Anda di halaman 1dari 2

KARNIVAL SUKAN OKU PPDK NEGERI PAHANG 2023

SYARAT PERTANDINGAN ACARA LONTAR PELURU

1.0 KATEGORI DAN HAD UMUR PESERTA

Kategori yang akan dipertandingkan adalah bagi pemain lelaki dan perempuan. Kategori
pemain adalah seperti berikut :

1.1.1 Lelaki individu (peluru 5kg)

1.1.2 Perempuan individu (peluru 4kg)

Had umur pemain bagi kedua-dua kategori adalah 14 tahun ke atas.

Kiraan umur pemain akan dikira berdasarkan tahun kelahiran dalam tahun semasa.

Semua pelatih hendaklah bersedia menunjukkan Kad Pengenalan dan Kad OKU asal untuk
pemeriksaan oleh pihak pengelola (BPOKU JKMN PAHANG) pertandingan sebelum
pertandingan dimulakan. Kegagalan menunjukkan dokumen tersebut akan meyebabkan
pemain tersebut dihalang dari menyertai pertandingan atau dibatalkan penyertaannya.

2.0 SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Pemain akan bermain di lapangan lontar yang telah ditetapkan. Giliran melontar akan
ditentukan melalui undian semasa hari pertandingan.

2.2 Tiga lontaran dibenarkan bagi peringkat separuh akhir dan tiga lontaran lagi di peringkat
akhir

2.3 Lontaran hendaklah dibuat dalam bulatan atau kawasan lontaran dan peluru mestilah
mendarat di dalam kawasan mendarat.dibuat dalam bulatan

2.4 Peluru mestilah dilontar atas bahu dengan sebelah tangan sahaja.

2.5 Peluru mestilah rapat dengan dagu dan tangan tidak boleh dijatuhkan ke bawah daripada
bulatan lontaran..

2.6 Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan lontaran sebelum peluru mendarat.
2.7 Peserta dibenarkan keluar dari sebelah belakang bulatan lontaran.

2.8 Jauh lontaran diukur dari jatuhan peluru terhampir dengan bahagian tengah bulatan
lontaran.

3.0 PEMBATALAN LONTARAN

3.1 Lontaran peserta yang keluar dari kawasan mendarat dikira batal.

3.2 Sekiranya peserta keluar dari sebelah hadapan, lontaran itu dibatalkan.

3.3 Jika peserta tersentuh tanah atau di luar bulatan lontaran.

4.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

4.1 Pemenang ditentukan berdasarkan lontaram terjauh daripada kesemua lontaran yang sah.

4.2 Jarak lontaran diukur di antara kesan peluru mendarat yang terhampir dengan tengah-
tengah bulatan lontaran..

4.3 Jika seri, maka keputusan adalah merujuk kepada lontaran kedua terbaik. Jika masih
sama, maka rujuk lontaran ketiga terbaik.

5.0 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN:

5.1 Taklimat pegawai sukan akan diadakan pada hari pertandingan dijalankan sebelum
permainan.

5.2 Senarai nama peserta yang telah disahkan adalah muktamad.

6.0 PAKAIAN

6.1 Semua pemain dikehendaki memakai pakaian sukan mengikut kesesuaian.

6.2 Semua peserta diwajibkan memakai kasut sukan.

7.0. MENARIK DIRI

7.1 Pelatih yang enggan bermain dalam tempoh masa 30 minit selepas permainan bermula,
akan dianggap menarik dri.

7.2 Pengurus pasukan juga perlu memaklumkan penarikan diri pelatih kepada urusetia

Anda mungkin juga menyukai