Anda di halaman 1dari 1

MUHAMMAD AIMAN SYUKRI BIN AMIR HASHIM

L20222013184

Kajian tindakan dan kajian penyelidikan adalah dua perkara yang berbeza yang menggunakan
kaedah dan tujuan yang berlainan di antara satu sama lain.

Kajian Tindakan ialah penyelidikan ke atas amalan oleh pengamal, baik secara individu
mahupun bersama pengamal lain untuk mengubah dan menambah baik amalan sedia ada.
Dalam bidang pendidikan, pengamal boleh terdiri daripada seorang guru, pentadbir atau
seseorang kaunselor sekolah, atau individu lain yang terlibat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Walau bagaimanapun, kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan yang
dijalankan oleh guru untuk memperbaiki amalan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Misalnya, guru boleh menyelidik kaedah pengajaran dan bahan pengajaran yang
digunakannya untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajarannya. Kajian tindakan boleh
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kajian tindakan teknikal , kajian tindakan
praktikal dan kajian tindakan bebas . Antara tujuan utama adalah untuk menambahbaikkan
amalan secara sistematik. Contoh kaedah kajian tindakan adalah pemerhatian dan temubual.
Rumusannya, kajian tindakan adalah untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan
dalam bidang tugasnya iaitu menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian
dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa
pembaharuan dan kemajuan serta menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin
diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan
keberkesanan usaha itu.

Manakala bagi kajian penyelidikan pula bermaksud proses penyelidikan sistematik dan teliti
yang dijalankan untuk mengumpul, menganalisis, dan menginterpretasi data atau maklumat
dengan tujuan untuk memahami atau menjawab soalan penyelidikan atau untuk menguji
hipotesis. Ia adalah satu pendekatan saintifik yang digunakan untuk meningkatkan
pengetahuan tentang sesuatu fenomena, isu, atau topik yang dikaji. Kajian penyelidikan boleh
merangkumi pelbagai jenis metodologi, termasuk kajian kualitatif dan kuantitatif,
eksperimen, tinjauan, analisis data dan banyak lagi. Tujuan utama kajian penyelidikan adalah
untuk meningkatkan pemahaman dengan membantu memahami fenomena dengan lebih
mendalam, mengenal pasti hubungan sebab-akibat, dan menjelaskan bagaimana sesuatu
berlaku atau berfungsi. Rumusannya, kajian penyelidikan melibatkan perancangan yang teliti,
pengumpulan data yang sistematik, analisis data yang teliti, dan interpretasi yang berdasarkan
bukti. Hasil daripada kajian penyelidikan sering diterbitkan dalam jurnal ilmiah atau
dibentangkan dalam konferensi untuk berkongsi pengetahuan dengan komuniti saintifik dan
masyarakat luas.

Anda mungkin juga menyukai