kajian yang didanai Bank Dunia dan dijalankan oleh


Centre of Excellence for Research in AIDS (Ceria) Universiti
Malaya pada 2014 menunjukkan program pengurangan
mudarat melalui program rawatan methadone, Program
Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan (NSEP) dan program
intervensi psikososial seperti perkhidmatan kaunseling
berjaya mengurangkan jangkitan HIV di kalangan pengguna
dadah suntikan (PWID).

Kajian tersebut menjangkakan dari 2006 ke 2050 kira-kira


RM910 juta kos kesihatan boleh dijimatkan jika terapi
methadone dan program pertukaran jarum suntikan
diteruskan.

Kajian itu turut menyebut secara puratanya pada tempoh


waktu itu (2006-2050), negara akan mendapat pulangan
sebanyak RM1.13 bagi setiap RM1 yang dibelanjakan untuk
program pengurangan mudarat ini, manakala bebanan
kewangan kos kesihatan bagi sekitar 23,000 jangkitan HIV
dapat dihindarkan pada dekad mendatang.

https://www.malaysiakini.com/news/462257 8/9
3/7/22, 10:37 AM Positif dadah tak semestinya penagih - Pakar

Sallehin selanjutnya menggesa supaya doktor yang diberi


tanggungjawab untuk aspek rawatan penagihan dadah,
manakala AADK diperlukan untuk perkhidmatan kaunseling
psikososial.

“Apa yang kita harapkan juga, kaedah rawatan ini


dipertingkatkan lagi di Malaysia dan kita mahu para doktor
yang lakukannya.

“Sebab Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sudah


mengiktiraf penagihan dadah ialah satu penyakit kronik
yang mudah berulang (chronic relapsing disease) dan
berpanjangan," katanya.

Menurut Klasifikasi Penyakit Antarabangsa WHO pada 1994,


masalah ketagihan pada sesuatu bahan merupakan sejenis
gangguan mental, ini termasuklah kebergantungan
terhadap alkohol dan dadah (sama ada yang haram atau
dengan preskripsi doktor).

https://www.malaysiakini.com/news/462257 9/9

Anda mungkin juga menyukai