Anda di halaman 1dari 3

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN PROJEK

Pada era modenisasi kini, manusia memerlukan peralatan ataupun alat pelbagai fungsi untuk
memudahkan melakukan sebarang kerja yang biasanya memerlukan beberapa peralatan ataupun
komponen lain untuk digunakan bagi membuat sesuatu tugasan. Dengan alat seperti ini, bengkel
automotif tidak perlu menggunakan tenaga pekerja yang berlebihan.

Kumpulan kami telah mengkaji tentang produk penekan hidraulik berkuasa elektrik. Produk ini
mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya, mengurangkan tenaga kerja manusia yang berlebihan.
Selain itu, menjimatkan ruang didalam bengkel.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Sebelum memulakan pentakrifan masalah hendaklah dilaksanakan bertujuan untuk memastikan


bahawa projek yang dijalankan dapat menyelesaikan masalah melalui pembaharuan dan
pengubahsuaian yang telah dibuat.

Projek ini dibuat bertujuan untuk mengurangkan tenaga kerja dalam bengkel serta memudahkan
lagi kerja untuk menekan sesuatu komponen contohnya penggalas tayar kereta.

Berdasarkan kajian yang kami telah lakukan, penekan hidraulik memerlukan tenaga yang banyak
untuk menekan atau memampatkan komponen.
1.3 OBJEKTIF PROJEK

Secara terperinci, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan jawapan-jawapan seperti
berikut:

1.3.1 Menjimatkan masa melakukan kerja penukaran bearing kenderaan


1.3.2 Mengurangkan risiko kerosakkan pada komponen bearing kenderaan

1.4 TUJUAN PROJEK

Tujuan projek ini dibuat adalah untuk menginovasikan dan menambahbaik produk yang sedia ada
kearah yang lebih produktif. Dengan saiz yang kecil dan kompak,unit penekanan hidraulik bermotor
dapat melakukan penekanan komponen bearing kenderaan dengan lebih cepat dan selamat. Dengan
alatan ini, kerja-kerja dapat menjimatkan masa melakukan kerja penekanan. Mengurangkan risiko
kerosakan pada komponen terutamanya bearing kenderaan.

1.5 SKOP PROJEK

Matlamat projek ini dilaksanakan untuk mengurangkan penggunaan tenaga semasa melakukan
kerja.

Projek ini juga dapat mengurangkan masa pekerja ketika melakukan penyelenggaraan komponen
contohnya menanggalkan bearing.

Projek ini hanya sesuai digunakan di dalam bengkel sahaja.


1.6 JANGKAAN HASIL

1.7 KESIMPULAN

Kesimpulannya, bab ini membincangkan tentang pengenalan projek, pernyataan masalah, objektif
projek, tujuan projek dan, skop projek dan jangkaan hasil. Bab 1 ini amatlah penting dalam
membantu kami untuk membuat perancangan dan seterusnya membuat pelaksanaan projek ini agar
lebih cekap dan teratur bagi memastikan projek dapat menepati jangkaan hasil dan seterusnya
berjaya dalam memudahkan kerja-kerja yang dilakukan di dalam bengel automotif.

Anda mungkin juga menyukai